Monday, 7 September 2015

Jiran, Berjiran dan Kejiranan

 Kejiranan - Enam cara kekalkan hubungan baik

KEMAKMURAN sesebuah negara amat bergantung kepada sejauh mana kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakatnya. Hubungan yang erat antara sesama anggota masyarakat merupakan antara ciri-ciri masyarakat yang berkualiti, iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni dan aman sesama mereka, bahkan menjadi aset paling penting kepada negara.
Menyedari hakikat inilah maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalinkan hubungan yang erat dalam kalangan masyarakatnya. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja, malahan melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan sebagainya.
Mengapa kita perlu berjiran? Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan kerana ia adalah salah satu daripada cara hidup Islam. Dalam konteks kejiranan, umat Islam berkewajipan mengekalkan hubungan baik dan mesra sesama mereka. Hal ini demikian kerana, ia memainkan peranan yang amat penting dalam menjana satu kehidupan setempat yang aman dan harmoni yang boleh memberi kemudahan, kelapangan dan jalan keluar bagi satu-satu kesulitan atau masalah.
Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.'' (An-Nisa : 36)

Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Antaranya:
1.    Bantuan ketika kecemasan
Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran.
Justeru, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain. Alangkah beruntungnya mereka yang mempunyai jiran yang sedia menolong pada bila-bila masa. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan, sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Hanya jalinan dan kemesraan yang kuat antara jiran akan dapat melahirkan suasana seperti ini.

2.    Menambah kenalan
Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenali.'' (Al-Hujurat : 13)
Mempunyai kenalan yang ramai dan rapat lebih-lebih lagi hidup berjiran banyak memberi manfaat kepada kita. Di antaranya mendapat tunjuk ajar dan nasihat dalam sesuatu bidang ilmu atau kepakaran lain yang dimiliki oleh jiran kita.

3.    Menjamin keselamatan setempat
Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Hal ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan Kawasan atau kempen-kempen kesedaran. Budaya bantu membantu seperti inilah yang sangat dikehendaki oleh Islam seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Bertolong-tolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketakwaan dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.'' (Al-Maidah : 2)

4.    Menjaga keharmonian masyarakat
     Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Adakah kita perlu menunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita, barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran? Bukankah elok dan bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi, bak kata pepatah Melayu sediakan payung sebelum hujan. Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan yang kita diami.

5.    Menjaga kebajikan penduduk setempat
Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti jawatankuasa kemajuan pembelajaran anak-anak, jawatankuasa pembangunan insan dan lain-lain bagi tujuan menganjurkan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti kem motivasi, program jati diri dan sebagainya. Kesemuanya ini menjadikan kebajikan masyarakat setempat sama ada anak-anak, para remaja, ibu bapa dan sebagainya sentiasa terjamin dan terpelihara.
Sudah semestinya, rahsia kejayaan program ini terletak kepada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan urusan mereka dijalankan secara bermusyawarah sesama mereka”. (Al-Syura : 38)

6.    Memupuk perpaduan

Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai. Bagi memastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan, maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya merebak kepada huru-hara, perpecahan dan perbalahan.
Maka kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu.

Kehidupan yang mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. juga adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.

- Ahmad Tarmizi Zakaria, Pensyarah Kolej Industri Pendidikan Negeri Selangor (Kolej INPENS), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Friday, 4 September 2015

MODUL PASCA BAHASA MELAYU 1 SPM : 2

TEMA: ALAM SEKITAR

SOALAN 1
Deklarasi Langkawi yang telah dimeterai dalam kalangan negara-negara Komanwel telah mengetengahkan isu pencemaran alam sekitar dalam kalangan negara-negara anggota membuktikan bahawa pencemaran alam sekitar telah menjadi isu sejagat.
Nyatakan langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar di peringkat antarabangsa.

Cadangan Isi:
1.       Kerjasama negara-negara di dunia dalam pertubuhan antarabangsa
o Contoh, negara-negara Komanwel, ASEAN

2.       Penguatkuasaan undang-undang di peringkat global
o Undang-undang maritim
o Ekstradisi tertuduh untuk dibicarakan di negara masing-masing

3.       Sumbangan negara-negara maju dalam pelbagai aspek terhadap negara-negara dunia ketiga
o Sumbangan kewangan
o Sumbangan ilmu

4.       Pemantauan bersama
o Semua negara bersepakat menjaga kelestarian alam sekitar

5.       Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
o Mencari punca dan penyelesaian masalah pencemaran



SOALAN 2
Sejak akhir-akhir ini, kawasan tempat anda tinggal terganggu oleh pencemaran alam yang serius berpunca daripada aktiviti pembangunan dari kawasan berdekatan.
Tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan bagi menyatakan langkah-langkah menyelesaikan masalah pencemaran alam tersebut.

Format – Surat Kiriman Rasmi
Cadangan Isi:

Pendahuluan

·          Menyatakan contoh pencemaran alam yang serius berpunca daripada aktiviti pembangunan dari kawasan berdekatan;

·          Tanah runtuh dan hakisan tanah akibat pembangunan lereng bukit/ pembalakan haram; air sungai tercemar; banjir kilat  atau;

·          Debu dan asap berpunca daripada industri; pencemaran air; kualiti air bersih tergugat; hidupan akuatik terancam atau;

·          Bunyi bising dan gegaran berpunca daripada aktiviti pembangunan; pembinaan kawasan perumahan dsb.

