Kepada anak-anak, soalan yang melibatkan dimensi keluarga, bolehlah manfaatkan contoh berikut sebagai panduan.
Masukkan gurindam
Kewujudan masyarakat penyayang
dapat direalisasikan seandainya semua pihak bersatu hati dan mengatur langkah
sederap yakni berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan semangat ukhuwah dalam
keluarga dan masyarakat. Ibu bapa
seyogianya memainkan peranan dengan berkesan mendidik anak-anak dengan penuh
kasih sayang. Hal ini demikian kerana benih-benih kasih sayang yang disemai
oleh ibu bapa akan tumbuh mekar dalam hati sanubari anak-anak dan seterusnya
mereka akan menjadi manusia yang sentiasa prihatin tentang hubungan sesama
manusia. Dalam hal ini, gurindam Melayu ada mengingatkan kita akan peri
pentingnya ibu bapa mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, antara
lainnya berbunyi:
Jika benihnya benih
molek,
Jika tanahnya tanah
cantik,
Jika bajanya baja
baik,
Tentu pokok cepat
naik.
Oleh itu, soal mendidik bukanlah soal yang boleh dipandang enteng. Hal ini
demikian kerana daripada institusi keluargalah masyarakat penyayang dapat
dijelmakan.
No comments:
Post a Comment