Thursday, 25 July 2013

Jawapan Latihan Rumusan

Jawapan
Markah
Petikan membincangkan kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah/keistimewaan/kelebihan cendawan dalam pemakanan seharian terhadap kesihatan tubuh badan manusia.

Petikan membincangkan kepentingan/kebaikan/manfaat/faedah/keistimewaan/
kelebihan cendawan terhadap kesihatan tubuh badan manusia.
2


1

Isi Tersurat [4 hingga 12 markah]

S1.
Mengandungi nilai gizi/zat makanan yang tinggi                                            
2
S2.
Untuk mengubati pelbagai jangkitan bakteria
2
S3.
Dapat menghentikan masalah pendarahan.
2
S4.
Mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi.
2
S5.
Sumber yang kaya dengan antibiotik. 
2
S6.
Dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia.
2
S7.
Mampu merawat penyakit kanser/menjadi penawar penyakit kanser.           
2
S8.
Mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan  
2



Isi Tersirat [4 hingga 12 markah]

T1.
Memberikan insentif kepada pengusaha penanaman cendawan
2
T2.
Menyediakan khidmat latihan tentang cara-cara mengusahakan penanaman cendawan (khidmat nasihat/kursus/seminar/bengkel)
2
T3.
Mempelbagaikan produk berasaskan cendawan
2
T4.
Meluaskan pasaran produk berasaskan cendawan      
2
T5.
Kempen/promosi kebaikan cendawan
2
T6.
Penggunaan teknologi moden dalam industri berasaskan cendawan  
2
T7.
Mewujudkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang penghasilan produk cendawan.
2

Penutup
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah peka tentang kebaikan cendawan supaya dapat
meningkatkan kesihatan diri.

2

Kesimpulannya, masyarakat hendaklah peka tentang kebaikan cendawan.   
1

Tuesday, 23 July 2013

Jawapan Latihan Ayat Aktif - Ayat Pasif

Jawapan Latihan Sistem Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Ayat aktif kepada ayat pasif.
1
Beliau dipersilakan duduk di hadapan (oleh) penyambut tetamu itu.
2
Potensi diri perlu kita kenal pasti jika ingin mencapai kejayaan.

Jika ingin mencapai kejayaan, potensi diri perlu kita kenal pasti.
3
Perpaduan murid berbilang kaum diperkukuh oleh aktiviti kokurikulum di negara ini.

Perpaduan murid berbilang kaum di negara ini diperkukuh oleh aktiviti kokurikulum.
4
Latihan menembak akan dijalani (oleh) Pasukan Kadet Polis sekolah itu pada minggu hadapan.


Pada minggu hadapan latihan menembak akan dijalani (oleh) Pasukan Kadet Polis sekolah itu.
5
Darjah kebesaran dikurniakan oleh baginda kepada atlet yang telah mengharumkan nama negara kita.

Kepada atlet yang telah mengharumkan nama negara kita darjah kebesaran dikurniakan oleh baginda.
6
Pengusaha kantin sekolah digesa oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya menyediakan makanan berkhasiat.

Pengusaha kantin sekolah digesa supaya menyediakan makanan berkhasiat oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Monday, 22 July 2013

Latihan Rumusan : Cendawan

*  Latihan ini diambil daripada soalan Bahasa Melayu 1103/2 (SPM Ulangan)

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia dan usaha-usaha memajukan perusahaan cendawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan penggemar cendawan.
Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat demikian oleh manusia. Hai ini demikian disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun dan dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan yang beracun juga  akan memusnahkan sintesis protein dalam tubuh badan manusia.
Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. Selain memberi kebaikan kepada tubuh manusia, cendawan juga berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja. Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semua hutan.
Perusahaan cendawan yang berkembang pesat, seperti cendawan tumbuh selepas hujan sebaik-baiknya hendaklah seiring dengan kesedaran tentang manfaat pemakanan cendawan. Walau bagaimanapun, penggemar cendawan dinasihati supaya mempunyai pengetahuan untuk mengenali jenis-jenis cendawan liar yang selamat dimakan supaya tidak termakan cendawan yang beracun yang boleh memudaratkan kesihatan. Begitu juga, individu yang hendak mengambil makanan tambahan berasaskan cendawan perlu mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Cendawan Kaya dengan Antibiotik’ oleh Wardah Abdul Rahman, Dewan Kosmik,  April 2011.

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud elemen utama.
[2 markah]
ii. Pengarang ada menyatakan bahawa cendawan yang beracun memberi kesan buruk kepada manusia.
Nyatakan kesan-kesan tersebut.
[3 markah]
iii. Sekiranya anda ingin menjadi usahawan cendawan, apakah perkara-perkara yang diperlukan untuk memulakan perusahaan cendawan tersebut?
[4 markah]

Latihan Ayat


Latihan Sistem Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Penyambut tetamu itu mempersilakan beliau duduk di hadapan.
2. Kita perlu mengenal pasti potensi diri jika ingin mencapai kejayaan.
3. Aktiviti kokurikulum memperkukuh perpaduan murid berbilang kaum di negara ini.
4. Pasukan Kadet Polis sekolah itu akan menjalani latihan menembak pada minggu hadapan.
5. Baginda mengurniakan darjah kebesaran kepada atlet yang telah mengharumkan nama negara kita.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menggesa pengusaha kantin sekolah supaya menyediakan makanan berkhasiat.
[6 markah]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Mesin pembuat mi segera yang dipamerkan di Ekspo Usahawan Muda Kebangsaan itu ialah hasil rekacipta seorang pelajar Institut Kemahiran Mara.
ii. Setiap anggota polis mestilah mempunyai pesonaliti yang baik bagi menunjuk kewibawaan mereka semasa menjalankan tugas.
iii. Perubahan iklim telah menyebabkan gangguan eko-sistem, kehilangan kawasan pesisir pantai dan memupuskan terumbu karang.
[6 markah]


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Kempen menggalakkan orang ramai memberi darah perlu dipergiat kerana darah amat diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.
ii. Pemilik kedai emas itu telah memberi bonus kepada penjaga keselamatan di kedainya kerana berjaya menghalang perompak dari merompak kedai tersebut.
iii. Makanan berlemak dan terlalu manis bukan baik untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan kita terbuka kepada risiko pelbagai penyakit.

[6 markah]