4 (a) Contoh nilai
tanggungjawab yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang Emas
Novel Jendela
Menghadap Jalan
1
|
Tanggungjawab
seorang anak mematuhi perintah ibu bapa.
|
[1+1]
|
Contohnya, Lili begitu taat akan suruhan dan perintah ibu
bapanya apabila dia mengikut sahaja suruhan ibunya untuk pulang bercuti di
kampung kelahiran ibunya di Dungun.
|
||
2
|
Tanggungjawab
membantu menyelesaikan kes keganasan rumah tangga.
|
[1+1]
|
Contohnya, Lili bersedia untuk
menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah yang sering dipukul oleh suaminya, Seman atas sikap
tanggungjawab terhadap anggota masyarakat
walaupun dilarang oleh neneknya supaya tidak masuk campur tangan
|
||
3
|
Tanggungjawab
mempertahankan maruah ibu.
|
[1+1]
|
Contohnya, Lili bertanggungjawab mempertahankan maruah
ibu di hadapan datuknya apabila datuknya bercerita tentang sesuatu yang tidak
baik berkaitan dengan ibunya.
|
||
4
|
Tanggungjawab
menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat
|
[1+1]
|
Contohnya, Lili
dan Danel bertanggungjawab
menyelesaikan isu pemasangan kubah surau yang menjadi pertelegahan mayarakat
di Kampung Sentosa.
|
||
5
|
Tanggungjawab
mempertahankan perubatan tradisional
|
[1+1]
|
Contohnya, datuk Lili, Hj. Abd. Rahman berusaha
mempertahankan perubatan tradisional yang diamalkannya walaupun terdapat
pelanggannya yang telah beralih kepada kaedah rawatan moden.
|
||
6
|
Tanggungjawab
menyelamatkan rakan yang ditahan di
sebuah pondok buruk
|
[1+1]
|
Contohnya, Danel
berusaha dan berikhtiar menyelamatkan Lily yang telah diculik dan ditahan
oleh Haziq dan Rafiq, anak-anak Che
Jah serta disembunyikan di sebuah pondok buruk walaupun keselamatan dirinya
terancam.
|
||
7
|
Tanggungjawab
seorang Muslim terhadap agamanya
|
[1+1]
|
Contohnya, Haji
Abdul Rahman, datuk Lili sentiasa menunaikan solat fardu secara berjemaah
sama ada di rumah atau di surau / nenek Lili juga segera bersolat apabila masuk
waktu solat.
|
Novel Songket
Berbenang Emas
1
|
Tanggungjawab
menjaga adik-adik
|
[1+1]
|
Contohnya, Dahlia sebagai anak sulung dalam keluarga,
bertanggungjawab menjaga adik-adiknya yang lain sepanjang emaknya menerima
rawatan di hospital.
|
||
2
|
Tanggungjawab
sebagai seorang pelajar
|
[1+1]
|
Contohnya, Dahlia
tetap membuat persediaan dengan membaca buku untuk menghadapi STPM walaupun
berada di balai raya yang menjadi pusat bantuan banjir apabila rumah mereka
musnah akibat banjir.
|
||
3
|
Tanggungjawab
anak terhadap ibu bapa
|
[1+1]
|
Contohnya,
Dahlia amat menyayangi ibu bapanya dan berusaha melawat ibunya yang sedang
menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru sehingga sanggup
mengeluarkan wang biasiswanya untuk membayar tambang bas. Dahlia juga bertanggungjawab
membawa adik bongsunya, Anggerik ke Hospital Batu Pahat untuk melawat bapanya
yang dimasukkan ke hospital akibat dipatuk ular.
|
||
4
|
Tanggungjawab terhadap
tugas yang diamanahkan
|
[1+1]
|
Contohnya, Doktor Ridhuan bersikap amanah dalam menjalankan
tugasnya sebagai pegawai perubatan kesihatan dengan berusaha mengenal punca
dan kaedah penyelesaian untuk mengubati penyakit kemurungan Saleha yang sedang
menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru.
|
||
5
|
Tanggungjawab
suami terhadap isteri
|
[1+1]
|
Contohnya, Embong
sebagai seorang suami, mengambil berat terhadap kesihatan isterinya, Saleha
dengan membenarkan Haji Sulaiman tiga
orang kakitangan Hospital Batu Pahat mengambil isterinya untuk rawatan
pemulihan.
|
||
6
|
Tanggungjawab seorang
ayah terhadap anak-anak
|
[1+1]
|
Embong
bertanggungjawab menjaga anak-anaknya sebanyak enam orang tatkala isterinya, Saleha
sedang menerima rawatan pemulihan di Hospital Permai, Johor Bahru.
|
||
7
|
Tanggungjawab
ketua terhadap anggota masyarakatnya
|
[1+1]
|
Contohnya, Hj. Sulaiman, selaku Ketua Kampung dan
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
bertanggungjawab membawa tiga orang kakitangan Hospital Batu Pahat untuk
membawa Saleha ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
|
1 comment:
terima kasih halal kan ilmu yg diberi
Post a Comment