PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
BAHASA MELAYU KERTAS 2
Soalan 2(b) Petikan Drama
Baca petikan drama di
bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
SHAHRUL : Cerita macam
itu tak payahlah kamu cakap. Semua orang tahu.
MAN : Tadi abang suruh
Man cakap, Man cakaplah
SABRI tidak ambil pusing dengan cerita MAN
BENGAP.
SHAHRUL : Cerita itu abang sudah tahu.
MAN
: (Merendah diri) Orang belajar
sekolah tinggi macam abang, tentulah tahu cerita nabi-nabi. Tapi orang macam Man , macam mana hendak tahu? Anak
yatim piatu. Sekolah darjah dua sudah kena berhenti. Atuk suruh ikut dia ke
laut. Jadi macam abang, untung. Dapat
masuk sekolah tinggi, dapat kerja bagus. Gaji pun banyak. Jadi manager, jadi enjin neor. Man rasa kalau abang cakap orang
putih mesti bunyi macam orang
putih, kan? (ketawa) Man ingin hendak
jadi macam abang, tapi atuk kata, Man jadi nelayan cukuplah, sebab Man tidak
sekolah tinggi. Sekolah Man setingkat saja. Lagipun, kata atuk, Man dapat jaga
atuk, jaga nenek. Kalau atuk sakit Man tidak payah hendak minta cuti. Kira Man
ini macam tauke sendiri, huh!
(Dipetik
daripada drama ”Tiang Cengal Dinding Sayung”
Oleh Suriani Mohd. Yusof, dalam antologi Dirgahayu
Bahasaku,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Nyatakan
kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh Shahrul seperti yang dinyatakan oleh
Man. [2 markah ]
(ii)
Sekiranya
anda Shahrul, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk membantu
Man yang tercicir dalam pelajaran? [3 markah]
(iii)
Huraikan
satu
persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan yang lain
daripada drama yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sudah
puteri mendengar pantun itu maka tuan puteri pun tersenyum seraya katanya, “Hai
bayan, dari manakah engkau datang ini maka sampai ke mari ini?” Maka sahut
bayan itu, “Adapun datang patik ini dari
Negeri Lela Gambar.” Maka kata tuan puteri, “Di manakah Negeri Lela Gambar itu?’ Maka kata bayan itu, “Ya tuanku tuan
puteri adapun negeri Lela Gambar itu daerah matahari hidup.” Maka kata tuan
puteri, “Besarkah negeri itu?” Maka kata bayan itu, “ Besar tuanku Negeri Lela
Gambar itu. Adalah baginda beranak seorang laki-laki bernama Raja Indera
Bumaya. Baginda itulah tuan patik serta baik budinya bahasanya lagi dengan
bijaksana. Syahadan rupanya terlalu elok.”
Maka kata dayang-dayang tuan puteri yang bernama Dang Sendaya seraya
tertawa-tawa. Katanya, “Hai, bayan, sungguhlah elok tuanmu itu?” Maka bayan itu
pun melompat-lompat ke ribaan Dang Sendaya itu seraya berpantun.
Gambar di
dalam puan,
Dang Jirat duduk menyuji;
Jika beta
khabarkan tuan,
Tuan nescaya ghairat dalam di hati.
(Dipetik daripada
”Hikayat Langlang Buana”
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai
kata sungguhlah elok tuanmu. [ 2 markah ]
(ii) Berdasarkan
petikan di atas nyatakan perkara-perkara yang disampaikan oleh bayan
kepada
tuan puteri tentang Negeri Lela Gambar. [ 3 markah ]
(iii) Pada pendapat
anda, mengapakah wajah
putera raja yang dilahirkan sering digambarkan sangat
elok dan sempurna. [ 3 markah ]
Soalan 2(d) Petikan Pantun
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PANTUN LAPAN KERAT
Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah
hutan buat halaman,
Di
tepi halaman menanam kubis,
Diselang
dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah
tanda tuan beriman,
Tidak
patah digoncang iblis,
Akhirnya
tuan menang berjaya.
Ikan teluk parang-parang,
Anak
ketam disangka lelabi,
Berburu
musim tengkujuh,
Dapat
buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu
adam sepaian nabi,
Turun
dari langit ketujuh,
Jadi
khalifah kepada Allah.
Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku
jatuh patah dua,
Menjadi
riuh orang di darat,
Anak
Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana
lalai rosak binasa,
Kebudayaan
Timur dinodai Barat,
Bahasa
ibunda hina terbiar.
HARUN MAT PIAH (Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional : Nasihat dan pengajaran, 2004
dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata bukan makhluk sebarang-barang [2 markah
]
(ii)
Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memartabatkan
bahasa kebangsaan di negara kita? [3 markah]
(iii)
Jelaskan
persoalan-persoalan yang terdapat dalam puisi di atas.
[4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan kemahiran Bahasa
[ 30 markah
]
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
mengecil - mengecilkan
(ii)
mendatang - mendatangkan
(iii)
mengalah - mengalahkan
[ 6 markah ]
(b) Tukarkan
cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
"Bagaimanakah
perasaan kamu apabila diumumkan sebagai Tokoh Pelajar pada tahun
ini?” tanya Amin kepada Iskandar
(ii)
”Janganlah
kamu bersedih lagi kerana setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya,”
kata Cik Limah kepada Aisyah.
(iii)
”Wah, cantik
sungguh awak berpakaian baju kurung serba kuning pada pagi ini!” kata Cikgu Hamidah kepada Swee Lan.
[ 6 markah
]
(c) Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat tiga
kesalahan penggunaan ejaan dan tiga kesalahan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga
kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.
Ibu bapa
sewajarnya tidak mendeskriminasikan anak-anak dalam memberikan kasih sayang
agar perasaan cemburu antara mereka dapat dielak. Nilai kasih sayang dan sikap
saling dihargai dalam kalangan adik-beradik hendaklah diterapkan kedalam jiwa
mereka. Eratkanlah hubungan mereka dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat
mengalakkan mereka bekerjasama antara satu sama lain. Untuk itu, komunikasi
yang afektif dapat membantu mengatasi masalah perasaan cemburu sesama mereka.
[
6 markah ]
(d) Dalam ayat- ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan
dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Apabila muncul musim bunga, bunga-bunga
yang berkembang mekar telah memukau setiap pengunjung-pengunjung di kawasan
taman negara tersebut.
(ii) Puan Normah telah diseru untuk menyampaikan
sepatah dua kata di dalam majlis yang
dianjurkan oleh kakitangan pejabat sempena persaraannya.
(iii) Malaysia mempunyai kumpulan hoki yang
setanding dengan negara lain-lain di persada antarabangsa.
[ 6 markah ]
(e) Baca ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat
dalam ayat tersebut.
(i) Salmi pernah gagal dalam
perniagaannya. Namun dia sentiasa mengambil pelbagai ikhtiar untuk memastikan
perniagaannya dapat dipulihkan. Usahanya yang tidak pernah kenal erti penat
lelah akhirnya membuahkan hasil. Kini Salmi merupakan salah seorang usahawan
yang berjaya di negara ini.
( ii ) Masyarakat di kampung
itu hanya mampu melihat dan bersimpati
dengan keperitan hidup Puan Salmah. Mereka sentiasa menghulurkan bantuan
untuk meringankan beban kehidupannya. Namun hanya Puan Salmah sahaja yang
merasai dan menanggung betapa perit penderitaan hidupnya.
( iii ) Pengetua sekolah itu
mengadakan pelbagai program motivasi sejak awal tahun lagi untuk meningkatkan
pencapaian murid-murid yang lemah dalam semua mata pelajaran. Beliau yakin dan
percaya melalui program yang berterusan dan usaha gigih guru-guru itu akhirnya
pelajar-pelajar yang lemah akan mencapai
kejayaan dalam peperiksaan.
[ 6 markah ]
Soalan
4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan-soalan di
bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
i.
PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya
Deana Yusof
ii.
Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
iv.
Renyah karya Gunawan Mahmood
v.
Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
vi.
Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
vii.
Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid
Hamzah
viii.
Sutera dalam Lukisan karya Abd. Talib
Hassan
a) Terdapat
pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan dua
peristiwa yang menyebabkan anda berasa bangga dengan watak utama dalam sebuah
novel yang telah anda pelajari. [7 markah]
b) Berdasarkan
dua buah novel yang anda pelajari, huraikan latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut.
[8 markah]
KERTAS
SOALAN TAMAT
No comments:
Post a Comment