Langkah-langkah menyelesaikan masalah pencemaran alam:

1.   Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar
-     Pemantauan secara berkala untuk memastikan kualiti air, udara dan bunyi sentiasa berada pada tahap memuaskan
     -     Melayan setiap aduan yang diterima daripada penduduk setempat
           Turun padang bagi memastikan kesahihan setiap aduan

2.   Tindakan undang-undang
-     Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemaju yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan
     -     Kompaun, denda atau tindakan mahkamah bergantung kepada seriusnya kesalahan yang dilakukan

3.   Peranan Wakil Rakyat
     -     Campur tangan wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah setempat
-     Mesyuarat bersama komuniti melibatkan agensi kerajaan, persatuan penduduk, wakil rakyat dan pihak pemaju bagi mencapai kesepakatan

4.   Peranan Media Massa
     -     Media massa berperanan sebagai medium maklumat kepada masyarakat luar
     -     Menyalurkan maklumat terkini mengenai perkembangan pembangunan setempat dan kesannya terhadap alam sekitar

5.   Perpaduan Komuniti
     -     Penduduk setempat berganding bahu menyelesaikan masalah pencemaran tersebut

Ungkapan menarik:
-         Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
-         Lintah darat
-         Bagai aur dengan tebing
-         Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat


SOALAN 3

Sebagai pegawai khas di Jabatan Pertanian, anda dijemput untuk memberikan ceramah kepada penduduk di taman tempat tinggal anda. Tajuk ceramah tersebut ialah “Bertani Secara Kecil-Kecilan Membawa Banyak Manfaat Kepada Rakyat”.

FORMAT         : Ceramah
TUGASAN SOALAN  : “Bertani Secara Kecil-Kecilan Membawa Banyak Manfaat Kepada Rakyat”.
Cadangan Isi:

1.       Sumber pendapatan
§    Lebihan tanaman boleh dijual sebagai sumber pendapatan utama/ sampingan

2.       Sumber makanan yang segar
§    Racun serangga dan baja bebas bahan kimia
§    Penggunaan bahan organik seperti baja urea
§    Penggunaan bahan terbuang seperti lebihan makanan dikitar semula menjadi baja organik

3.       Menampung perbelanjaan harian
§    Menjimatkan kos kerana tidak perlu membeli sayur-sayuran seperti cili dan kangkung

4.       Kesihatan diri
§    Memenuhi saranan Kementerian Kesihatan agar makan mengikut panduan piramid makanan yang ditetapkan
§    Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
§    Makanan bebas bahan kimia

5.       Meningkatkan tabungan
§    Hasil jualan bahan yang ditanam boleh disimpan sebagai tabungan

Ungkapan Menarik:
-         Berbudi kepada tanah
-         Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
-         Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain


TEMA: KESIHATAN


SOALAN 1
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
TUGASAN SOALAN  : USAHA-USAHA MEMUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
CADANGAN IDEA       :

1.       Mengamalkan pemakanan seimbang
-     Pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan yang telah dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan
-     Mengurangkan pengambilan makanan tinggi kandungan kolesterol
-     Menghindari makanan segera kerana kandungan garam dan pengawet tinggi
-     Banyak makan makanan tinggi serat

2.       Mengamalkan aktiviti senaman
-     Bersenam di mana-mana sahaja sama di rumah mahupun pejabat
-     Berjalan kaki 10 ribu langkah sehari
-     Senaman asas seperti regangan otot dan berjalan kaki

3.       Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
-     Berjumpa doktor untuk mengikuti pemeriksaan kesihatan berjadual
-     Pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, degupan jantung dan berat badan
-     Dapat mengesan sebarang tanda-tanda awal penyakit kronik

PIHAK TERLIBAT:
·   Kementerian Kesihatan Malaysia
·   Kementerian Belia dan Sukan
·   Swasta-misalnya Jacob’s Malaysia yang menganjurkan ‘Walk of Life’

PERIBAHASA/ UNGKAPAN MENARIK
·   Melentur buluh biarlah dari rebungnya
·   Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
·   Sudah terhantuk baru terngadah


TEMA: JENAYAH

Kemalangan jalan raya yang berpunca daripada kegiatan berlumba secara haram sering dilaporkan di media massa. Golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan ini dikatakan penyumbang kepada kemalangan tersebut. Jelaskan langkah-langkah bagi menangani masalah tersebut.

FORMAT    :     Tiada format khusus
TUGASAN SOALAN  :     Langkah-langkah bagi menangani kemalangan jalan raya yang berpunca daripada kegiatan berlumba secara haram

Cadangan Isi:

1.   Penguatkuasaan undang-undang
     -     Pihak berkuasa: Polis Diraja Malaysia  (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

2.   Kempen keselamatan
-     Sebaran di media massa-iklan di televisyen, akhbar
-     Menggunakan medium Internet
-     Ceramah

3.   Kesedaran diri kepada remaja
     -     Kem motivasi, pegangan agama yang kukuh, didikan ibu bapa

4.   Peranan pendidikan
     -     Peranan institusi pendidikan melalui pengajaran dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
     -     Menubuhkan Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR)

5.   Peranan komuniti
     -     Penglibatan masyarakat setempat, badan-badan bukan kerajaan (NGO)

Ungkapan menarik:
-         Melentur buluh biarlah dari rebungnya
-         Sudah terhantuk baru terngadah
-         Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya
-         Berganding bahu
-         Bagai aur dengan tebing

Huraikan pendapat anda tentang manfaat Internet kepada masyarakat.

Tugasan soalan:  manfaat Internet kepada masyarakat.
Cadangan isi:     i.   Bertukar pendapat melalui sembang siber
  ii.   Berkomunikasi melalui emel
  iii.  Mengiklankan produk dan perkhidmatan
  iv.  Mendapatkan maklumat dengan mudah
Ungkapan menarik:
i.       Dunia tanpa sempadan
ii.      Maklumat di hujung jari
iii.     Yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan
Frasa menarik:
i.          Dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi
ii.         Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
iii.        Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia


SOALAN 2
Soalan :   Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pada hari ini dikatakan mampu melahirkan pelajar yang kreatif dan berdaya saing dalam dunia global.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada melayari Internet.

Tugasan soalan   :  Faedah-faedah daripada melayari Internet
Cadangan isi         :

1.         Dapat mengikuti arus perkembangan dunia
     •    Mengetahui perkembangan terkini tentang negara luar - memperoleh maklumat tentang penciptaan moden yang terkini seperti robot Asimo yang menyerupai ciri-ciri seperti manusia
     •    Berhubung dengan negara luar melalui Internet - melalui laman sosial seperti Facebook,  Twitter, Instagram, Google dan Yahoo
     •    Mengetahui trend terkini menerusi blog dan laman web - boleh melihat dengan lebih cepat melalui Internet berbanding dengan penggunaan majalah

2.      ICT sebagai jaringan maklumat
•    Memperoleh maklumat dengan lebih cepat - mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan sekolah
•    Berkongsi maklumat dengan sekolah lain - mendapatkan nota yang lebih efektif dari sekolah-sekolah bestari dan blog guru-guru pakar setiap mata pelajaran.
•    Boleh merakam video tentang akademik dan proses eksperimen - Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi boleh memuai naik lebih banyak proses eksperimen sebagai panduan melalui EduWeb TV dan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
•    Mengasah minda para pelajar melalui kuiz pendidikan seperti PERMATA PINTAR dan eduweb games dalam Internet

3.   Membina jaringan perniagaan yang lebih luas
·               Perniagaan secara atas talian (online) mendatangkan keuntungan yang lumayan, misalnya menjadi ejen dropship (orang tengah)
·               Jualan barang-barang terkini seperti tudung dan pakaian
·               Promosi dengan ilustrasi yang menarik
4.   Pembelajaran lebih seronok dan ceria
     •    Gambar yang menarik - para remaja tertarik dengan pengguna gambar-gambar dan ilustrasi serta grafik yang digunakan dalam pembelajaran
•    Dapat melihat gambar dan ilustrasi yang tidak terdapat di di buku teks - para remaja dapat meluaskan pengetahuan mel paparan gambar secara tiga dimensi
•    Penggunaan mikrofon di dalam kelas - pelajar dapat mendengar suara guru dengan lebih jelas, tidak hilang tumpuan dan minat untuk membaca
•    Menarik minat pelajar terutamanya remaja - para remaja kurang berminat untuk membaca buku tetapi melalui penggunaan ICT yang lebih interaktif, dapat menarik perhatian mereka untuk menggunakannya
·               Para pelajar berasa lebih seronok dan tidak bosan – pelajar tidak  perlu membaca buku teks yang bersifat statik malah skop faktanya juga tidak bersifat semasa.
•    Animasi dan video membantu para pelajar memahami satu-satu tajuk dengan lebih lanjut
•    Berpeluang bermain permainan maya yang berunsurkan  pendidikan - menjadikan kaedah pembelajaran lebih  seronok melalui permainan pendidikan dalam kompuer
•    Menyanyikan lagu yang berunsurkan pendidikan yang bersesuaian dengan mata pelajaran - memuat turun nada dering atau menggubah lagu supaya supaya lebih mudah untuk dihafal dan diingati
•    Boleh merakam video tentang akademik dan proses eksperimen - Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi boleh memuat naik lebih banyak proses eksperimen sebagai panduan melalui EduwebTVdan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
•    Mengasah minda para pelajar melalui kuiz pendidikan sepert PERMATA PINTAR dan eduweb games dalam Internet
5.   Dapat meningkatkan kadar celik IT
•    Taraf hidup masvarakat dapat ditingkatkan - Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tirtggi berusaha meningkatkan status kehidupan masyarakat dengan memperkenalkan mata pelajaran Teknologi Maklumat pada tahun 1999 bagi pelajar Tingkatan 4
•    Memudahkan mahasiswa lepasan universiti yang menganggur mendapat pekerjaan  dan memperolch pendapatan lumayan - golongan penganggur boleh memulakan kerjaya dengan cara jualan langsung menerusi Internet
•    Masyarakat yang  celik IT dapat menjalankan aktiviti domestik dengan lehih efektif - ICT memudahkan urusan seharian seperti pembayaran bil mahupun  saman hanya dengan melalui  sistem talian terus
6.   Meringankan bebanan pelajar dan tenaga pengajar
•    Penggunaan kemudahan ICT menghubungkan para pelajar dengan pensyarah - sesi pembelajaran antara pelajar dengan pensyarah dapat dihubungkan  walaupun berada di lokasi yang berbeza dengan mengunakan sistem penyelidikan dunia tanpa wayar (WWRF)
•    Nota-nota dapat diperoleh melalui Internet – para pelajar dapat memuat turun nota mahupun segala perisian yang diberikan oleh pensyarah dengan mudah melului Internet walaupun mempunyai masa yang sangat terhad. Malah nota-nota tersebut boleh disimpan dalam bentuk cakera padat atau ‘soft copy’
•    Menjimatkan masa pelajar dan tenaga pengajar - penghantaran tesis dan sistem peperiksaan dapat dilakukan dan dilaksanakan secara sistem talian terus
Ungkapan menarik:
Menurut Dr. Norrizan Razali (Pengurus Kanan lahalan Sekolah Bestari, Multimedia Development MSC Malaysia), Sekolah Bestari bukan sekadar jargon I-kit, papan putih, interaktif, layar multimedia, perisian akses kendiri atau rangkaian wayar yang berselirat di sana dan sini yang menghubungkan satu komputer dengan komputer yang lain. Seharusnya faktor manusiawi yang penting untuk dibestarikan bukannya perkakasan.

