PULAU PINANG SET 1 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan tema novel tersebut.
|
|
- Tema
novel Jendela Menghadap Jalan ialah ketabahan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai
ujian dan rintangan sewaktu menghabiskan cuti persekolahan di kampung
datuknya.
-
Buktinya, semasa Lili berada
di Kampung Sentosa, Lili tidak pernah menghubungi ibunya di Kuala Lumpur
untuk mengadu mengenai masalah yang dihadapinya. Lili berusaha sedaya upaya
menempuh dugaan dengan semangat yang kental.
-
Lili tabah menghadapi
karenah datuknya Haji Abdul Rahman yang mempertahankan pengamalan perubatan
tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit walaupun
disanggah oleh golongan muda.
-
Lili tabah menghadapi
karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap
jalan.
-
Lili tabah menghadapi
karenah ibunya yang menyuruh Lili menghabiskan cuti persekolahan di Kampung
Sentosa, tempat kelahiran ibunya. Lili akur akan cadangan tersebut kerana dia
amat menyayangi ibunya.
-
Peristiwa Lili pernah
ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk, namun
peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke Kuala
Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.
- Peristiwa
Lili menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Dungun seorang diri menunjukkan
ketabahan dan kecekalan yang mula dipupuk dalam diri Lili.
|
-
Tema Novel Songket Berbenang
Emas ialah ketabahan/kecekalan seorang gadis remaja menghadapi cabaran hidup.
-
Dahlia tabah menghadapi
karenah ibunya yang tidak mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.
-
Dahlia tabah menjaga
adik-adiknya yang masih kecil kerana bapanya, Embong dirawat di hospital
akibat dipatuk ular tedung dan dia terpaksa berulang-alik ke hospital melawat
bapanya.
-
Dahlia tabah menghadapi
desakan neneknya, Nek Kiah yang bercadang hendak menjual tanah yang menjadi
tempat tinggal Dahlia dan keluarganya atas alasan tidak mampu membayar wang
yang diminta oleh neneknya.
- Dahlia
tabah menghadapi pandangan negatif Aton dan Nek Kiah terhadap keluarganya
kerana ibunya Saleha kurang siuman dan dirawat di Hospital Permai.
- Kecekalan
Dahlia juga dapat dilihat melalui sikapnya yang gigih belajar demi mencapai
kejayaan. Sungguhpun belajar di tempat yang kurang selesa iaitu di pusat
pemindahan banjir namun dia gigih belajar sehingga mendapat pujian daripada
Encik Daim, Setiausaha UMNO Bahagian Sri Gading.
|
PULAU PINANG SET 1 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan konflik yang terdapat dalam novel tersebut dan cara watak utama
menyelesaikannya.
|
|
- Watak
utama dalam novel ini ialah Lili.
- Konflik
dalaman yang dialami oleh Lili yang diminta oleh ibunya supaya menghabiskan
cuti persekolahannya di kampung. Cara penyelesaian konflik tersebut ialah
Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan
berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia
bercadang menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama rakannya di Kuala
Lumpur.
- Konflik
kepincangan rumahtangga Che Jah disebabkan sikap panas baran suaminya. Cara
penyelesaian konflik tersebut ialah Lili mendapatkan bantuan Kak Mimah
menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak
polis supaya suaminya Seman dapat diheret ke muka pengadilan.
- Konflik
antara penduduk kampung tentang pemasangan kubah. Cara penyelesaian konflik
tersebut ialah Lili dan Danel berusaha memberi pelbagai cadangan kepada
penduduk kampung untuk berbincang dan bermesyuarat tentang masalah yang
dihadapi itu kemudian membuat keputusan agar kubah tersebut dipasang pada
bumbung masjid baharu yang bakal dibina di kampung itu.
|
-
Watak utama dalam novel ini
ialah Dahlia
- Konflik
antara Nek Kiah dengan Dahlia apabila Nek kiah berprasangka buruk terhadap
Dahlia apabila melihat Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumah. Cara
penyelesaiannya Dahlia hanya mendiamkan diri sahaja semasa ditegur oleh Nek
Kiah
- Konflik
antara Dahlia dengan Cikgu Salwani yang tidak membenarkan Dahlia keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya setelah ibunya dimasukkan ke hospital. Cara
penyelesaiannya Dahlia bertekad keluar dari asrama dan berulang-alik dari
rumah ke sekolah.
- Konflik
antara Dahlia dan Aton. Dahlia sentiasa dicemuh oleh Aton dan dipanggil
perempuan murahan kerana ada beberapa orang lelaki yang melawat rumahnya.
Aton juga sentiasa menyalahkan Dahlia atas kematian anaknya. Cara
penyelesaiannya, Dahlia dinasihati oleh ayahnya supaya sentiasa bersabar dan
tabah menghadapi dugaan Tuhan.
|
PERCUBAAN
PERAK 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
Persoalan ketabahan
merupakan salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda
kaji.
Jelaskan dua peristiwa
yang dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda
kaji.
|
|
- Peristiwa Lili tabah menghadapi kerenah ibunya yang mahu Lili
menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuk dan neneknya.
- Peristiwa Lili tabah
menghadapi kerenah datuk yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela
menghadap jalan.
Peristiwa ini dapat
dikaitkan dengan persoalan ketabahan menghadapi kerenah orang tua.
- Peristiwa Lili tabah
berhadapan dengan Rafik dan Haziq yang menculiknya.
Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan persoalan
ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik.
|
- Peristiwa Dahlia tabah menghadapi kerenah ibunya yang tidak
mengenalinya setelah menghidap tekanan perasaan.
- Peristiwa Dahlia tabah
menghadapi kerenah Aton yang menghina Dahlia semasa Azhari menghantarnya
pulang ke rumah.
Peristiwa ini dapat
dikaitkan dengan persoalan ketabahan menghadapi kerenah ibu dan orang
sekeliling
- Peristiwa Dahlia tabah
mengulang kaji pelajaran di balai raya semasa kampung mereka dilanda banjir.
Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan persoalan
ketabahan dalam menuntut ilmu.
|
Soalan 4 (b)
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan dua buah
novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap masyarakat yang
sepatutnya dihindari.
|
|
-
Sikap masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya, Rafik dan Haziq suka mencuri harta
benda orang kampung. Selain itu, mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
-
Sikap masyarakat
yang terlibat dalam masalah perjudian
Sebagai contohnya, Seman, suami Che Jah seorang kaki
judi sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ketua
keluarga.
-
Sikap masyarakat yang bercanggah pendapat
Sebagai contohnya, penduduk kampung yang mengalami percanggahan
pendapat mengenai perletakan kubah di surau ataupun membina masjid yang baru.
-
Sikap masyarakat yang tidak
bertanggungjawab
Sebagai contohnya, suami Cik Jah iaitu Pak Seman sering memukul Cik Jah.
Dia juga sering berjudi sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai ketua
keluarga.
-
Sikap masyarakat yang suka memandang serong
terhadap kekurangan orang lain
Sebagai contohnya, Rafiq dan Haziq sering menjadi hinaan dan kutukan
masyarakat kampung secara berterusan kerana suka mencuri, menagih dadah dan
pecah rumah. Bagi Lili, mereka ialah manusia biasa yang memerlukan bantuan
untuk berubah.
|
-
Sikap masyarakat yang berprasangka buruk terhadap
orang lain
Sebagai contohnya, Aton dan
Nek Kiah berprasangka buruk terhadap keluarga Dahlia. Nek Kiah suka menghina
Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Atonsuka menabur fitnah
tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia sudah ditebuk tupai kerana
lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
-
Sikap masyarakat
yang terlibat dalam gejala sosial
Sebagai contohnya, Abu Bakar suka berfoya-foya dengan
rakan-rakannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya sendiri.
-
Sikap masyarakat yang suka menghina orang lain
Sebagai contohnya, Mak Aton
yang suka menghina Dahlia dan keluarganya disebabkan kemiskinan mereka. Mak
Aton juga suka menabur fitnah tehadap Dahlia dengan mengatakan bahawa Dahlia
sudah ditebuk tupai kerana lelaki datang ke rumahnya silih berganti.
-
Sikap masyarakat yang mempunyai hasad
dengki
Sebagai contohnya, Dahlia, Abu Bakar, Kiambang dan Melati menjumpai
bungkusan telur yang sudah busuk. Telur itu berisi jarum peniti, cincin akik,
butiran pasir dan dua batang paku yang dijumpai mereka dibawah rumah.
Bungkusan itu ditanam oleh seseorang yang dengki akan mereka.
-
Sikap masyarakat yang memandang serong
terhadap kemiskinan orang lain
Sebagai contohnya, Nek Kiah tidak suka akan menantunya
Embong dan cucu-cucunya kerana hidup dalam kemiskinan sedangkan anak-anaknya
yang lain berjaya dalam kehidupan.
-
Sikap masyarakat yang tidak mahu menerima
ketentuan takdir
Sebagai contohnya, Aton telah menuduh Dahlia yang
menyebabkan anaknya, Said mati lemas walaupun Dahlia sanggup berkorban nyawa
dengan terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said.
|
PERCUBAAN KEDAH 2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (a)
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,
jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
|
|
- Kampung sentosa
Tempat Lili menghabiskan
masa cuti persekolahannya selama dua minggu.
- Rumah datuk / Haji Abdual Rahman
Danel dan ayahnya William Ng
datang ke rumah datuk untuk berubat.
Tempat Datuk bercerita
tentang kemujaraban akar kayu kepada Lili.
- Surau Kampung Sentosa
Tempat berlakunya kekecohan
kerana isu pembinaan masjid dan kubah surau serta sikap penduduk kampong yang
berpuak-puak.
- Balai Raya
Tempat penduduk kampong
berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah orang kampong oleh orang
yang tidak dikenali.
Tempat Che Jah membuat
pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah surau.
- Kedai Runcit Letchumi
Tempat nenek membawa Lili
berbelanja
Tempat Lili bertemu dengan
Geetha kali kedua
Tempat Geetha bercerita
tentang Datuk kepada Lili.
- Rumah Che Jah
Haziq dan Rafiq dipukul oleh
ayahnya Seman
Lili dibawa oleh Abang
Rashid untuk melawat Hazip dan Raziq yang dipukul oleh Seman.
- Pondok Usang
Tempat Lili dikurung ketika
diculik oleh Haziq dan Raziq
|
- Padang bola jaring
Dahlia berlatih bola jarring
bersama dengan rakanya, Siti Wangi.
- Kantin sekolah
Tempat Azahari menunggu
Dahlia untuk bertemu dengannya.
- SMK Tun Ismail
Tempat Azahari dan Dahlia
belajar, sewaktu Dahlia tingkatan 1 dan Azahari tingkatan 5.
- SM Temenggung Ibrahim
Dahlia menimba ilmu sebagai
pelajar tingkatan 6 dan dia tinggal di asrama sekolah ini.
- Bilik kerjaya
Tempat cikgu Hisyam mendapat
tahu masalah Dahlia daripada Kavita
Tempat Dahlia bertemu dengan
Cikgu Hisyam.
- Kebun getah
Tempat Saleha menorah getah
dan bersembunyi.
- Hospital Batu Bahat (Wad 6)
Tempat Saleha dibawa untuk
mendapatkan rawatan awal.
- Hospital Batu Bahat (Wad 4)
Tempat embong dirawat
setelah dipatuk ular
- Hospital Permai Johor Bahru
Tempat Saleha dirawat
Tempat Azahari bekerja
sementara setelah mendapat segulung ijazah.
- Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir
Tempat Embong bekerja
sebagai pengait kelapa sawit
Tempat Embong dibelit oleh
ular sawa
- SK Jelotong
Tempat Said dan Melati
bersekolah
- Rumah Aton
Tempat Dahlia disindir oleh
Aton. Aton mengatakan Dahlia punya kematian Said.
- Balai Raya kampong Haji Rais
Penduduk kampong
bergotong-royong semasa majlis sambutan maulidur rasul
Tempat pemindahahn mangsa
banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
|
KEDAH
2017 - SKEMA JAWAPAN
Soalan 4 (b)
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
Dalam
sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca.
Berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji,
huraikan satu peristiwa pada
bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
|
|
-
Peristiwa Lili
menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan
Hamizah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Sebab: Seseorang yang berada dalam kesusahan perlu
dibantu agar dapat meringankan beban mereka.
-
Peristiwa Lili
berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra dengan datuk
semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili pulang ke Kuala Lumpur.
Sebab: Seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang
rapat dengan iby bapanya walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang
baik.
-
Peristiwa Rafik
dan Haziq akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
Sebab: Pelajaran amat penting dalam kehidupan.
-
Peristiwa Che
Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila suaminya
Seman Berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.
Sebab: Seseorang yang melakukan kesalahan perlu
menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.
|
- Peristiwa Nek Kiah yang
tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih akhirnya insaf
selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adik-beradiknya semasa Nek
Kiah sakit.
Sebab: Ahli keluarga tidak
perlu mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak cucu.
- Peristiwa Penduduk Kampung
Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang
musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makan.
Sebab: Permuafakatan amat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- Peristiwa Masyarakat kampung
telah Berjaya memungut sumbangan sebanyak RM500.00 dan sumbangan peribadi
RM300 daripada Tauku Lim kepada Dahlia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun
Sebab: Kepentingan budaya
tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat
- Peristiwa Dahlia terpilih
melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan selama empat tahun
di Jepun.
Sebab: Ketabahan dan
kegighan menempuh pelbagai cabaran membuahkan memperoleh kejayaan.
- Peristiwa Azhari menghadiahi
sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai merainya kejayaan melanjutkan
pelajaran dan symbol bahawa mereka orang Melayu.
Sebab: Kepentingan menjaga
mempertahankan budaya Melayu.
|
4b
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu
persoalan kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.
|
|
-
Persoalan kebijaksanaan dalam menegakkan syair Islam
Dalam perjuangan membina kubah surau di kampung dalam
menegakkan syiar Islam. Penduduk sanggup menolak peruntukan dari Yang
Berhormat untuk membina sebuah balai raya tetapi bersetuju untuk membina
kubah surau bagi tujuan keagamaan.
-
Persoalan kebijaksaan menuntut ilmu pengetahuan
Geetha merupakan seorang mahasiswa yang rajin menuntut
ilmu, juga merupakan seorang pelajar tahun satu Jurusan Kejuteraan Awam,
Universiti Malaya, begitu juga Lili yang berhasrat untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti.
-
Persoalan golongan muda yang terjebak masalah dadah
Haziq dan Rafiq yang terjerumus ke dalam kancah
ketagihan dadah akibat masalah keluarga yang dihadapi. Tertekan dengan
masalah keluarga kerana ayahnya Seman begitu garang dan sering memukul
anak-anaknya sehingga menyebabkan hidup mereka tertekan. Mereka mengambil
jalan mudah dengan melibatkan diri dalam kancah ketagihan dadah.
-
Persoalan hubungan kekeluargaan antara anak dan ibu
bapa
Ibu Lili tidak berminat untuk menghabiskan masanya di
kampung, tetapi menghantar Lili ke kampung sepanjang cuti persekolahan. Ibu
Lili melanjutkan pelajaran keluar negara, terdedah dengan dunia Barat
sehingga menganggap kampung terlalu jumud. Ibu Lili juga terlalu jarang
pulang ke kampung untuk menjenguk kedua-dua ibu bapanya, menyebabkan
hubungannya menjadi renggang.
|
-
Persoalan kebijaksanaan dalam pelajaran.
Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam
nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu
ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk
menerima rawatan.
-
Persoalan kebijaksaan bertindak dalam menghadapi
situasi yang bahaya
Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba
membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.
-
Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh orang lain
Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan
memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba
menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya
yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya
-
Persoalan kebijaksanaan mencari ilmu bagi mengubah
taraf hidup
Embong amat mementingkan pelajaran dan sering
menasihatkan anak-anaknya agar belajar bersungguh-sungguh. Embong
mengharapkan anak-anaknya dapat mengubah taraf hidup keluarga setelah berjaya
dalam pelajaran mereka nanti.
|
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
4a. Berdasarkan
sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.
|
|
- Konflik antara suami dengan isteri.
Hampir 10 tahun Che Jah dan
anak-anaknya menjadi mangsa penderaan suaminya, Seman yang pulang lewat
malam. Akibat kesan alcohol dan kalah judi mereka sering dibelasah oleh Seman
- Konflik antara masyarakat kampung.
Penduduk Kampung Sentosa
menghadapi konflik tentang isu peletakan kubah yang baharu di masjid lama
atau di masjid baharu yang akan dibina
- Konflik antara generasi muda dengan golongan tua.
Danel yang mewakili generasi
muda hari ini lebih gemar memilih rawatan moden untuk mengubati penyakit
bapanya namun bapanya memilih rawatan tradisional yang diusahakan oleh datuk
Lili.
|
- Konflik antara bapa dengan anak.
Dahlia tidak bersetuju
dengan tindakan bapanya, Embong yang ingin menghantar ibunya, Saleha ke
hospital bahagia untuk mendapatkan rawatan lanjut.
- Konflik antara anak murid dengan guru.
Cikgu Salwani tidak
membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk tinggal di rumah tetapi Dahlia
berdegil dan terus meninggalkan asrama tanpa kebenaran gurunya.
- Konflik antara ibu mentua dengan menantu.
Nek Kiah tidak suka akan
perkahwinan antara anaknya, Saleha dan Embong dan sering
membanding-bandingkan keluarga mereka yang hidup miskin dengan anak-anak Nek
Kiah yang lain.
|
Soalan 4 (b)
Jendela Menghadap Jalan
|
Songket Berbenang Emas
|
Satu daripada nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji ialah
nilai keberanian.
Jelaskan satu
peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian bagi setiap novel tersebut.
|
|
- Peristiwa keberanian Danel menyelamatkan mangsa
culik.
Lili telah menjadi mangsa
culik oleh Rafiq dan Haziq dan disembunyikan di sebuah rumah using. Danel
yang mengetahui tempat persembunyian mereka telah dating seorang diri untuk
menyelamatkan Lili.
- Peristiwa keberanian Lili untuk membuat aduan
tentang isu keganasan rumah tangga.
Lili berani menyuarakan
permasalahan rumah tangga Cik Jah dan suaminya kepada Puan Hamimah iaitu
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
|
- Peristiwa keberanian Dahlia terjun ke dalam
sungai.
Dahlia sanggup terjun ke
dalam sungai yang deras untuk menyelamatkan nyawa Said
- Peristiwa keberanian Embong membunuh seekor ular.
Embong berani melawan dan
Berjaya membunuh uar sawa di lading kelapa sawit. Ular sawa telah membelit
badan Embong ketika dia mencari buluh di kawasan kelapa sawit.
|
19 comments:
Tq!
tq
没有kegigihan dlm menyelesaikan masalah 吗?
没有kegigihan dlm menyelesaikan masalah 吗?
Kerjasama
Tq
Thankyou
PENGAJARAN TKDE KE
Tq semoga doakan saya lulus spm esok
terima kasih ianya sangat membantu insyallah ilmu ini dapat membantu saya berjaya semasa spm kelak.. aamiiin
Tq sangat membantu saya dalam mengulangi pelajaran.doakan saya yg akn mngambil peperiksaan percubaan esok.semoga semuanya dipermudahkan olehNya.
*mengulang kaji
Nilai kebijaksanaan dahlia lain dah takde ke??
...
Tqqqqqqq
Ada tak tiga nilai ketabahan dalam jendela menghadap jalan..
Ade tak tiga nilai ketabahan dalan jendela mengahadap jalan
Tiga nilai ketabahan dalam Novel Jendela Menghadap Jalan ialah:
Nilai pertama, Ketabahan meneruskan usaha mengekalkan perubatan tradisional iaitu
-Datuk tabah meneruskan pekerjaan dan minatnya sebagai pengamal perubatan tradisional kerana masih ramai penduduk kampung yang percaya akan perubatan tradisional termasuk ibu Geetha. Walau bagaimanapun, dia agak tersinggung apabila Danel memberhentikan rawatan ayahnya William yang merupakan pesakit datuk untuk beralih kepada rawatan moden.
Nilai kedua pula ketabahan menghadapi kerenah orang tua iaitu
-Lili tabah menghadapi karenah datuknya yang tidak mahu menceritakan sejarah jendela menghadap jalan.
Terakhir, nilai ketiga ialah ketabahan menghadapi cabaran ketika diculik iaitu
-Lili pernah ditahan dan dikurung oleh Rafiq dan Haziq di sebuah pondok buruk, namun peristiwa tersebut tidak mematahkan semangat Lili untuk pulang ke Kuala Lumpur sebaliknya cuba membantu adik-beradik ini.
Semoga bermanfaat, siapa yang memudahkan urusan kebaikan orang lain nanti esok Tuhan permudahkan urusan kita.
woowww thank you
Post a Comment