06/11/2016

Titipan buat anak didikku .. SMK Felda Besout

Buat anak didikku di SMK Felda Besout;

       Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. anak-anak kami, anak-anak didik kami, anak-anak saudara kami dan anak-anak sahabat kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan SPM. Oleh itu, Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan walafiat, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kepada mereka untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan pepriksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar mmberi markah paling tinggi & kasihan kepada mereka.

Ya Allah Yang Maha Esa..Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang untuk bekalan dunia & akhirat.

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ   رَبَّ العَـــالَمِيْن

*********


Semoga Cemerlang!


Titipan buat anak didikku..SMK Sungai Kruit


Buat anak didikku di SMK Sg Kruit;

       Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. anak-anak kami, anak-anak didik kami, anak-anak saudara kami dan anak-anak sahabat kami yang amat kami kasihi akan berjuang menghadapi peperiksaan SPM. Oleh itu, Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan walafiat, ketenangan jiwa, permudahkanlah, bukakanlah seluas-luas pintu ilham kepada mereka untuk memahami soalan, dapat menjawab semua soalan pepriksaan dengan jitu, tepat, cepat dan sempurna, dilembutkan hati pemeriksa agar mmberi markah paling tinggi & kasihan kepada mereka.

Ya Allah Yang Maha Esa..Kau lapangkanlah dada mereka untuk menggunakan segala ilmu yang telah diajar oleh guru-guru kepada mereka. Kau kurniakanlah kepada mereka keputusan yang cemerlang untuk bekalan dunia & akhirat.

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ   رَبَّ العَـــالَمِيْن

  


03/11/2016

DOA BUAT CALON SPM 2016

DOA PERHIMPUNAN PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN SPM

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم, بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله رب العالمين, حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيدة,
يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك, والصلاة والسلام على سيدنا محمد في الأولين والأخرين, وسلم ورضي الله تبارك وتعالى عن ساداتنا أصحاب رسول الله اجمعين

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami mohon keampunan-Mu, kami mohon kerahmatan-Mu, kami mohon taufik dan hidayah-Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami,  dosa  saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada-Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai-Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa-apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima di sisi-Mu.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Hari ini kami mohon kepada-Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami menjawab kertas peperiksaan SPM bagi mata pelajaran _____________________ sebentar lagi.
Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini.
Makbulkanlah permintaan kami agar dapat mencapai  sasaran ______________ bagi kualiti dan  ______________ bagi kuantiti sekolah kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami menjadi hamba-Mu yang soleh dan menghampirkan   diri kepada-Mu. 
Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah,
cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini.
Kami memohon kepada-Mu kerana Engkaulah Tuhan kami. Kami meminta kepada-Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada-Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa-doa kami Ya Allah…….

رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر وَصَلَّى الله عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحبِهِ أَجمَعِينَ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ وَالحَمدُ ِللهِ رَبِّ العَلَمِينَ.


Catatan

Jika berdoa sendirian, calon boleh gantikan kami dengan “aku”

TITIPAN AKHIR

Kepada semua Calon  SPM 2016



Semoga kejayaan cemerlang milik anda.