Cabaran keenam dalam Wawasan 2020 adalahm mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.






TEMA: PENDIDIKAN
SOALAN 3
Soalan:  Kemajuan dunia hari ini menuntut setiap orang mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan.

Tugasan soalan   :   Kepentingan ilmu pengetahuan.
Cadangan isi          :
1.   Meningkatkan taraf hidup
2.   Menentukan masa depan
3.   Melahirkan manusia bertamadun
4.   Tidak mudah dieksploitasi
5.   Melahirkan masyarakat minda kelas pertama
Ungkapan menarik:
·               Umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha
·               Umpama patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha sampai berjaya
·               Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
·               Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
·               Jika sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
·               Jangan lakukan kerja sekerat jalan
·               Sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
·               Jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
·               Usah biarkan masalah ....terus membebani .................
·               Usaha secara kolaboratif
·               Menuntut sinergi pelbagai pihak
·               Janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut

SOALAN 4
Soalan         :    Kemajuan dunia masa ini memerlukan setiap remaja mempelajari pelbagai bidang ilmu untuk bersaing dalam dunia global.
Jelaskan kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

Tugasan soalan:   Kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.

Cadangan isi:
1    Menjamin masa depan yang cemerlang
     •    Orang yang berilmu pengetahuan mudah untuk mendapat pekerjaan - contoh, seseorang yang berilmu mudah mendapat kepercayaan orang lain kerana ilmu yang dimilikinya mampu mempengaruhi orang lain untuk mengambilnya bekerja - bersungguh-sungguh dalam pekerjaan
     •    Pandai merealisasikan dan menentukan arah diri - contoh, orang yang berilmu mengetahui cara-cara untuk mewujudkan dan merealisasikan impian diri
2    Menguasai pelbagai bidang ilmu
•    Dapat meningkatkan taraf pemikiran seseorang - contoh, tokoh pemikir yang terkenal di dunia seperti Aristotle sangat mementingkan ilmu pengetahuan - mempelajari hamper setiap bidang ilmu di dunia seperti astronomi, penulisan, psikologi dan sebagainya
•    Orang yang menguasai pelbagai bidang ilmu dapat menggunakan ilmu pengetahuan mereka untuk memajukan kehidupan manusia - contoh, pencipta-pencipta Barat menghasilkan pelbagai alatan baharu dalam memudahkan kehidupan manusia seperti penciptaan roda, kapal terbang dan telefon - Alexander Graham Bell, Wright Bersaudara dan George W. Ferris
3    Mampu menyelesaikan masalah
•    Orang yang berilmu mampu menyelesaikan masalah dalam pekerjaan - contoh, orang yang berilmu akan menggunakan ilmu yang dippelajarinya untuk dimanfaatkan – mengaplikasikan ilmu untuk menyelesaikan masalah dalam pekerjaan
•    Orang yang berilmu dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan - contoh, orang yang berilmu dapat mencari jalan penyelesaian yang sempurna - melakukan setiap tindakan dengan berhemah - membuat pertimbangan menggunakan akal
•    Orang yang berilmu mampu menyelesaikan masalah dalam keluarga - contoh, ketua keluarga yang berpengetahuan mampu menyelesaikan masalah dalam rumahtangga  - mempunyai tahap pemikiran yang matang – masalah antara isteri dengan suami  dapat diselesaikan dengan sikap toleransi jika seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi tentang hubungan kekeluargaan.
4.   Melahirkan insan yang bermoral
•    Orang yang berilmu memiliki keperibadian yang terpuji -  menjadi jati diri seseorang - mampu membimbing keluarga,  sahabat handai dan masyarakat ke arah kebaikan
•    Orang yang berilmu tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif - contoh, orang yang berilmu dapat membezakan sesuatu perkara itu baik atau buruk
5.   Memajukan diri dan negara
•    Orang yang berilmu penting untuk menjanakan kemajuan negarar - ilmu pengetahuan yang diperoleh hendaklah dimanfaatkan dalam pembangunan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik
•    Golongan berilmu atau cendekiawan layak menjadi pemimpin  negara - pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan Negara
•    Pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi diperlukan untul menerajui negara - dunia pada hari ini penuh dengan cabaran - pemimpin yang mempunyai daya intelektual mampu menangani setiap rintangan dengan mudah
6.   Memperkasakan kosa kata
•    Orang yang berilmu dapat meluaskan kosa kata mereka – contoh, seseorang yang berilmu akan memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bahasa, oleh itu,  mereka dapat mempelajari  penggunaan bahasa asing seperti bahasa Jepun dan Jerman
•    Orang yang berilmu juga dapat mengesan kesalahan yang digunakan dalam percakapan - contoh, orang yang berusaha untuk mencari ilmu akan sedaya upaya mempelajari ilmu untuk memperbaiki kosa kata dalam kehidupan mereka
Frasa menarik:
i.         Bagai pucuk dilancarkan ( = diluncurkan ) bermaksud amat cepat
ii.        Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
iii.      Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga


SOALAN 5
Soalan:  Setiap tahun kerajaan menghantar pelajar untuk menyambung pelajaran di luar negara dalam pelbagai jurusan ilmu.
Huraikan  kebaikan-kebaikan belajar di luar negara.
Tugasan soalan   :     Kebaikan-kebaikan belajar di luar negara.
Cadangan isi:

Pendahuluan
•   Isu penghantaran pelajar ke luar negara
•   Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan besar untuk menampung kos pengajian pelajar di luar negara
•   Pelbagai badan kerajaan dan berkanun bersama-sama membiayai kos pengajian di luar negara seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
•   Matlamat penghantaran pelajar adalah untuk memastikan mereka membawa pulang ilmu pengetahuan untuk pembangunan dan kemajuan negara
•   Frasa Menarik: Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara
Isi-isi Penting
Isi 1 :   Dapat menimba ilmu yang bermanfaat yang tidak ditawarkan oleh universiti tempatan
•   Kemajuan dalam pelbagai bidang di universiti luar negara mendahului negara - terutama dalam jurusan kejuruteraan dan perubatan
•   Kecanggihan teknologi luar negara dan falsafah ilmu belum diterokai di universiti tempatan seperti teknologi angkasa lepas dan penyelidikan persenjataan
•   60 peratus penduduk Malaysia berumur di bawah 25 tahun yang memerlukan pendidikan terbaik untuk menjadi satu dasar kepada generasi pekerja terlatih dan berkemahiran tinggi
•   Universiti luar negara mempunyai sumber rujukan yang banyak dan belum dibawa masuk ke dalam negara
•   Pelajar dapat memindahkan teknologi luar ke dalam negara

Isi 2 :  Dapat menguasai pelbagai bahasa dunia
•   Kebanyakan universiti luar negara menggunakan bahasa kebangsaan negara masing-masing sebagai bahasa penghantar di univrsiti seperti negara lepun, Sweden, Ireland, Korea dan Sepanyol
•   Tahap penguasaan bahasa Inggeris juga meningkat berbanding pelajar universiti tempatan
•   Penguasaan bahasa dunia mampu menjadikan pelajar universiti sebagai penyelidik
•   Pelajar dapat menghasilkan produk baharu yang diadaptasi dan diimplementasikan daripada kepakaran teknologi antarabangsa melalui pembacaan buku-buku ilmiah dalam bahasa asing dunia yang telah bertapak lama
•   Tokoh-tokoh ilmuan dunia juga menghasilkan buku dalam bahasa ibunda masing-masing
•   Peribahasa: Alah bisa tegal biasa

Isi 3: Dapat melahirkan generasi muda yang berani dan yakin serta bersedia menghadapi cabaran
•   Pendedahan dan tunjuk ajar yang diperoleh di luar negara dapat diguna pakai setelah memasuki alam pekerjaan
•   Kesulitan dan kepayahan semasa menuntut di luar negara dijadikan panduan dalam meneruskan kerjaya berkaitan bidang yang dipelajari
•   Keupayaan menghasilkan teknologi baharu dapat memajukan negara dalam pelbagai bidang seperti bidang bioteknologi, teknologi makanan dan pengkomputeran
•   Kemunculan pelbagai industri berasaskan nuklear dan petrokimia di negara kita dapat dimanfaatkan dengan bantuan kepakaran pelajaryang mengikuti kursus berkaitan di luar negara
•   Frasa menarik: Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara  sendiri

Isi 4: Dapat mengenali budaya asing melalui pertukaran budaya
•   Dapat mengenali budaya negara luar
•   Boleh mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang positif seperti mencintai kebersihan, budaya kerja yang cekap sama ada dalam keluarga dan kerjaya
•  Pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajar ke luar negara boleh memperkenalkan keistimewaan budaya negara kita – makanan, pakaian, permainan tradisional, adat istiadat dan kraf tangan.
•   Frasa menarik: Jauh berjalan luas pandangan

Isi 5 :   Membawa masuk teknologi baru dari luar negara
·          Perkongsian kepakaran luar

Penutup
•    Kerajaan perlu memastikan pelajar yang menuntut di luar tanah air setelah tamat pengajian
•    Mereka harus berbakti kepada bangsa dan negara serta mengenang jasa kerajaan
•    Kerajaan haruslah menyediakan peluang pekerjaan yang setaraf dengan kepakaran yang dimiliki
•    Kepakaran graduan luar negara mampu melonjakkan nama negara di persada dunia dalam pelbagai bidang
•    Hasrat menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dapat digapai sekiranya semua graduan luar
     negara rela menabur bakti kepada ibu pertiwi
TEMA: KESELAMATAN

SOALAN 6
Soalan: Sejak kebelakangan ini, isu kemalangan jalan raya begitu serius diperkatakan oleh pelbagai pihak dan mencetuskan pelbagai tanggapan dalam kalangan masyarakat.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya   tersebut.

Tugasan soalan:  Usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya  
Cadangan isi:     

Pendahuluan
     Peningkatan statistik kemalangan jalan raya - heboh diuar-uarkan oleh media massa - peningkatan secara mendadak - manusia mempunyai keinginan untuk memiliki kenderaan sendiri - beribu-ribu jenis kenderaan di jalan raya - jalan raya menjadi sesak - menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Mantan Perdana Menteri – menyeru rakyat Malaysia menggunakan  pengangkutan awam moden - satu alternatif agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan - Malaysia seharusnya mencontohi negara Jepun menangani dan mengurangkan kemalangan dengan memperbanyak perkhidmatan pengangkutan awam - Impak yang sangat besar akan dihadapi oleh kerajaan untuk menyelenggara kerosakan di jalan raya akibat kemalangan -  tidak sewajarnya terjadi dalam kalangan masyarakat yang hidup di bawah satu rumpun dan satu  langit yang sama - langkah bijak seharusnya diambil bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya.

1)      Pihak kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang dan akta keselamatan jalan raya
     Menguatkuasakan undang-undang dan akta keselamatan jalan raya- memberikan hukuman yang sangat berat kepada pesalah lalu lintas - kemalangan di jalan raya  semakin meningkat berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya yang melanggar peraturan lalu lintas -  masyarakat akan gentar untuk bersikap acuh tidak acuh dengan peraturan yang telah ditetapkan ketika berada di jalan raya - contoh, negara Singapura sangat bertegas kepada pesalah jalan raya - memasang kamera litar tertutup bagi membolehkan pihak polis mengesan individu yang menyalahi undang-undang lalu lintas - Malaysia sepatutnya mengambil iktibar dan mencontohi Singapura bagi mengurangkan jumlah peningkatan kemalangan jalan raya -  kerajaan mestilah menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dengan lebih ketat bagi kesejahteraan negara.

2)   Membaik pulih kawasan kemalangan dan jalan raya yang telah rosak dengan segera
     Membaik pulih kawasan kemalangan dan jalan raya yang telah rosak dengan segera - struktur jalan yang berlubang, rosak dan tidak rata punca utama kemalangan jalan raya  diatasi  segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku -  mencegah lebih baik daripada mengubati - sikap berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan akan menyebabkan kejadian yang sama berulang - pokok-pokok yang mengganggu penglihatan pengguna jalan raya perlu ditebang dengan segera - papan-papan tanda dan peringatan hendaklah diletakkan di kawasan-kawasan yang berbahaya dan kawasan yang kerap kali berlakunya kemalangan – menyediakan prasarana lebih banyak di sepanjang jalan seperti pondok telefon kecemasan dan juga nombor aduan kerosakan - kemudahan orang awam membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan segera

3)   Kempen-kempen dan ceramah
     Kempen-kempen dan ceramah - Kempen Kurangkan Kemalangan di Jalan Raya dan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya – usaha menarik minat masyarakat agar sentiasa berhati-hati di jalan raya – ibu bapa membawa anak-anak mendengar ceramah - memberikan pendedahan agar sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan raya - tidak memandu melebihi had yang telah ditetapkan - media massa mengiklankan bahana sikap individu yang memandu  laju boleh menyebabkan kehilangan nyawa – contoh, televisyen banyak menyiarkan punca kemalangan dan impak kemalangan - membuka mata pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati di jalan raya - tidak memandu mengikut hawa nafsu  - ikut hati mati, ikut rasa binasa –

4)   Berkongsi kenderaan apabila hendak ke suatu destinasi yang sama.
     Berkongsi kenderaan apabila hendak ke suatu destinasi yang sama - perkongsian kenderaan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas - mengeratkan ukhuwah - tiba ke destinasi yang sama dengan selamat - dapat menurunkan peratusan kemalangan jalan raya - tidak perlu bersikap individualistik sebaliknya ikhlas apabila menumpangkan jiran tetangga mahupun rakan-rakan ke tempat kerja - kesesakan jalan raya juga sering terjadi apabila menjelang musim perayaan - masing-masing berpusu-pusu ingin pulang ke kampung halaman - kita boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api - orang awam takut untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas kerana sikap sesetengah pemandu bas yang lalai dan leka apabila membawa para penumpang -  kerajaan telah mengambil langkah yang drastik - mementingkan rekod pemandu bas yang bebas daripada sebarang jenayah - menempatkan pegawai-pegawai berkenaan di setiap kenderaan awam bagi menjamin keselamatan para penumpang.

Penutup
     Semua pihak perlu bekerjasama dalam menurunkan kadar kemalangan jalan raya - bersatu kita teguh, bercerai kita roboh - hendaklah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan - tidak boleh mengikut kata hati dan nafsu semata-mata - sikap ini boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain - jika masalah ini tidak diselesaikan segera, bilangan rakyat yang terlibat dalam kemalangan jal akan semakin meningkat - matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang dan selamat bagi setiap rakyatnya tidak akan terlaksana - perlu menangani masalah kemalangan jalan raya dengan penuh berhemah – jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.




TEMA: PATRIOTISME
1.     Ada pendapat mengatakan bahawa  semangat patriotik semakin kurang dalam kalangan remaja. Huraikan punca-punca  kurangnya semangat patriotik dalam kalangan remaja.

Tugasan soalan : Punca-punca kurangnya semangat patriotik
Cadangan isi :
     -     Kurang  jati diri
          (Kurang mengenali asal usul keturunan sebagai rakyat Malaysia)

     -     Tidak memahami sejarah perkembangan negara.
          (Kurang memahami penderitaan dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu)

     -     Kurang diberi pendedahan tentang  kepentingan semangat patriotik.
          (Pendidikan awal tentang maksud patriotik kurang ditekankan)

     -     Tidak pernah merasai kepayahan hidup.
          (Dilahirkan dalam suasana moden yang penuh kemewahan)

     -     Menganggap nilai patriotik tidak penting dalam kehidupan.
          (Remaja lebih terdorong dengan hiburan dan kurang berwawasan)

2.    Semangat patriotik sangat penting dalam pembinaan sesebuah negara. 
     Jelaskan kesan-kesannya jika tiada semangat patriotik.

Tugasan soalan : Kesan-kesan tiada semangat patriotik.
Cadangan isi :
     -     Tidak berbangga dengan negara
          (Tidak berasa bertuah menjadi rakyat negara ini)

     -     Memburuk-burukkan imej negara di mata dunia.
          (Menulis artikel, menerbitkan filem yang negatif tentang Malaysia)

     -     Menimbulkan masalah kepada keamanan negara
          (Membesarkan isu sensitif dan isu perkauman)

     -     Memandang rendah pencapaian negara.
           (Membanding-bandingkan Malaysia dengan negara yang lain)

-         Tidak setia kepada negara
    (Menjadi pembelot kepada negara, memohon suaka politik negara lain)

3.    Semangat patriotik  wajar dihayati oleh setiap remaja di negara ini.
      Bincangkan cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja.

Tugasan soalan : Cara-cara memupuk semangat patriotik
Cadangan isi :
     -     Menekankan pendidikan sejarah dan kewarganegaraan.
    (Diberi perhatian khusus dalam PdP, kelab dan persatuan)
    
-         Kempen cinta akan negara.
          (Dilaksanakan di semua peringkat seperti kampung, daerah, negeri, kebangsaan)

     -     Banyakkan bahan seperti  buku, filem, dokumentari tentang  kemajuan negara.
           (Buku tentang kemerdekaan, pejuang negara)

     -     Pelancaran Bulan Patriotisme.
          (Mengadakan pelbagai aktiviti yang menbimbulkan kesedaran)
-              Peranan media massa
          (Sentiasa menayangkan/menerbitkan iklan/ hebahan tentang semangat patriotik)

Peribahasa
·               Hujan emas di negeri  orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri.
·               Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
·               Biar putih tulang jangan putih mata.
·               Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.



TEMA : SUKAN
SOALAN 1:
     Sukan di negara kita berpotensi untuk berkembang maju jika kita dapat mengatasi pelbagai kekangan  yang dihadapi. 
     Huraikan kekangan-kekangan  yang membelenggu bidang sukan di negara kita.

Tugasan soalan :  Huraikan kekangan-kekangan dalam bidang sukan
Cadangan Isi :

-                Pencapaian atlet kurang menyerlah di peringkat antarabangsa.
     (Atlet negara sering tewas dalam kejohanan peringkat Asia, kelayakan Piala Dunia dan Olimpik)

-     Perancangan program sukan yang kurang teliti.
     (Perancangan, strategi yang tidak tepat dan berkesan)

-     Kurang jurulatih yang berpengalaman.
     (Jurulatih yang benar-benar berkualiti, pernah menjadi atlet, menguasai strategi latihan yang berkesan)

-     Kurang kemudahan /kelengkapan sukan.
     (Padang, stadium, dan  gelanggang yang berkualiti)

-     Atlet kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.
     (Atlet muda kurang diberi peluang bertanding di kejohanan peringkat Asia dan Eropah)

-     Campur  tangan pihak berkepentingan dalam pengurusan sukan.
     (Pihak yang tidak mengetahui hal ehwal sukan cuba menguasai pengurusan dan bidang kejurulatihan bagi sesuatu persatuan sukan).


SOALAN 2.      
     Masalah yang melanda bidang sukan perlu diatasi segera untuk memastikan prestasi sukan di negara ini setanding dengan negara-negara lain. 
     Huraikan cara-cara mengatasi masalah yang menyebabkan kemunduran bidang sukan di negara ini.

Tugasan soalan : Menghuraikan  cara-cara mengatasi masalah kemunduran bidang sukan

-                Perancangan program jangka pendek dan program jangka panjang.
     (Program sukan yang mendatangkan hasil sesuai dengan perbelanjaan kewangan yang dilaburkan)

-     Memperbanyakkan akademi sukan
     (Pengkhususan kepada usaha menggilap bakat baru/pelapis dalam sesuatu bidang sukan)

-     Peruntukan kewangan yang mencukupi
     (Belanjawan tahunan  negara memberi perhatian  yang besar kepada kemajuan bidang sukan) 

-     Membentuk  lembaga pengurusan sukan yang lebih dinamik.
(Menggantikan presiden, pengurus, pegawai, jurulatih yang tidak menunjukkan prestasi yang dikehendaki)

-     Pencarian bakat-bakat baharu.
(Pengurusan persatuan sukan perlu turun padang mencari murid-murid sekolah, remaja di seluruh ceruk negara)

SOALAN 3.
     Penglibatan murid sekolah dalam sukan adalah penting  untuk memastikan  pencapaian Malaysia dalam bidang ini  sentiasa meningkat.
     Terangkan cara-cara menggalakkan  penglibatan murid dalam bidang sukan.

Tugasan soalan :  Menerangkan cara-cara menggalakkan penglibatan murid.
-     Biasiswa sukan
     (Murid yang cemerlang dalam bidang sukan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan)

-     Penghargaan kepada murid yang aktif
     (Diberi anugerah sijil dan sebagainya)

-     Memperbanyakkan pertandingan sukan  peringkat sekolah
     (Kejohanan dan pertandingan  sukan berbentuk dalaman)

-     Program 1 Murid 1 Sukan
     (Memberi peluang kepada semua murid terlibat dalam biadang sukan)

-     Mata pelajaran Sains Sukan diperluas/lebih banyak kelas Sains Sukan dibuka.
     (Menerangkan potensi dan kebaikan  menyertai  bidang sukan)

Peribahasa
·               Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
·               Alang-alang  menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
·               Badan Cergas Otak Cerdas
·               Majulah Sukan untuk Negara (Slogan)



TEMA  :  PENGANGKUTAN ABAD ke-21

1.    Perkhidmatan pengangkutan awam di negara kita sering mendapat rungutan daripada pengguna.  Huraikan  punca-punca pengangkutan awam kurang berkesan.

Tugasan Soalan : Menghuraikan punca-punca pengangkutan awam kurang berkesan.
-                Pertambahan bilangan pengguna/penumpang kenderaan awam.
     (Bilangan kenderaan tidak dapat menampung permintaan pengguna)

-     Masyarakat kurang  membuat aduan/ laporan .
     (menganggap sesuatu yang tidak berfaedah kerana tiada tindak susul daripada pihak berwajib)

-     Pengusaha kurang modal/ sumber kewangan.
     (Kos pembelian sesebuah kenderaan baharu sangat mahal)

-     Pengusaha ingin mengaut keuntungan yang banyak.
     (Pengusaha kurang mempunyai tanggungjawab sosial, mengubah meter teksi)

-     Kurang permantauan oleh pihak berkuasa.
     (kekurangan kakitangan JPJ, SPAD untuk membuat pemeriksaan, serbuan dan pemantauan )



2Sistem pengangkutan awam di negara kita semakin berkembang maju.
     Jelaskan pembangunan sistem pengangkutan di negara ini.

Tugasan soalan: Menjelaskan pembangunan sistem pengangkutan
Cadangan isi:
-         Pelbagai jenis pengangkutan awam
(Sistem Transit Aliran Ringan, ETS,Monorel, penerbangan tambang murah)
-          Mutu perkhidmatan pengangkutan awam meningkat.
(Tempahan tiket secara atas talian, Terminal semakin canggih)
-         Layanan mesra pelanggan
(Petugas yang menjaga  keselesaan penumpang)
-         Laluan perjalanan bertambah
(membina laluan yang lebih banyak)
-         Keselamatan pengguna diberi keutamaan.
(insurans,penyelenggaraan, kotak hitam kenderaan awam)

3. Pengangkutan awam semakin popular dalam kalangan penduduk di negara ini walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu ditangani segera.  Huraikan langkah-langkah  yang perlu diambil untuk mengatasi kelemahan pengangkutan  awam.
Tugasan soalan : Menghuraikan langkah-langkah mengatasi kelemahan pengangkutan awam

Cadangan isi :
- Membuka lebih banyak stesen pengangkutan awam.
        ( Stesen besar dan stesen kecil di setiap kawasan)

 - Pemantauan dan pemeriksaan JPJ /SPAD lebih kerap.
   (Mengeluarkan saman dan kompaun yang berat kepada  pengendali pengangkutan
   awam yang melanggar peraturan)

     - Memperketat syarat pengambilan  lesen memandu kenderaan awam.
     ( Pemandu mesti sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman memandu selama 5 tahun)
    
     - Pemilihan permandu yang benar-benar layak sahaja.
     (Pemandu yang bebas dadah dan rekod jenayah, sesuai dari segi umur)

     - Membuka lebih banyak laluan perjalanan.
     (Meliputi kawasan bandar dan luar bandar)

     - Kursus  pemanduan berhemah secara berkala untuk pemandu.
     (Pemandu tidak akan lupa undang-undang dan tatasusila di jalan raya)
Peribahasa
·   Sudah terhantuk baru tengadah
·   Melepaskan batuk/batok di tangga
·   Sediakan payung sebelum hujan
·   Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna



TEMA: NILAI-NILAI MURNI

SOALAN 1
Amalan nilai murni amat penting dalam konteks negara Malaysia yang mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama.
Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia bagi memupuk perpaduan.

Tugasan  : Nilai-nilai murni yang perlu diamalkan bagi memupuk perpaduan

Cadangan Isi:

1.   Mengamalkan nilai hormat-menghormati.
Masyarakat Malaysia berbilang kaum – melahirkan semangat bersatu-padu - Menghormati budaya dan adat resam semua kaum

2.   Mengamalkan nilai toleransi
Bertolak ansur antara kaum – menerima perbezaan adat resam - Tidak mementingkan diri dalam segala aktiviti kehidupan

3.   Mengamalkan nilai kasih-sayang
Menghulurkan bantuan – mengamalkan semangat kejiranan- ziarah menziarahi - Tidak berprasangka buruk - Cakna dengan jiran

4.   Mengamalkan nilai bekerjasama
     Bergotong-royong dalam pelbagai aktiviti kehidupan seharian - Bekerjasama dalam membanteras
     gejala sosial di kejiranan

5.   Mengamalkan nilai patriotisme
     Menyambut Hari Kebangsaan - Mencintai kawasan kejiranan - Tidak mewujudkan suasana perkauman

Ungkapan Menarik:
·               Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
·               Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
·               Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung
·               Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
·               Cubit paha kiri paha kanan terasa sakit

SOALAN 2
Amalan nilai murni begitu penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Setiap individu wajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Bincangkan kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.

Tugasan : Kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita

Cadangan Isi:

1.   Individu yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara
     Mencapai kemajuan dan pembangunan yang pesat.

2.   Individu dan masyarakat yang mengamalkan nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia
     Dihormati oleh orang lain.

3.   Pelbagai gejala sosial akan dapat dibanteras
     Masyarakat hidup dalam keadaan aman dan harmonis.

4.   Meningkatkan imej negara
Rakyat di negara ini dikagumi oleh pelancong asing dan masyarakat dunia.

5.   Dapat membuat pertimbangan yang  rasional dalam penyelesaian masalah
     Ada sifat tanggungjawab, tolak ansur.

Ungkapan Menarik:
-         Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
-         Celik akal








SOALAN 3
Ibu bapa memainkan peranan penting menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan ahli keluarga. Huraikan peranan ibu bapa tersebut.

Tugasan : Peranan ibu bapa menerapkan nilai murni dalam keluarga

Cadangan Isi:

1.   Menjadi contoh teladan
     Mengamalkan  nilai murni dalam kehidupan –semangat kejiranan.

2.   Menerapkan pendidikan agama dalam kehidupan keluarga
     Sebagai  panduan hidup – menerapkan nilai yang baik – melahirkan semangat hormat-      menghormati.

3.   Melibatkan keluarga dengan aktiviti masyarakat
     Gotong-royong – kenduri – eratkan hubungan silaturahim.

4.   Mengisi masa lapang bersama dengan anak-anak
     Memupuk nilai kasih sayang – akan terbentuk semangat perpaduan

5.   Mengawasi pergaulan dan pergerakan anak-anak
     Tidak terjebak dalam gejala sosial – tidak terpengaruh dengan anasir subversif.


Ungkapan Menarik:
-         Bagaimana acuan begitulah kuihnya
-         Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya