BAHASA MELAYU 1 SPM
BIL.
|
TEMA
|
1.
|
Masyarakat
Penyayang
|
2.
|
Alam
Pekerjaan
|
3.
|
Pelaburan
|
4.
|
Alam
Sekitar
|
5.
|
Kesihatan
|
6.
|
Jenayah
|
7.
|
Sains
dan Teknologi
|
8.
|
Pendidikan
|
9.
|
Keselamatan
|
10.
|
Patriotisme
|
11.
|
Sukan
|
12.
|
Pengangkutan
Abad ke-21
|
13.
|
Nilai-Nilai
Murni
|
14.
|
Warisan
Bangsa
|
15.
|
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT)
|
TEMA: MASYARAKAT PENYAYANG
SOALAN 1 :
Anda dan seorang rakan baru saja selesai membantu jiran yang mengadakan suatu
majlis. Dalam perjalanan pulang, anda dan rakan berbual-bual tentang kebaikan
memupuk kembali semangat kejiranan yang semakin terhakis dalam kalangan
masyarakat kini.
Tulis
perbualan itu selengkapnya.
FORMAT
KARANGAN : Dialog
TUGASAN
SOALAN : Kepentingan
semangat kejiranan kepada masyarakat
CADANGAN
ISI :
1. Memupuk kerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat
- Aktiviti masyarakat gotong royong, majlis
sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti di tempat tinggal mereka.
PERIBAHASA : bagai aur dengan tebing tanpa
membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa
semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.
2. Membentuk semangat kekitaan dan melahirkan
masyarakat yang bersatu padu.
- Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969
menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah,
negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman.
PERIBAHASA : Bersatu teguh bercerai roboh. Masyarakat
yang berbilang kaum ini boleh memahami perbezaan budaya dan sistem sosial
masyarakat lain. Seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi
sesama sendiri.
3. Memudahkan
kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan kepada
rakyat.
- Pelbagai kemudahan dan infrastruktur di
kawasan taman-taman perumahan seperti dewan orang ramai, balai raya, taman
permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif, semangat kejiranan
dan perpaduan.
PERIBAHASA : Ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.
4. Membantu
melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan
semangat cinta akan negara
- Datuk Azhar Bin Mansor merupakan
contoh paling jelas, dan atas sokongan rakyat Malaysia membolehkan beliau
melakukan pelayaran solo mengelilingi dunia sambil mengibarkan Jalur Gemilang
dengan penuh kejayaan. (boleh ditukar dengan individu lain dan kejayaan
masing-masing seperti Pandalela Rinong, Lee Chong Wei dan Nicol Ann David)
PERIBAHASA : Bagai isi dengan kuku
5.
Penting
sebagai produk pelancongan.
- Kedatangan pelancong asing ke negara ini
banyak disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai
seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan
- Sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah
Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan perpaduan masyarakat
berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing
PERIBAHASA : Di mana bumi dipijak di situ langit
dijunjung
SOALAN 2 :
Selaku kaunselor di sebuah sekolah, anda diminta menyampaikan ceramah kepada ibu bapa pelajar dalam satu
majlis perjumpaan ibu bapa dengan pihak sekolah. Fokus ceramah anda ialah
peranan ibu bapa dalam melahirkan masyarakat penyayang.
FORMAT KARANGAN : Ceramah
TUGASAN
SOALAN : Peranan ibu bapa dalam membentuk
masyarakat penyayang
CADANGAN
ISI :
1. Ibu
bapa berperanan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak.
-
Ibu bapa harus sentiasa berada di
samping anak-anak semasa mereka dalam kekecewaan seperti gagal dalam
peperiksaan untuk menenangkan hati dan sanubari mereka
PERIBAHASA : Melentur
buluh biarlah dari rebungnya
2.
Didikan agama perlu untuk melahirkan masyarakat yang
penyayang.
-
Amalan yang boleh diajar kepada
anak-anak adalah menunaikan solat fardhu, membaca Al-Quran dan berzikir. Bagi
penganut-penganut agama lain, ibu bapa perlu selalu mengajak anak-anak mereka
ke rumah ibadat. Ibu bapa juga boleh menceritakan pada anak-anak, kisah teladan
akan kebaikan mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan hatta bersikap
kasih sayang kepada binatang.
ANALOGI : Agama asas pembinaan
insan
3. Ibu
bapa menjadi suri teladan kepada
anak-anak.
- Ibu
bapa mengamalkan semangat kejiranan yang tinggi. Antaranya, mereka perlu
melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong, menziarahi jiran yang sakit serta
dilanda musibah
PERIBAHASA : Seperti ketam mengajar
anaknya berjalan betul
4.
Keluarga yang stabil dari segi emosi dan
rohani.
- Keluarga
yang stabil dari segi emosi dan rohani ialah keluarga yang saling menyayangi,
hormat-menghormati serta saling membantu. Sekiranya kedua-duanya dapat dipenuhi
oleh ibu bapa maka anak-anak akan hidup dalam keadaan tenang dan harmonis tanpa
mengalami sebarang tekanan. Mereka akan lebih terpaut hati untuk berkongsi
masalah dengan ibu bapa berbanding menceritakan masalah yang dihadapi dengan
rakan yang kurang dikenali hati budinya
PERIBAHASA : Melentur buluh biarlah
dari rebungnya
5.
Hubungan baik dengan masyarakat
sekeliling.
- Ibu
bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat
tinggal atau solat berjemaah di surau atau masjid. Ibu bapa juga perlu
memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya nilai kasih
sayang dalam kehidupan – iktibar daripada perang saudara yang berlaku di
Somalia.
PERIBAHASA
: Bagai isi dengan kuku, Bagai aur dengan tebing
SOALAN
3 : Anda ingin menulis sebuah rencana
untuk dimuatkan dalam sebuah akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah
“Usaha-Usaha Memupuk Semangat Permuafakatan dalam Kalangan Masyarakat”. Tulis
rencana tersebut selengkapnya.
FORMAT SOALAN : Rencana
TUGASAN SOALAN : Usaha-usaha memupuk semangat permuafakatan
dalam kalangan masyarakat
CADANGAN ISI :
1. Peranan ibu bapa.
- Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak mereka
menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, kenduri-kendara, majlis
sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti.
PERIBAHASA : bagai aur
dengan tebing
2. Kempen-kempen
kesedaran oleh pihak kerajaan.
- Kempen 1Malaysia,
PERIBAHASA
: Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
3.
Peranan jawatankuasa penduduk setempat.
- Pihak
jawatankuasa penduduk setempat boleh mengadakan aktiviti seperti gotong-royong
membersihkan atau menceriakan kawasan setempat, seperti dewan orang
ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti.
PERIBAHASA
: ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni
4.
Peranan sekolah
- Pengajaran dan pembelajaran - membimbing murid-murid
tentang kepentingan semangat bekerjasama. Pelbagai aktiviti berbentuk kerjasama
dalam kalangan murid-murid seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah,
mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias sekolah dengan jalur gemilang
sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya dapat diimplimentasikan
PERIBAHASA : ibarat melentur buluh biarlah
dari rebungnya
5. Peranan media
massa
- Menyiarkan
drama, filem yang bertemakan semangat kerjasama
PERIBAHASA : Bagai aur dengan tebing
SOALAN
4 : Warga tua sering diabaikan oleh anak-anak. Huraikan cara-cara
yang terbaik untuk mendidik masyarakat agar menyayangi warga tua.
FORMAT SOALAN : Tiada
format khusus
TUGASAN SOALAN : Cara-cara menghargai warga tua
CADANGAN ISI :
1.
Ahli keluarga perlu menyayangi warga
tua.
- Kita
perlu menjaga ibu bapa ketika mereka tua serta uzur. Anak-anak tidak seharusnya
menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.
PERIBAHASA
: Bagai kacang lupakan kulit.
2.
Guru mendidik pelajar agar menghormati
ibu bapa serta warga tua.
-
Ketika bersalam, anak-anak hendaklah
mencium tangan mereka
PERIBAHASA
: kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa masa berada
3.
Kerajaan dan pihak swasta turut
berperanan menghargai warga tua.
- Menyediakan
pelbagai kemudahan untuk warga tua, rumah penjagaan warga tua yang mempunyai
pelbagai kemudahan penjagaan, diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan.
Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah
di hospital kerajaan atau klinik swasta.
