09/08/2015

JAWABAN LATIHAN NOVEL 1/2015

b)  Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji,  jelaskan  satu peristiwa yang menggambarkan kepentingan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]


(4b)  Peristiwa yang menggambarkan kepentingan semangat kerjasama

      Novel Azfa Hanani


PERISTIWA
KEPENTINGAN SEMANGAT KERJASAMA
1
Kerjasama antara Azfa Hanani dengan anak-anak Datin Maziah dalam menjayakan penyamaran Azfa Hanani telah menggembirakan hati Datin Maziah kerana menyangka Azfa Hanani itu ialah anaknya, Tengku Murni.
Dapat menggembirakan hati seorang ibu yang kematian anak
2
Kerjasama antara Azfa Hanani dengan Kak Finaz telah menjayakan penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni. Kak Finaz banyak membantu Azfa Hanani untuk menjiwai watak Tengku Murni yang manja dan lemah- lembut. Abang Mazran, Tengku Muzaffar dan Tengku Makmur  juga bekerjasama merahsiakan penyamaran tersebut daripada pengetahuan Datin Maziah.
Dapat menjayakan penyamaran
3
Kerjasama antara Azfa Hanani dengan Tengku Ellina dan ahli pasukan forum remaja telah berjaya menobatkan pasukan sekolah mereka sebagai johan dan Azfa Hanani sendiri dipilih sebagai pengerusi forum terbaik.
Memperoleh kejayaan dalam pertandingan
4
Kerjasama antara murid tingkatan lima Sekolah Menengah Taman Sari  menyebabkan mereka berjaya malaksanakan program Hari Sumbangsih dan berjaya mengumpul derma sebanyak RM16,000.
Dapat mengumpul derma dalam jumlah yang besar
5






Novel Kembara Amira

PERISTIWA
KEPENTINGAN SEMANGAT KERJASAMA
1
Kerjasama antara Itai dan Tau telah berjaya menyelamatkan Amira yang tergelincir dan lemas dihanyutkan arus deras di Air Terjun Angin.
dapat menyelamatkan individu yang ditimpa musibah
2
Kerjasama antara Amira, Itai dan Jacinta membuka mobile disc yang ditemukan di lantai gua telah berjaya mengesan kedudukan Malique yang hilang setelah terlibat dengan kemalangan.
dapat menemui jawapan  misteri kehilangan rakan
3
Kerjasama antara Prof. Zaidah, Dr Zawawi dan pelajar tahun akhir universiti menyebabkan mereka berjaya meneruskan usaha menjalankan projek cari gali bahan artifak sejarah di Bukit Mat Raya.
dapat meneruskan usaha melaksanakan sesuatu projek
4




No comments: