06/10/2019

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019 : SKEMA Petikan Prosa Moden dan Tradisional [NEGERI SEMBILAN]


SKEMA JAWAPAN : SOALAN 2b Prosa Moden
SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Sebab kota besar itu sudah hilang nilai-nilai tradisinya  

P1
sarat dengan api prasangka
1
P2
runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa
1
P3
bercampur aduk  budaya dan bahasa pertuturannya
1
P4
manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri masing-masing
1
P5
mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik
1

[maksimum : 2 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(ii)
Persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke bandar  

P1
mempelajari budaya tempat baharu
1
P2
mempunyai jati diri yang kukuh agar tidak mudah terpengaruh
1
P3
mencari maklumat  tentang tempat yang ingin dituju
1
P4
melengkapkan diri dengan ilmu agama   
1
P5
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
1

 [maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi] 
(iii)
Pengajaran dalam petikan cerpen

P1
Kita hendaklah mendengar nasihat seorang ibu agar beroleh keberkatan dalam kehidupan. 
‘Saya’ membatalkan hasratnya ke bandar atas nasihat ibunya.
1+1
P2
Kita perlulah menghindari sikap prasangka untuk mengelakkan sengketa.  Masyarakat di kota hidup dalam keadaan berprasangka.
1+1
P3
Kita perlulah menjauhi sikap mementingkan diri agar dihormati dan disenangi orang di sekeliling. 
Masyarakat di kota dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri masing-masing.
1+1

[boleh gunakan (isi + contoh) atau (isi + huraian)]



Pengajaran dalam keseluruhan petikan

K1
Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan agar mendapat hasil yang baik. 
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal. 
1+1
K2
Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan agar tidak mudah terpedaya.
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.  
1+1
K3
Kita mestilah menjauhi sikap berputus asa agar semangat tidak luntur.  ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya
1+1
   (Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
                        [maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi(P+K)]




SKEMA JAWAPAN : SOALAN 2c Prosa Tradisional

SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
Maksud  jangan kemakanan matanya

P1
supaya / agar tidak tumpul / majal / muntul
2
P2
agar / supaya tajam/sentiasa tajam
1

[maksimum : 2 markah]

(ii)
Tindakan Duli Yang Dipertuan setelah mendengar perkhabaran daripada Seri Amerta 

P1
baginda tersenyum
1
P2
mengeyakan kata-kata / bersetuju dengan kata-kata Tun Perak
1
P3
mengambil sirih
1
P4
meminta Sri Amerta memberikan sirih kepada Tun Perak
1
P5
meminta Tun Perak  meninggalkan Kelang dan menetap di negerinya
1

*(Sekiranya jawapan calon sama maksud dengan mana-mana  jawapan di atas, diterima )


 [maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi] 

(iii)
Sebab seseorang itu perlu berpandangan jauh sebelum melakukan  sesuatu perkara

P1
supaya matlamat / perancangan menjadi lebih jelas
1+1
P2
lebih yakin dengan keputusan yang dibuat
1+1
P3
supaya kita dapat membuat persiapan dengan baik
1+1
P4
dapat menimbangkan perkara yang baik dan yang buruk

P5
menjadikan diri lebih  bersikap rasional


                        [maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2]


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019 : Petikan Prosa Moden dan Tradisional [NEGERI SEMBILAN]

Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden (Negeri Sembilan)   

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
 Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan diri masing-masing.
 Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
 Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i)      Mengapakah bonda mengatakan bahawa kota besar itu sudah hilang nilai-nilai tradisinya?
[2 markah]
(ii)      Pada pendapat anda, apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebelum
seseorang itu berhijrah ke bandar?                                                                                
[3 markah]
(iii)     Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                             
  [4 markah]





Soalan 2(c)     Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti  oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba  sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikiran tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itu maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan  Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya sungguh-sungguh.”
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah 
Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri ini.”

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi  Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i)       Berikan maksud jangan kemakanan matanya.
                                                      [2 markah]

(ii)     Apakah yang dilakukan oleh Duli Yang Dipertuan setelah mendengar perkhabaran daripada Seri Amerta?
 [3 markah]

(iii)    Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu berpandangan jauh sebelum melakukan sesuatu perkara?
               [3 markah]




05/10/2019

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019 : SKEMA Petikan Prosa Moden [JOHOR]



CADANGAN JAWAPAN [Petikan Prosa Moden - JOHOR] 

SOALAN
SKEMA
MARKAH
(i)
‘saya’ melihat 

P1
Keadaan kelam kabut
1
P2
Jentera berat merobohkan rumah kayu usang
1
P2
penguat kuasa  mengawal suasana sekitar
1
P3
demonstrasi penduduk membantah pencerobohan
1


[maksimum : 2 markah]
[Isi cukup : 2 Isi]
(ii)
usaha-usaha kerajaan

P1
mengadakan kempen mengumpul buku-buku lama
1
P2
menyediakan pusat pengumpulan buku-buku lama
1
P3
mewujudkan ARKIB khas untuk menyimpan buku lama
1
P4
kerjasama dengan penulis
1
P5
kerjasama dengan perpustakaan
1
P6
memberi ganjaran/ sijil/ pengiktirafan/ hadiah kepada penyimpan buku lama
1
P7
kerap mengadakan pameran buku-buku lama
1
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 Isi]


(iii)
Pengajaran dalam petikan

P1
Kita mestilah menghargai ilmu.
‘saya’/ penulis berasa sedih melihat buku-buku milik Munsyi musnah.
1+1
P2
Kita seharunya mempertahankan tanah milik kita agar tidak jatuh ke  tangan asing.
Tanah rizab Melayu dirobohkan dan bakal bertukar tangan kepada  pelabur asing yang akan mengaut keuntungan di negara kita.
1+1


Pengajaran dalam keseluruhan cerpen 

K1
Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu. 
‘Saya’/ penulis tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah   ke bandar
1+1
K2
Kita hendaklah rajin membaca pelbagai ilmu untuk meningkatkan pengetahuan.
‘Saya’/ penulis telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
1+1
K3
Kita tidak boleh mudah putus asa untuk mencapai matlamat hidup. ‘Saya’/ penulis meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih.  bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
1+1

(Pengajaran yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 2 Isi (P + K)]