PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013
BAHASA MELAYU KERTAS 2
Soalan
1: Rumusan
[
30 markah]
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya stres dan kepentingan menangani gejala
stres. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Stres
bermaksud keadaan resah, cemas atau tegang akibat tekanan mental atau
fizikal yang telah menjadi masalah lazim
bagi manusia pada zaman serba moden ini. Stres mula menjadi penyakit
bagi golongan remaja termasuklah murid sekolah.
Masalah ini walaupun kelihatan remeh, namun boleh menjejaskan
perkembangan sosial golongan remaja yang sedang membesar. Kajian psikologi dan
pembangunan manusia menjelaskan bahawa remaja memerlukan dorongan, bimbingan dan juga perhatian dalam
permasalahan sosial yang dihadapi oleh mereka.
Kajian
yang dijalankan di enam buah
sekolah menengah yang terbabit dalam
projek perintis kelolaan Majlis
Penasihat Promosi Kesihatan Mental telah
menunjukkan bahawa lebih 27 peratus atau 1,756 daripada 6,540 orang
murid dikesan mengalami tanda-tanda stres yang teruk yang berpunca daripada
masalah hubungan dengan rakan sebaya dan keluarga. Remaja yang kehilangan sahabat baik dikesan
tidak stabil emosi walhal sahabatnya itu
hanya berpindah rumah atau sekolah. Di
samping itu ada pula remaja yang sukar
menyesuaikan diri dengan suasana dan
persekitaran yang baru setelah berpindah
ke sekolah yang baru. Menyentuh soal hubungan kekeluargaan pula, gejala stres
boleh berlaku apabila remaja tidak dapat
menerima kehadiran orang baru dalam keluarga seperti ipar, kelahiran adik atau
pasangan baru yang membabitkan ibu atau bapa. Kadang kala sikap ibu bapa yang
bersikap pilih kasih terhadap
anak-anak juga menyumbang permasalahan
ini. Kesannya, mereka bertindak menjauhkan diri daripada bergaul mesra dengan
ahli keluarga. Selain itu stres juga
berpunca daripada sikap malu dengan
kekurangan diri berbanding dengan adik-beradik yang lain. Tambahan pula, perbezaan umur yang terlalu jauh antara
adik-beradik menyebabkan mereka tertekan dan tidak dapat menjalinkan hubungan
yang baik dengan ahli keluarga sendiri.
Mengikut
pandangan tokoh psikologi, remaja daripada keluarga berpendapatan rendah dan
golongan etnik minoriti selalunya menghadapi tekanan di sekolah dan berdepan dengan pelbagai
masalah jika dibandingkan dengan rakan mereka
daripada golongan yang mempunyai
tahap sosioekonomi yang sederhana. Di rumah pula, ibu bapa yang tidak
mempunyai pendidikan tinggi akan menimbulkan keresahan remaja kerana ketidakmampuan ibu bapa mereka membantu
mereka dari segi pencapaian akademik. Walau bagaimanapun, semua masalah ini
akan mematangkan kehidupan seseorang remaja dalam menuju ke alam dewasa. Ibu bapa sewajarnya berperanan memberikan
nasihat dan bimbingan kepada anak-anak
dan tidak membiarkan mereka hanyut serta menyelesaikan masalah ini bersendirian. Ibu bapa perlulah mengambil inisiatif
memahami jiwa anak-anak. Akhirnya kita mengharapkan agar masalah stres dalam
diri remaja ini dapat ditangani secara
bijak dan berkesan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Remaja Perlu Bijak Tangani Stres’
Oleh Dr. Aminudin Mansor,
Utusan
Malaysia, 19 April 2013
Soalan 2(a)-
Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan
1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Apakah maksud rangkai kata memerlukan
dorongan? [2 markah]
(ii)
Pengarang menyatakan beberapa tindakan yang
perlu diambil oleh ibu bapa untuk
membantu
anak mereka menghilangkan stres.
Nyatakan tindakan-tindakan itu. [3 markah]
(iii)
Pada
pendapat anda apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah
untuk menangani gejala stres dalam kalangan
murid?
[4 markah]
No comments:
Post a Comment