16/05/2021
13/05/2021
07/03/2021
20/02/2021
Kebaikan Penganjuran Majlis Kekeluargaan
Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan sentiasa
tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan kepada ahli-ahli keluarga apabila
menjayakan sesuatu majlis kekeluargaan seperti majlis perkahwinan, sambutan
perayaan, hari keluarga dan sebagainya.
Mauduk tentang sambutan majlis keluarga tidak pernah sunyi daripada menjadi topik
perbincangan hangat yang dibahaskan dalam pelbagai medium komunikasi di
Malaysia. Hal ini kerana masyarakat mulai sedar betapa
signifikannya hubungan yang erat sesama ahli keluarga demi menjalani kehidupan
yang sakinah. Mutakhir ini, banyak majlis keluarga disambut seperti majlis
perkahwinan, sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya, lebih-lebih lagi
apabila tiba musim cuti sekolah. Sambutan majlis keluarga ini mendatangkan
banyak kebaikan kepada ahli-ahli keluarga. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Datuk
Seri Rina Harun selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang
tidak jemu-jemu menyeru ibu bapa supaya sering meluangkan masa bersama-sama
ahli keluarga dengan mengadakan sambutan hari keluarga agar hubungan
kekeluargaan bertambah erat. Persoalannya,
apakah faedah-faedah sambutan hari
keluarga kepada masyarakat? Oleh hal yang demikian, … [skop soalan] sejauh mana sambutan majlis keluarga mampu memberikan
kebaikan kepada setiap ahli keluarga] yang mewarnai fokus perbincangan
akan dikupas dan dibugar secara terperinci untuk kebaikan semua pihak.
Bertunjangkan idea yang relevan, mari kita lebarkan lensa
perbincangan kepada skop yang lebih spesifik di bawah kata kunci, majlis keluarga yang disambut juga mampu mengeratkan
hubungan kekeluargaaan dalam sesebuah keluarga. Memetik kata-kata Cecil B.
Demille, seorang tokoh falsafah Barat, seseorang itu dianggap
berperikemanusiaan hanya apabila dia menyayangi diri dan keluarganya lebih
daripada harta yang dimiliki. Kata-kata ini jelas menunjukkan betapa vital
kasih sayang dalam sesebuah keluarga kerana keutuhan institusi kekeluargaan
adalah datang daripada hubungan yang erat setiap ahli keluarga. Hubungan yang
erat ini tidak akan datang dengan sendiri jika setiap ahli keluarga tidak dapat
memupuk hubungan yang baik sesama mereka. Dengan
kata lain, keluarga sakinah yang ingin dilahirkan dalam masyarakat kita
adalah bermula dengan hubungan yang erat dalam sesebuah keluarga. Sebagai contoh, jika sesebuah keluarga merancang
untuk mengadakan sambutan majlis keluarga seperti sambutan Hari Ibu pada bulan
Mei setiap tahun untuk meraikan ibu tersayang, hal ini mampu membuatkan ibu
mereka sangat gembira dan rasa dirinya dihargai oleh anak-anak. Sambutan ini
tidak akan berjaya jika setiap ahli keluarga tidak bekerjasama untuk memastikan
sambutan itu berjalan dengan lancar. Anak-anak akan berhubung antara satu sama
lain untuk menyediakan segala kelengkapan bagi memastikan sambutan Hari Ibu
dapat dijayakan seperti memilih tempat sambutan, menu yang ingin disediakan,
hadiah untuk ibu, atur cara majlis dan sebagainya. Hubungan antara ahli keluarga
ini secara tidak langsung mampu merapatkan mereka dengan lebih erat kerana
anak-anak yang jauh akan pulang ke kampung dan berjumpa semasa sambutan Hari
Ibu tersebut. Kesannya, hubungan akrab akan
terjalin antara ahli keluarga apabila mereka sama-sama mengadakan sambutan
untuk meraikan ibu mereka. Sudah terang lagi
bersuluh, sambutan majlis keluarga terbukti mampu mengeratkan hubungan
kekeluargaan dalam sesebuah keluarga.
Setelah meneliti isu di atas secara mendalam dan
terperinci, mauduk tentang kebaikan sambutan
majlis keluarga akan dibugar dari perspektif bahawa, dapat berkongsi cerita dan pengalaman adalah faedah lain
apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga. Ahli keluarga dapat berkongsi
cerita mengenai perkembangan yang berlaku dalam keluarga mereka, berbicara
tentang kerjaya yang diceburi, perkongsian ilmu perniagaan yang dijalankan dan
sebagainya apabila mereka berjumpa semasa sambutan majlis keluarga. Umum
mengetahui bahawa perkongsian cerita ini bukan sahaja mampu menambah
pengetahuan ahli keluarga tentang perkara yang telah berlaku tetapi juga
perkongsian ini mampu mengurangkan tekanan emosi yang dialami oleh setiap ahli
keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana pengalaman
yang diceritakan sesama ahli keluarga dapat diceritakan secara terus terang dan
hal ini akan melahirkan perasaan saling mempercayai antara satu sama lain. Tamsilnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang
diadakan pada setiap tahun akan membuatkan ibu bapa ingin berkongsi kenangan
mereka ketika menyambut sambutan yang sama pada suatu ketika dahulu. Ibu bapa
boleh berkongsi cerita seperti menyambut hari raya di pusat pemindahan banjir,
berhari raya dengan sehelai sepinggang kerana rumah terbakar pada pagi raya,
berhari raya di hospital dan sebagainya. Ibu bapa juga boleh menyelitkan
cerita-cerita sedih apabila teringatkan insan-insan yang telah meninggal dunia
ketika bercerita kepada ahli keluarga. Impaknya, anak-anak dapat menghayati
kisah hidup ibu bapa ketika seusia dengan mereka dan menjadikan cerita tersebut
sebagai teladan dalam kehidupan mereka. Hakikatnya
fenomena ini boleh dijelaskan melalui Pepatah Arab ada mengatakan bahawa
manusia yang bijaksana ialah mereka yang sentiasa menjadikan sejarah silam
sebagai pengajaran pada masa akan datang. Lantaran
itu, majlis keluarga yang dijayakan mampu menjadi topik bualan sesama
ahli keluarga untuk dijadikan sebagai peristiwa berharga yang wajar diingati. Sebagai pengikat wacana, jelaslah bahawa, menjayakan
sesuatu majlis keluarga menjadi medan kepada
setiap ahli keluarga untuk berkongsi cerita dan pengalaman berkaitan
dengan majlis-majlis yang pernah diadakah sebelum ini supaya dapat dijayakan
dengan lebih meriah.
Meniti kodifikasi hujah seterusnya, kita seyogia tidak
boleh menutup mata terhadap fakta konkrit yang mengatakan bahawa, majlis keluarga yang disambut juga mampu mengukuhkan
institusi kekeluargaan. [Kupasan dan huraian
tentang majlis keluarga tidak harus ada
titik noktahnya, maka sebagai meneruskan kesinambungan kupasan, moleklah andai
kata ditinjau pula dari aspek majlis keluarga yang disambut juga mampu
mengukuhkan institusi kekeluargaan.] Pada
masa ini, banyak institusi kekeluargaan menjadi goyah apabila berlakunya
kepincangan seperti bapa terlibat dalam penagihan dadah, perbalahan ibu bapa,
perceraian ibu bapa, bapa berada di penjara, masalah kewangan dan sebagainya.
Masalah-masalah ini menyebabkan anak-anak mengalami tekanan perasaan dan ada
yang mengambil keputusan untuk lari dari rumah bagi mencari ketenangan. Menurut
statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), peratus remaja yang lari dari
rumah akibat tekanan perasaan apabila ibu bapa mereka bercerai pada tahun 2019
adalah meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tahun 2018. Hal ini membuktikan bahawa institusi keluarga yang
bermasalah akan menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Sebagai contoh, apabila majlis sambutan hari
keluarga diadakan, anak-anak yang lari dari rumah ini akan pulang untuk
berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang lain. Anak-anak ini sedar akan kesalahan
yang dilakukan dan memohon kemaafan daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa juga akan menginsafi
perbuatan mereka sehingga anak-anak mereka mengalami tekanan yang akhirnya lari
meninggalkan keluarga. Majlis hari keluarga yang disambut itu akan membuatkan
hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga akan bertaut semula menjadi lebih
kukuh. Ibu bapa akan berusaha untuk memainkan peranan masing-masing dengan baik
kerana tidak mahu anak-anak yang menjadi aset kepada keluarga ini terabai. Kesannya, mereka tidak akan melakukan lagi perkara
yang boleh mencetuskan demoralisasi dalam institusi kekeluargaan. Nilai kasih
sayang dalam keluarga akan menjadi mekar semula menyebabkan anak-anak akan rasa
mereka disayangi. Walhasil, izharlah bahawa sambutan hari keluarga berupaya mengelakkan
masalah rumah tangga kerana ibu bapa akan memainkan peranan masing-masing bagi
mengelakkan pisang berbuah dua kali.
Bagi melabuhkan tirai perbincangan pada perenggan akhir
ini, majlis keluarga yang disambut mampu meningkatkan
kemahiran menguruskan diri dan organisasi. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap majlis yang akan disambut memerlukan
perancangan yang rapi, pelaksanaan yang sistematik dan penilaian yang boleh
dibuat penambahbaikan pada masa akan datang. Ahli keluarga akan berbincang
sesama mereka mengenai perancangan tersusun supaya majlis yang akan disambut
nanti berjalan dengan lancar. Sebagai contoh,
apabila ingin menyambut majlis Hari Keluarga Haji Hashim, ahli keluarga akan
diberikan tugasan mengikut kemampuan seperti mengedarkan kad majlis kepada
seluruh keluarga Haji Hashim yang tinggal di seluruh negara. Ahli keluarga lain
akan diberikan tugasan untuk merancang menu yang akan disediakan, atur cara
sukaneka, menempah tempat penginapan di calet dan sebagainya. Tugasan ini
secara tidak langsung mampu meningkatkan kemahiran diri ahli keluarga ketika berurusan dengan
pihak-pihak luar dan hal ini boleh digunakan sebagai panduan untuk menguruskan
majlis-majlis lain yang lebih besar kerana mereka sudah biasa bak kata
peribahasa alah bisa tegal biasa. Semasa majlis berlangsung juga, ahli keluarga
boleh berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk memastikan majlis
berlangsung dengan lancar dan sempurna. Mereka saling menolong bak kata peribahasa
bersatu teguh bercerai roboh agar majlis yang disambut itu dapat memuaskan hati
semua pihak yang terlibat. Impaknya, ahli keluarga yang dipertanggungjawabkan
itu akan menganggap tugasan yang diberikan itu sebagai wadah untuk mengasah
kemahiran diri dalam pengurusan organisasi. Jadi,
sudah terbukti bahawa kemahiran menguruskan diri dan organisasi dalam
diri ahli keluarga dapat ditingkatkan apabila menjayakan sesuatu majlis
keluarga.
Kesimpulannya,
sinergi daripada
semua ahli keluarga perlu dipupuk umpama sakit
sama mengaduh dan luka sama menyiuk bagi membentuk suatu anjakan paradigma
yang menjamin kelangsungan dan keharmonian institusi kekeluargaan. Terdapat
pelbagai kemaslahatan kepada ahli keluarga apabila menjayakan sesuatu majlis
keluarga. Sebagai seorang ahli keluarga yang prihatin akan keharmonian dan
ketenteraman di dalam rumah, saya mencadangkan agar kita mengimplementasikan
apa-apa jua inisiatif yang munasabah dalam usaha mewujudkan keluarga yang bahagia
dan saling menyayangi antara satu sama lain. Setiap ahli keluarga seyogia menjangkau
sehabis tangan memantapkan institusi kekeluargan untuk mencorakkan masa depan
negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi membina keluarga
bahagia berlandaskan konsep rahmatan lil-‘alamin. Usaha
tersebut dilakukan secara bersungguh-sungguh supaya kejayaan dapat dikecapi
ibarat kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam demi kebaikan semua ahli keluarga. Yang pasti, sambutan
sesuatu majlis keluarga mampu mengeratkan hubungan sesebuah keluarga sekali gus
dapat melahirkan masyarakat madani di negara kita.
Sumber http://blogcikguazaman.blogspot.com/ [sedikit pengubahsuaian, mohon izin]
Cadangan
idea / Isi:
1.
Memupuk kerjasama
dalam kalangan ahli keluarga
2.
Mengeratkan
silaturahim dalam keluarga
3.
Berkongsi tenaga/
menjimatkan tenaga kerja
4.
Kerja-kerja dapat
disiapkan dengan cepat/menjimatkan masa
5.
Boleh berkongsi
pendapat/ idea
6.
Dapat berkongsi/ menjimatkan
kos
18/02/2021
Faedah Pelibatan Aktiviti Bulan Kemerdekaan
Setiap tahun, sekolah anda menganjurkan sambutan Bulan
Kemerdekaan dan anda sering terlibat dalam program tersebut.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada
penyertaan dalam aktiviti-aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan.
KBAT |
-
mesti menyatakan bahawa
sekolah anda menganjurkan sambutan tersebut -
Ganti nama anda ditukar kepada saya
-
“Saya” mesti terlibat dalam program yang dijelaskan - bukan
sekadar pemerhati/ pencerita dan faedah yang “saya” peroleh daripada
aktiviti tersebut. -
MESTI ada aktiviti dan faedah daripada aktiviti tersebut |
AT |
Laungan keramat MERDEKA yang dilafazkan sebanyak 7 kali oleh Perdana
Menteri Pertama – Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj – 31 Ogos 1957 –
di Stadium Merdeka |
- peristiwa yang tidak akan
dilupakan oleh rakyat Malaysia - laungan diikuti oleh
jutaan rakyat di seluruh negara – gembira bendera Union Jack diturunkan dan
digantikan dengan bendera Malaysia (Jalur Gemilang). - bumi Malaysia bebas daripada
cengkaman kolonis - rakus mengaut keuntungan daripada hasil bumi pertiwi
selama 446 tahun - selepas 60 tahun memperoleh kemerdekaan – banyak perubahan yang dapat
dilihat, banyak pembangunan yang dilaksanakan dan banyak nikmat yang rakyat
kecapi. - sambutan Bulan
Kemerdekaan telah menjadi program tahunan di peringkat kebangsaan dan
peringkat sekolah – nilai-nilai patriotisme dapat dipupuk dalam diri pelajar - sekolah saya tidak
terkecuali - program - sudut sejarah,
kuiz kemerdekaan, pertandingan melukis poster, mendeklamasikan sajak
patriotik dan sambutan ambang kemerdekaan – melibatkan semua pelajar |
|
AA |
- terdapat pelbagai kesan
positif daripada penglibatan saya melalui penganjuran program kemerdekaan |
Menulis Perenggan Isi 1:
AT |
Aktiviti - Kuiz
kemerdekaan |
AH |
-
menghayati
dan mengingati sejarah silam negara -
memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu -
melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi JERI – matlamat FPN -
menyemai rasa minat kepada mata pelajaran Sejarah
– menjadi prasyarat lulus dalam SPM - memberikan pendedahan tentang semangat
cinta akan negara -
penyelaras program membaca biodata beberapa orang
tokoh sejarah tempatan di dewan dan mempertontonkan dokumentari kemerdekaan -
menjawab soalan-soalan kuiz secara sepontan –
apa-apa yang didengari dan dilihat - dikemukakan oleh guru penyelaras -
mendapat ganjaran
seperti baucer berbentuk kupon makanan dan
alat tulis |
AC |
-
namakan contoh soalan kuiz dan jawapan |
AP |
-
dapat meningkatkan daya pemikiran kreatif dan
kritis dan meningkatkan pengetahuan dalam mata pelajaran Sejarah. -
lebih mengenali dan menghargai kemerdekaan yang
