Thursday, 15 January 2015

JENDELA MENGHADAP JALAN (analisis & kajian)

Tema
Tema novel ini perjuangan golongan tua dalam masyarakat Melayu tradisional menegakkan pengamalan ubat-ubatan tradisional bagi menyembuhkan sebarang penyakit. Penggunaan herba-herba dapat mengubati semua penyakit yang dihidapi dengan cara mengamalkan pemakanannya, bukan sahaja sesuai kepada penduduk kampung juga kepada penduduk seperti Puan Hamimah yang menghadapi masalah gout. Khasiat herba tersebut boleh menjamin kesejahteraan hidup walaupun sebahagian kecil generasi moden menyangkal kemujarabannya. Herba-herba ini bukan sahaja dimakan oleh masyarakat Melayu, malah masyarakat lain juga mempercayainya. Herba-herba tradisional boleh digunakan sebagai petua dalam amalan seharian malah dianggap dapat menyembuhkan penyakit berat iaitu ketagihan dadah seperti Haziq diberikan herba sebagai penawar.

Persoalan
1. Persoalan Masalah Kepincangan Rumah Tangga seperti yang dihadapi oleh Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan minum arak telah menyebabkan rumah tangga Che Jah berantakan. Anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang baru belasan tahun turut berperangai seperti ayahnya apabila tersalah memilih kawan. Che Jah meminta cerai daripada suaminya kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya.

2. Persoalan Keagamaan – Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina kubah surau bagi tujuan keagamaan.

3. Persoalan Persahabatan – Persahabatan antara Lili dengan Geetha yang begitu akrab walaupun berlainan agama dan bangsa.

4. Persoalan Perpaduan Antara Kaum – Perpaduan kaum menjadi baik seperti adanya hubungan kemesraan yang terjalin antara masyarakat Melayu, Cina dan India. Mereka hidup aman damai tanpa perbalahan, malah hubungan kaum ini begitu rapat antara keluarga Geetha dan Lili. Geetha pernah bermalam di rumah Lili kerana hubungan yang sangat mesra dan rapat.

5. Persoalan Menuntut Ilmu Pengetahuan – Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam, Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

6. Persoalan Golongan Muda Yang Terjebak Masalah Dadah – Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.

7. Persoalan Hubungan Kekeluargaan Antara Anak dan Ibu Bapa – Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat sehingga mengganggap kampung terlalu jumud.  Ibu Lili juga terlalu jarang pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan hubungannya menjadi renggang.

8. Persoalan Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar – Hubungan antara manusia dengan alam sekitar seperti datuk sangat mengambil berat tentang herba-herba yang banyak memberi jasa kepadanya. Datuk mengenali semua herba yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Datuk sering disindir oleh nenek akibat terlalu prihatin dan membantu penduduk kampung yang bermasalah kesihatan dengan membekalkan ubat tradisional yang dibuatnya sendiri. Ada satu ketika datuk tidak pulang ke rumah hingga menyebabkan nenek berasa risau kerana datuk masuk ke hutan mencari akar-akar kayu tanpa pengetahuannya.

9. Persoalan Suka Fitnah Memfitnah Dalam Masyarakat – Masyarakat Melayu yang suka membuat fitnah antara satu sama lain, yang menyebabkan keretakan dalam masyarakat akhirnya membawa perpecahan. Cerita kubah dilarikan orang oleh beberapa wanita mengesyaki angkara ini sudah pasti dilakukan oleh anak-anak Che Jah yang telah terkenal dengan kejahatan lampaunya. Lili menenangkan keadaan dan meminta agar mereka tidak membuat tuduhan melulu yang tiada kepastiannya.

10. Persoalan tentang sikap prihatin - Lili begitu prihatin dengan Che Jah yang mengalami keganasan rumah tangga. Walaupun Haziq dan Rafiq menculiknya tetapi Lili memaafkan tindakan mereka kerana beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan. Lili sering ke rumah Che Jah untuk memberikan motivasi dan akhirnya meminta bantuan Puan Hamimah seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang buruk selama ini.

11. Persoalan tentang masalah sosial penduduk kampung - Hidup di kampung walaupun berada dalam keadaan selesa, nyaman dengan pemandangan yang cantik namun terdapat pelbagai masalah sosial. Penduduk kampung didatangi oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjual tanah-tanah mereka. Penduduk kampung juga memberontak untuk lebih menyetujui penggantian kubah surau berbanding pembinaan masjid baru. Penduduk kampung juga berhadapan dengan masalah sosial apabila wujudnya keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh Che Jah akan sikap suaminya yang kurang bertanggungjawab diikuti kelakuan anak-anaknya Haziq dan Rafiq yang tersalah memilih kawan.


PLOT
Permulaan
o       Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas.  Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati.
o       Dalam perjalanan ke Dungun, Lili bertemu Danel dan juga Geetha dalam bas.
o       Rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa sungguh nyaman, cantik dan dipenuhi dengan bendang.

Perkembangan
o       Datuk menghadapi situasi getir di kampung akibat penggantian kubah surau.
o       Kekalutan turut timbul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk.
o       Datuk didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.
o       Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah Berjaya menyembuhkan ibunya Latchumi yang sakit dengan menggunakan herba tradisional.
o       Danel sering datang untuk membantu nenek memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap.
o       Danel berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Namun cara Danel yang berhemah dapat memastikan bahawa datuk tidak berkecil hati.
o       Danel sering menulis artikel tentang pisang.
o       Lili diculik oleh anak-anak Che Jah, namun Berjaya diselamatkan oleh Danel.

Konflik
Konflik dengan diri sendiri
o       Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.

Konflik dengan orang lain
o       Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.
o       Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.
o       Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya. Namun, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi kegembiraan hati ibunya, permintaan ibunya itu dituruti.

Klimaks / Puncak
o       Che Jah memaklumkan bahawa suaminyalah yang melarikan kubah surau. Selama ini penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq, namun telahan mereka tersasar.

Peleraian
o       Che Jah dicadangkan oleh Kak Hamimah supaya membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan.
o       Suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun.
o       Haziq diberi herba sebagai penawar oleh datuk.
o       Rafiq dihantat ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
o       Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka.
o       Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili.
o       Sugi memaklumkan bahawa dia berhasrat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas.
o       Ibu pulang menaiki bas tanpa ayah. Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
o       Haziq dan Rafiz kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR.


WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Lili
o       Lepasan sekolah menengah
o       Tidak gembira pulang ke kampung datuk dan neneknya
o       Berpura-pura menjaga hari ibunya
o       Rajin membaca buku panduan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
o       Akur cakap orang tua
o       Suka berkawan dan peramah
o       Menjadi teman baik Geetha
o       Cepat bersimpati dengan orang lain iaitu Haziq dan Rafiq anak Che Jah yang nakal,
o       Prihatin dan meminta bantuan Kak Hamimah supaya mengambil tindakan terhadap suami Che Jah yang melakukan jenayah keganasan rumah tangga.
o       Mesra dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baru di kampungnya itu.

Watak Sampingan
Datuk (Haji Abdul Rahman)
o       Pakar akar kayu dan ubat tradisional
o       Jadi Sumber Rujukan Masalah Kesihatan Penduduk Kampung
o       Berjaya Sembuhkan Letchumi Daripada Sakit Teruk Dengan Herba Yang Dibuat Oleh Datuk
o       Ajar Lili Ilmu Kegamaan
o       Menguji Lili Dengan Ilmu Agama
o       Sayang Akan Pekerjaannya Mengumpulkan Akar Kayu
o       Berjaya Mengislamkan William
o       Dahulu Orang Mendengar Cakap Datuk Tetapi Sekarang Tidak
o       Berumur 70 tahun
o       Rajin Beribadat, Solat, Zikir Dengan Tasbih
o       Rajin Membaca Kitab
o       Berjaya Mengubati Lima Orang Dari Kuala Lumpur Menggunakan Herba
o       Tidak Balik Malam Kerana Mencari Herba Di Hutan
o       Pandai Mengurut (Menngurut Danel)

Danel
o       Anak William
o       Jelaskan Isu Pembinaan Kubah Surau
o       Jelaskan Kebaikan Rawatan Mden
o       Berhujah Dengan Berhemah Supaya Datuk Tidak Berkecil Hati
o       Percaya Perubatan Moden
o       Akrab Dengan Datuk
o       Menulis Artikel Tentang Buah Pisang Di Tenom Sabah
o       Sering Membantu Nenek Memasak
o       Memasak Menggunakan Pisang
o       Bantu Menyelamatkan Lili Daripada Diculik.

Nenek (Hajah Aisyan Tan Abdullah)
o       Kurang Yakin Dengan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan
o       Isteri Kepada Datuk
o       Percaya Pantang Larang (Terbalikkan Semua Cermin Untuk Terbalikkan Mata Kilat)
o       Bakar Kulit Bawang Putih Untuk Bau Harum Dalam Rumah
o       Suka Menyindir Datuk Tentang Ubat Tradisional.
o       Pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.

Geetha
o       Kenalan Lili Dalam Bas Sewaktu Pulang Ke Terengganu
o       Siswa Tahun Pertama Jurusan Kejuteraan Awam Universiti Malaya
o       Anak Letchumi Yang Ada Kedai Runcit Dan Sembuh Selepas Makan Ubat Tradisional Yang Datuk Sediakan.
o       Menjadi Akrab Dengan Lili.
o       Seorang Yang Tepati Janji.

Abang Rashid
o       Sering membantu datuk dan nenek
o       Mengambil Lili di perhentian bas untuk membawa pulang sewaktu Lili pulang ke kampung.
o       Mengutip buah dari kebun datuk
o       Belum berkahwin

Ibu Lili
o        Suka Seni Taman Ala Bali Yang Penuh Reka Bentuk Dan Tumbuhan
o        Tanam Herba Pembuka Selera Makan
o        Tidak Kisah Ilmu Agama Akibat Kecuaian Datuk
o        Gemar Belajar Silat.
o        Belajar Di Luar Negara
o        Menjawat Jawatan Penting.

Rafiq Dan Haziq
o        Anak Remaja Berumur Belasan Tahun.
o        Menduduki Pmr
o        Anak Che Jah Yang Sering Menimbulkan Masalah
o        Memulas Tangan Lili Dan Menculik Lili
o        Menggunakan Senjata Tajam Dan Mengacukan Di Leher Lili
o        Berubah Sikap Menjadi Lebih Baik.

Seman
o        Suami Che Jah
o        Kaki judi, berhutang dan minum arak
o        Melarikan kubah surau
o        Seorang yang pemarah dan sering menjadikan Che Jah isterinya dan anak-anaknya Haziq dan Rafiq sebagai tempat melepaskan geram dan marah.
o        Membelasah Haziq dan Rafiq hingga teruk
o        Ditangkap di belakang pondok dusun dan diserahkan kepada pihak berwajib untuk dijalankan pemulihan akidah.

Latar
Latar Tempat
o        Dungun
o        Daerah Tempat Nenek Dan Datuk Tinggal
o        Daerah asal ibu Lili
o        Pekan Sejahtera
o        Tempat Tinggal Geetha
o        Kedai milik Letchumi ibu Geetha terletak di sini.
o        Pekan Sentosa
o        Tempat Tinggal Datuk Dan Nenek Lili
o        Bendang
o        Tempat Lili Bertemu Neneknya Sewaktu Tiba Di Kampung
o        Masjid
o        Tempat Datuk Bergotong-Royong Menaikkan Kubah Masjid Bersama-Sama Penduduk Kampung.
o        Tempat Datuk Bersolat Berjemaah
o        Rumah Datuk
o        Rekabentuk Yang Unik Dengan Corak Jendela Dan Pintu
o        Tempat Datuk Bercerita Tentang Kemujaraban Akar Kayu Dengan Lili.
o        Tempat Danel datang dan membantu nenek memasak
o        Tempat Danel berurut dengan datuk
o        Kedai Runcit Letchumi
o        Tempat Nenek Membawa Lili Berbelanja
o        Tempat Lili Bertemu Geetha
o        Tempat Geetha Bercerita Tentang Datuk Kepada Lili.
o        Kedai Runcit Ah Kwan
o        Tempat Lili Diminta Membeli Barangan Dapur
o        Terletak Berhampiran Dengan Rumah Nenek.
o        Balai Raya
o        Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampung oleh orang yang tidak dikenali.
o        Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau

Latar Masa
Maghrib
o       Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.
Pagi
o       Lili Meminta Izin Nenek Untuk Berada Di Luar Bagi Melihat Kubah Surat Atau Bertemu Che Jah.
o       Lili Ke Rumah Che Jah Untuk Bertanya Khabar Tentang Haziq.

Latar Masyarakat
Latar Masyarakat Yang Bermasalah Institusi Kekeluargaan
o       Suami Che Jah Merupakan Seorang Yang Suka Berjudi, Berhutang, Menipu, Minum Arak Dan Anak-Anak Serta Isterinya Seraing Menjadi Mangsa Kekejamannya. Haziq Anak Che Jah Merupakan Pelajar Yang Pintar Tetapi Tersalah Pergaulan Dan Menyebabkan Dia Diberhentikan Sekolah.
Latar Masyarakat Yang Suka Mengambil Tahu Hal Keluarga Orang Lain.
o       Nenek Memberitahu Bahawa Orang Kampung Suka Bermuka-Muka. Suka Mengumpat Walaupun Melalui Jendela.
Latar Masyarakat Yang Prihatin
o        Lili Prihatin Dengan Masalah Yang Menimpa Keluarga Che Jah Atas Sikap Tidak Bertanggungjawab Seman Suami Che Jah
o        Lili Meminta Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Untuk Memaklumkan Sikap Seman.
o        Lili Berpendapat Bahawa Danel Bertanggungjawab Membagunkan Kampung Kerana Danel Penduduk Tetap Dan Perlu Memperjuangkannya.
o        Danel Prihatin Terhadap Lili Dengan Menyelematkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.
o        Latar masyarakat yang buruk sangka.
o        Penduduk kampung buruk sangka terhadap datuk kerana disangkanya datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.
o        Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal.
o        Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan

Teknik Penulisan
Pemerian
o       Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.
o       Penulis menceritakan sebak hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya supaya tinggal di kampung selepas tamat persekolahan.
o       Penulis menceritakan sikap Seman iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah keluarga yang mereka hadapi.

Dialog
o        Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.
o        Dialog antara datuk dengan Danel tentang perubatan moden dan tradisional.  Danel berbincang dengan dtuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional.
o        Dialog penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak terlibat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar.
o        Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk.

Monolog
o        Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.
o        Lili bermonolog dalam perjalanan pulang ke kampong nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya supaya dia bercuti selepas tamat persekolahan.

    Imbas Kembali
o       Datuk mengimbas kembali terhadap kesilapannya mendidik ibu Lili. Datuk menyesal kerana tidak memberikan pendidikan agama yang secukupnya menyebabkan ibunya kurang mengamalkan ilmu kegamaan.

Saspens
o       Pembaca saspens tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.

Nilai
Nilai Jati Diri
o       Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya.

Nilai Tanggungjawab
o       Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.

Nilai Prihatin
o        Lili prihatin Atas Nasib Rafik Dan Haziq Kerana Berpunca Dari Masalah Keluarga Yang Dihadapi Walaupun Mereka Pernah Menculik Lili. Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.
o        Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka seperti kecurian, aktiviti haram, rayuan menjual tanah dan sebagainya. Oleh sebab itu mereka berusaha menyelesaikan masalah walaupun ada antaranya menggunakan cara yang tidak sesuai dan salah.

Nilai baik hati
o       Danel sering datang ke rumah nenek dan membantu nenek memasak. Apatah lagi Danel menganggap masakan nenek memang sedap.
o       Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.


Nilai kasih sayang
o       Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
o       Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.

Pengajaran
o       Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sediakala.
o       Kita hendaklah menghargai sumber alam supaya kegunaan herba dapat menfaatkan manusia sejagat.
o       Kita hendaklah hidup dalam harmoni supaya semua kaum dapat menikmati hidup yang aman.
o       Kita hendaklah menyelesaikan masalah secara bermusyawarah supaya segala masalah dapat diatasi tanpa menjejaskan hubungan akrab yang telah terbina selama ini.
o       Kita hendaklah sayang akan ahli keluarga supaya melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni serta membesar dengan penuh kasih sayang.



5 comments:

  1. terima kasih ... sangat membantu :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. terima kasih , sesuai untuk nota ringkas untuk peperiksaan

    ReplyDelete
  4. Nak tanya,kalau untuk pengajaran kena ada contoh peristiwa tak?

    ReplyDelete
  5. sangat efektif.saya tiada pilihan lain selain membaca seluruh inti pati bab novel tersebut

    ReplyDelete