Bab
3 : Musibah
Sukri menjadi tidak tenang
apabila memikirkan peristiwa tangki minyak milik syarikat tempat dia bekerja
itu terbakar. Ketika itu, Laiman berada di Kuching kerana berjumpa dengan rakan
sekuliahnya. Tiba-tiba Sukri terfikir bahawa tangki minyak yang terbakar itu
ialah tangki minyak yang dibaiki oleh Laiman dua minggu yang lalu. Sukri
bimbang kalau-kalau Laiman dituduh melakukan perkara tersebut. Pengurus
syarikat menganggap bahawa Laiman yang menyebabkan peristiwa kebakaran tersebut
berlaku. Sukri tidak dapat mengandaikan perkara yang akan berlaku kepada Laiman
selepas kejadian tersebut.
Kekusutan fikiran Sukri
dikesan oleh isterinya. Sukri tidak bercerita kepada isterinya. Dia melayani
fikirannya. Dia mengetahui bahawa Laiman ialah pemuda yang baik dan berhemah
tinggi. Tidak mungkin Laiman membakar tangki minyak itu. Pada fikiran Sukri,
ada orang yang berniat jahat untuk menjatuhkan Laiman. Sukri menemui Laiman
yang baru pulang dari Kuching. Laiman juga hairan memikirkan peristiwa itu. Hal
ini demikian kerana dia telah menggunakan kepakarannya bersama-sama dengan
pihak kontraktor sewaktu membaiki tangki tersebut. Laiman beranggapan bahawa
dia tidak ada kena-mengena dengan peristiwa kebakaran itu. Sukri meminta Laiman
bercerita kepada pengurus tentang hal yang sebenar pada keesokan harinya. Sukri
juga akan cuba meyakinkan pengurus mereka bahawa Laiman tidak bersalah.
Bab 4. Hasrat
Laiman berbual-bual dengan
Soniah di sebuah restoran. Ada seorang tua duduk bersendirian memerhatikan
mereka. Laiman terfikir, mungkin orang tua itu ada firasat. Laiman dan Soniah
berbual-bual tentang rancangan mereka. Laiman meminta Soniah berfikir sendiri
tentang rancangan yang benar-benar diimpikannya. Soniah mempunyai sikap yang
hampir sama dengan Laiman. Pada pandangannya, usaha hendaklah dilaksanakan
dengan tekun. Manusia hendaklah memilih jalannya sendiri.
Laiman agak terkejut apabila
mengetahui Soniah juga mengambil bidang kejuruteraan. Apabila dia mengatakan
bahawa bidang itu susah, Soniah agak tersinggung kerana dia merasakan Laiman
merendah-rendahkan tahap kemampuannya. Namun begitu, perbualan mereka mesra
kembali. Soniah dapat menjawab setiap perkara yang dihujahkan oleh Laiman
tentang kemampuan wanita. Laiman akhirnya memuji Soniah yang sanggup menghadapi
cabaran. Selepas membayar harga makanan mereka berdua pun keluar meninggalkan
restoran tersebut. Apabila keluar dari restoran, barulah mereka berbual tentang
peristiwa kebakaran tangki minyak. Laiman mengatakan bahawa pengurus tidak
menyalahkan dia kerana dia tiada di tempat kejadian ketika kebakaran tersebut
berlaku. Syarikat terpaksa menanggung kerugian. Harapan Laiman semoga pengurus
itu tidak akan mencemarkan namanya hanya kerana dia sendiri tidak mengetahui
punca kejadian tersebut berlaku.
Bah 5 : Pulang
Setelah tamat pengajian, Laiman berubah
dan pulang ke kampungnya di Sabah.
Bab 6 : Tentangan
Bapa Laiman, iaitu Pak
Kiassim tidak mahu Laiman mewarisi kerjayanya sebagai petani. Dia mahu anaknya
bekerja di bilik yang berhawa dingin dan berkereta besar. Laiman mempunyai
pandangan yang berlainan sama sekali. Memang pada mulanya Laiman bercita-cita
untuk bekerja dengan kerajaan. Setelah mengetahui hasrat kerajaan, dia tertarik
hati dan ingin menyahut seruan kerajaan supaya para siswazah berdikari dan
tidak terlalu bergantung pada kerajaan untuk mendapatkan sesuatu kerjaya.
Laiman teringat akan
peristiwa setahun yang lalu, iaitu peristiwa tentang kebakaran tangki minyak
yang menyebabkan dia berada dalam dilema. Ternyata Muluk merupakan punca utama
kebakaran tangki minyak itu berlaku. Hal itu berlaku kerana Muluk cemburu
melihat Laiman dan Soniah akrab bagaikan pasangan kekasih semasa berada di Sarawak.
Namun begitu, sangkaan tersebut tidak benar. Muluk sudah lama menaruh hati
terhadap Soniah tetapi Soniah tidak memberikan ruang untuknya bertakhta dalam
hati Soniah.
Lamunan Laiman terhenti
apabila Milan, sepupu Laiman membawa berita bahawa Laiman terdapat tawaran
bekerja di Jabatan Pertanian. Jawatan itu sesuai dengan kelulusan Laiman. Namun
begitu, Laiman tidak menyambut berita itu dengan gembira. Laiman lebih gemar
bercerita tentang projek yang ada dalam fikirannya. Dia bercadang hendak
menternak lebah madu dan ikan air tawar. Tempat ternakan ikan air tawar itu
bersebelahan dengan tanah Pak Sahok. Milan bimbang kalau-kalau Pak Sahok ridak
mengizinkan Laiman melaksanakan rancangannya di kawasan itu. Ternakan lebah
madu tidak merisaukan Laiman. Hal ini demikian kerana ternakan lebah madu tidak
memerlukan kawasan yang luas. Milan lebih cenderung menjadi pengikut Laiman.
Milan bercerita tentang pekerjaan yang pernah dilakukannya dahulu kepada
Laiman. Milan menyatakan bahawa kerjanya dahulu berat, tetapi pendapatannya
tidak lumayan.
Bab 7: Resah
Penolakan Laiman terhadap
tawaran pekerjaan bergaji menimbulkan kemarahan bapanya. Pak Kiassim mengatakan
bahawa Laiman menolak rezeki. Laiman mengatakan belum sampai masa untuk dia
menerima tawaran seperti itu. Jawaban itu tidak menyenangkan Pak Kiassim. Apabila
Laiman menyebut bahawa dia mahu berehat, Pak Kiassim bertambah marah. Pak
Kiassim mengungkit tentang pengorbanan nenek dan abang Laiman. Pak Kiassim
menyatakan bahawa nenek Laiman mengeluarkan wang simpanannya untuk membantu
pengajian Laiman. Abang Laiman pula tidak berkahwin lagi kerana dia selalu
memberikan wang kepada adik-adiknya terutamanya Laiman supaya Laiman mendapat
pelajaran yang cukup.
Laiman tidak tertahan mendengar
leteran bapanya. Dia meninggalkan rumah dalam keadaan yang tersinggung. Dia
berjalan seorang diri tanpa lampu suluh dan pelita. Hatinya tertarik untuk
singgah di rumah sepupunya, Milan. Dalam perbualannya dengan Milan, Laiman
mendapati sepupunya itu berada di pihak bapanya. Dia berasa kecewa dan berkecil
hati. Dia menganggap sepupunya sama dengan bapanya yang memandang rendah
terhadap cita-citanya. Namun begitu, Milan pandai memujuk Laiman dan dia
berjanji akan sentiasa menyokong Laiman. Pada malam itu, Laiman dapat tidur
dengan lena, walaupun di rumahnya sendiri dia berasa terasing.
Bab 8: Tekad
Rancangan Laiman untuk
menternak ikan air tawar menghadapi masalah. Pak Sahok tidak mengizinkan Laiman
menggunakan tanah paya di sebelah tanahnya untuk dijadikan projek ikan air
tawar. Laiman mengetahui bahawa tanah paya itu bukan milik Pak Sahok, tetapi
dia menghormati Pak Sahok. Selagi dia tidak mendapat keizinan daripada Pak
Sahok, dia tidak akan menggunakan kawasan paya itu untuk menjalankan projeknya.
Laiman dan Milan berbincang
tentang tapak lain untuk meneruskan projek ternakan ikan air tawar mereka itu.
Bapa Milan tidak keberatan jika tanahnya digunakan, tetapi jentera pengorek
tanah tidak ada. Tanah bapa Milan tidak sesuai untuk projek ternakan ikan air
tawar jika tidak dikorek lebih dahulu. Jabatan perikanan pun tidak mempunyai
jentera tersebut. Setelah membincangkan projek ikan, mereka beralih kepada projek
kebun tembikai. Kawan Laiman dari Kota Kinabalu akan rnembeli tembikai yang
diusahakannya nanti. Mereka berdua gembira kerana hasil tanaman tembikai cukup
memberangsangkan.
Laiman bersyukur kerana
Milan sentiasa menyokong segala usahanya. Milanlah orang yang sering menjaga
dan membersihkan kebun tembikai jika Laiman tiada. Selain berbincang tentang
kebun tembikai, mereka juga berbincang tentang rancangan ternakan lebah madu.
Milan merasakan bahawa rancangan mereka terlalu banyak, dan dia bimbang
kalau-kalau tidak terkawal. Laiman mengatakan bahawa tenaga budak-budak yang sudah
tidak berminat meneruskan persekolahan boleh digunakan. Ibu bapa budak-budak
itu akan berasa gembira kerana anak-anak mereka dapat melakukan kerja yang
berfaedah.
Bab 9 : Pujuk
Laiman berasa susah hati
kerana rancangan ternakan ikan air tawar masih tidak dapat dimulakan. Hal ini
demikian kerana dia dan Milan tetap gagal memujuk Pak Sahok agar bersetuju
supaya kawasan paya di sebelah tanah Pak Sahok itu digunakan untuk projek
tersebut. Mereka masih terus memikirkan tempat-tempat lain, tetapi tiada yang
sesuai. Mereka berbincang tentang tanah paya berdekatan dengan kebun Ah Ming.
Namun begitu, tempat itu terlalu jauh sehingga mereka perlu membina rumah untuk
tinggal di sana. Laiman terfikir untuk terus memujuk Pak Sahok.
Pada sebelah malamnya, Pak
Kiassim menegur Laiman. Dia bertanya tentang kemajuan Laiman. Apabila Laiman
meluahkan rasa duka citanya, Pak Kiassim mengungkit hal-hal yang lepas. Laiman
menyatakan bahawa Pak Sahok merupakan penghalang untuk projek ternakan ikan air
tawarnya, walaupun tanah yang diingininya itu bukan tanah Pak Sahok.
Pak Kiassim bersetuju bahawa
tanah itu memang bukan tanah Pak Sahok. Perbualan dengan bapanya kian mengarah
ke arah perdamaian. Pak Kiassim melarang Laiman bermusuhan dengan Pak Sahok.
Pak Kiassim juga menasihati Laiman supaya mencari tanah lain untuk menjalankan projek
tersebut. Laiman juga mengatakan bahawa dia tidak akan berkasar dengan Pak
Sahok.
Seterusnya, Pak Kiassim
bertanya tentang kebun tembikai yang diusahakan oleh Laiman. Laiman mengatakan
bahawa projek itu telah berjaya. Tembikai sudah berbuah dan akan mula dijual.
Kata Laiman, hasil tembikai itu nanti tidak muat jika hanya diangkut oleh
sebuah lori. Pak Kiassim berasa gembira apabila membayangkan kejayaan Laiman. Laiman
menyatakan bahawa hasil tersebut merupakan modal permulaan untuk melanjutkan
projek yang seterusnya.
Pak Kiassim mula melihat
kejayaan anaknya. Pak Kiassim yakin bahawa anaknya mempunyai cita-cita yang
tinggi. Orang kampung juga memuji-muji Laiman kerana kejayaannya. Laiman
terkejut apabila Pak Kiassim mengatakan bahawa dia akan pergi memujuk Pak Sahok
agar bersetuju dengan rancangan Laiman. Laiman memohon maaf kepada bapanya
kerana selama ini dia sering membantah kata-kata bapanya. Pak Kiassim pula
mengakui bahawa dia sendiri yang bersalah kerana tidak mencuba untuk memahami
cita-cita anaknya itu.
Bab 10: Harapan
Projek tembikai Laiman
berjaya sehingga menarik minat pihak jabatan pertanian untuk membantu Laiman
memajukan projeknya. Ketika pegawai pertanian tersebut berbincang tentang
projek tembikai itu, fikiran Laiman masih tertumpu pada projek ternakan ikan
air tawar yang menjadi keutamaannya. Dia ingin mendengar keputusan rundingan
antara bapanya dengan Pak Sahok tentang tanah yang akan dijalankan projek ikan
air tawarnya itu. Perkara tersebut yang harus diberikan perhatian kerana tanah itu
memang sesuai untuk projek penternakan ikan air tawar dan udang harimau. Pak
Kiassim pulang dengan wajah yang menandakan kejayaan. Pak Kiassim menyuruh
Laiman sendiri pergi mendengar keputusan Pak Sahok. Pak Sahok menyatakan
persetujuannya kepada Laiman. Pak Sahok sedar bahawa kejayaan Laiman boleh
ditumpangi oleh orang-orang kampung dan anak-anak muda yang tinggal di kampung
tersebut.
Sebulan kemudian, jabatan
pertanian menyediakan jentera pengorek tanah. Laiman mengupah anak-anak muda
untuk menggerakkan projek itu. Apabila air kolam yang baru dikorek itu jernih,
Laiman melepaskan ikan ternakan yang telah dibekalkan kepadanya. Di sebelah
kolam ikan itu, dia akan menternak udang harimau. Laiman akan menumpukan
perhatiannya terhadap ternakan ikan dan udang harimau, manakala kebun tembikai diserahkan
kepada Pak Kiassim untuk menguruskannya. Pada masa yang sama, Soniah dihantar
oleh pihak universiti untuk menyertai latihan sambil bclajar. Laiman mengetahui
perkembangan Soniah sebagai pelajar universiti, kerana mereka sering berhubung
melalui surat.
Bab II: Galau
Milan berasa susah hati
kerana Kedek dan Muali membuat keputusan akan meninggalkan projek mereka.
Kedua-dua orang pemuda itu dipilih untuk mengikuti latihan untuk membantu
projek Laiman. Kedek dan Muali mengatakan bahawa mereka akan memulakan projek mereka
sendiri. Apabila hal itu dinyatakan kepada Laiman, dia tidak menunjukkan rasa
kecewa. Bagi Laiman, masalah demikian adalah masalah biasa dalam mana-mana
perusahaan. Dia berharap agar Kedek dan Muali akan berjaya. Milan bersusah hati
kerana baginya Kedek dan Muali tidak wajar berbuat begitu. Laiman menasihati
Milan supaya bersikap terbuka dalam segala hal dan tidak menaruh dendam. Bagi
Laiman perkara yang telah berlaku itu tidak akan melumpuhkan semangatnya. Milan
juga akan berusaha untuk bersaing secara sihat. Milan bersetuju dengan
kenyataan Laiman dan dia cuba untuk mententeramkan hatinya. Milan berasa resah.
Keresahan yang dialami pada waktu itu ialah keresahan terhadap Laiman. Bagi
Milan, Laiman telah bersusah payah untuk mencari projek dan membuka peluang
pekerjaan kepada anak-anak muda yang menganggur. Malangnya, manusia lain tidak
pernah menyelami perasaan anak muda yang berpandangan jauh itu. Mereka juga tidak
pernah terfikir sebab Laiman sanggup mengorbankan dirinya untuk hasratnya yang
murni itu.
Bab 12: Tabah
Mail, abang Laiman pulang
dari Kota Marudu. Di rumahnya ada Jariah. Bapanya pergi menziarahi kematian Pak
Muluk di Kampung Bawang. Laiman pula pergi menemui pekerja-pekerjanya di rumah
Milan. Jariah memberitahu Mail bahawa Kedek dan Muali menarik diri daripada
projek yang diusahakan oleh Laiman. Mail berfikir, Kedek dan Muali akan
menghadapi kesukaran untuk berjaya. Namun begitu, Jariah menyatakan bahawa
Laiman ridak melarang mereka menarik diri, bahkan memberikan dorongan setakat
yang mampu.
Apabila Laiman balik, Mail
sedang tidur. Agak lama kemudian, Mail terjaga dan mereka berbual-bual. Laiman
bercerita tentang kemajuan projeknya. Mail berasa gembira kerana adiknya maju
dalam projek yang diusahakannya. Laiman pula gembira kerana abangnya mengambil
berat tentang projeknya.
Pak Kiassim menyuruh Laiman
dan Mail ke Bawang untuk menziarahi kematian Pak Muluk. Mereka akur dengan
suruhan Pak Kiassim itu. Mengikut adat mereka apabila adanya kematian, terdapat
adat berjaga untuk si mati selama tujuh hari. Mereka tidak keberatan dengan
adat itu kerana acara itu bukan dibuat-buat. Sudah menjadi adat dan tradisi
suku kaum mereka, iaitu Orang Sungai.
Sebelum Mail pulang ke Kota
Marudu, dia sempat berpesan beberapa perkara kepada Laiman. Dia juga
meninjau-ninjau kolam ternakan ikan air tawar milik adiknya itu. Pesanan
penting daripada Mail adalah supaya Laiman bersungguh-sungguh menjalankan kerja
yang telah diusahakannya itu. Selain itu, Mail berpesan supaya Laiman bersikap tidak
mempedulikan cemuhan daripada orang kampung.
Bab 13: Lumayan
Laiman membawa kuih ke Gerai
Pitas. Dia berniaga kuih kerana urusan penjagaan kolam ternakan ikan tidak
banyak lagi yang perlu dilakukannya.Tambahan pula, urusan itu telah diserahkan
kepada pekerjanya. Laiman tidak mahu masa itu terbuang begitu sahaja. Laiman berkira-kira
untuk menambahkan perniagaannya. Apabila dia tidak ke kolam atau menjual kuih,
dia akan mencari pisang dan kelapa untuk dihantar ke Kota Kinabalu. Laiman
memberikan pandangan kepada Milan bahawa rezeki ada di mana-mana, asalkan
mereka gigih berusaha. Milan dan Laiman saling mempercayai antara satu dengan
yang lain.
Wang simpanan perniagaan
ditunjukkan oleh Laiman kepada Milan, walaupun Milan tidak pernah meminta
Laiman berbuat demikian. Perkara itu menunjukkan tanda kejujuran antara mereka.
Mereka juga sudah bersepakat apabila simpanan sudah banyak, wang itu akan
dibahagikan secara sama rata. Walau bagaimanapun, menurut Laiman, dia mahu
keakraban mereka biarlah sampai membuahkan kejayaan yang dapat dibanggakan.
Wang simpanan mereka menjangkau RM10 OOO. Laiman bercadang hendak
membeli lori. Banyak lagi rancangan Laiman untuk jangka masa panjang. Menurut
Laiman, kolam ikan, kebun tembikai, kerja menjual kuih, dan kerja meraih kelapa
itu sudah cukup untuk mereka bangun setaraf dengan orang lain. Milan menurut
sahaja segala rancangan Laiman. Laiman mengajar Milan membuat kuih bulan. Dia
tahu cara membuat kuih bulan kerana sewaktu di sekolah dahulu dia pernah membuat
kuih itu. Sesekali Laiman melihat ayahnya di kebun tembikai. Laiman sudah
memberitahu ayahnya bahawa kebun tembikai itu perlu ditanam semula untuk
mendapatkan hasil yang lumayan. Ayahnya bersetuju dengan cadangan Laiman.
Bab 14: Sinar
Laiman perlu berani membaiki
taraf kehidupannya. Rugi sekali tidak semestinya rugi untuk selama-lamanya.
Misalnya, berbakti kepada tanah dengan bercucuk tanam. Tanah akan menjadi lebih
berkat jika diusahakati, dengan bersungguh-sungguh. Tanda-tanda kejayaannya
sudah ada di depan mata. Ternakan ikan air tawar Laiman akan mengeluarkan hasil
tidak lama lagi. Ternakan udang harimau yang dalam perancangannya juga sudah
mendapat lampu hijau daripada jabatan pertanian. Duit simpanannya bersama-sama
dengan Milan belum digunakan lagi. Mereka sudah pun berbincang untuk membeli sebuah lori kecil
untuk mengangkut barang-barang yang dipajak oleh mereka.
Pak Sahok memuji Laiman dan
Milan kerana rancangan mereka telah berjaya. Laiman menyatakan bahawa rancangan
itu berjaya dengan bantuan Pak Sahok. Pak Sahok berasa agak malu kerana suatu
ketika dahulu dia tidak menyokong projek Laiman itu. Laiman dan Milan mengucapkan
terima kasih kepada Pak Sahok kerana membenarkan mereka menggunakan tanah paya
tersebut. Laiman juga memberitahu bahawa mereka akan berusaha lagi untuk
kejayaan pada masa hadapan. Laiman merasakan bahawa projek ternakan ikan air
tawar itu bukanlah projeknya seorang diri. Dia juga melakukan kerja-kerja lain
seperti meraih pisang dan kelapa serta menjual produk-produk lain kerana
kerja-kerja itu dapat mendatangkan hasil kepadanya. Lori yang dibeli oleh
Laiman dan Milan sudah sampai. Lori itu berharga RM13 000, tetapi mereka
membayar wang pendahuluan sebanyak RM7 000. Selebihnya Laiman akan membayar
secara ansuran setiap bulan. Dengan adanya lori, Laiman mudah pergi ke
kampung-kampung untuk mendapatkan barang-barang yang boleh mendatangkan hasil.
Bab 15: Impian
Terlaksana
Kini, nama Laiman sudah
menjadi sebutan orang kampung kerana kejayaannya sebagai usahawan muda. Pak
Kiassim turut berasa bangga dengan kejayaan Laiman. Kejayaan anaknya itu
merupakan suatu kejayaan yang bermakna yang harus dicontohi oleh anak-anak
muda, bukan sahaja yang masih menganggur tetapi juga para pemegang ijazah dalam
pelbagai jurusan. Pak Kiassim menyedari bahawa Laiman mempunyai wawasan
tersendiri. Laiman berasa senang hati kerana orang kampung sudah mula
menghargai segala usahanya. Laiman memberikan tunjuk ajar kepada Kedek dan
Muali. Orang kampung amat mengenali Laiman yang mendapat kepujian dalam jurusan
kejuruteraan, tetapi berjaya menjadi usahawan muda yang berjaya. Laiman
mendapat tahu bahawa Soniah akan berpindah ke Kota Kinabalu untuk membantu
mengurus syarikat bapa saudaranya. Laiman amat berharap Soniah datang, kerana
dia merindui gadis itu. Ketika dia sedang termenung membayangkan Soniah, Milan
datang. Milan membawa surat daripada jabatan pertanian. Laiman membuka surat itu.
Laiman terkejut kerana surat itu menyatakan bahawa projek ikan air tawar yang
sedang diusahakannya akan dijadikan projek contoh di daerah Kusilad. Mereka
berasa amat gembira. Menurut pihak jabatan, ada kemungkinan projek itu akan
menjadi projek terbesar di Sabah. Apabila Milan beredar ke warungnya, Laiman
buat sekian kalinya teringat akan Soniah.
4 comments:
tq atas perkongsian
Tahniah, Datin.
Semoga KRUiT terus Cemerlang.
ni sinopsis ka
Thank u
Post a Comment