dinikmati hasil perjuangan tokoh sejarah. |
FM |
-
menyemai rasa kecintaan dan kesetiaan saya terhadap
tanah air – menitikberatkan nilai kerjasama, toleransi dan bertanggungjawab |
Menulis Perenggan Isi 2:
AT |
Aktiviti - Eksplorasi Sejarah |
AH |
-
meningkatkan penguasaan, kemahiran dan penghayatan terhadap subjek
Sejarah -
program melibatkan pelajar daripada pelbagai kaum – satu kumpulan - dapat
berkomunikasi dan berinteraksi dengan lebih baik antara satu sama lain –
memupuk semangat muhibah antara mereka dalam pasukan |
AH |
-
menggunakan kaedah Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS) inovasi Mohd Zulhelmi
Mansor, Ikon Guru Kebangsaan 2015, – permainan papan klasik iaitu
pembelajaran – kaedah kolaboratif dan kerjasama – melibatkan sekumpulan
pelajar bersama-sama berbincang satu topik sambil bermain permainan – menarik minat pelajar untuk belajar
Sejarah – dengan cara yang menyeronokkan |
AC |
-
pelajar dalam kumpulan bermain
permainan papan klasik yang mengandungi maklumat berkaitan subjek
Sejarah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan membaling dadu – mengetahui bab
yang perlu diuji – ahli pasukan bekerjasama menyelesaikan satu
persatu masalah yang dikemukakan secara kolektif sebagai satu pasukan –
berbentuk struktur dan objektif aneka pilihan dan tiga pilihan – sikap bagai
aur dengan tebing amat dituntut – masalah dapat diselesaikan dengan mudah – meningkatkan pemahaman sejarah saya. |
AP |
-
peluang melakukan aktiviti bersama-sama dalam pasukan - perpaduan dipupuk
– hubungan saya lebih mengenali rakan sepasukan erat bagai isi dengan kuku
dan bertukar-tukar fikiran dalam setiap aktiviti yang dilakukan. |
Menulis Perenggan Isi 3:
AT |
Aktiviti - Aktiviti
menghias kelas melibatkan semua pelajar |
AH why |
-
pelajar berada dalam suasana sambutan hari kemerdekaan – jiwa
berkobar-kobar – menjayakan aktiviti yang diadakan - saya dan rakan saling
menghormati, bertoleransi dan berkongsi idea menyiapkan tugasan - untuk
memastikan kelas dihias dengan ceria. |
AC |
-
guru kelas memberikan modal – daripada yuran kelas Rm1.00 sebulan – hias
kelas bertemakan kemerdekaan – AJK membeli bendera Malaysia dan Negeri –
gantung di dalam kelas -
hiasan wajib – poster dan wajah tokoh pejuang kemerdekaan – Tuanku Abdul Rahman, Dato’ Onn, Tun Tan
Cheng Lock, Mat Salleh, Abdul Rahman Limbung. – kata-kata patriotik daripada tokoh –
hiasan pada dinding – “kalau hidup
ingin merdeka, tiada tercapai hanya
berkata”, nukilan SN Usman Awang |
AP |
-
aktiviti menyeronokkan - merapatkan jurang antara rakan - dapat memupuk
nilai murni dalam diri – memastikan menjadi kelas terbaik |
FM |
-
menyemai sikap bekerjasama dan saling membantu – seperti aur dengan tebing – menjayakan
aktiviti dijalankan – mendapat hadiah
|
Menulis Perenggan Isi 4:
AT |
Aktiviti - program Bicara
Tokoh |
AH |
-
menjadikan peristiwa lalu
sebagai iktibar, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan -
menjemput tokoh yang
pernah terlibat mengusir penjajah – berkongsi pengalaman dan cabaran yang
dihadapi – tidak cukup makanan -
mendengar daripada orang yang mengalami sendiri
