Sunday, 9 August 2015

JAWABAN LATIHAN NOVEL 1/2015

b)  Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,  jelaskan  satu peristiwa yang menggambarkan kepentingan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]


(4b)  Peristiwa yang menggambarkan kepentingan semangat kerjasama

      Novel Azfa Hanani


PERISTIWA
KEPENTINGAN SEMANGAT KERJASAMA
1
Kerjasama antara Azfa Hanani dengan anak-anak Datin Maziah dalam menjayakan penyamaran Azfa Hanani telah menggembirakan hati Datin Maziah kerana menyangka Azfa Hanani itu ialah anaknya, Tengku Murni.
Dapat menggembirakan hati seorang ibu yang kematian anak
2
Kerjasama antara Azfa Hanani dengan Kak Finaz telah menjayakan penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni. Kak Finaz banyak membantu Azfa Hanani untuk menjiwai watak Tengku Murni yang manja dan lemah- lembut. Abang Mazran, Tengku Muzaffar dan Tengku Makmur  juga bekerjasama merahsiakan penyamaran tersebut daripada pengetahuan Datin Maziah.
Dapat menjayakan penyamaran
3
Kerjasama antara Azfa Hanani dengan Tengku Ellina dan ahli pasukan forum remaja telah berjaya menobatkan pasukan sekolah mereka sebagai johan dan Azfa Hanani sendiri dipilih sebagai pengerusi forum terbaik.
Memperoleh kejayaan dalam pertandingan
4
Kerjasama antara murid tingkatan lima Sekolah Menengah Taman Sari  menyebabkan mereka berjaya malaksanakan program Hari Sumbangsih dan berjaya mengumpul derma sebanyak RM16,000.
Dapat mengumpul derma dalam jumlah yang besar
5






Novel Kembara Amira

PERISTIWA
KEPENTINGAN SEMANGAT KERJASAMA
1
Kerjasama antara Itai dan Tau telah berjaya menyelamatkan Amira yang tergelincir dan lemas dihanyutkan arus deras di Air Terjun Angin.
dapat menyelamatkan individu yang ditimpa musibah
2
Kerjasama antara Amira, Itai dan Jacinta membuka mobile disc yang ditemukan di lantai gua telah berjaya mengesan kedudukan Malique yang hilang setelah terlibat dengan kemalangan.
dapat menemui jawapan  misteri kehilangan rakan
3
Kerjasama antara Prof. Zaidah, Dr Zawawi dan pelajar tahun akhir universiti menyebabkan mereka berjaya meneruskan usaha menjalankan projek cari gali bahan artifak sejarah di Bukit Mat Raya.
dapat meneruskan usaha melaksanakan sesuatu projek
4




Saturday, 8 August 2015

JAWABAN LATIHAN NOVEL 1/2015

(a)    Nilai tanggungjawab banyak ditonjolkan dalam sesebuah novel.    
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas.
[7 markah]
Novel  Azfa Hanani

NILAI TANGGUNGJAWAB
PERISTIWA
1
Tanggungjawab  menjayakan penyamaran
Azfa Hanani berusaha untuk menjayakan penyamaran dengan belajar daripada kak Finaz cara-cara untuk menjadi Tengku Murni yang manja dan lemah lembut. Dia turut menghadiri kelas untuk belajar bahasa Inggeris kerana Tengku Murni mahir berbahasa Inggeris.
2
Tanggungjawab menjaga maruah diri

Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar yang ingin menghantarnya pulang ke rumah dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi kerana tidak mengenali pemuda itu dan tidak mahu dimarahi oleh keluarga.
3
Tanggungjawab memastikan nasib keluarga terbela

Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni supaya penyakit sepupunya Zuraini dapat diubati.
4
Tanggungjawab memastikan masa depan yang cemerlang

Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni demi memastikan dia dapat menyambung persekolahan kerana mereka berjanji untuk membiayai persekolahannya.
5
Tanggungjawab mempertahankan pendirian

Azfa Hanani sanggup bertengkar dengan Tengku Muzaffar semata-mata untuk mempertahankan haknya berkawan dengan Ekran apabila Tengku Muzaffar menghalang persahabatan tersebut kerana taraf kedudukan keluarga mereka berbeza.
6
Tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan

Azfa Hanani sanggup mengadakan latihan bersama-sama ahli kumpulan forum remaja sekolah apabila dia dipilih sebagai pengerusi forum tersebut.
7
Tanggungjawab untuk memulangkan sesuatu yang bukan hak milik
Azfa Hanani memulangkan buku yang diambilnya dari perpustakaan tanpa izin setelah dia menyamar sebagai Tengku Murni.
8
Tanggungjawab menunaikan janji

·          Tengku Makmur menunaikan janjinya untuk menjaga Azfa Hanani kerana dia telah menyebabkan kemalangan yang meragut nyawa kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani.
·          Abang Mazran menunaikan janjinya untuk membiayai kos mengubati penyakit Zuraini apabila Azfa Hanani menerima tawaran untuk menyamar sebagai Tengku Murni.

Novel Kembara Amira

NILAI TANGGUNGJAWAB
PERISTIWA
1
Tanggungjawab terhadap rakan yang menghadapi masalah
Amira mengajak Jacinta ke Bukit Mat Raya untuk menyertai ibunya yang menjalankan projek cari gali bahan tinggalan sejarah untuk menghiburkan hati Jacinta yang sedang menghadapi masalah dengan ayahnya dan untuk mengelakkan Jacinta tinggal di asrama sepanjang cuti penggal persekolahan.
2
Tanggungjawab ibu terhadap anak
Prof Zaidah memarahi Amira yang menunggu Malique seorang diri di Air Terjun Angin kerana bimbang akan keselamatan Amira.
3
Tanggungjawab memelihara hutan
Tau sanggup menyamar sebagai makhluk berbulu untuk menakut-nakutkan individu yang menceroboh hutan untuk mencari kawasan emas.
4
Tanggungjawab terhadap tugas
Prof Zaidah bertegas ingin meneruskan usaha mencari gali bahan artifak sejarah walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan Dr Zawawi mencadangkan mereka menghentikan sahaja usaha tersebut.
5
Tanggungjawab memulangkan sesuatu yang bukan hak milik
Amira memulangkan emas yang diambilnya bersama-sama dengan Itai di dasar sungai kepada Ludin.
6
Tanggungjawab menyelesaikan misteri rakan yang hilang
Amira, Jacinta dan Itai berusaha membuka mobile disc yang ditemukan di lantai untuk mengesan keberadaan Malique yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan.
7
Tanggungjawab untuk mendapatkan hak sebagai seorang ayah terhadap anak
Tau sanggup menyembunyikan Malique di sebuah pondok di puncak Gunung Gua Gajah kerana yakin bahawa Malique ialah Sabi, anaknya yang telah dibawa lari oleh Ipah semasa kecil.







Friday, 7 August 2015

Latihan Novel 1/2015

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel- novel yang berikut:

(i)   Kembara Amira karya Amer Hamzah L.Kader
(ii)  Interlok karya SN Abdullah Hussain
(iii)  Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(iv)  Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(v)  Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(vi) Papa (Akhirnya Kau Tewas Jua) karya Deana Yusuf
(vii) Renyah  karya Gunawan Mahmood
(viii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah



(a)   Nilai tanggungjawab banyak ditonjolkan dalam sesebuah novel.    
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas.
[7 markah]

(b)  Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,  jelaskan  satu peristiwa yang menggambarkan kepentingan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.        

[8 markah]