Jenis-jenis Pelancongan di Malaysia
1. Ekopelancongan:
Kawasan alam semula jadi yang melibatkan kehidupan flora dan fauna.
Contoh:
Kawasan alam semula jadi yang melibatkan kehidupan flora dan fauna.
Contoh:
Taman
Negara Kinabalu, Sabah – Reseversi tumbuh-tumbuhan liar tropika dan
lokasi Gunung Kinabalu; tertinggi di Malaysia
Kuala Gula, Kerian, Perak – Pusat Reseversi Kuala Gula, pusat migrasi 48 jenis burung dari negara Siberia, Mongolia, Jepun dan China
Kuala Gula, Kerian, Perak – Pusat Reseversi Kuala Gula, pusat migrasi 48 jenis burung dari negara Siberia, Mongolia, Jepun dan China
2. Agropelancongan:
Aktiviti pelancongan yang melibatkan kegiatan
pertanian, penternakan dan perikanan
Ladang-ladang buah-buahan dan sayur-sayuran
tempatan; pusat penternakan haiwan tempatan dan akitiviti menangkap dan memancing
Contoh: ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di Cameron Highlands, Sawah padi dan Muzium Padi di Alor Star, Kedah
Pertandingan memancing - Rompin Billfish
Contoh: ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di Cameron Highlands, Sawah padi dan Muzium Padi di Alor Star, Kedah
Pertandingan memancing - Rompin Billfish
3. Inap Desa
Inap desa (bahasa Inggeris: Homestay) ialah rumah
orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Konsep inap
desa ini bertujuan menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat.
Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel,
resort, chalet dan sebagainya.
Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional. Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara.
Keunikan kampung di Pahang, Perak, Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya
4. Pelancongan Kesihatan @ perubatan
APA ITU PELANCONGAN KESIHATAN?
Menurut Kamus Dewan, pelancongan kesihatan bertujuan untuk menarik
pelancong berkunjung ke Malaysia atas sebab perawatan dan perubatan di samping
melancong. Pelancongan Kesihatan atau Pelancongan Perubatan (Medical Tourism)
adalah salah satu daripada industri yang pantas membangun pada ketika ini.
Kebanyakan negara menawarkan kemudahan dan perkhidmatan perubatan yang terbaik
kepada pengguna mereka. Dengn kata lain, pelancongan kesihatan merupakan
pelancongan di mana seseorang akan melawat dari satu negara ke negara lain
untuk tujuan rawatan dan penjagaan untuk pembedahan. Banyak orang seperti
mereka yang tinggal di Malaysia pun berkemungkinan tidak tahu bahawa Malaysia
ialah salah satu destinasi terkenal yang dicari oleh orang asing untuk
mendapatkan rawatan.
Kerajaan telah mula
menitikberatkan pelancongan perubatan sebagai salah satu cara diversifikasi
ekonomi dalam industri kesihatan dan pelancongan semasa krisis kewangan Asia
muncul pada 1997. Dalam 2009, Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Malaysia
Healthcare Travel Council (MHTC) untuk berkhidmat sebagai agensi utama dalam
mempromosikan dan membangunkan industri pelancongan perubatan negara. MHTC
sedang gigih bekerjasama dengan pembekal perubatan dari peninsula Malaysia
untuk membangkitkan kesedaran atas perkhidmatan kesihatan Malaysia yang
bertaraf dunia.
Kepakaran perubatan di
Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan hospital
persendirian di negara ini mempunyai kualiti yang diiktiraf di peringkat
antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti
Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Kesemua pusat perubatan di
sini perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan. Dengan
berkembangnya reputasi Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan
kesihatan dan rawatan perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia
mencari penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuk perkhidmatan
perubatan kritikal serta rawatan kosmetik dan pemulihan.
AKTIVITI-AKTIVITI PELANCONGAN KESIHATAN
· Perkhidmatan perubatan kritikal (contoh: penyakit berkaitan kardiovaskular – penyakit
· Perkhidmatan perubatan kritikal (contoh: penyakit berkaitan kardiovaskular – penyakit
jantung).
· Rawatan kosmetik dan pemulihan (contoh: rawatan muka dan pelangsingan badan).
· Rawatan kosmetik dan pemulihan (contoh: rawatan muka dan pelangsingan badan).
KELEBIHAN-KELEBIHANNYA
·
Caj perubatan dan kos
penginapan hospital di Malaysia amat kompetitif berbanding dengan negara maju
yang lain dan tahap kepakaran yang ada merupakan antara yang tertinggi di
dunia.
·
Kebanyakan hospital di
Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga
yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai.
·
Perkara yang paling menarik
bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah tempoh
rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di tempat rawatan. Pesakit
berpeluang bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka
menunggu tempoh untuk sembuh. Semua pihak termasuklah agensi kerajaan, agensi
swasta, pusat-pusat kesihatan, spa dan pembekal produk kesihatan perlu bekerjasama
untuk penambahbaikkan kualiti perkhidmatan dalam memajukan industri pelancongan
kesihatan ini. Tidak mustahil industri pelancongan kesihatan akan menjadi
sumber pendapatan utama negara di masa akan datang.
Kepakaran
perubatan di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan kebanyakan
hospital persendirian di negara ini mempunyai taraf dan kualiti yang diiktiraf
antarabangsa. Ini termasuk standard MS ISO9002 dan pengiktirafan Kualiti
Kesihatan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MSQH). Kesemua pusat perubatan di
sini perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.
Dengan berkembangnya reputasi
Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk penjagaan kesihatan dan rawatan
perubatan, semakin ramai pelawat tiba dari serata dunia mencari penawar untuk
pelbagai masalah kesihatan. Antaranya termasuk perkhidmatan perubatan kritikal
serta rawatan kosmetik dan pemulihan. Caj perubatan dan kos penginapan hospital
di sini amat kompetitif berbanding negara maju yang lain dan tahap kepakaran
yang ada merupakan antara yang tertinggi di dunia. Sebagai contoh, kos
pembedahan pemintasan jantung (CABG) lazimnya adalah di antara USD6,000 hingga
USD7,000.
Terdapat pelbagai pilihan
pusat perubatan persendirian yang lengkap dengan peralatan canggih dan pegawai
perubatan yang berpengetahuan tinggi. Kesemua pusat perubatan ini dilengkapi
kemudahan mengenalpasti dan merawat penyakit, antara lain termasuk bilik
endoskopik, pusat haemodialisis, pengkateteran jantung dan MRI. Pakar perubatan
di sini terdiri dari para profesional yang mempunyai kelayakan bertaraf
antarabangsa dan dibantu oleh kakitangan separa-perubatan yang terlatih.
Kebanyakan hospital di
Malaysia menawarkan pelbagai jenis pilihan penginapan dari yang selesa hingga
yang mewah, termasuk bilik persendirian dan bilik serangkai. Hidangan makanan
disertakan dan kos penginapan hospital adalah berdasarkan tahap perkhidmatan
yang diperlukan kerana ada pusat perubatan yang menawarkan khidmat pelayan
persendirian dan jururawat sepenuh masa. Kemudahan bermalam juga disediakan
untuk pasangan atau teman pesakit. Tambahan lagi, dengan kos perkhidmatan yang
rendah serta taraf kehidupan yang tinggi di sini, lawatan jangkamasa panjang
menjadi pilihan menarik bagi pelawat asing.
Namun demikian, perkara yang
paling menarik bagi pelawat yang menerima rawatan perubatan di Malaysia ialah
tempoh rehat dan penyembuhan yang dihabiskan di sini. Pesakit berpeluang
bersiar-siar dan menikmati aktiviti pelancongan sambil mereka menunggu tempuh
untuk sembuh. Lawatan ke tepi pantai boleh diatur, lebih-lebih lagi kerana
terdapat beberapa pusat perubatan di sini yang terletak berhampiran pantai atau
kawasan pelancongan yang terkenal. Kemungkinan sesetengah pesakit lebih cepat
sembuh jika mereka bersiar-siar atau mengambil masa untuk pergi membeli-belah!
