Saturday, 2 November 2013

KESILAPAN BAHASA DAN EJAAN DALAM KARANGAN


Aspek bahasa termasuk ejaan merupakan elemen penting semasa membuat penilaian ataupun pemeriksaan karangan. Seperti yang pelajar-pelajar sedia maklum, untuk Bahagian A, tiada potongan markah dibuat, tetapi andai kata terdapat banyak kesalahan ejaan, maka karangan tersebut tidak wajar diberikan markah pada tahap cemerlang. Oleh itu, berhati-hatilah semasa menulis, jangan tergopoh-gapah semasa membina ayat dan mengeja sesuatu perkataan.Tiada kompromi dalam soal ini, andai kata terdapat kesalahan ejaan dan bahasa yang ketara, maka walaupun karangan anda mempunyai idea/isi yang matang dan dihuraikan dengan contoh yang konkrit, tiada jaminan untuk anda memperoleh markah cemerlang. Elakkan melakukan kesilapan seperti perenggan yang ditunjukkan di bawah.

Soalan: Langkah-langkah untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Selain daripada (KB) itu adalah memupuk semangat kejiranan yang utuh di kalangan rakyat-rakyat Malaysia. Seperti mana (KB) yang diwar-warkan (KESALAHAN EJAAN/KE) oleh perdana menteri (KE) Malaysia yang ke-enam, (KE) konsep Satu Malaysia yang di ilhamkan (KE) mampu memupuk se­mangat bersatu-padu.  Bukan sahaja di dalam satu kaum. Malah bangsa yang terdiri dari pelbagai berbilang kaum mampu menwujudkan perpaduan. Walaubagaimanapun (KE) kita sebagai rakyat yang perihatin (KE) mestilah bersungguh  di dalam hal ini untuk bersama mengembeling (KE) tenaga ke arah menjaga sensitif sesuatu kaum dan jiran kita. Pada masa kini semakin meningkat perpaduan di kalangan rakyat-rakyat yang cintakan keamanan kerana mereka tahu bahawa peranan ini mampu mengubah corak pentadbiran negara dan memajukan negara. Ini kerana perpaduan menjamin keharmonian negara dimana (KE) ianya (KB)  merupakan elemen terpenting di dalam (KB) usaha menuju negara yang cermerlang, (KE) terbilang dan gemilang.

ULASAN TENTANG PERENGGAN DI ATAS
Perenggan di atas jelas menonjolkan kelemahan bahasa murid. Elakkan melakukan kesilapan bahasa yang ketara/ kesalahan bahasa yang besar seperti pembinaan ayat tergantung, ayat yang tidak jelas maksudnya dan penggunaan perkataan yang tidak tepat dalam ayat.

ASPEK EJAAN
Elakkan daripada melakukan kesalahan ejaan yang sangat ketara seperti yang disenaraikan di bawah. Murid-murid mestilah menulis dengan teliti, pastikan tiada melakukan kesalahan ejaan. Sekiranya banyak kesalahan ejaan dilakukan, anda tidak berpeluang untuk mendapat markah yang cemerlang untuk bahagian A. Sementara itu, untuk Bahagian B, kesalahan ejaan yang akan memungkinkan impression pemeriksa turun.
Catatan: Kesilapan bahasa dicetak dengan warna merah.
      Selain daripada itu adalah memupuk semangat kejiranan yang utuh di kalangan rakyat-rakyat Malaysia. Seperti mana yang di war-warkan oleh perdana menteri Malaysia yang ke-enam, konsep Satu Malaysia yang di ilhamkan mampu memupuk se­mangat bersatu-padu.

Ejaan yang salah
Ejaan yang betul
di war-warkan
diwara-warakan/ diuar-uarkan
ke-enam
keenam
perdana menteri Malaysia
Perdana Menteri Malaysia
di ilhamkan
diilhamkan
bersatu-padu
bersatu padu

Aspek Bahasa

Selain daripada itu adalah memupuk semangat kejiranan yang utuh di kalangan rakyat-rakyat Malaysia. Seperti mana yang diwar-warkan oleh perdana menteri Malaysia yang ke-enam, konsep Satu Malaysia yang di ilhamkan mampu memupuk se­mangat bersatu-padu.

Ayat yang sepatutnya ialah :
Selain itu ialah memupuk semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan rakyat. Hal ini bertepatan dengan gagasan yang diwara-warakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam, konsep 1Malaysia yang dicetuskan mampu memupuk semangat perpaduan.

    Bukan sahaja di dalam satu kaum. Malah bangsa yang terdiri dari pelbagai berbilang kaum mampu menwujudkan perpaduan. Walaubagaimanapun (KE) kita sebagai rakyat yang perihatin (KE) mestilah bersungguh  di dalam hal ini untuk bersama mengembeling (KE) tenaga ke arah menjaga sensitif sesuatu kaum dan jiran kita.

Ejaan yang salah
Ejaan yang betul
Walaubagaimanapun
Walau bagaimanapun
perihatin
prihatin
mengembling
menggembleng

Penggunaan kata sendi yang salah
Penggunaan kata sendi yang betul
di dalam satu kaum
dalam kalangan kaum
dari pelbagai
daripada pelbagai
di dalam hal ini
dalam hal ini

Penggunaan imbuhan/ kosa kuta/
kata ganda yang salah
Penggunaan imbuhan/ kosa kata/
kata ganda yang betul
menwujudkan
mewujudkan
bersungguh
bersungguh-sungguh
mengembleng
menggembleng
sensitif
sensitiviti

ASPEK BAHASA
Terdapat ayat tergantung, iaitu Bukan sahaja di dalam satu kaum. Malah bangsa yang terdiri dari pelbagai berbilang kaum mampu menwujudkan perpaduan. Walaubagaimanapun (KE) kita sebagai rakyat yang perihatin (KE) mestilah bersungguh  di dalam hal ini untuk bersama mengembeling (KE) tenaga ke arah menjaga sensitif sesuatu kaum dan jiran kita.

Ayat yang sepatutnya ialah
Perpaduan yang diidam-idamkan bukan sahaja melibatkan sesama kaum, malah perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Walau bagaimanapun kita  sebagai rakyat yang prihatin mestilah bersungguh-sungguh dalam hal ini untuk bersama-sama menggembleng tenaga ke arah menjaga sensitiviti sesuatu kaum.

Pada masa kini semakin meningkat perpaduan di kalangan rakyat-rakyat yang cintakan keamanan kerana mereka tahu bahawa peranan ini mampu mengubah corak pentadbiran negara dan memajukan negara. Ini kerana perpaduan menjamin keharmonian negara dimana (KE) ianya merupakan elemen terpenting didalam (KE) usaha menuju negara yang cermerlang, (KE) terbilang dan gemilang.

Unsur lewah/ kata sendi/kata ganti nama/ penanda wacana/ imbuhan yang salah/

Yang betul
Pada masa kini
Pada masa ini
di kalangan rakyat-rakyat
dalam kalangan rakyat
di dalam usaha
dalam usaha
ianya
Subjek asal iaitu perpaduan
Ini kerana
Hal ini demikian kerana
cintakan
cinta akan


Ejaan yang salah
Ejaan yang betul
dimana
di mana
didalam
di dalam
cermelang
cemerlang

Elakkanlah sebarang kesalahan bahasa dan ejaan dalam karangan para pelajar. Kesalahan ejaan dalam kedua-dua bahagian boleh mengakibatkan impression pemeriksa turun.

* dipetik daripada Sisipan Skor Berita Harian

4 comments:

  1. perkongsian maklumat yang sangat baik :)

    ReplyDelete
  2. saya ada satu persoalan
    dalam penulisan ringkasan terutamanya bagi tingkatan 1,2 dan 3
    frasa teknologi maklumat dan komunikasi boleh ke tak diringkaskan jadi tmk?...
    adakah tmk dikira 1 patah perkataan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam apa-apa sahaja penulisan, hendaklah ditulis Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) terlebih dahulu, kemudian barulah digunakan TMK.

      Delete