Monday, 22 July 2013

Latihan Ayat


Latihan Sistem Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Penyambut tetamu itu mempersilakan beliau duduk di hadapan.
2. Kita perlu mengenal pasti potensi diri jika ingin mencapai kejayaan.
3. Aktiviti kokurikulum memperkukuh perpaduan murid berbilang kaum di negara ini.
4. Pasukan Kadet Polis sekolah itu akan menjalani latihan menembak pada minggu hadapan.
5. Baginda mengurniakan darjah kebesaran kepada atlet yang telah mengharumkan nama negara kita.
6. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menggesa pengusaha kantin sekolah supaya menyediakan makanan berkhasiat.
[6 markah]

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Mesin pembuat mi segera yang dipamerkan di Ekspo Usahawan Muda Kebangsaan itu ialah hasil rekacipta seorang pelajar Institut Kemahiran Mara.
ii. Setiap anggota polis mestilah mempunyai pesonaliti yang baik bagi menunjuk kewibawaan mereka semasa menjalankan tugas.
iii. Perubahan iklim telah menyebabkan gangguan eko-sistem, kehilangan kawasan pesisir pantai dan memupuskan terumbu karang.
[6 markah]


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah  dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Kempen menggalakkan orang ramai memberi darah perlu dipergiat kerana darah amat diperlukan supaya menyelamatkan nyawa.
ii. Pemilik kedai emas itu telah memberi bonus kepada penjaga keselamatan di kedainya kerana berjaya menghalang perompak dari merompak kedai tersebut.
iii. Makanan berlemak dan terlalu manis bukan baik untuk kesihatan kerana boleh menyebabkan kita terbuka kepada risiko pelbagai penyakit.

[6 markah]

No comments:

Post a Comment