11/02/2014

Seronoknya KOMSAS!

Seronoknya KOMSAS

Tugasan :
Guru-guru boleh meminta  para pelajar merujuk sajak Memori Seorang Tua untuk menghasilkan sajak Ibu dan Ceper. Gunakanlah maklumat daripada perwatakan, latar dan nilai untuk digabungkan menjadi sebuah sajak yang menarik. Insya-Allah pelajar akan lebih seronok mempelajari komsas.

Memori Seorang Tua
Terlalu jauh masa pergi
Kenang-kenangan bersilih datang
Manakah teman-teman
Manakah kekasih hati
Aku sedang diburu tua
Sedang dimamah usia.

Di dalam hatiku cinta padamu
Aku tahu duniaku bukanlah persis baldu
Kerana aku
Selalu sahaja bertukar pintu
Dari pintu ke pintu
Jeriji ke jeriji
Memburu perjuangan yang tak pasti

Maafkan aku kekasih
Kerana di gelap malam aku kesepian
Aku pula berhadapan dengan segala pertanyaan
Kerana aku pejuang
Demi kemerdekaan tanah airku

Hari ini,
Aku menjemputmu,
Untuk menyambut hari ulang tahunku
Kusediakan
Biola dan lagu
Untuk nyanyian petang itu
Namun,
Sebelum asar tiba
Tak siapapun tiba

Kekasihku,
Teman-temanku,
Anak-anakku,
Semuanya tak mampu bersamaku
Ah...
Inilah nasib pejuang,
Apabila nama dilupakan
Apabila segala nikmat dalam pelukan
Aku sepi
Seperti petang yang pergi..

(Hasil kerja kumpulan dalam Kursus Apresiasi Komsas di Hotel Sri Malaysia, Sungai Petani)

Tugasan untuk anak muridku di Tingkatan 4 Kreatif,  baca cerpen Ibu dan Ceper karya Shahnon Ahmad. Hasilkan sebuah sajak tentang Ibu dan Ceper. Anda boleh jadikan sajak Memori Seorang Tua di atas sebagai panduan. Selamat mencuba. Seronoknya komsas!

No comments: