12/02/2013


Seronoknya KOMSAS

Tugasan :
Guru-guru boleh meminta  para pelajar merujuk sajak Memori Seorang Tua untuk menghasilkan sajak Pahlawan Buntung. Gunakanlah maklumat daripada perwatakan, latar dan nilai untuk digabungkan menjadi sebuah sajak yang menarik. Insya-Allah pelajar akan lebih seronok mempelajari komsas.

Memori Seorang Tua
Terlalu jauh masa pergi
Kenang-kenangan bersilih datang
Manakah teman-teman
Manakah kekasih hati
Aku sedang diburu tua
Sedang dimamah usia.

Di dalam hatiku cinta padamu
Aku tahu duniaku bukanlah persis baldu
Kerana aku
Selalu sahaja bertukar pintu
Dari pintu ke pintu
Jeriji ke jeriji
Memburu perjuangan yang tak pasti

Maafkan aku kekasih
Kerana di gelap malam aku kesepian
Aku pula berhadapan dengan segala pertanyaan
Kerana aku pejuang
Demi kemerdekaan tanah airku

Hari ini,
Aku menjemputmu,
Untuk menyambut hari ulang tahunku
Kusediakan
Biola dan lagu
Untuk nyanyian petang itu
Namun,
Sebelum asar tiba
Tak siapapun tiba

Kekasihku,
Teman-temanku,
Anak-anakku,
Semuanya tak mampu bersamaku
Ah...
Inilah nasib pejuang,
Apabila nama dilupakan
Apabila segala nikmat dalam pelukan
Aku sepi
Seperti petang yang pergi..

(Hasil kerja kumpulan dalam Kursus Apresiasi Komsas di Hotel Sri Malaysia, Sungai Petani)


Cerpen : Pahlawan Buntung
Ringkasan cerita
Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat.  Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun.  Selepas tamat perang, mereka kembali ke kampung halaman memulakan semula kehidupan sebagai nelayan.  Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong.  Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Pak Hussain
·                Berusia 60 tahun
·                Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
·                Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
·                Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampung Pulau Pak Amat.
·                Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau–racau.
·                Berjasa kepada orang–orang kampung. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak Jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak Hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampung.


Latar Masa
·                30 tahun lalu (situasi perang)
·                Tahun 1941 – 1973
·                Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
·                Semasa zaman penjajahan Jepun

Latar Tempat
·                Kampung Pulau Pak Amat
·                Kampung Tok Lukup
·                Sungai Gali
·                Kampung Dal
·                Jalan Bayam

Nilai
  1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
  2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
  3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
  4. Nilai patriotik, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.



No comments: