Sunday, 1 April 2018

TEKS UCAPAN HARI GURU OLEH WAKIL MURID


Terima kasih Pengerusi Majlis. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. 

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, GURU PEMACU TRANSFORMASI  PENDIDIKAN  dipilih sebagai tema Hari Guru. Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid yang lebih berakhlak dan bersahsiah mulia. Segalanya bermula daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira. 

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi. Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan mereka. 


Rakan sekalian, 
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita fahami dalam pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. 


Terima kasih cikgu-cikgu
Dengan cara apapun kau berbakti
di perantauan nun jauh dari yang dikasihi
di papan tulis jari jemari mu menari
di pancuran wuduk mengajarku bersuci
di balapan padang kau memacu lelah ku berlari
di dalam kereta mu menjadi nadi aktiviti
di saat ku jatuh tersungkur kau suntikkan motivasi
di bilik rawatan sakit demam ku kau ubati
di pentas hari kecemerlangan kejayaan ku dirai

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini dengan fragmen sajak YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dialah pelita, dialah perigi, dialah pelangi
Setiap ajarnya menemukan yang dicari
Setiap tuturnya diikuti jika mahu menjadi
Setiap tegurnya dipatuhi untuk membina diri
Setiap didiknya membantu peribadi

Selamat Hari Guru,

Sekian, terima kasih. 

* LENGKAPKAN MAKLUMAT IKUT SEKOLAH MASING-MASING

5 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah. Selamat Hari Guru 2017

      Delete
  2. Mintak izin blogger ni utk saya copy dan ubahsuai sedikit ucapan itu

    ReplyDelete