Soalan : Usaha-usaha untuk menjadi pengguna
bijak.
Isi : bersatu
hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak pengguna
Dimensi masyarakat =
masyarakat, orang ramai, pengguna
Pengguna yang bijak perlu sentiasa bersatu
hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak kita sebagai
pengguna. Hal ini demikian
kerana apabila kita bersatu, suara kita akan bertambah kuat dan akan
diberi perhatian oleh pihak lain. Oleh itu, tidak mungkin masalah yang dihadapi
oleh pengguna tidak dapat ditangani jika kita mengamalkan sikap seperti serumpun bagai serai, selubang bagai
tebu. Jika masing-masing mengamalkan sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing, sudah tentu hak kita sebagai pengguna akan diperlekehkan oleh pihak peniaga
ataupun pengeluar. Hal ini sekali gus menjadikan pengeluar ataupun peniaga
semakin berani untuk menaikkan harga barangan yang dijual kerana
beranggapan pengguna itu sendiri yang
tidak mengendahkan kepentingan menjaga hak mereka. lmpaknya, hak pengguna akan terus diketepikan. Para pengguna seyogianya sedar bahawa mereka
diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan dan ugutan. Para pengguna juga perlu mengetahui bahawa mereka mempunyai tempat untuk mengadu
sekiranya berlaku penyelewengan ketika proses jual beli. Oleh hal yang demikian, mereka
tidak perlu berasa gusar untuk
melaporkan sebarang penipuan terhadap mereka kerana undang-undang berkaitan hak
pengguna sentiasa menjamin kebajikan pengguna. Oleh itu, mereka tidak boleh
berfikiran dangkal/cupul dalam
usaha membanteras penyelewengan ini kerana hak kita
sebagai pengguna tidak pernah diabaikan oleh pihak berkuasa.
Soalan : Usaha-usaha untuk menjadi pengguna
bijak.
Isi : bersatu
hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak pengguna
Dimensi diri = saya
Saya sebagai pengguna yang bijak perlu sentiasa
bersatu hati dalam menangani apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak saya sebagai pengguna. Hal ini demikian kerana apabila saya
dan pengguna lain bersatu, suara akan bertambah kuat dan akan diberi perhatian
oleh pihak lain. Oleh itu, tidak mungkin masalah yang saya hadapi tidak dapat ditangani
jika pengguna mengamalkan sikap seperti
serumpun bagai serai, selubang bagai tebu dengan pengguna yang lain. Jika masing-masing mengamalkan
sikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing, sudah tentu hak kita sebagai
pengguna akan diperlekehkan oleh
pihak peniaga ataupun pengeluar. Hal ini sekali gus menjadikan pengeluar
ataupun peniaga semakin berani untuk menaikkan harga barangan yang dijual
kerana beranggapan pengguna itu sendiri
yang tidak mengendahkan kepentingan menjaga hak mereka. lmpaknya, hak pengguna akan terus
diketepikan. Saya
seyogia sedar bahawa saya
diberikan pilihan untuk memilih atau membeli barangan tanpa paksaan dan ugutan.
Saya juga perlu mengetahui bahawa saya mempunyai tempat untuk
mengadu sekiranya berlaku penyelewengan ketika proses jual beli. Oleh hal yang demikian, saya
tidak perlu berasa gusar untuk
melaporkan sebarang penipuan terhadap saya kerana undang-undang
berkaitan hak pengguna sentiasa menjamin kebajikan saya sebagai pengguna.
Oleh itu, saya tidak boleh berfikiran dangkal dalam usaha membanteras penyelewengan ini kerana hak saya
sebagai pengguna tidak pernah diabaikan oleh pihak berkuasa. Dengan kata lain
saya sebagai pengguna yang bijak perlu sentiasa bersatu hati dalam menangani
apa-apa jua isu yang berkaitan dengan hak saya sebagai pengguna.
No comments:
Post a Comment