Bil
|
Negeri
|
Karangan A
|
Karangan B (Sedutan soalan)
|
||||
Soalan 1
|
Soalan 2
|
Soalan 3
|
Soalan 4
|
Soalan 5
|
|||
1
|
Terengganu
|
Ciri-ciri sebuah pusat sumber yang baik
|
Kempen gaya hidup sihat telah diperkenalkan oleh
kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang mementingkan kesejahteraan hidup.
Bincangkan amalan-amalan yang wajar anda lakukan
oleh memastikan kesihatan diri sentiasa terjaga.
|
Sesebuah keluarga yang erat hubungannya akan
sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing.
Huraikan kebaikan yang diperoleh ahli keluarga
apabila menjayakan sesuatu majlis keluarga seperti majlis perkahwinan,
sambutan perayaan, hari keluarga dan sebagainya.
|
Isu keselamatan anak-anak sering kali
diuar-uarkan dalam media massa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis
rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan tentang Keselamatan
Kanak-kanak Tanggungjawab Bersama.
Tulis rencana itu selengkapnya.
|
Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) yang begitu pesat menyebabkan kita berasakan dunia ini semakin kecil.
Huraikan manfaat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) kepada masyarakat dunia.
|
Sesebuah karya sastera seharusnya mengandungi
banyak keistimewaan agar boleh menarik minat pembaca.
Ulaskan pernyataan tersebut.
|
2
|
Kelantan
|
Manfaat-manfaat perhimpunan rasmi sekolah.
|
Guru merupakan insan peting yang perlu dihargai
disebabkan mereka menyumbang kepada pembentukan generasi cemerlang yang
diperlukan oleh negara.
Huraikan cara-cara anda menghargai guru.
|
Permintaan air bersih kian meningkat sedangkan
sumbernya semakin berkurangan sebagai pengguna, kita berperanan penting untuk
menjimatkan penggunaan air dalam aktiviti seharian.
|
Pengangkutan awam di negara kita semakin tidak
mendapat sambutan disebabkan beberapa faktor. Hal ini sudah pasti dapat
diatasi dengan meningkatkan sistem pengangkutan awam di negara kita.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang berjudul "Usaha-usaha
Meningkatkan Sistem Pengangkutan Awam Negara". Tulis rencana itu
selengkapnya.
|
Perkembangan industri pertanian dapat menambahkan
pendapatan negara, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan imej negara di
mata dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
|
Peribahasa "serumpun bagai serai, seludang
bagai tebu" menggambarkan sikap bersatu hati dalam segala hal.
Jelaskan kelebihan-kelebihan mengamalkan sikap
bermuafakat dalam kehidupan bermasyarakat.
|
3
|
Kedah
|
Langkah-langkah untuk menyuburkan semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat di negara kita.
|
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato
peringkat sekolah. Tajuk pidato ialah "Faedah Perhimpunan Pagi kepada
Murid".
Sediakan teks pidato tersebut selengkapnya.
|
Peningkatan kos pendidikan, kos rawatan dan harga
makanan telah menimbulkan masalah kewangan dalam keluarga.
Bincangkan.
|
Kerjasama ibu bapa, komuniti dan pihak sekolah
dapat mengurangkan kes buli yang berlaku di sekolah.
Ulas pernyataan di atas.
|
Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam
pembangunan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, penglibatan generasi muda
dalam bidang pertanian perlu diberi perhatian.
Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menggalakkan generasi muda menceburi bidang pertanian.
|
Karya sastera merupakan karya yang mengandungi
banyak perkara yang boleh dijadikan pedoman hidup.
Berdasarkan karya yang anda baca, jelaskan
perkara-perkara yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.
|
4
|
Johor DT
|
Ciri-ciri bandar pintar.
|
Golongan remaja amat wajar memberikan sumbangan
dalam usaha untuk mengisi kemerdekaan negara yang telah diperjuangkan oleh
generasi terdahulu.
Bincangkan sumbangan yang dapat anda berikan demi
keamanan dan kemajuan negara kita.
|
Dewasa ini, permainan tradisional seperti
layang-layang, gasing dan congkak kurang diminati serta semakin dilupakan
oleh generasi muda.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan
anak-anak bermain permainan tradisional.
|
Usaha kerajaan menarik pelabur-pelabur asing
melabur di negara kita memang wajar kerana pelaburan asing memberikan
pelbagai faedah kepada rakyat dan negara.
Bincangkan.
|
Pendidikan maya atau pendidikan yang
memaksimumkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) mempunyai
pelbagai kepentingan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan
bertaraf dunia.
Bincangkan.
|
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat
daripadanya faedah.
Petikan gurindam di atas membawa maksud
kepentingan seseorang menjaga tutur kata dalam kehidupan.
Huraikan pendapat anda tentang
kepentingan-kepentingan seseorang menjaga tutur kata agar berjaya dalam
kehidupan.
|
5
|
YIK
|
Punca-punca kemerosotan mutu sukan negara.
|
Pada masa cuti sekolah akhir tahun, remaja sering
mengambil peluang bekerja sambilan sementara menunggu keputusan peperiksaan.
Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh kepada
golongan remaja yang bekerja sambilan dalam masa cuti persekolahan.
|
Keselamatan anak-anak semasa berada di rumah
perlu diberi perhatian oleh ahli keluarga.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilakukan
oleh ahli keluarga untuk memastikan keselamatan anak-anak terjamin semasa
berada di rumah.
|
Kesedaran rakyat Malaysia tentang pentingnya
menjaga kebersihan di kawasan kediaman masih rendah.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang
perlu dilakukan oleh pelbagai pihak supaya kawasan kediaman di negara kita
sentiasa berada dalam keadaan bersih?
|
Gejala pemerdagangan manusia peringkat
antarabangsa semakin meningkat.
Bincangkan.
|
Murid-murid sekolah kurang berminat untuk membaca
karya sastera seperti novel, cerpen, dan puisi.
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh
dilaksanakan oleh pihak sekolah dan pihak-pihak lain untuk memupuk minat
murid-murid sekolah terhadap karya sastera tersebut.
|
6
|
MRSM
|
Kepentingan memiliki keluarga bahagia.
|
Keracunan makanan yang berlaku akhir-akhir ini
disebabkan oleh sikap kurang prihatin seseorang terhadap penjagaan kesihatan.
Sebagai pelajar yang prihatin, jelaskan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri menjadi mangsa
keracunan makanan.
|
Media massa sering memaparkan iklan barangan dan
perkhidmatan untuk melahirkan pengguna yang bijak. Sehubungan dengan itu,
anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Peranan Iklan
dalam Melahirkan Pengguna yang Bijak".
Tulis rencana itu selengkapnya.
|
Orang Kelainan Upaya (OKU) turut memberikan
sumbangan untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang.
Ulaskan pernyataan di atas.
|
Jenayah pemerdagangan manusia kini merentas
sempadan negara. Hal ini memerlukan kerjasama berkesan antara negara untuk
menanganinya.
Bincangkan.
|
Peribahasa "Ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis" boleh dikaitkan dengan amalan berjimat cermat.
Berikan pendapat anda tentang faedah-faedah
amalan berjimat cermat dalam kehidupan generasi Kini.
|
7
|
SBP
|
Kepentingan hidup berjiran.
|
Bersempena dengan persaraan pengetua sekolah
anda, pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan. Selaku wakil pelajar,
anda dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.
Tulis teks ucapan anda selengkapnya.
|
Pelbagai masalah sosial seperti pergaulan bebas,
vandalisme dan lari dari rumah berkait rapat dengan kebejatan institusi
keluarga.
Jelaskan peranan keluarga dalam menangani masalah
sosial tersebut.
|
Pada alaf baharu ini, pihak kerajaan
bersungguh-sungguh untuk memajukan industri desa kerana industri ini
berpotensi meningkatkan ekonomi negara.
Bincangkan.
|
Dunia hari ini kian terhimpit dengan peperangan
yang membawa kesan-kesan negatif.
Jelaskan peranan badan-badan dunia bagi
membendung permasalahan ini.
|
Kewujudan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dapat memupuk minat orang ramai terhadap karya sastera.
Huraikan pernyataan di atas.
|
8
|
Perlis
|
Ciri-ciri pengguna bijak.
|
Disiplin diri merupakan pemangkin kejayaan
pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Bincangkan.
|
Sebagai ahli
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa memberikan sumbangan yang
bermakna demi kemajuan sekolah.
Huraikan sumbangan-sumbangan tersebut.
|
Alam sekitar yang berkualiti menjamin
kesejahteraan hidup manusia.
Ulas pernyataan tersebut.
|
Kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat agar
melakukan inovasi iaitu penghasilan produk baharu dan perkhidmatan yang lebih
baik.
Jelaskan kepentingan-kepentingan inovasi kepada
rakyat dan negara.
|
Sesebuah karya sastera yang bermutu akan menarik
minat masyarakat untuk membaca karya tersebut.
Bincangkan.
|
9
|
Sabah (Kota Belud)
|
Prakarsa memajukan industri pelancongan.
|
Semangat patriotik dalam kalangan murid semakin
luntur.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan murid.
|
Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur
dalam kalangan masyarakat.
Jelaskan peranan ibu bapa dalam usaha memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan anak-anak.
|
Aktiviti manusia telah menyebabkan bekalan air
terjejas di beberapa tempat di negara kita sehingga mendatangkan pelbagai
kesusahan kepada banyak pihak.
Berikan komen anda.
|
Walaupun Hari Bumi diisytiharkan dan disambut
pada 22 April setiap tahun, kemusnahan bumi dilihat menjadi masalah utama
bagi negara-negara di dunia.
Jelaskan bentuk-bentuk sumbangan yang dapat
diberikan oleh semua negara di dunia untuk menyelamatkan bumi.
|
Peribahasa "Mendengar guruh di langit,
air di tempayan dicurahkan" merujuk keadaan seseorang yang terpaksa
menanggung kerugian akibat terburu-buru mengambil sesuatu keputusan.
Bincangkan kerelevanan maksud peribahasa tersebut
dengan situasi kehidupan seharian masyarakat di negara kita.
|
10
|
Pahang DM
|
Usaha-usaha memupuk jati diri remaja.
|
Anda selaku Tokoh Usahawan Desa peringkat negeri
diminta menyampaikan sebuah ceramah kepada sekumpulan usahawan desa di tempat
anda. Tajuk ceramah tersebut ialah "Rahsia Menjadi Usahawan Desa
yang Berjaya".
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
|
Keluarga bahagia merupakan keluarga yang
penyayang, bertolak ansur dan sering menyantuni antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu, jelaskan ciri-ciri
keluarga bahagia idaman anda.
|
Pengguna bijak mendatangkan pelbagai manfaat
kepada keluarga.
Jelaskan manfaat-manfaat tersebut.
|
Sukan merupakan wahana penyatuan masyarakat
antarabangsa.
Jelaskan kepentingan bersukan kepada masyarakat
global.
|
Jikalau ilmu tidak sempurna,
Tiada berupa ia
berguna;
Ilmu kepandaian
boleh dikejar,
Asal mahu rajin
belajar.
(Gurindam Beberapa Petua Hidup, Zaaba)
Huraikan kepentingan ilmu kepada remaja.
|
11
|
Pulau Pinang
|
Kepentingan riadah dalam kehidupan.
|
Kebanyakan remaja lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia mengimpikan kerjaya yang dapat
menjamin masa hadapan mereka. Huraikan faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja. |
Remaja kini banyak menghabiskan masa dengan
melayari Internet yang memberikan
pelbagai kesan kepada mereka. Huraikan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak. |
"Berjimat Cermat Amalan Mulia"
Ulaskan pernyataan tersebut.
|
Filem-filem Barat telah memberikan pelbagai
pengaruh terhadap kehidupan
masyarakat sejagat. Huraikan pengaruh yang diterima oleh masyarakat sebagai akibat kemasukan filem- filem dari Barat ke negara mereka. |
Peribahasa bagai lebah menghimpun madu bermaksud
seseorang yang sangat rajin.
Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut. |
12
|
Selangor DE
|
Kepentingan menabung wang kepada masyarakat
|
Aktiviti seperti beriadah, berkhemah, dan
menyertai program khidmat masyarakat pada
musim cuti sekolah amat digalakkan kepada remaja. Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada aktiviti-aktiviti tersebut. |
Cabaran membentuk masyarakat yang bersatu padu di
sekolah amat besar.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah wajar mengambil langkah-langkah untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan murid. Bincangkan. |
Keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia sebagai
destinasi pelancongan memerlukan
kerajaan dan agensi swasta mengambil langkah yang sepatutnya untuk menarik kedatangan pelancong. Ulas pernyataan ini. |
Pengambilan tenaga kerja dari negara luar
bertujuan membantu pembangunan
ekonomi negara, namun begitu terdapat beberapa masalah sosial yang timbul. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk “Langkah- langkah Mengatasi Masalah Sosial yang Ditimbulkan oleh Tenaga Kerja dari Negara Luar”. Tulis rencana itu selengkapnya. |
Sesebuah karya sastera yang baik dan menarik
dapat mendidik pembaca.
Huraikan ciri-ciri karya sastera yang baik dan menarik. |
13
|
Melaka
|
Usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk
melestarikan
warisan seni budaya. |
Sebagai tokoh murid, anda diundang untuk
memberikan syarahan tentang masalah
sosial yang melanda remaja pada hari ini. Tulis teks syarahan tersebut dengan memberikan fokus pada punca-punca berlakunya masalah ini. |
Cuti sekolah yang panjang digunakan oleh ibu bapa
untuk menghantar anak-anak
mengikuti program-program berbentuk akademik dan sahsiah. Hakikatnya cuti sekolah merupakan waktu terbaik untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Bincangkan peranan ibu bapa bagi memanfaatkan cuti sekolah anak-anak untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. |
Kestabilan ekonomi, politik, dan sosial menjadi
faktor tarikan kemasukan pelancong
asing ke negara kita. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk membantu perkembangan industri pelancongan negara. |
Isu kemiskinan telah menjadi masalah global yang
mengancam sebahagian negara
dunia. Sebagai sebuah negara yang dipandang tinggi oleh negara luar, Malaysia telah mencadangkan beberapa langkah untuk menangani masalah tersebut. Jelaskan cadangan-cadangan yang boleh dikemukakan oleh kerajaan Malaysia berkaitan degan isu kemiskinan. |
Bakat, minat dan kreativiti merupakan sebahagian
daripada kriteria untuk melahirkan
penulis karya sastera yang berkualiti. Berikan pendapat anda. |
14
|
Sarawak
(Limbang)
|
Langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan di
sekolah. |
Menjadi pelajar cemerlang impian bagi setiap
pelajar di Malaysia.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjadi pelajar cemerlang dalam pelbagai aspek. |
Budaya menabung dalam kalangan anak-anak perlulah
bermula dari rumah.
Tuliskan sebuah syarahan yang bertajuk “Peranan Ahli Keluarga Memupuk Amalan Menabung dalam kalangan Anak-anak”. |
Malaysia terkenal dengan keunikan dan
keistimewaan yang mampu menarik
kedatangan pelancong tempatan dan pelancong asing. Huraikan keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. |
Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan
manusia kini menjadi isu
sejagat. Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut. |
Kini, remaja didapati lebih gemar membaca bahan
bacaan picisan berbanding karya
sastera. Berikan pendapat anda tentang sebab-sebab berlakunya keadaan ini. |
15
|
Perak
|
Kepentingan
menyertai acara sukan. |
Setiap pelajar pasti mempunyai impian untuk
melanjutkan pelajaran ke Institut
Pengajian Tinggi (IPT) demi masa depan yang gemilang. Berikan pendapat anda tentang persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT. |
Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh ahli keluarga untuk memupuk semangat kejiranan. |
Bangunan lama atau bangunan bersejarah di negara
kita amat perlu dikekalkan demi
generasi yang akan datang. Anda ingin menulis sebuah rencana bertajuk “Kepentingan Bangunan Bersejarah kepada Negara”. Tulis rencana tersebut selengkapnya. |
Pergolakan yang berlaku di beberapa buah negara
di dunia telah menggugat
keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Huraikan kerjasama yang boleh dilakukan oleh pemimpin negara untuk menjamin keamanan di beberapa buah negara di dunia. |
Penggiat sastera atau sasterawan merupakan
golongan yang banyak berjaya kepada
pembangunan negara. Bincangkan langkah-langkah untuk mengiktiraf golongan penggiat sastera di negara kita. |
16
|
WPKL
|
Kebaikan sektor
pelancongan kepada negara kita. |
Sekolah anda mengadakan Seminar Teknik Menjawab
Soalan Bahasa Melayu SPM
anjuran Panitia Bahasa Melayu. Sebagai salah seorang peserta seminar, anda diminta untuk menulis laporan seminar tersebut untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Sediakan laporan anda selengkapnya. |
Kesibukan ibu bapa dalam memenuhi tanggungjawab
mereka terhadap anak-anak telah
menyebabkan kepentingan menjaga semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat diabaikan. Huraikan peranan ibu bapa dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan anak-anak. |
Generasi kini perlu dididik untuk melibatkan diri
dalam aktiviti sukan bagi memperoleh
badan yang sihat dan otak yang cerdas. Bincangkan. |
Sudah tiba masanya, Malaysia membuat penanda aras
kemudahan pengangkutan
awam dengan melihat contoh-contoh dari negara lain di dunia. Bincangkan. |
Tema dan persoalan merupakan aspek penting dalam
pengkaryaan sebuah cerpen.
Tema dan beberapa persoalan sebuah cerpen telah menarik minat untuk anda membaca sehingga pengakhiran cerita. Huraikan tema dan persoalan tersebut. |
17
|
Negeri Sembilan
|
Faedah amalan membaca kepada murid.
|
Remaja pada hari ini merupakan aset negara dan
pemangkin kepada kemajuan negara.
Jelaskan ciri-ciri remaja yang berwawasan.
|
Warga tua merupakan teras masyarakat dan telah
banyak berjasa terhadap negara.
Huraikan usaha-usaha yang patut dilakukan bagi
menghargai jasa dan pengorbanan mereka.
|
Program kitar semua yang disarankan oleh pihak kerajaan
banyak mendatangkan manfaat.
Pada pendaspat anda, apakah manfaat-manfaat yang
diperoleh daripada program daripada program kitar semula ini?
|
Bencana alam seperti tanah runtuh, kemarau dan
gempa bumi sering melanda dunia akhir-akhir ini.
Huraikan peranan yang dapat dilakukan oleh
Malaysia untuk membantu negara-negara yang ditimpa bencana tersebut.
|
Kejadian banjir besar yang berlaku belakangan ini
banyak mendatangkan masalah. Tulis cerpen berkenaan suasana dan masalah
akibat kejadian banjir tersebut.
|
03/11/2017
ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN PERCUBAAN BM SPM NEGERI [SPM 2017]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment