Monday, 2 April 2018

TEKS PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
SMK HANG JEBAT
2018

(Teks di bawah sekadar contoh  yang disediakan untuk rakan-rakan guru yang memerlukan bantuan untuk Sambutan Hari Guru. Tidak ada kaitan langsung dengan apa yang sebenarnya berlaku di SMK HANG JEBAT. Saya sekadar menggunakan nama-nama yang berkenaan sahaja.)

PERHATIAN.
MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH.
PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU KE DEWAN JAUHARI SMK HANG JEBAT.

PERARAKAN GURU

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN, MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU SMK HANG JEBAT

MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.

Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu.

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA…DAN SELAMAT PAGI


YANG BERUSAHA
Pn Hjh Sharmizan binti Shaffie,
PENGETUA SMK HANG JEBAT

YANG BERBAHAGIA
En Abdul Rahim bin Yunus,
YANG DIPERTUA PIBG, SMK HANG JEBAT,

YANG BERUSAHA,
Tn Hj Ihsan bin Ramli,
PENOLONG KANAN

YANG BERUSAHA,
Tn Hj Nasri Abidin
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,

YANG BERUSAHA,
Pn Hjh Petimah binti Ibrahim
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.

BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA  SMK HANG JEBAT.
AJK-AJK PIBG SMK HANG JEBAT.
BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…
SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.

BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI, KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI DALAM MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK HANG JEBAT BAGI TAHUN 2018.
“GURU PEMACU TRANSFORMASI  PENDIDIKAN” ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU PADA TAHUN INI.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI, MAJLIS KITA PADA HARI INI, DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS PADA HARI YANG PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DIPIMPIN DAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ ZULKIFLI HJ GEE.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. 
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ZULKIFLI HJ GEE ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

Pakai baju warna biru
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu


PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA CIKGU AHMAD SAZILI BIN AYIT UNTUK MEMBACAKAN PERUTUSAN UCAPAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.
 
DEMIKIANLAH TADI TEKS PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU AHMAD SAZILI BIN AYIT.

RAKAN-RAKAN PELAJAR DIHORMATI,
SESUNGGUHNYA:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.

PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN
SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT TN HJ AHMAD MAJDI BIN ABDULLAH UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ AHMAD MAJDI BIN ABDULLAH.


UCAPAN WAKIL PELAJAR.
Dapat banyak BUNGA? Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat UCAPAN  tanda guru sentiasa di ingatan.

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT WAKIL MURID SELAKU KETUA MURID SMK HANG JEBAT MEWAKILI PARA PELAJAR. IAITU SAUDARI AMIRA AQILAH BT MOHD YAZID UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARI AMIRA AQILAH BT MOHD YAZID ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.


UCAPAN YDP PIBG
PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA EN ABDUL RAHIM YUNUS YANG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABDUL RAHIM YUNUS  ATAS UCAPAN ITU TADI.

UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA 
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TANPA BERBICARA.

HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN HJH SHARMIZAN BT SHAFFIE, PENGETUA SMK HANG JEBAT BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PERAYAAN HARI GURU SMK HANG JEBAT. DIPERSILAKAN.

TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS UCAPAN ITU TADI.


ACARA PEMOTONGAN KEK

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA MEMOTONG KEK OLEH TN PENGETUA DAN PEN-PEN KANAN, MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA  BAGI MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.

MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.


BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU

BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN  MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH TN HAJI SUPARDI MOHD SANI. MOHON PARA GURU NAIK KE PENTAS…DAN SELEPAS ITU, KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA, DAN BIARKU MENJADI LILIN.

DEMIKIANLAH TADI NYANYIAN BEBERAPA BUAH LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.


PERSEMBAHAN A (MURID)
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR ORANG ASLI SEBAGAI KENANGAN DI HALWA TELINGA KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN JURAGAN.

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN, PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH PIMPINAN MOKNIK ROSILAWATI.

SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.

PERSEMBAHAN B (MURID)
SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN PERSEMBAHAN ____________________ DI BAWAH PIMPINAN ____________________.
BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG.. SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ISTMEWA ITU TADI..


PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN BERAGAM INI.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.


PERSEMBAHAN GURU

MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU.. DIJEMPUT CIKGU MAHHADEE RAMLEE UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK PADA BAHU INI. DENGAN INI DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH DIUCAPKAN


PERSEMBAHAN __________
Guru…
Tiada hadiah dapat ku beri
Hanya sebuah puisi pengganti diri
Semoga dirimu dirahmati..
PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA _____________ DARIPADA BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK HANG JEBAT.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN ___________ ITU TADI.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI MURID-MURID SMK HANG JEBAT. UNTUK MAKLUMAN, PENCALONAN TELAH DIBUKA SEJAK SEBULAN YANG LALU. SEMUA GURU TELAH DICALONKAN DAN PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR DARI SEMUA TINGKATAN. UNDI TERTINGGI TELAH TERPILIH DIANGGAP PEMENANG.

DIMULAKAN DENGAN
    * Anugerah Guru Paling Kreatif.
    * Anugerah Guru Paling Berdedikasi
    * Anugerah Guru Paling Berketrampilan
    * Anugerah Guru Paling Periang
    * Anugerah Guru Paling Prihatin
    * Anugerah Guru Paling Penyayang
    * Anugerah Guru Paling Popular


PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INOVATIF

Bersenjatakan pena keramat
Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat
Melangkah sang guru penuh semangat
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu misi satu matlamat
Semoga jasa guru mendapat rahmat
Demikian sifat guru sejati
Kerana sememangnya

GURU  PEMBINA NEGARA BANGSA

ANUGERAH SETERUSNYA ADALAH JULUNG KALI DIADAKAN BERSESUAIAN DENGAN TEMA PERAYAAN SAMBUTAN HARI GURU PADA TAHUN INI IAITU GURU  PEMBINA NEGARA BANGSA.

PIHAK SEKOLAH DAN PIBG BERSEPAKAT DAN BERSETUJU UNTUK MENGANUGERAHKAN ANUGERAH INI KEPADA PN HJH NOR HAFIZAH MOHD SANUSI KERANA KEPRIHATINAN SERTA SEMANGAT BELIAU KEPADA SMK HANG JEBAT DENGAN MENCETUSKAN IDEA-IDEA, KREATIVITI SERTA TENAGA DEMI MEMPERTINGKATKAN PENCAPAIAN MURID-MURID DI SMK HANG JEBAT.
BERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA PN HJH NOR HAFIZAH MOHD SANUSI ATAS JASA BELIAU SELAMA INI.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS PENYAMPAIAN ANUGERAH ITU TADI.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.


Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi


SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN. DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS SEMUA TINGKATAN MEWAKILI KELAS MASING-MASING UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA HATI KEPADA GURU KELAS MASING-MASING.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK HANG JEBAT ATAS TANDA INGATAN ITU TADI. SESUNGGUHNYA, BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERIMA KASIH KAMI BUAT CIKGU.. WALAUPUN SEBENARNYA UCAPAN ITU TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PENGORBANAN YANG DICURAHKAN OLEH GURU SELAMA INI.

Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang bererti untuk hari depan
Terima kasih cikgu yang telah membantu kami memahami sebuah realiti kehidupan.
Terima kasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup dalam kegelapan
Terima kasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada
Terima kasih cikgu yang tak kenal lelah membimbing kami menjadi manusia-manusia tangguh
Terima kasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan

Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Allah dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-sungguh, seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang

MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU” KEPADA BARISAN GURU YANG KITA 
SEMUA SAYANGI INI.

NYANYIAN LAGU SEKOLAH

PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.

Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.

Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.

Kalau belayar sudah sampai ke pulau,
Kalau berjalan sudah sampai ke batas.

Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.

KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS, SEBELUM KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU “_______________”
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


PENUTUP

Kami minta ampun,
Kami minta maaf ...

Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.

AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK HANG JEBAT KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.

SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG. SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU, KERANA DENGAN KEIKHLASAN, AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK. MUDAH-MUDAHAN…AMIN.

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI ________________.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI ______________.

TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI  SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DI HATI

SEKIAN. SALAM SEJAHTERA

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…

(Selamat Hari Guru” buat semua warga pendidik.
GURU PEMACU TRANSFORMASI  PENDIDIKAN.
Andalah GURU yang bisa melonjakkan pendidikan negara. Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya)


sumber : http://kenangansilam-ita.blogspot.com/ dengan sedikit pengubahsuaian

42 comments:

  1. Assalamualaikum,mohon izin guna untuk program sekolah..thanks a lot for sharing. Semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
  2. tq 4 sharing.. sharin is JAriah :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, mohon izin untuk diubahsuai. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum ,mohon izin utk copy and use .
    Jazakillah.
    moga Allah memberkati.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. TERIMA KASIH ,MINTA DIKONGSI SELAMAT HARI GURU BUATMU CIKGU.TEKS DAPAT MEMBANTU KEPADA SAYA SEBAGAI PENGACARA.

    ReplyDelete
  7. Mohon share....jazakallahukhairan kasira......

    ReplyDelete
  8. Mohon share....jazakallahukhairan kasira......

    ReplyDelete
  9. Mohon share....jazakallahukhairan kasira......

    ReplyDelete
  10. Mohon share....jazakallahukhairan kasira......

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,mohon izin guna untuk program hari guru nanti . syukran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... semoga dirahmati Allah sentiasa.

      Delete
  12. MOHON SHARE...UTK DIMANFAATKAN..TERIMA KASIH BBEBANYAK..TERUSKAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... Selamat Meraikan Hari Guru 2017

      Delete
  13. Assalamualikum ,mohon izinkan guna teks untuk program hari guru di sekolah mia nantiy yee ,terima kasih smoga selalu dirahmati Oleh Allah swt .

    ReplyDelete
  14. Assalammualaikum cikgu,
    saya minta izin untuk menggunakan teks ckg ini utk majlis kmk nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... Selamat Meraikan Hari Guru 2017

      Delete
  15. assalamualaikum..
    tq for sharing. mohon izin untuk guna sebagai panduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... Selamat Meraikan Hari Guru 2017

      Delete
  16. minta maaf,nak minta kebenaran untuk menggunakan teks ini untuk hari guru dan mengubahsuaikan teks ini..harap diizinkanšŸ˜Š
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... Selamat Meraikan Hari Guru 2017

      Delete
  17. assalamualaikum.. saya nak mintak izin untuk digunakan untuk sambutan hari guru sekolah saya.. thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... Selamat Meraikan Hari Guru 2017

      Delete
  18. Assalammualaikum, mohon izin untuk menggunakan teks ini dan diubahsuai untuk sambutan hari guru di sekolah saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... Selamat Meraikan Hari Guru 2017

      Delete
  19. Assalamualaikum,
    mohon izinnya tuan untuk menggunakan teks ini & diubah suai mengikut kesesuaian tentatif ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan... Selamat Meraikan Hari Guru 2017

      Delete
  20. assalamualaikum cikgu.. mohon izin untuk menggunakan teks ini utk sambutan hari guru esok.. jazakallah.. selamat hari guru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wrbkth. Terima kasih. Selamat Hari Guru 2017

      Delete
  21. Assalamualaikum cikgu. Thank you for sharing. In shaa Allah nak pakai untuk sambutan hari guru esok. Semoga cikgu murah rezeki. n Selamat Hari Guru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wrbkth. Terima kasih. Selamat Hari Guru 2017

      Delete
  22. Assalamualaikum cikgu...mohon untuk menggunakan skrip ini untuk majlis sambutan hari guru ye...Selamat Hari Guru...terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm wrbth. Silakan. Terima kasih kerana sudi bertandang ke cuit-cuitbahasa.blogspot.my Selamat Hari Guru 2017

      Delete