Pelari Muda (Ghazali Ngah
Azia)
Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu
Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan olahraga.
Beliau pernah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei.
Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua
bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul
dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik
kejayaan ini sikap Kamarul pada
pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego,
menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan
di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul
ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia
menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak
menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir
dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam
perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke
hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap
menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah
menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada
kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir.
Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk
mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia
berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di
Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari
Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar
dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut
Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan
daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di
Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh
Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu
apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan
SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa
kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan
terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa
dan rakan-rakannya.
Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1
Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada
biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki
perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar,
apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan
Saridah. Saridah menegur sikap Kamarul
yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawan-kawan lain setelah Kamarul
menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di peringkat
antarabangsa. Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang berlaku itu
dan mencari Saridah untuk memohon maaf.
Bab 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk
hadir pada sesi latihan di Pusat Sukan Kampung Pandan. Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya
Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan
pada petang itu dijalankan seperti biasa.
Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa dibatalkan.
Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman rumah,
Saridah datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula musykil
dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan Kamarul. Walau
bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak
diperbesar-besarkan.
Bab 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat
berjumpa dengan Kamarul. Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak
muncul. Saridah berasa kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan
atas sikap dingin Kamarul. Dalam keadaan sedih dan resah itu muncul
kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang masalah Saridah. Setelah diberitahu
Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu memikirkan tentang Kamarul,
sebaliknya percaya masih ada masa untuk Saridah memperbaiki persahabatannya
dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah walaupun loceng tamat
persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia berseorangan di dalam
bilik darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah membuat keputusan
untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah yang menjengok ke bilik itu terkejut
mendapati Saridah belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang ke situ,
Saridah meminta pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan itu
kepada Kamarul
Bab 4
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika
Kamarul hendak keluar berjoging. Mak Jah
terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula hendak pergi,
Mak Jahpun memberikan surat yang
diterima kepada Kamarul. Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim surat itu
tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul
membaca surat yang diterima itu. Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya
daripada Saridah. Hatinya terharu dengan
kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka.
Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi
dan penonton pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan namanya. Khayalan
Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati ke dalam stadium dan
kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan sayu mengingatkan
Saridah.
Bab 5
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak
datang pada masa yang dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul
yang juga tidak datang menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping
gambar dalam album di bilik rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu
Kamarul sewaktu menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat
menyentuh perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan
dari padang permainan ke bilik darjah
hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul
terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan glamour sebagai atlit sukan, sikapnya
terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa
dan sedih.
Bab 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati
terhadap kemerosotan prestasi Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik
Kadir sangat bangga akan pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya
mengatasi rekod terpantas yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir
memanggil Kamarul bertanya tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi
Kamarul tidak menceritakan masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang
angkuh terhadap Encik Kadir. Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih
sendiri dan tidak perlu latihan daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat
memeranjatkan Encik Kadir.
Bab 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir
setelah membaca kenyataan Encik Kadir
dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu juga Kamarul
menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan kemaafannya dan
mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah petang di sekolah,
Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka
berbual-bual di kantin begitu lama. Saidah meluahkan perasaan hatinya yang
terpendam terhadap Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah
memahami perasaan yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah
lebih mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke
padang sekolah.
Bab 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru.
Sebelum keluar, berlaku sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah,
Ketua Kelas apabila Kamarul cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap
angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak puas hati Adibah. Apabila loceng
berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu
bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi mewakili negara. Cikgu
Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati Kamarul supaya memberi
perhatian terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan sukan yang diceburinya.
Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama
dengan Sures dan rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang
cemerlang, manakala Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik
Kadir tidak berpuas hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul
agar lebih serius dan berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan
sikap patuh, sebaliknya Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh
berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai
pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak mahu
menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir.
Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul
teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir.
Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri
dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah
menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang
dialami dengan ditemani ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi
dia masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah
dengan harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati
Saridah ada di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam
daripada Encik Kadir dan Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap
kesalahannya yang lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan
Kamarul tidak serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke
hospital membuatkan Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik
Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu
Zainal, Saridah dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula
timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir datang menyebabkan
lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul
berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang sama dia
ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.
Bab 11
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan
harapan yang tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini
membuatkan Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk
berlatih bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan
Encik Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul
masih tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul
bahawa prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di
rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal.
Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh
atlet yang berjaya itu.
Bab 12
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan
atlet lain berlepas ke Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi
semangat, Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan
Kamarul menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian
Saridah sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra
mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya.
Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures
tinggal sebilik. Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok.
Kamarul masih dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang
belum mencapai tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures
dengan kata-kata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain
menjalani latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De
Wega, atlit Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat
mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti
De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak
maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula
pengajaran yang meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan
pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.
Bab 14
Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan
akhbar di Bangkok. Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh
Abdul Rahman. Pada sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA
Ke-14. Kamarul dan Sures menyertai perbarisan
kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula selepas itu. Pada hari
pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas, perak dan gangsa. Encik
Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan semangat kepada Kamarul
dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan Kamarul sebutir pingat
emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul. Kamarul menerima dan
mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul berjaya meraih kejayaan
menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega yang diminatinya. Pada
sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas menerusi acara 400m.
Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan atlit
dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada rakan-rakan di Malaysia
terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan kejayaan Kamarul. Kamarul
terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya untuk bersara selepas
kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila diberitahu Encik
Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya demi kejayaan
sukan SEA ini.
Bab 15
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah
berakhir. Malaysia menduduki tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul
dikunjungi De Wega. De Wega mengucapkan
tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat
dan kata perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan
cenderamata kepada De Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut
memberikan cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam
sukan SEA di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat
di Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak,
ayah,kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah
atas kejayaan Kamarul.
kamarul tinngal di mana?
ReplyDeleteterengganu
DeleteCan i know apakah unsur sespens yang berjaya menarik perhatian pebaca???????NEED IT AS FAST AS POSSIBLE
Deletemohon izin copy nota.
DeleteTq ya sbb buat
DeleteTq ya sbb buat
Deletedlm buku laa
DeleteTerima kasih keran menyelamatkan hari saya
DeleteDapat denda cikgu suruh sinopsis by bab dlm masa 2 hari je๐ฅ
mohon izin ayaHuda copy sinopsis ini..TQ
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteSangat berpuas hati
ReplyDeleteๆๅฐๆๅบไบ,ๅฏไธ็ญ็นๅ~~~
ReplyDeleteๅๅๅ
DeleteThanks buat sinopsis senang wat homework
ReplyDeletebetul
Deleteterimah kasih nahh
ReplyDeleteBerapa umur kamarul
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteberumur 17
DeleteTerima kasih kerana bagi sinopsis novel ini...
ReplyDeleteMINTA IZIN NOTA BUAT PENGAJARAN
ReplyDeleteMINTA IZIN NOTA BUAT PENGAJARAN
ReplyDeletetq
ReplyDeleteThank u
ReplyDeletetq
ReplyDeleteVEDAVIKRAM
Ok lah membantu
ReplyDeleteBagaimana nak tahu plot penceritaan novel imi
ReplyDeleteterima kasih tentang sinopsis
ReplyDeleteTq sngt²...
Deletemohon untuk copy...please
ReplyDeletethanks
ReplyDeletenovel pelari muda ni berapa page
ReplyDeletethank you
ReplyDeletethanks cikgu yg tidak dikenali tapi sipnosis ini telah menyelamat kan saya dari kena denda duk luar kelas dan rotan pengetua ty semoga cikgu dirahmati allah,doa kan saya lulus PT3 tahun 2017 nie amin
ReplyDeleteMujur terjumpa contoh sinopsis ini bab by bab juga tk
ReplyDeleteyang belah bab bab ni sipnopsis ke
ReplyDeleteseaba dekat nak same macam novel pumye
ReplyDeletemohon copy nota
ReplyDeleteBagus...๐๐๐terima kasih.....
ReplyDeletetq
ReplyDeleteTq✨๐
ReplyDeleteTq very much
ReplyDeleteSenang buat hw๐
Tq..for this note it really helpful
ReplyDeletei like this sinopsis as a britian
ReplyDeleteSo long sinopsis.Next time put it short
ReplyDeleteOK๐
ReplyDeleteMohon izin copy
ReplyDeleteRingkasnya
ReplyDeleteSinopsis Ini sangat membantu untuk saya buat homework
ReplyDeleteSama
DeleteWow sangat kreatif
ReplyDeleteizin copy
ReplyDeleteMohon izin utk copy nota
ReplyDeleteKamarul Tinggal Di Mana
ReplyDeleteGOODDDDDDD
ReplyDeleteTq bagi nota ini
ReplyDeleteTq bagi nota ini
ReplyDeleteVery nice
ReplyDeleteTerima kasih sangat sangat๐
ReplyDeleteTq untuk yang buat ni
ReplyDeleteTerima kasih kepada cuit bahasa ini adalah untuk banyak baikkan kanan
ReplyDelete