12/05/2017

Pantun Sempena Persaraan

*Pantun Sempena Persaraan*

Tua kelapa berguna
Tua manusia bermakna

Tuai padi di hujung bendang,
          Padi masak diintai tiak;
Belai budi disanjung datang,
          Sisi baik dikongsi  bijak.

Perigi  tuan semak siratan,
          Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan, 
          Luhur budi tidak dilupa.

Amat ketara pucuk siantan,
          Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
          Mekar jasa di taman bakti. 

Tuai padi tinggal jerami,
          Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
          Moga tenang nikmati hidup.

Pahat papan serupa dulu,
          Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
          Ukhuwah terjalin usah terurai.

Pandai terbilang putera perkasa,
          Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,

          Jenguklah kami bugarkan memori.


28 comments:

  1. patun yg dikongsi amat bermakna , mohom halalkan manfaat bersama
    a

    ReplyDelete
  2. Mohon berkongsi. Pantun yang baik

    ReplyDelete
  3. mohon share pantun di atas.. moga dihalalkan

    ReplyDelete
  4. MOHON PERKONGSIAN PANTUN YANG MENARIK INI..TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  5. Mohon halalkan pantun ini .terima kasih

    ReplyDelete
  6. Mohon kongsikan pantun ini, sangat bermakna. Terim akasih

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.... Mohon kongsikan pantun... sgt bermakna. Terima kasih

    ReplyDelete
  8. Mohon kongsi terima kasih.

    ReplyDelete
  9. mohon kongsi pantun ini ya

    ReplyDelete
  10. mohon kongsi pantun ini.terima kasih

    ReplyDelete
  11. Mohon kongsi pantun di atas. Terima kadih

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum tuan yang bestari. Mohon kongsi pantun ini.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum tuan.Mohon kongsi, terima kasih

    ReplyDelete
  14. Mohon untuk copy dan kongsi ya Tuan. terima kasih

    ReplyDelete
  15. mohon copy ya tuan..terima kasih.

    ReplyDelete
  16. mohon untuk kongsi pantun untuk persaraan rakan sejawat ye

    ReplyDelete
  17. dengan sedikit pindaan untuk kesesuaian

    ReplyDelete
  18. mohon untuk salin dan dikongsikan ya. terima kasih

    ReplyDelete
  19. Mohon perkongsian pantunnya ya..

    ReplyDelete
  20. mohon kongsi.. terima kasih atas sumbangan ini.. semoga dapat manfaat kepada kita semua

    ReplyDelete
  21. Mohon kongsi ya cikgu. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya akan letakkan kredit.

    ReplyDelete
  22. terima kasih atas perkongsian pantuan ini. mohon halalkan untuk kami gunakan.

    ReplyDelete