peristiwa perjuangan - memupuk dan meningkatkan semangat kecintaan terhadap
tanah air |
AH |
-
waris kepemimpinan negara
– hayati dan amalkan sifat mulia tokoh pejuang yang berkorban menentang
penjajahan komunis – generasi kini hidup selesa dan selamat - penderitaan
rakyat era penjajahan selama 446 tahun [1511-1957] tidak berulang -
lebih menghargai nikmat kemerdekaan yang
diperoleh sehingga kini -
menjadikan saya dapat menghayati dan mengetahui
dengan lebih jelas perjuangan wira negara – menentang penjajah –
mempertahankan kedaulatan negara |
AC |
-
dipertontonkan video Bukit Kepong, Sarjan Hassan,
Leftenan Adnan |
AP |
- peristiwa hitam menjadi
pengajaran kepada saya dan semua pelajar – cinta akan keamanan –
mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. - hubungan saya dengan
rakan, keluarga dan masyarakat akan sentiasa harmoni - perpaduan akan berkekalan dan penjajahan
tidak berlaku lagi. |
Penegasan |
-
aktiviti Sambutan Bulan
Kemerdekaan yang dianjurkan di sekolah dapat memberikan faedah yang pelbagai
kepada saya. -
saya dan rakan-rakan akan menjadi pelajar yang lebih bertanggungjawab,
mematuhi peraturan dan berdisiplin. |
Cadangan |
-
sambutan seumpama ini wajar diadakan saban tahun di semua peringkat
sekolah dengan kerjasama ibu bapa,
bagai aur dengan tebing – berjalan lancar dan disambut dengan penuh
penghayatan |
Harapan |
-
Memetik kata-kata filosof agung Aristotle, “Ukuran tamadun sesuatu bangsa itu bukan
terletak kepada kesuburan tanahnya, tetapi terletak kepada darjat bangsanya
yang berjiwa merdeka".
Semua pelajar juga wajar mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam setiap
aktiviti yang dijalankan agar rakyat yang berjiwa merdeka dapat dibangunkan. |
Ungkapan Menarik |
-
Biar putih tulang, jangan putih mata -
Gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama -
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung -
Ibarat telur sesangkak, pecah sebutir, pecah semua -
Menang sorak, kampung tergadai |
Catatan : Sekiranya soalan tentang pelibatan anda menjayakan sesuatu program [Sambutan Bulan Kemerdekaan, Rumah Terbuka, Aktiviti Kejiranan dan sebagainya, jawaban perlu merangkumi idea pelibatan anda/saya sebelum, semasa dan selepas program tersebut.
Contoh Soalan: Aktiviti seperti Sukaneka, penganjuran Majlis Rumah Terbuka, Rondaan Rukun Tetangga kerap dijalankan di kawasan tempat tinggal anda untuk menyemarakkan semangat kejiranan.
Ceritakan pelibatan anda menjayakan pelbagai program kejiranan di kawasan tempat anda tinggal.
Contoh Soalan : Penduduk di tempat tinggal
anda telah mengadakan majlis sambutan Rumah Terbuka.
Ceritakan penglibatan anda menjayakan majlis Rumah Terbuka tersebut.
1. Melibatkan diri dalam setiap mesyuarat / perancangan awal
2. Melibatkan diri dalam menyediakan segala peralatan yang
diperlukan.
3. Melibatkan diri dalam setiap jemputan yang terlibat
4. Melibatkan diri dalam dalam menyediakan tempat pertandingan
5. Melibatkan diri dalam menjayakan setiap aktivti dirancang
6. Melibatkan diri dalam menyediakan makanan dan minuman
7. Melibatkan diri dalam memastikan Kawasan bersih dan kemas selepas
digunakan