Formula Termodinamik (Obasiah
Haji Usman)
Sinopsis Keseluruhan
Cerita Formula Termodinamik
digambarkan dengan latar kampung yang dikelilingi sawah. Amir dan Asma
mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah
bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya
melanjutkan pelajarannya di maktab perguruan manakala Amir dan Usama ke
Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika
Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan Usama telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan
mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh Profesor Othman dengan
Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan. Sejak tersebar berita Amir
dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan
ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama,
menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di
belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Namun
begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum Popular
Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang.
Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data
syarikat ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat
Bahagia kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah
mengatur strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf
kepada Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut.
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis
Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di
luar negara.
Sinopsis
Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman
kanak-kanak mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan
Zaid. Asma adalah dua pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei,
berjaya melanjutkan pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke
Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika
Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal
bersebelahan dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit
di hatinya terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar
diungkapkan. Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan mencangkul
tanah. Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh
Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan
projek tersebut.
Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya
mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi
mereka. Dia juga mahu menebus kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun
dia tahu dia tidak sehebat Amir dan Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak
lemah, dia bijak dan handal serta mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan
bertekad akan menentang Amir dan Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua
sepupu itu menempa nama di Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut
kepada kawan-kawan baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta
model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak
petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan
tangan robot. Fikri dan Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan
yang ingin menyaingi Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan
prinsip di antara mereka dengan Aswan.
Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan. Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai
hati untuk menghampakan Aswan. Projek
tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi
masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah
belajar bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori
kejuruteraan waktu di Politeknik. Namun
begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara tentang Formula Dua
Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun dengan sedikit
pengetahuan, Aswan tetap yakin mampu
menyaingi Amir dan Usamah kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir,
Usamah dan Profesor Othman seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.
Bab 3
Amir dan Usamah bertungkus lumus membuat
pengubahsuaian bagi memastikan projek
mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut menggunakan kuasa 6 kw,
kincir angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia. Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat
sendiri kerana kekurangan kelengkapan seperti membentuk mata pisau cangkul
dihantar ke kedai besi untuk dibentuk.
Aswan, Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1
yang diusahakan oleh pasangan sepupu itu.
Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut. Mereka telah diberi penerangan terperinci
tentang proses pengubahsuaian dan pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir ,
penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan Am. Aswan lebih berminat melihat
bilik operasi.
Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1
siap, Zaid dan Adnin mengajak Amir dan Usamah pergi memancing di sawah untuk
menenangkan fikiran. Semasa memancing
itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi orang Kampung Warisan dari stor dewan. Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-rakannya
yang telah mencuri baja tersebut.
Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya
memperoleh formula yang diperlukan untuk melaksanakan projek impiannya,
mencipta mesin menanam padi. Mesin
ini amat relevan untuk masa depan yang
dapat mengurangkan risiko generasi menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah
disediakan oleh Aswan diperlihatkan kepada Fikri dan Majibon. Aswan secara terperinci menerangkan cara
projek itu akan dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.
Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum
Popular Termodinamik. Tiba-tiba sahaja
storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak menyimpan
storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk menyiapkan formula
tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman.
Dia tidak tahu orang yang telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka.
Bukan mudah untuk dia mengingati formula
tersebut. Amir risau tidak dapat
menunaikan janjinya kepada nenek untuk
membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.
Bab 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus ke
pejabat persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari
data Syarikat Bahagia. Amir amat
terkejut mendapati ada pencerobohan sedang berlaku pada data syarikat ayahnya. Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat
pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia.
Bab 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu
oleh Amir tentang pencerobohan data Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak berpeluang untuk
menceritakan peristiwa itu kepada ayahnya kerana dia berada di Manila atas
urusan perniagaan. Amir dan Usamah
pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka
sangat gembira melihat Asma, Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di tapak
semaian. Adnin sedang menolak mesin 2
dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga. Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit.
Bab 9
Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih
menjadi amalan penduduk Kampung Warisan.
Ramai penduduk kampung datang menolong menanam padi di sawah
neneknya. Usamah bersungut tentang mesin
ciptaan Aswan yang belum disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh
orang kampung pada musim menanam kali ini.
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar. Amir dan Usamah terperanjat melihat nenek
jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib,
ayah Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah berusaha memberi pertolongan
kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa
pulang ke rumah. Atas desakan Asma nenek
kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Bab 10
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya
untuk memastikan tidak ada pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke
anggota lain. Semua ahli keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah
turut berada di hospital menemani nenek.
Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang daripada anak
cucunya.
Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin
menanam padinya tetapi banyak masanya dihabiskan di hadapan komputer. Dia tidak berpuas hati selagi pencariannya
belum berhasil. Aswan mencuba meramal
beberapa nombor digital sehinggalah dapat ditembusi. Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu
muncul semula. Pengaliran data itu tidak
dapat disekat lagi. Aswan terpukau
melihat jumlah aset syarikat tersebut.
Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada Fikri dan
Majibon. Aswan bercadang memindahkan
wang sejumlah RM1.3 juta itu ke dalam akaunnya. Majibon membantah keras hasrat Aswan itu
atas prinsip agama melarang mengambil hak orang lain. Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil
RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka. Fikri pula menentang hasrat Aswan dan
mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta bersaing
secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan dan data
syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran data
tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya
mereka bersepakat untuk menyiasat
perkara tersebut.
Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada
Syarikat Bahagia kepada ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk.
Intan, ibu Amir telah menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat
mereka. Pada masa yang sama Amir dan
Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek mereka telah beransur
sihat dan akan keluar dari hospital.
Amir berasa bangga melihat mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh
bapa Zaid dan orang-orang kampung untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka
telah dapat berbakti kepada orang kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan
peristiwa yang telah dapat menjejak penjenayah
Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok tidak
jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap penjenayah
itu.
Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur
strategi, Amir dan rakan-rakannya
bergerak selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam perjalanan mereka sampai di
pangkalan. Dari situ mereka bergerak ke
sebuah pondok dan bersembunyi di tempat
yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka mengatur strategi untuk
memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan Oyong pemuda Kampung
Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat diberkas dan dihantar ke
balai polis. Amir menemui CD yang
menyimpan seribu rahsia yang sukar ditafsir.
Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang
ditemukan semasa operasi penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran
dengan pangkalan. Amir dan Usamah berasa
kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang
tidak dikenali menghantar mesej meminta maaf.
Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri formula
mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada jawapan.
Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin. Adnin pula menyusul dalam keadaan basah kuyup
dan mengajak mereka membantu memindahkan orang kampung kerana air telah naik
melepasi satu meter.
Bab 15
Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras. Mereka hanya berpaut pada sebatang kayu untuk
menyelamatkan diri. Aswan rasa menyesal
tidak mendengar nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan Krismas
di rumah Majibon kerana cuaca buruk. Dia
juga mulai sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa yang telah
dilakukannya. Dalam suasana gelap malam
mereka bertiga terus berpaut pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh
Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah
meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang mencuri Formula
Termodinamik dan penghantar e-mel.
Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah
telah membolehkan mereka memenangi
Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi
melanjutkan pelajaran di luar negara.
Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga berada di lapangan
terbang. Aswan, Fikri dan Majibon turut
sama. Asma datang mengucapkan tahniah
kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar putih buat Usamah dan
mawar merah buat Amir.
Tema
Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua
orang anak muda iaitu Amir dan Usamah yang berwawasan tinggi dan masih menuntut
telah memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin
rumput terpakai. Inovasi tersebut
dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan boleh
membajak tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas oleh
penduduk Kampung Warisan. Amir dan
Usamah pula telah menerima Anugerah Saintis Muda.
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan
dalam novel ini, antaranya :
i.
Tanggungjawab melakukan inovasi untuk
kepentingan masyarakat
Contoh :
Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan
neneknya dan orang kampung membajak tanah
untuk pertanian.
ii.
Mengamalkan Etika
Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika
kerja yang bersih iaitu
bersaing secara sihat dan tidak
menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.
iii. Taat
kepada ajaran agama
Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin
memindahkan wang RM 1.3 juta milik
syarikat yang telah diceroboh ke dalam
akaunnya. Dia mengingatkan
Aswan bahawa agama melarang
kita mengambil hak orang lain, perbuatan
yang
tidak bermoral.
iv.
Perniagaan dan Keusahawanan
Contoh :
Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.
v. Kasih sayang nenek terhadap anak cucunya
Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan
Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek
juga banyak mengajar serta mendidik mereka.
Walaupun baru saja menjalani
pembedahan, nenek sudah teringat hendak
membuat kuih bahulu kegemaran
bapa Usamah. Nenek juga berjanji
untuk
membuat kuih jala untuk Amir.
vi. Tanggungjawab terhadap seorang sahabat
Contoh:
Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan Majibon daripada mati lemas dalam kejadian
banjir di kampung mereka.
vii. Mengamalkan budaya ilmu
Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang
dipelajari di politeknik
untuk menghasilkan projek mesin
2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk
kegunaan orang kampung dan
tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin
membantu Aswan dalam projek
mesin menanam padi).
43 comments:
terima kasih ^_^ kerana membantu saya untuk menulis sinopsis ringkas setiap bab
thank you for helping me to write a synopsis of the whole
10q Ayahuda Nas
mohon copy
ultraman
wtf
nice
Mama plot
Mana
Mama plot
Mana perwatakan ya,?
Mana perwatakan ya,?
mana perwatakannya??
mana perwatakannya??
Terima kasih membantu saya menulis sinobsi setiap bab
Teknik plot novel Formula Thermodinamik
terima kasih :)
Thank you very much. Sangat Membantu. Jasamu dikenang
Mana perwatakanya yer?
NK LATAR..
wow
Terima Kasih kerana telah membantu kami semua dalam memahami jalan kerja novel Formula Termodinamik.Tetapi harap author tambah plot,latar dan nota yang perlu...
This comment is my,
Jumpa kelip kunang kunang,
cuit cuit bahasa.blogspot.my,
jasamu sangat dikenang.
blog ini amat bermakna bagi saya
mohon copy n print
peristiwa?
Thanks for helping me finish teacher homework
terima kasih.. saya terharu :')
thanks for helping me in my komsas assigment
what the fuck this sipnosis tak lengkap
Terima kasih...Terima kasih sangat.
Tak faham
Sbg admin, saya mengucapkan terima kasih kpd "blog saya" kerana menggunakan bahasa yang sangat bertatasusila...
Terima kasih tolong saya siapkan kerja rumah
Terima kasih
tenkiu kerana mempermudahkan urusan saya
kenapa tak ada perwatakan
Terima kasih tolong saya menyiapkan tugasan
Tqtqtqtqtqtq
Terima kasih kerana membantu saya
Bagusss
bagusss dan Terima Kasih kerana membantu saya menyiapkan tugasan
Post a Comment