07/03/2013

Senangnya Komsas

  
PANTUN MUHIBAH DAN PERPADUAN
Komsas Tingkatan 2: Pantun Muhibah dan Perpaduan

1.              Pantun dan maksud

Pantun
Maksud
Persoalan
Nilai
Pengajaran
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Kita perlu mengamalkan semangat muhibah kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa.
Persoalan amalan hidup muhibah perlu diamalkan oleh rakyat dalam negara berbilang kaum.
Semangat muhibah
Kita hendaklah mengamalkan semangat muhibah dengan kaum lain
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu persatu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Amalan muhibah menjadikan rakyat hidup bersatu padu walaupun berlainan bangsa dan budaya.
Persoalan amalan cara hidup muhibah dapat menyatu-padukan rakyat berlainan bangsa dan budaya
Bersatu padu
Kita perlu mengamalkan sikap bersatu padu supaya dapat hidup dengan aman
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratusan relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
Kerjasama dalam segala urusan menandakan sikap bersatu padu dan bergotong-royong.
Persoalan amalan kerjasama dan bergotong royong dapat mempermudah segala urusan.
Kerjasama.
Masyarakat berbilang kaum hidup bekerjasama menjalankan amalan gotong-royong.
Kita hendaklah mengamalkan sikap bekerjasama supaya kerja menjadi mudah
Tuan puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Pelbagai keturunan dan bangsa bukan halangan untuk membina bangsa  yang bersatu padu.
Persoalan kepelbagaian keturunan tidak menghalang pembinaan bangsa yang padu.
Hormat-menghormati.
Masyarakat yang berbilang kaum saling menghormati.
Kita hendaklah mengamalkan sikap hormat-menghormati antara masyarakat
Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
Kebudayaan asal setiap kaum tidak dilupakan di samping berbangga dengan kebudayaan nasional
Persoalan kebudayaan nasional tidak melenyapkan kebudayaan sesuatu kaum.
Patriotisme
Masyarakat yang cinta akan tanah air dan sentiasa bangga dengan kebudayaan tempatan.

Kita hendaklah mengamalkan sikap patriotik dan berbangga dengan budaya sendiri,

Tema
Keharmonian dan perpaduan hidup masyarakat majmuk.

Bentuk
1.      Terdiri daripada lima rangkap.
2.     Setiap rangkap mengandungi empat baris. Baris pertama dan kedua adalah pembayang.
        Baris ketiga dan baris keempat ialah maksud pantun.
3.     Setiap baris mempunyai empat hingga lima patah perkataan.
4.    Setiap baris mengandungi  lapan hingga empat belas suku kata.
5.     Rima akhir setiap rangkap ialah  ‘ab, ab’.
6.     Pantun ini berbentuk terikat kerana mematuhi ciri-ciri puisi tradisional Melayu.

Gaya Bahasa
{   Diksi (Pemilihan Kata)
Menggunakan perkataan yang mudah dan senang difahami.
Contoh:
                   Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
(Rangkap 1)

{   Anafora (Pengulangan kata di awal baris)
Contoh :
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional mereka banggai.
(Rangkap 5)
{   Simile
Senyuman manis seperti madu; (Rangkap 4, baris 2)

{   Kata ganda:
Tanda bersatu bergotong-royong (Rangkap 3, baris 4)

{   Unsur Bunyi :
o   Asonansi (Pengulangan vokal dalam baris)
Di negara Malaysia berbilang bangsa (Rangkap 1, baris 4)
Penawar sakit mujarab sekali (Rangkap 5, baris 5)
                                                Pengulangan vokal a

o   Aliterasi (Pengulangan konsonan dalam baris)
Bermacam keturunan bukan halangan (Rangkap 4, baris 3)
                                                Pengulangan konsonan n


No comments: