12/11/2013

ARANG

Arang dalam peribahasa
         (Arang ialah benda hitam yang rapuh, sisa kayu yang terbakar)

Arang
          rosak, binasa sama sekali, sangat hitam

arang di kening,
mendapat malu;

arang di muka
mendapat malu;

arang habis besi binasa
pekerjaan yang tidak membawa hasil sedikit pun, usaha yang sia-sia

arang habis besi binasa, tukang hembus penat sahaja
pekerjaan yang tidak membawa hasil sedikit pun, usaha yang sia-sia

arang itu jikalau dibasuh dengan air mawar sekalipun tiada akan putih
orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya;

berkerat rotan, berpatah arang
perselisihan yang tidak dapat diperbaiki lagi;

bintang di langit dapat dibilang tetapi tak sedar di mukanya arang
orang yang suka menegur kesalahan orang, tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari;

jika tiada tersapu arang di muka, daripada hidup baiklah mati
lebih baik mati daripada hidup menanggung malu;

kalah jadi abu, menang jadi arang
kalah atau menang sama akibatnya (akan menanggung rugi);

membasuhkan arang yang terconteng di muka
menghilangkan malu;

terpijak benang arang, hitam tapak
perbuatan jahat, jahat akibatnya;

No comments: