Friday, 25 October 2013

Pendahuluan : Dimensi Keluarga

Kepada anak-anak, soalan yang melibatkan dimensi keluarga, bolehlah manfaatkan contoh berikut sebagai panduan.

Masukkan gurindam

       Kewujudan masyarakat penyayang dapat direalisasikan seandai­nya semua pihak bersatu hati dan mengatur langkah sederap yakni berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan semangat ukhuwah dalam keluarga dan masyarakat.  Ibu bapa seyogianya memainkan peranan dengan berkesan mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang. Hal ini demikian kerana benih-benih kasih sayang yang dise­mai oleh ibu bapa akan tumbuh mekar dalam hati sanubari anak-anak dan seterusnya mereka akan menjadi manusia yang sentiasa prihatin tentang hubungan sesama manusia. Dalam hal ini, gurindam Melayu ada mengingatkan kita akan peri pentingnya ibu bapa mendidik anak­-anak dengan penuh kasih sayang, antara lainnya berbunyi:
Jika benihnya benih molek,
Jika tanahnya tanah cantik,
Jika bajanya baja baik,
Tentu pokok cepat naik.

Oleh itu, soal mendidik bukanlah soal yang boleh dipandang enteng. Hal ini demikian kerana daripada institusi keluargalah masyarakat penyayang dapat dijelmakan.