TEMA: ALAM
SEKITAR
SOALAN 1
Deklarasi
Langkawi yang telah dimeterai dalam kalangan negara-negara Komanwel telah
mengetengahkan isu pencemaran alam sekitar dalam kalangan negara-negara anggota
membuktikan bahawa pencemaran alam sekitar telah menjadi isu sejagat.
Nyatakan
langkah-langkah yang dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam
sekitar di peringkat antarabangsa.
Cadangan
Isi:
1. Kerjasama negara-negara di
dunia dalam pertubuhan antarabangsa
o
Contoh, negara-negara
Komanwel, ASEAN
2. Penguatkuasaan undang-undang
di peringkat global
o
Undang-undang maritim
o
Ekstradisi tertuduh untuk
dibicarakan di negara masing-masing
3. Sumbangan negara-negara maju
dalam pelbagai aspek terhadap negara-negara dunia ketiga
o
Sumbangan kewangan
o
Sumbangan ilmu
4. Pemantauan bersama
o
Semua negara bersepakat
menjaga kelestarian alam sekitar
5. Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D)
o
Mencari punca dan
penyelesaian masalah pencemaran
SOALAN 2
Sejak
akhir-akhir ini, kawasan tempat anda tinggal terganggu oleh pencemaran alam
yang serius berpunca daripada aktiviti pembangunan dari kawasan berdekatan.
Tulis
sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan bagi menyatakan langkah-langkah
menyelesaikan masalah pencemaran alam tersebut.
Format
– Surat Kiriman Rasmi
Cadangan
Isi:
Pendahuluan
·
Menyatakan contoh pencemaran
alam yang serius berpunca daripada aktiviti pembangunan dari kawasan
berdekatan;
·
Tanah runtuh dan hakisan
tanah akibat pembangunan lereng bukit/ pembalakan haram; air sungai tercemar;
banjir kilat atau;
·
Debu dan asap berpunca
daripada industri; pencemaran air; kualiti air bersih tergugat; hidupan akuatik
terancam atau;
·
Bunyi bising dan gegaran
berpunca daripada aktiviti pembangunan; pembinaan kawasan perumahan dsb.
Langkah-langkah
menyelesaikan masalah pencemaran alam:
1. Pemantauan oleh Jabatan Alam Sekitar
-
Pemantauan secara berkala untuk
memastikan kualiti air, udara dan bunyi sentiasa berada pada tahap memuaskan
- Melayan
setiap aduan yang diterima daripada penduduk setempat
Turun padang bagi memastikan
kesahihan setiap aduan
2. Tindakan undang-undang
-
Mengenakan tindakan undang-undang
terhadap pemaju yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang
ditetapkan
- Kompaun, denda atau
tindakan mahkamah bergantung kepada seriusnya kesalahan yang dilakukan
3. Peranan Wakil Rakyat
- Campur
tangan wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah setempat
- Mesyuarat bersama komuniti melibatkan agensi kerajaan, persatuan
penduduk, wakil rakyat dan pihak pemaju bagi mencapai kesepakatan
4. Peranan Media Massa
- Media
massa berperanan sebagai medium maklumat kepada masyarakat luar
- Menyalurkan maklumat
terkini mengenai perkembangan pembangunan setempat dan kesannya terhadap alam
sekitar
5. Perpaduan Komuniti
- Penduduk
setempat berganding bahu menyelesaikan masalah pencemaran tersebut
Ungkapan menarik:
-
Berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing
-
Lintah darat
-
Bagai aur dengan tebing
-
Bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat
SOALAN 3
Sebagai
pegawai khas di Jabatan Pertanian, anda dijemput untuk memberikan ceramah
kepada penduduk di taman tempat tinggal anda. Tajuk ceramah tersebut ialah
“Bertani Secara Kecil-Kecilan Membawa Banyak Manfaat Kepada Rakyat”.
FORMAT :
Ceramah
TUGASAN
SOALAN : “Bertani Secara Kecil-Kecilan
Membawa Banyak Manfaat Kepada Rakyat”.
Cadangan Isi:
1. Sumber pendapatan
§ Lebihan
tanaman boleh dijual sebagai sumber pendapatan utama/ sampingan
2. Sumber makanan yang segar
§ Racun
serangga dan baja bebas bahan kimia
§ Penggunaan
bahan organik seperti baja urea
§ Penggunaan
bahan terbuang seperti lebihan makanan dikitar semula menjadi baja organik
3. Menampung perbelanjaan
harian
§ Menjimatkan
kos kerana tidak perlu membeli sayur-sayuran seperti cili dan kangkung
4. Kesihatan diri
§ Memenuhi
saranan Kementerian Kesihatan agar makan mengikut panduan piramid makanan yang
ditetapkan
§ Makan
banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
§ Makanan
bebas bahan kimia
5. Meningkatkan tabungan
§ Hasil
jualan bahan yang ditanam boleh disimpan sebagai tabungan
Ungkapan
Menarik:
-
Berbudi kepada tanah
-
Sedikit-sedikit lama-lama
menjadi bukit
-
Sehari selembar benang
lama-lama menjadi kain
TEMA:
KESIHATAN
SOALAN 1
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk amalan gaya hidup sihat.
TUGASAN
SOALAN : USAHA-USAHA MEMUPUK AMALAN GAYA
HIDUP SIHAT
CADANGAN
IDEA :
1. Mengamalkan pemakanan
seimbang
- Pemakanan seimbang berdasarkan piramid
makanan yang telah dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan
- Mengurangkan pengambilan makanan tinggi
kandungan kolesterol
- Menghindari makanan segera kerana kandungan
garam dan pengawet tinggi
- Banyak makan makanan tinggi serat
2. Mengamalkan aktiviti senaman
- Bersenam di mana-mana sahaja sama di rumah
mahupun pejabat
- Berjalan kaki 10 ribu langkah sehari
- Senaman asas seperti regangan otot dan
berjalan kaki
3. Melakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala
- Berjumpa doktor untuk mengikuti pemeriksaan
kesihatan berjadual
- Pemeriksaan kesihatan seperti tekanan
darah, degupan jantung dan berat badan
- Dapat mengesan sebarang tanda-tanda awal
penyakit kronik
PIHAK
TERLIBAT:
· Kementerian
Kesihatan Malaysia
· Kementerian
Belia dan Sukan
· Swasta-misalnya
Jacob’s Malaysia yang menganjurkan ‘Walk of Life’
PERIBAHASA/
UNGKAPAN MENARIK
· Melentur
buluh biarlah dari rebungnya
· Hendak
seribu daya tak hendak seribu dalih
· Sudah
terhantuk baru terngadah
TEMA: JENAYAH
Kemalangan
jalan raya yang berpunca daripada kegiatan berlumba secara haram sering
dilaporkan di media massa. Golongan remaja yang terlibat dalam kegiatan ini
dikatakan penyumbang kepada kemalangan tersebut. Jelaskan langkah-langkah bagi
menangani masalah tersebut.
FORMAT : Tiada
format khusus
TUGASAN
SOALAN : Langkah-langkah
bagi menangani kemalangan jalan raya yang berpunca daripada kegiatan berlumba secara haram
Cadangan Isi:
1. Penguatkuasaan undang-undang
- Pihak
berkuasa: Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
2. Kempen keselamatan
-
Sebaran di media massa-iklan di
televisyen, akhbar
-
Menggunakan medium Internet
-
Ceramah
3. Kesedaran diri kepada remaja
- Kem
motivasi, pegangan agama yang kukuh, didikan ibu bapa
4. Peranan pendidikan
- Peranan institusi
pendidikan melalui pengajaran dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
- Menubuhkan
Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR)
5. Peranan komuniti
- Penglibatan
masyarakat setempat, badan-badan bukan kerajaan (NGO)
Ungkapan menarik:
-
Melentur buluh biarlah dari
rebungnya
-
Sudah terhantuk baru
terngadah
-
Menyesal dahulu pendapatan,
menyesal kemudian tiada gunanya
-
Berganding bahu
-
Bagai aur dengan tebing
Huraikan
pendapat anda tentang manfaat Internet
kepada masyarakat.
Tugasan soalan: manfaat Internet kepada masyarakat.
Cadangan isi: i. Bertukar pendapat melalui sembang siber
ii. Berkomunikasi melalui emel
iii. Mengiklankan produk dan
perkhidmatan
iv. Mendapatkan maklumat
dengan mudah
Ungkapan menarik:
i.
Dunia
tanpa sempadan
ii.
Maklumat
di hujung jari
iii.
Yang
jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan
Frasa
menarik:
i.
Dalam
konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi
ii.
Internet
dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
iii.
Sekadar
klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia
SOALAN 2
Soalan : Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) pada hari ini dikatakan mampu melahirkan pelajar yang kreatif dan berdaya
saing dalam dunia global.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada
melayari Internet.
Tugasan soalan : Faedah-faedah daripada melayari Internet
Cadangan isi :
1.
Dapat
mengikuti arus perkembangan dunia
• Mengetahui
perkembangan terkini tentang negara luar - memperoleh maklumat tentang
penciptaan moden yang terkini seperti robot Asimo yang menyerupai ciri-ciri
seperti manusia
• Berhubung dengan
negara luar melalui Internet - melalui laman sosial seperti Facebook,
Twitter, Instagram, Google dan Yahoo
• Mengetahui trend
terkini menerusi blog dan laman web - boleh melihat dengan lebih cepat melalui
Internet berbanding dengan penggunaan majalah
2. ICT
sebagai jaringan maklumat
• Memperoleh maklumat dengan lebih cepat - mencari maklumat untuk
menyiapkan tugasan sekolah
• Berkongsi maklumat dengan sekolah lain - mendapatkan nota yang
lebih efektif dari sekolah-sekolah bestari dan blog guru-guru pakar setiap mata
pelajaran.
• Boleh
merakam video tentang akademik dan proses eksperimen - Kementerian Pelajaran
dan Pengajian Tinggi boleh memuai naik lebih banyak proses eksperimen sebagai
panduan melalui EduWeb TV dan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
• Mengasah
minda para pelajar melalui kuiz pendidikan seperti PERMATA PINTAR dan eduweb games dalam Internet
3. Membina
jaringan perniagaan yang lebih luas
·
Perniagaan secara atas
talian (online) mendatangkan keuntungan yang lumayan, misalnya menjadi ejen
dropship (orang tengah)
·
Jualan
barang-barang terkini seperti tudung dan pakaian
·
Promosi
dengan ilustrasi yang menarik
4.
Pembelajaran lebih seronok dan ceria
•
Gambar yang menarik - para remaja
tertarik dengan pengguna gambar-gambar dan ilustrasi serta grafik yang digunakan
dalam pembelajaran
• Dapat
melihat gambar dan ilustrasi yang tidak terdapat di di buku teks - para remaja
dapat meluaskan pengetahuan mel paparan gambar secara tiga dimensi
• Penggunaan
mikrofon di dalam kelas - pelajar dapat mendengar suara guru dengan lebih
jelas, tidak hilang tumpuan dan minat untuk membaca
• Menarik
minat pelajar terutamanya remaja - para remaja kurang berminat untuk membaca
buku tetapi melalui penggunaan ICT yang lebih interaktif, dapat menarik
perhatian mereka untuk menggunakannya
·
Para
pelajar berasa lebih seronok dan tidak bosan – pelajar tidak perlu membaca buku teks yang bersifat statik
malah skop faktanya juga tidak bersifat semasa.
• Animasi
dan video membantu para pelajar memahami satu-satu tajuk dengan lebih lanjut
• Berpeluang
bermain permainan maya yang berunsurkan
pendidikan - menjadikan kaedah pembelajaran lebih seronok melalui permainan pendidikan
dalam kompuer
• Menyanyikan
lagu yang berunsurkan pendidikan yang bersesuaian dengan mata pelajaran -
memuat turun nada dering atau menggubah lagu supaya supaya lebih mudah untuk
dihafal dan diingati
• Boleh
merakam video tentang akademik dan proses eksperimen - Kementerian Pelajaran
dan Pengajian Tinggi boleh memuat naik lebih banyak proses eksperimen sebagai
panduan melalui EduwebTVdan Portal Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
• Mengasah
minda para pelajar melalui kuiz pendidikan sepert PERMATA PINTAR dan eduweb games dalam Internet
5. Dapat
meningkatkan kadar celik IT
• Taraf
hidup masvarakat dapat ditingkatkan - Kementerian Pelajaran dan Pengajian
Tirtggi berusaha meningkatkan status kehidupan masyarakat dengan memperkenalkan
mata pelajaran Teknologi Maklumat pada tahun 1999 bagi pelajar Tingkatan 4
• Memudahkan
mahasiswa lepasan universiti yang menganggur mendapat pekerjaan dan memperolch pendapatan lumayan - golongan
penganggur boleh memulakan kerjaya dengan cara jualan langsung menerusi
Internet
• Masyarakat
yang celik IT dapat menjalankan aktiviti
domestik dengan lehih efektif - ICT memudahkan urusan seharian seperti
pembayaran bil mahupun saman hanya
dengan melalui sistem talian terus
6. Meringankan
bebanan pelajar dan tenaga pengajar
• Penggunaan
kemudahan ICT menghubungkan para pelajar dengan pensyarah - sesi pembelajaran
antara pelajar dengan pensyarah dapat dihubungkan walaupun berada di lokasi yang berbeza dengan
mengunakan sistem penyelidikan dunia tanpa wayar (WWRF)
•
Nota-nota dapat diperoleh melalui
Internet – para pelajar dapat memuat turun nota mahupun segala
perisian yang diberikan oleh pensyarah
dengan mudah melului Internet walaupun mempunyai masa yang sangat terhad. Malah
nota-nota tersebut boleh disimpan dalam bentuk cakera padat atau ‘soft copy’
• Menjimatkan masa pelajar dan tenaga pengajar
- penghantaran tesis dan sistem peperiksaan dapat dilakukan dan dilaksanakan
secara sistem talian terus
Ungkapan menarik:
Menurut
Dr. Norrizan Razali (Pengurus Kanan lahalan Sekolah Bestari, Multimedia
Development MSC Malaysia), Sekolah Bestari bukan sekadar jargon I-kit, papan
putih, interaktif, layar multimedia, perisian akses kendiri atau rangkaian
wayar yang berselirat di sana dan sini yang menghubungkan satu komputer dengan
komputer yang lain. Seharusnya faktor manusiawi yang penting untuk dibestarikan
bukannya perkakasan.
Cabaran
keenam dalam Wawasan 2020 adalahm mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan yang bukan
sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun
saintifik dan teknologi masa depan.
TEMA:
PENDIDIKAN
SOALAN
3
Soalan: Kemajuan dunia hari ini menuntut setiap orang
mempelajari ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
Jelaskan kepentingan ilmu
pengetahuan.
Tugasan
soalan : Kepentingan ilmu pengetahuan.
Cadangan
isi :
1. Meningkatkan
taraf hidup
2. Menentukan
masa depan
3. Melahirkan
manusia bertamadun
4. Tidak
mudah dieksploitasi
5. Melahirkan
masyarakat minda kelas pertama
Ungkapan menarik:
·
Umpama
patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan-Terus berusaha
·
Umpama
patah tongkat berjeremang ,hulubalang habis bersiak– meneruskan usaha sampai
berjaya
·
Jika
tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
·
Yang
bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
·
Jika
sayang hendak basahkan pendayung,perahu hanyut
·
Jangan
lakukan kerja sekerat jalan
·
Sekarang
bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
·
Jalan
penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
·
Usah
biarkan masalah ....terus membebani .................
·
Usaha
secara kolaboratif
·
Menuntut
sinergi pelbagai pihak
·
Janganlah
usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut
SOALAN 4
Soalan : Kemajuan dunia masa ini memerlukan setiap
remaja mempelajari pelbagai bidang ilmu untuk bersaing dalam dunia global.
Jelaskan
kepentingan ilmu pengetahuan kepada generasi muda di negara ini.
Tugasan
soalan: Kepentingan ilmu pengetahuan
kepada generasi muda di negara ini.
Cadangan
isi:
1 Menjamin
masa depan yang cemerlang
•
Orang yang berilmu pengetahuan mudah
untuk mendapat pekerjaan - contoh, seseorang yang berilmu mudah mendapat
kepercayaan orang lain kerana ilmu yang dimilikinya mampu mempengaruhi orang
lain untuk mengambilnya bekerja - bersungguh-sungguh dalam pekerjaan
•
Pandai merealisasikan dan menentukan
arah diri - contoh, orang yang berilmu mengetahui cara-cara untuk mewujudkan
dan merealisasikan impian diri
2 Menguasai
pelbagai bidang ilmu
• Dapat
meningkatkan taraf pemikiran seseorang - contoh, tokoh pemikir yang terkenal di
dunia seperti Aristotle sangat mementingkan ilmu pengetahuan - mempelajari
hamper setiap bidang ilmu di dunia seperti astronomi, penulisan, psikologi dan
sebagainya
• Orang
yang menguasai pelbagai bidang ilmu dapat menggunakan ilmu pengetahuan mereka
untuk memajukan kehidupan manusia - contoh, pencipta-pencipta Barat
menghasilkan pelbagai alatan baharu dalam memudahkan kehidupan manusia seperti
penciptaan roda, kapal terbang dan telefon - Alexander Graham Bell, Wright
Bersaudara dan George W. Ferris
3 Mampu
menyelesaikan masalah
• Orang
yang berilmu mampu menyelesaikan masalah dalam pekerjaan - contoh, orang yang
berilmu akan menggunakan ilmu yang dippelajarinya untuk dimanfaatkan –
mengaplikasikan ilmu untuk menyelesaikan masalah dalam pekerjaan
• Orang
yang berilmu dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan - contoh, orang yang
berilmu dapat mencari jalan penyelesaian yang sempurna - melakukan setiap
tindakan dengan berhemah - membuat pertimbangan menggunakan akal
• Orang
yang berilmu mampu menyelesaikan masalah dalam keluarga - contoh, ketua
keluarga yang berpengetahuan
mampu menyelesaikan masalah dalam rumahtangga
- mempunyai tahap pemikiran yang matang – masalah antara isteri dengan
suami dapat diselesaikan dengan sikap
toleransi jika seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi tentang hubungan
kekeluargaan.
4.
Melahirkan insan yang bermoral
• Orang
yang berilmu memiliki keperibadian yang terpuji - menjadi jati diri seseorang - mampu
membimbing keluarga, sahabat handai dan
masyarakat ke arah kebaikan
• Orang
yang berilmu tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif - contoh,
orang yang berilmu dapat membezakan sesuatu perkara itu baik atau buruk
5.
Memajukan diri dan negara
• Orang
yang berilmu penting untuk menjanakan kemajuan negarar - ilmu pengetahuan yang
diperoleh hendaklah dimanfaatkan dalam pembangunan negara dari segi ekonomi,
sosial dan politik
•
Golongan berilmu atau cendekiawan
layak menjadi pemimpin negara - pemimpin
yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk kemajuan rakyat dan
Negara
• Pemimpin
yang berilmu pengetahuan tinggi diperlukan untul menerajui negara - dunia pada
hari ini penuh dengan cabaran - pemimpin yang mempunyai daya intelektual mampu
menangani setiap rintangan dengan mudah
6. Memperkasakan
kosa kata
• Orang
yang berilmu dapat meluaskan kosa kata mereka – contoh, seseorang yang berilmu
akan memperoleh ilmu pengetahuan dalam pelbagai bahasa, oleh itu, mereka dapat mempelajari penggunaan bahasa asing seperti bahasa Jepun
dan Jerman
• Orang
yang berilmu juga dapat mengesan kesalahan yang digunakan dalam percakapan -
contoh, orang yang berusaha untuk mencari ilmu akan sedaya upaya mempelajari
ilmu untuk memperbaiki kosa kata dalam kehidupan mereka
Frasa menarik:
i.
Bagai
pucuk dilancarkan ( = diluncurkan ) bermaksud amat cepat
ii.
Baik
membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang
iii. Kalau kail panjang sejengkal jangan
lautan hendak diduga
SOALAN
5
Soalan:
Setiap tahun kerajaan menghantar pelajar untuk
menyambung pelajaran di luar negara dalam pelbagai jurusan ilmu.
Huraikan kebaikan-kebaikan belajar di luar negara.
Tugasan soalan :
Kebaikan-kebaikan belajar di luar negara.
Cadangan
isi:
• Isu
penghantaran pelajar ke luar negara
• Kerajaan
memperuntukkan perbelanjaan besar untuk menampung kos pengajian pelajar di luar
negara
• Pelbagai
badan kerajaan dan berkanun bersama-sama membiayai kos pengajian di luar negara
seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
• Matlamat
penghantaran pelajar adalah untuk memastikan mereka membawa pulang ilmu
pengetahuan untuk pembangunan dan kemajuan negara
• Frasa
Menarik: Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara
Isi-isi Penting
Isi 1 : Dapat menimba ilmu yang
bermanfaat yang tidak ditawarkan oleh universiti tempatan
• Kemajuan dalam pelbagai bidang di universiti luar negara mendahului
negara - terutama dalam jurusan kejuruteraan dan perubatan
• Kecanggihan teknologi luar negara dan falsafah ilmu belum diterokai
di universiti tempatan seperti teknologi angkasa lepas dan penyelidikan
persenjataan
• 60 peratus penduduk Malaysia berumur di bawah 25 tahun yang
memerlukan pendidikan terbaik untuk menjadi satu dasar kepada generasi pekerja
terlatih dan berkemahiran tinggi
• Universiti luar negara mempunyai sumber rujukan yang banyak dan
belum dibawa masuk ke dalam negara
• Pelajar dapat memindahkan teknologi luar ke dalam negara
Isi 2 : Dapat menguasai pelbagai bahasa dunia
• Kebanyakan universiti luar negara menggunakan bahasa kebangsaan
negara masing-masing sebagai bahasa penghantar di univrsiti seperti negara
lepun, Sweden, Ireland, Korea dan Sepanyol
• Tahap penguasaan bahasa Inggeris juga meningkat berbanding pelajar
universiti tempatan
• Penguasaan bahasa dunia mampu menjadikan pelajar universiti sebagai
penyelidik
• Pelajar dapat menghasilkan produk baharu yang diadaptasi dan
diimplementasikan daripada kepakaran teknologi antarabangsa melalui pembacaan
buku-buku ilmiah dalam bahasa asing dunia yang telah bertapak lama
• Tokoh-tokoh ilmuan dunia juga menghasilkan buku dalam bahasa ibunda
masing-masing
• Peribahasa: Alah bisa tegal biasa
Isi
3: Dapat melahirkan generasi muda yang berani dan yakin serta bersedia menghadapi
cabaran
• Pendedahan dan tunjuk ajar yang diperoleh di luar negara dapat
diguna pakai setelah memasuki alam pekerjaan
• Kesulitan dan kepayahan semasa menuntut di luar negara dijadikan
panduan dalam meneruskan kerjaya berkaitan bidang yang dipelajari
• Keupayaan menghasilkan teknologi baharu dapat memajukan negara
dalam pelbagai bidang seperti bidang bioteknologi, teknologi makanan dan
pengkomputeran
• Kemunculan pelbagai industri berasaskan nuklear dan petrokimia di
negara kita dapat dimanfaatkan dengan bantuan kepakaran pelajaryang mengikuti
kursus berkaitan di luar negara
• Frasa menarik: Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara
sendiri, lebih baik di negara sendiri
Isi
4: Dapat mengenali budaya asing melalui pertukaran budaya
• Dapat mengenali budaya negara luar
• Boleh mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai hidup yang positif
seperti mencintai kebersihan, budaya kerja yang cekap sama ada dalam keluarga
dan kerjaya
• Pelajar-pelajar
yang melanjutkan pelajar ke luar negara boleh memperkenalkan keistimewaan
budaya negara kita – makanan, pakaian, permainan tradisional, adat istiadat dan
kraf tangan.
• Frasa menarik: Jauh berjalan luas pandangan
Isi 5 : Membawa masuk teknologi
baru dari luar negara
·
Perkongsian kepakaran luar
Penutup
• Kerajaan
perlu memastikan pelajar yang menuntut di luar tanah air setelah tamat
pengajian
• Mereka
harus berbakti kepada bangsa dan negara serta mengenang jasa kerajaan
• Kerajaan
haruslah menyediakan peluang pekerjaan yang setaraf dengan kepakaran yang dimiliki
• Kepakaran
graduan luar negara mampu melonjakkan nama negara di persada dunia dalam
pelbagai bidang
• Hasrat
menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dapat digapai sekiranya semua graduan
luar
negara rela menabur bakti kepada
ibu pertiwi
TEMA: KESELAMATAN
SOALAN
6
Soalan: Sejak kebelakangan ini, isu
kemalangan jalan raya begitu serius diperkatakan oleh pelbagai pihak dan
mencetuskan pelbagai tanggapan dalam kalangan masyarakat.
Berikan pendapat anda tentang
usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tersebut.
Tugasan soalan: Usaha-usaha untuk mengurangkan kemalangan
jalan raya
Cadangan isi:
Pendahuluan
Peningkatan
statistik kemalangan jalan raya - heboh diuar-uarkan oleh media massa -
peningkatan secara mendadak - manusia mempunyai keinginan untuk memiliki
kenderaan sendiri - beribu-ribu jenis kenderaan di jalan raya - jalan raya
menjadi sesak - menyumbang kepada kemalangan jalan raya. Mantan Perdana Menteri
– menyeru rakyat Malaysia menggunakan
pengangkutan awam moden - satu alternatif agar kemalangan jalan raya
dapat dikurangkan - Malaysia seharusnya mencontohi negara Jepun menangani dan
mengurangkan kemalangan dengan memperbanyak perkhidmatan pengangkutan awam -
Impak yang sangat besar akan dihadapi oleh kerajaan untuk menyelenggara
kerosakan di jalan raya akibat kemalangan -
tidak sewajarnya terjadi dalam kalangan masyarakat yang hidup di bawah
satu rumpun dan satu langit yang sama -
langkah bijak seharusnya diambil bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya.
1)
Pihak kerajaan perlulah
menguatkuasakan undang-undang dan akta keselamatan jalan raya
Menguatkuasakan
undang-undang dan akta keselamatan jalan raya- memberikan hukuman yang sangat
berat kepada pesalah lalu lintas - kemalangan di jalan raya semakin meningkat berpunca daripada sikap
tidak bertanggungjawab sesetengah pengguna jalan raya yang melanggar peraturan
lalu lintas - masyarakat akan gentar
untuk bersikap acuh tidak acuh dengan peraturan yang telah ditetapkan ketika
berada di jalan raya - contoh, negara Singapura sangat bertegas kepada pesalah
jalan raya - memasang kamera litar tertutup bagi membolehkan pihak polis
mengesan individu yang menyalahi undang-undang lalu lintas - Malaysia sepatutnya
mengambil iktibar dan mencontohi Singapura bagi mengurangkan jumlah peningkatan
kemalangan jalan raya - kerajaan
mestilah menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dengan lebih ketat bagi
kesejahteraan negara.
2) Membaik
pulih kawasan kemalangan dan jalan raya yang telah rosak dengan segera
Membaik
pulih kawasan kemalangan dan jalan raya yang telah rosak dengan segera -
struktur jalan yang berlubang, rosak dan tidak rata punca utama kemalangan
jalan raya diatasi segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diingini berlaku - mencegah lebih baik
daripada mengubati - sikap berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan
akan menyebabkan kejadian yang sama berulang - pokok-pokok yang mengganggu
penglihatan pengguna jalan raya perlu ditebang dengan segera - papan-papan
tanda dan peringatan hendaklah diletakkan di kawasan-kawasan yang berbahaya dan
kawasan yang kerap kali berlakunya kemalangan – menyediakan prasarana lebih
banyak di sepanjang jalan seperti pondok telefon kecemasan dan juga nombor aduan
kerosakan - kemudahan orang awam membuat aduan kepada pihak berkuasa untuk
tindakan segera
3) Kempen-kempen
dan ceramah
Kempen-kempen
dan ceramah - Kempen Kurangkan Kemalangan di Jalan Raya dan Kempen Keselamatan
Jalan Raya yang dianjurkan oleh Kementerian Kerja Raya – usaha menarik minat
masyarakat agar sentiasa berhati-hati di jalan raya – ibu bapa membawa
anak-anak mendengar ceramah - memberikan pendedahan agar sentiasa berhati-hati
apabila berada di jalan raya - tidak memandu melebihi had yang telah ditetapkan
- media massa mengiklankan bahana sikap individu yang memandu laju boleh menyebabkan kehilangan nyawa –
contoh, televisyen banyak menyiarkan punca kemalangan dan impak kemalangan -
membuka mata pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati di jalan raya -
tidak memandu mengikut hawa nafsu - ikut
hati mati, ikut rasa binasa –
4) Berkongsi
kenderaan apabila hendak ke suatu destinasi yang sama.
Berkongsi
kenderaan apabila hendak ke suatu destinasi yang sama - perkongsian kenderaan
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas - mengeratkan ukhuwah - tiba ke
destinasi yang sama dengan selamat - dapat menurunkan peratusan kemalangan
jalan raya - tidak perlu bersikap individualistik sebaliknya ikhlas apabila
menumpangkan jiran tetangga mahupun rakan-rakan ke tempat kerja - kesesakan
jalan raya juga sering terjadi apabila menjelang musim perayaan - masing-masing
berpusu-pusu ingin pulang ke kampung halaman - kita boleh menggunakan
perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api - orang awam takut
untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas kerana sikap
sesetengah pemandu bas yang lalai dan leka apabila membawa para penumpang
- kerajaan telah mengambil langkah yang
drastik - mementingkan rekod pemandu bas yang bebas daripada sebarang jenayah -
menempatkan pegawai-pegawai berkenaan di setiap kenderaan awam bagi menjamin
keselamatan para penumpang.
Penutup
Semua
pihak perlu bekerjasama dalam menurunkan kadar kemalangan jalan raya - bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh - hendaklah mematuhi undang-undang yang
ditetapkan oleh kerajaan - tidak boleh mengikut kata hati dan nafsu semata-mata
- sikap ini boleh meragut nyawa pengguna jalan raya yang lain - jika masalah
ini tidak diselesaikan segera, bilangan rakyat yang terlibat dalam kemalangan
jal akan semakin meningkat - matlamat Wawasan 2020 untuk menjadikan negara
Malaysia sebagai negara yang dan selamat bagi setiap rakyatnya tidak akan
terlaksana - perlu menangani masalah kemalangan jalan raya dengan penuh
berhemah – jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah.
TEMA: PATRIOTISME
1. Ada
pendapat mengatakan bahawa semangat
patriotik semakin kurang dalam kalangan remaja. Huraikan punca-punca kurangnya semangat patriotik dalam kalangan
remaja.
Tugasan
soalan
: Punca-punca kurangnya semangat patriotik
Cadangan isi :
- Kurang jati diri
(Kurang mengenali asal usul keturunan sebagai rakyat Malaysia)
- Tidak memahami sejarah perkembangan negara.
(Kurang
memahami penderitaan dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu)
- Kurang diberi pendedahan tentang
kepentingan semangat patriotik.
(Pendidikan awal tentang maksud patriotik kurang ditekankan)
- Tidak pernah merasai kepayahan hidup.
(Dilahirkan dalam suasana moden yang penuh kemewahan)
- Menganggap nilai patriotik tidak penting dalam kehidupan.
(Remaja lebih terdorong dengan hiburan dan kurang berwawasan)
2. Semangat patriotik sangat penting dalam
pembinaan sesebuah negara.
Jelaskan kesan-kesannya jika tiada semangat
patriotik.
Tugasan
soalan
: Kesan-kesan tiada semangat patriotik.
Cadangan
isi :
- Tidak berbangga dengan negara
(Tidak berasa bertuah
menjadi rakyat negara ini)
- Memburuk-burukkan imej negara di mata dunia.
(Menulis artikel,
menerbitkan filem yang negatif tentang Malaysia)
- Menimbulkan masalah kepada keamanan negara
(Membesarkan isu
sensitif dan isu perkauman)
- Memandang rendah pencapaian negara.
(Membanding-bandingkan Malaysia dengan negara yang lain)
-
Tidak
setia kepada negara
(Menjadi pembelot kepada negara, memohon
suaka politik negara lain)
3. Semangat
patriotik wajar dihayati oleh setiap
remaja di negara ini.
Bincangkan cara-cara memupuk semangat
patriotik dalam kalangan remaja.
Tugasan
soalan
: Cara-cara memupuk semangat patriotik
Cadangan
isi
:
- Menekankan pendidikan sejarah dan kewarganegaraan.
(Diberi perhatian khusus dalam PdP, kelab
dan persatuan)
-
Kempen
cinta akan negara.
(Dilaksanakan di semua peringkat seperti kampung, daerah, negeri,
kebangsaan)
- Banyakkan bahan seperti buku,
filem, dokumentari tentang kemajuan
negara.
(Buku tentang kemerdekaan, pejuang negara)
- Pelancaran Bulan Patriotisme.
(Mengadakan pelbagai
aktiviti yang menbimbulkan kesedaran)
-
Peranan
media massa
(Sentiasa
menayangkan/menerbitkan iklan/ hebahan tentang semangat patriotik)
Peribahasa
·
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,lebih
baik di negeri sendiri.
·
Di mana bumi dipijak di situ
langit dijunjung.
·
Biar putih tulang jangan
putih mata.
·
Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna.
TEMA :
SUKAN
SOALAN 1:
Sukan di negara kita berpotensi untuk berkembang maju jika kita
dapat mengatasi pelbagai kekangan yang
dihadapi.
Huraikan kekangan-kekangan
yang membelenggu bidang sukan di negara kita.
Tugasan
soalan
: Huraikan kekangan-kekangan dalam
bidang sukan
Cadangan
Isi
:
-
Pencapaian
atlet kurang menyerlah di peringkat antarabangsa.
(Atlet
negara sering tewas dalam kejohanan peringkat Asia, kelayakan Piala Dunia dan
Olimpik)
- Perancangan program sukan yang kurang
teliti.
(Perancangan,
strategi yang tidak tepat dan berkesan)
- Kurang jurulatih yang berpengalaman.
(Jurulatih
yang benar-benar berkualiti, pernah menjadi atlet, menguasai strategi latihan
yang berkesan)
- Kurang kemudahan /kelengkapan sukan.
(Padang,
stadium, dan gelanggang yang berkualiti)
- Atlet kurang pendedahan di peringkat
antarabangsa.
(Atlet
muda kurang diberi peluang bertanding di kejohanan peringkat Asia dan Eropah)
- Campur
tangan pihak berkepentingan dalam pengurusan sukan.
(Pihak
yang tidak mengetahui hal ehwal sukan cuba menguasai pengurusan dan bidang kejurulatihan
bagi sesuatu persatuan sukan).
SOALAN 2.
Masalah yang melanda bidang sukan perlu diatasi segera untuk
memastikan prestasi sukan di negara ini setanding dengan negara-negara
lain.
Huraikan cara-cara mengatasi masalah yang menyebabkan kemunduran
bidang sukan di negara ini.
Tugasan
soalan
: Menghuraikan cara-cara mengatasi
masalah kemunduran bidang sukan
-
Perancangan
program jangka pendek dan program jangka panjang.
(Program sukan yang mendatangkan hasil sesuai dengan
perbelanjaan kewangan yang dilaburkan)
- Memperbanyakkan akademi
sukan
(Pengkhususan kepada usaha menggilap bakat baru/pelapis dalam
sesuatu bidang sukan)
- Peruntukan kewangan yang
mencukupi
(Belanjawan tahunan
negara memberi perhatian yang
besar kepada kemajuan bidang sukan)
- Membentuk lembaga pengurusan sukan yang lebih dinamik.
(Menggantikan
presiden, pengurus, pegawai, jurulatih yang tidak menunjukkan prestasi yang
dikehendaki)
- Pencarian bakat-bakat
baharu.
(Pengurusan
persatuan sukan perlu turun padang mencari murid-murid sekolah, remaja di seluruh
ceruk negara)
SOALAN 3.
Penglibatan murid sekolah dalam sukan
adalah penting untuk memastikan pencapaian Malaysia dalam bidang ini sentiasa meningkat.
Terangkan cara-cara menggalakkan penglibatan murid dalam bidang sukan.
Tugasan
soalan
: Menerangkan cara-cara menggalakkan
penglibatan murid.
- Biasiswa sukan
(Murid yang cemerlang dalam bidang sukan ditanggung sepenuhnya
oleh kerajaan)
- Penghargaan kepada murid
yang aktif
(Diberi anugerah sijil dan sebagainya)
- Memperbanyakkan pertandingan
sukan peringkat sekolah
(Kejohanan dan pertandingan
sukan berbentuk dalaman)
- Program 1 Murid 1 Sukan
(Memberi peluang kepada semua murid terlibat dalam biadang
sukan)
- Mata pelajaran Sains Sukan
diperluas/lebih banyak kelas Sains Sukan dibuka.
(Menerangkan potensi dan kebaikan menyertai
bidang sukan)
Peribahasa
·
Kalau tidak dipecahkan
ruyung manakan dapat sagunya.
·
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal
lengan.
·
Badan Cergas Otak Cerdas
·
Majulah Sukan untuk Negara
(Slogan)
TEMA :
PENGANGKUTAN ABAD ke-21
1. Perkhidmatan
pengangkutan awam di negara kita sering mendapat rungutan daripada
pengguna. Huraikan punca-punca pengangkutan awam kurang
berkesan.
Tugasan
Soalan
: Menghuraikan punca-punca pengangkutan awam kurang berkesan.
-
Pertambahan
bilangan pengguna/penumpang kenderaan awam.
(Bilangan kenderaan tidak dapat menampung permintaan pengguna)
- Masyarakat kurang membuat aduan/ laporan .
(menganggap sesuatu yang tidak berfaedah kerana tiada tindak
susul daripada pihak berwajib)
- Pengusaha kurang modal/
sumber kewangan.
(Kos pembelian sesebuah kenderaan baharu sangat mahal)
- Pengusaha ingin mengaut
keuntungan yang banyak.
(Pengusaha kurang mempunyai tanggungjawab sosial, mengubah meter
teksi)
- Kurang permantauan oleh
pihak berkuasa.
(kekurangan kakitangan JPJ, SPAD untuk membuat pemeriksaan,
serbuan dan pemantauan )
2. Sistem pengangkutan awam
di negara kita semakin berkembang maju.
Jelaskan pembangunan sistem pengangkutan di negara ini.
Tugasan
soalan: Menjelaskan pembangunan sistem pengangkutan
Cadangan
isi:
-
Pelbagai
jenis pengangkutan awam
(Sistem
Transit Aliran Ringan, ETS,Monorel, penerbangan tambang murah)
-
Mutu
perkhidmatan pengangkutan awam meningkat.
(Tempahan
tiket secara atas talian, Terminal semakin canggih)
-
Layanan
mesra pelanggan
(Petugas
yang menjaga keselesaan penumpang)
-
Laluan
perjalanan bertambah
(membina
laluan yang lebih banyak)
-
Keselamatan
pengguna diberi keutamaan.
(insurans,penyelenggaraan,
kotak hitam kenderaan awam)
3. Pengangkutan awam semakin
popular dalam kalangan penduduk di negara ini walaupun terdapat beberapa
kelemahan yang perlu ditangani segera.
Huraikan langkah-langkah yang
perlu diambil untuk mengatasi kelemahan pengangkutan awam.
Tugasan
soalan
: Menghuraikan langkah-langkah mengatasi kelemahan pengangkutan awam
Cadangan
isi :
- Membuka lebih banyak stesen pengangkutan
awam.
( Stesen besar dan
stesen kecil di setiap kawasan)
- Pemantauan
dan pemeriksaan JPJ /SPAD lebih kerap.
(Mengeluarkan saman dan kompaun yang berat
kepada pengendali pengangkutan
awam yang melanggar peraturan)
- Memperketat syarat
pengambilan lesen memandu kenderaan
awam.
( Pemandu mesti sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman memandu
selama 5 tahun)
- Pemilihan permandu yang
benar-benar layak sahaja.
(Pemandu yang bebas dadah dan rekod jenayah, sesuai dari segi
umur)
- Membuka lebih banyak
laluan perjalanan.
(Meliputi kawasan bandar dan luar bandar)
- Kursus pemanduan berhemah secara berkala untuk
pemandu.
(Pemandu tidak akan lupa undang-undang dan tatasusila di jalan
raya)
Peribahasa
· Sudah
terhantuk baru tengadah
· Melepaskan
batuk/batok di tangga
· Sediakan
payung sebelum hujan
· Sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
TEMA:
NILAI-NILAI MURNI
SOALAN 1
Amalan nilai murni amat penting dalam konteks negara Malaysia yang
mempunyai rakyat pelbagai kaum dan agama.
Berdasarkan pernyataan tersebut, huraikan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan
oleh rakyat Malaysia bagi memupuk perpaduan.
Tugasan : Nilai-nilai murni yang
perlu diamalkan bagi memupuk perpaduan
Cadangan Isi:
1. Mengamalkan
nilai hormat-menghormati.
Masyarakat Malaysia berbilang kaum – melahirkan
semangat bersatu-padu - Menghormati budaya dan adat resam semua kaum
2. Mengamalkan
nilai toleransi
Bertolak ansur antara kaum – menerima perbezaan adat
resam - Tidak mementingkan diri dalam segala aktiviti kehidupan
3. Mengamalkan
nilai kasih-sayang
Menghulurkan bantuan – mengamalkan semangat kejiranan-
ziarah menziarahi - Tidak berprasangka buruk - Cakna dengan jiran
4. Mengamalkan
nilai bekerjasama
Bergotong-royong dalam
pelbagai aktiviti kehidupan seharian - Bekerjasama dalam membanteras
gejala sosial di kejiranan
5. Mengamalkan
nilai patriotisme
Menyambut Hari Kebangsaan - Mencintai
kawasan kejiranan - Tidak mewujudkan suasana perkauman
Ungkapan Menarik:
·
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
·
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
·
Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung
·
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
·
Cubit paha kiri paha kanan terasa sakit
SOALAN 2
Amalan nilai murni begitu penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum. Setiap individu wajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan mereka. Bincangkan kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan
kita.
Tugasan : Kepentingan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita
Cadangan Isi:
1. Individu
yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna
dalam usaha memajukan negara
Mencapai kemajuan dan
pembangunan yang pesat.
2. Individu dan
masyarakat yang mengamalkan nilai murni akan mempunyai budi pekerti yang mulia
Dihormati oleh orang lain.
3. Pelbagai
gejala sosial akan dapat dibanteras
Masyarakat hidup dalam keadaan
aman dan harmonis.
4. Meningkatkan
imej negara
Rakyat di negara ini dikagumi oleh pelancong asing dan
masyarakat dunia.
5. Dapat
membuat pertimbangan yang rasional dalam
penyelesaian masalah
Ada sifat tanggungjawab, tolak
ansur.
Ungkapan Menarik:
-
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
-
Celik akal
SOALAN 3
Ibu bapa memainkan peranan penting menerapkan nilai-nilai murni dalam
kalangan ahli keluarga. Huraikan peranan ibu bapa tersebut.
Tugasan : Peranan ibu bapa menerapkan nilai murni dalam keluarga
Cadangan Isi:
1. Menjadi
contoh teladan
Mengamalkan nilai murni dalam kehidupan –semangat
kejiranan.
2. Menerapkan
pendidikan agama dalam kehidupan keluarga
Sebagai panduan hidup – menerapkan nilai yang baik –
melahirkan semangat hormat- menghormati.
3. Melibatkan
keluarga dengan aktiviti masyarakat
Gotong-royong – kenduri –
eratkan hubungan silaturahim.
4. Mengisi masa
lapang bersama dengan anak-anak
Memupuk nilai kasih sayang –
akan terbentuk semangat perpaduan
5. Mengawasi
pergaulan dan pergerakan anak-anak
Tidak terjebak dalam gejala
sosial – tidak terpengaruh dengan anasir subversif.
Ungkapan Menarik:
-
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
-
Anak
ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya
No comments:
Post a Comment