UNGKAPAN
MENARIK: Yang tua dihormati, yang muda disayangi
4. Media
massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internet boleh menyiarkan
cerita-cerita yang berkaitan dengan pengorbanan dan penderitaan hidup
warga tua.
- “Bersamamu”,
menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya
kepada warga tua yang daif.
SOALAN
5: Sahabat pena anda di luar negara
mendapat tahu bahawa perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia sangat kukuh. Sahabat
anda ingin mengetahui implikasi perpaduan kepada rakyat dan negara. Tuliskan sepucuk
surat kepada rakan anda untuk
menjelaskan perkara tersebut.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
FORMAT : Surat Kiriman Tak Rasmi
TUGASAN SOALAN : Kesan perpaduan kepada rakyat dan negara
CADANGAN ISI :
1.
Rakyat
sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak
-
Segala urusan kehidupan harian dilaksanakan
dengan licin dan lancar
- Rakyat
bebas menjalankan perniagaan, perusahaan, dan bersama-sama memacu ekonomi negara.
PERIBAHASA : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2.
Hubungan mesra antara ahli keluarga dan masyarakat
- Mewujudkan
keharmonian – mengukuhkan institusi kekeluargaan – menghormati adat dan
kepercayaan kaum lain
-
Amalan berkunjung rumah terbuka.
PERIBAHASA : Bagai aur dengan tebing
3.
Negara dapat ditadbir dengan baik
- Pemimpin pelbagai kaum mewujudkan perasaan
perkongsian – menghasilkan budaya dan etika kerja yang baik – politik stabil –
menjadi contoh kepada rakyat.
4.
Menggalakkan industri pelancongan
-
Ramai pelancong berkunjung
5.
Meningkatkan pelaburan asing
-
Sektor industri berkembang pesat
TEMA:
ALAM PEKERJAAN
SOALAN
1 : Anda meminati sesuatu bidang kerjaya yang mencabar dan berisiko. Oleh
itu, persediaan awal amat penting sebelum anda menceburi bidang pekerjaan
tersebut. Bincangkan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan.
FORMAT SOALAN : Tiada
format khusus
TUGASAN SOALAN : Persediaan
untuk mencapai cita-cita
CADANGAN ISI :
1.
Melengkapkan diri saya dengan kemahiran
insaniah
- Meliputi
beberapa aspek, iaitu kemahiran berkomunikasi, mempunyai pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran
sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan
moral profesional serta kemahiran kepimpinan
- Semasa
berada di alam persekolahan dan pengajian tinggi, saya perlulah menggunakan
peluang yang ada untuk bergerak aktif sama ada dalam aktiviti kemasyarakatan,
sukan atau kebudayaan
PERIBAHASA:
Yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
2. Saya perlu mempunyai daya saing yang tinggi
- Saya
merupakan golongan pemuda-pemudi yang bakal berhadapan dengan dunia yang kian
mencabar ini.
CONTOH: Jika dilihat dari dimensi
yang lain pula, sesungguhnya remaja di negara lain amat berbeza dengan remaja
di Malaysia. Mereka sememangnya sudah diajar berdikari sejak kecil lagi
manakala remaja di negara kita masih ditatang bagai minyak yang penuh. Jadi, tidak hairanlah mereka
lebih matang dan daya saing mereka lebih tinggi daripada remaja di negara kita.
3.
Saya perlu kental dan tidak mudah
berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai rintangan.
- Abraham
Lincoln pernah mengalami 13 kegagalan besar dalam bidang politik sebelum beliau
dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pada usia 51 tahun.
PERIBAHASA
: Di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan.
4. Saya
juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam terhadap bidang pekerjaan
yang bakal saya ceburi
- Ketinggian ilmu yang saya miliki dapat
memastikan jati diri saya tidak mudah rapuh
-
Berupaya memajukan negara
UNGKAPAN
MENARIK: Membaca itu jambatan ilmu /
Sememangnya pelangi hari ini tidak
mampu berjanji untuk muncul pada hari esok.
5.
Saya perlu sentiasa sensitif dan
prihatin terhadap isu semasa.
- Kes
pembunuhan Datuk Sosilawati, seorang jutawan dan rakan-rakannya yang telah
dibunuh tanpa perikemanusiaan. Sebagai iktibar, saya perlu lebih berhati-hati
dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba ini terutamanya ketika
menceburi bidang kerjaya yang lebih mencabar dan berisiko.
PERIBAHASA : Saya tidak mahu
menjadi seperti katak di bawah
tempurung. Hal ini adalah supaya saya lebih peka terhadap masalah yang
kian menular seperti cendawan yang
tumbuh selepas hujan sama ada di negara kita atau di luar negara
6. Mempunyai minda yang kreatif dan inovatif
- Pemikiran
saya yang kreatif dan inovatif dapat menangani cabaran-cabaran yang bakal saya
tempuhi kelak terutamanya pada era globalisasi ini. Saya juga dapat
mengemukakan idea-idea yang bernas yang dapat meningkatkan kualiti kerja saya
kelak
UNGKAPAN MENARIK: Seseorang yang
dapat berfikir di luar kotak dan berani melakukan anjakan paradigma mampu untuk
menongkah arus dan mendepani cabaran semasa. Dengan cara ini, saya pasti dapat
menangkis segala dugaan yang mendatang kerana saya percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Semoga impian saya akan menjadi realiti dengan keizinan Tuhan yang Maha Esa.
TEMA :
PELABURAN – KUALITI HIDUP
SOALAN 1: Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses
pembangunan sesebuah negara. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang
perlu dijalankan bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini?
Bincangkan.
FORMAT SOALAN : Tiada format khusus
TUGASAN SOALAN : Langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi menggalakkan
pelaburan asing di
negara ini
CADANGAN ISI :
1. Memastikan
kestabilan politik negara yang merupakan kunci utama dalam usaha menggalakkan
pelaburan asing.
-
Sistem
pemerintahan demokrasi Malaysia mengamalkan dasar terbuka bagi para
pengilang. Semasa kegawatan ekonomi melanda dunia pada tahun 1997,
Malaysia masih berjaya menganjurkan Sukan Komanwel dengan jayanya pada tahun
1998. Kemampuan bekas Perdana Menteri Malaysia yakni Tun Dr. Mahathir
Mohammad mengawal ekonomi negara amat dikagumi masyarakat Malaysia dan seantero
dunia. Beliau telah menetapkan RM3.50 kepada satu dolar Amerika Syarikat
dan langkah tersebut telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada turut
berhutang dengan International Monetary Fund (IMF). Kebolehan
Malaysia melalui tempoh kegawatan ekonomi malah menjadi negara sedang membangun
yang paling maju di seluruh dunia meyakinkan para pelabur asing tentang potensi
Malaysia sebagai pusat pelaburan mereka.
2. Hubungan
bilateral dan multilateral harus dieratkan bagi mewujudkan hubungan perdagangan antara
Malaysia dengan negara lain.
-
Contohnya
baru-baru ini Perdana
Menteri Malaysia telah mengadakan lawatan ke Arab Saudi untuk membaharui
hubungan diplomatik. Dalam suatu lawatan Perdana Menteri ke Dubai, rakyat
Dubai akan membuka kilang di Malaysia manakala rakyat Malaysia akan membuka
kilang di Dubai juga.
3.
Menghantar rombongan penggalak pelaburan ke luar negara dengan
matlamat mempertingkatkan pelaburan asing.
-
Berpandukan
misi pelaburan ini, rombongan terbabit biasanya
diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang akan berperanan
berucap dan menyatakan kelebihan Malaysia kepada para pelabur asing di luar
negara.
-
Ekspo
perdagangan dan pameran akan diadakan di luar negara bagi menonjolkan
faktor-faktor tarikan Malaysia yang sesuai dijadikan tempat pelaburan. Seminar
pelaburan turut diadakan oleh rombongan tersebut.
4. Zon
perdagangan yang sesuai dan lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur perlu
diperbanyakkan oleh kerajaan Malaysia.
-
Prasarana
seperti sistem pengangkutan yang sistematik, bekalan elektrik dan air yang
berterusan, serta sistem telekomunikasi yang cekap harus disediakan untuk
kemudahan kilang-kilang beroperasi. zon perdagangan ialah di Shah Alam, di Batu
Berendam, di Alor Gajah, di Gurun dan di Senawang. Lebih banyak kawasan harus
dijadikan zon perdagangan bebas (FTZ) seperti di Bayan Lepas Pulau Pinang untuk
menarik minat pelabur asing
5. Faktor
tenaga buruh turut memainkan peranan penting menarik pelabur asing ke negara
kita. Daya produktiviti sesebuah kilang akan meningkat dengan adanya banyak
tenaga kerja yang mahir dan pakar.
-
Rancangan
latihan kepakaran harus ditingkatkan oleh kerajaan Malaysia dengan bantuan
agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Kerajaan juga perlu memastikan latihan
vokasional adalah cukup untuk memenuhi keperluan guna tenaga dan tuntutan
seazaman.
SOALAN 2: Pelbagai
skim cepat kaya sedang menular dalam kalangan masyarakat. Walaupun banyak pihak
mengalami kerugian atau tertipu, skim seumpama ini terus mendapat sambutan.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu diambil oleh pihak kerajaan
untuk menangani skim ini.
FORMAT SOALAN : Tiada format khusus
TUGASAN
SOALAN : Usaha-usaha yang perlu diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani
skim ini.
CADANGAN ISI :
1. Mengawasi
laman web yang menjalankan kegiatan ini.
-
SKMM
memantau laman-laman sosial atau individu yang cuba menonjolkan perbuatan
memungut wang tanpa lesen.
PERIBAHASA : Durian runtuh
PERIBAHASA : Durian runtuh
2. Menasihati
rakyat bahawa skim tersebut merupakan satu bentuk pelaburan yang tidak selamat.
-
Kempen disiarkan
dalam media massa khususnya televisyen
PERIBAHASA: Nasi menjadi bubur.
3. Mengingatkan
rakyat bahawa skim pelaburan berantai ini merupakan satu skim penipuan
-
Menggubal
undang-undang berkaitan pengubahan wang haram dan seumpamanya
PERIBAHASA : Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah juga
4. Mengambil
tindakan undang-undang
-
Membawa
pesalah ke muka pengadilan dan tegas bertindak
PERIBAHASA: Hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batok di
tangga
SOALAN 3: Sediakan payung
sebelum hujan sering kali menjadi prinsip mereka yang gemar akan pelaburan.
Sebagai pegawai bank, anda diminta menyampaikan ceramah tentang kepentingan
pelaburan masa depan.
Tulis teks ceramah itu selengkapnya.
FORMAT SOALAN : Ceramah
Markah ditolak jika tiada : menghadap majlis -1 markah
Kata sapaan -1 markah
Kata sapaan -1 markah
TUGASAN SOALAN : Kepentingan pelaburan
CADANGAN ISI :
1. Mendatangkan
keuntungan berlipat kali ganda.
- Dapat membantu kita pada masa depan terutama
untuk menyambung pelajaran ke IPT
PERIBAHASA: Ingat
sebelum kena jimat sebelum habis
2. Persediaan ketika
mengalami situasi kecemasan.
- Jika berlaku sesuatu musibah kebakaran atau penyakit yang kronik atau ditimpa bencana
- Jika berlaku sesuatu musibah kebakaran atau penyakit yang kronik atau ditimpa bencana
alam
PERIBAHASA : Malang
tidak berbau
3. Masa depan
seseorang lebih terjamin.
- Kita tidak perlu
membuat pinjaman kewangan dan tidak menyusahkan orang sekeliling. Boleh
dapatkan sesuatu tanpa bantuan orang lain
PERIBAHASA : Bersusah-
susah dahulu bersenang- senang kemudian
4. Dapat menstabilkan
ekonomi rumah tangga/ negara.
- Tidak berlaku masalah pengganggur dan konflik rumah tangga kerana kegawatan ekonomi
- Tidak berlaku masalah pengganggur dan konflik rumah tangga kerana kegawatan ekonomi
pada
masa depan.
5. Dapat menampung peningkatan kos dalam
kehidupan.
- Kita boleh menggunakan keuntungan daripada
pelaburan untuk menampung kos-kos tambahan
sewaktu
membesarkan anak-anak
PERIBAHASA: Di mana
ada kemahuan di situ ada jalan.
* SUMBER : MODUL PASCA BAHASA MELAYU 1 SPM DAERAH BATANG PADANG
* SUMBER : MODUL PASCA BAHASA MELAYU 1 SPM DAERAH BATANG PADANG
No comments:
Post a Comment