5 Pelancongan Pendidikan
Pelancong dari negara
lain yang mempunyai jangka masa cuti tahunan yang panjang datang melancong ke
Malaysia dan mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh
institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Contoh: Cuti musim panas
di negara Timur Tengah
Semasa cuti mereka datang
dan tinggal di Malaysia selama beberapa bulan dan boleh mengikuti kursus jangka
pendek bagi memanafaatkan masa mereka di sini. Pelancong ini akan mempromosikan
kursus-kursus pendidikan yang ditawarkan oleh pusat pendidikan tinggi negara
ini apabila pulang ke negara asal. Lebih ramai warga asing akan belajar di
negara kita.
Malaysia semakin terkenal
dalam kalangan pelajar asing sebagai destinasi pilihan utama bagi pengajian tinggi
dan lanjutan. Kini, para pelajar dan cerdik pandai dari serata dunia membentuk
komuniti pelajar yang menyumbang pelbagai budaya dan bahasa di Malaysia.
Salah satu sebab penting
Malaysia menjadi destinasi pengajian pilihan utama ialah kadar sara hidup yang
rendah serta tahap kualiti kehidupan yang tinggi. Ini diperkuatkan lagi dengan
adanya teknologi dan peralatan bantuan pembelajaran yang canggih di sini.
Tambahan lagi, penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan mesra memudahkan
pelajar asing untuk mengenali lebih mendalam perihal berkaitan penduduk,
tradisi dan budaya yang ada sambil mereka meneruskan pembelajaran mereka.
Malaysia mempunyai lebih
dari 600 institusi pengajian awam dan swasta yang menawarkan pengajian di tahap
pra-universiti hingga tahap universiti. Ini termasuk institusi pengajian
tempatan dengan gabungan pelbagai pusat pengajian luar negara, serta beberapa
cawangan kampus universiti luar negara yang tersohor. Kelayakan yang diterima
dari cawangan-cawangan seperti ini adalah setaraf dengan kelayakan yang
diterima di kampus induk pusat pengajian tersebut.
Terdapat juga beberapa
buah institusi pengajian tinggi tempatan yang telah berjaya menempah nama di
persada dunia seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti
Multimedia. Di Malaysia juga terdapat institusi pengajian tinggi berprestij
yang telah lama bertapak seperti Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan
Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Tambahan lagi, beberapa buah pusat
pengajian tinggi antarabangsa telah bergabung bagi mewujudkan program berkembar
dengan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan kini, institusi seperti
Monash, Nottingham dan lain-lain menawarkan pilihan kepada para pelajar untuk
memilih samada menyempurnakan seluruh pengajian mereka di Malaysia atau di
negara luar seperti Australia, New Zealand dan United Kingdom. Kelebihan yang
boleh diperoleh di Malaysia sekiranya mereka ingin menghabiskan tempoh
pembelajaran ialah penjimatan kos pengajian tanpa menjejaskan kualiti
pengajian.
Malaysia mempunyai
pilihan meluas bagi pengajian yang berkualiti tinggi pada kos yang amat
berpatutan serta kursus-kursus yang ditawarkan telah diiktiraf antarabangsa.
Hasilnya, kini terdapat beribu pelajar dari lebih kurang 100 buah negara yang
sedang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Pelajar yang sedang
membuat pertimbangan untuk belajar di Malaysia tetapi belum membuat sebarang
keputusan berpeluang mengambil bahagian di dalam beberapa program pelancongan
pelajar yang akan mendedahkan mereka kepada negara ini, mendekati penduduknya
dan pilihan pusat-pusat pengajian tinggi yang ditawarkan. Program ini bukan
sahaja berjaya membantu pelajar membuat keputusan mengenai pengajian mereka,
tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk menikmati percutian di
destinasi yang paling indah dan mempesona di dunia.
No comments:
Post a Comment