10/05/2013

Persembahan Hari Guru

Sempena sambutan Hari Guru, kebanyakan guru mencari bahan untuk persembahan di hadapan anak didik. Di sini saya sertakan "Nazam Kasihnya Cikgu" yang diubah suai daripada "Nazam Kasih Ibu" oleh Sdr Roslan Madon. Cikgu-cikgu boleh dapatkan muzik instrumentalnya untuk dipersembahkan nanti. Jika berkesempatan saya akan masukkan muziknya nanti. Insya-Allah.


Nazam Kasihnya Cikgu

Cikgu mengajar di dalam kelas
Lebih dan kurang tak pernah culas
Mengajar dikau berhempas pulas
Mahu muridnya  jadi 1st class

Cukuplah masa  sampai ketika
Murid sedia  nak masuk periksa
Mengharap lulus  setiap masa
Kepada engkau sangat harapnya

Harap cikgumu   bukan sedikit
Tinggilah harap   darinya bukit
Sanggup cikgumu  keluar duit
Untung dan rugi   tidak berbangkit

Setelah kamu   masuk periksa
Siang dan malam  cikgu berdoa
Harapkan kamu jawab semua
Walaupun buku tak pernah dibaca

Berapalah doa  dengan harapan
Dipujuk rayu dibelanja makan
Tuisyen percuma cikgu berikan
Itu pun tidak  murid hiraukan

Tidaklah tentu  siang dan malam
Fikirkan murid  bermacam ragam
Terkejut jaga  di tengah malam
Hajat mengajar walaupun demam

Harap gurumu  bukan kepalang
Dirimu lulus  dengan cemerlang
Walau  jasanya  tidak dikenang
Tidaklah hatinya berasa walang

Kenang cikgumu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Guru-gurumu hubungan Tuhan
Baru sempurna murid budiman

Hai segala murid sekalian
Kasih gurumu tiada sempadan
Jadilah kamu insan budiman
Jasa gurumu dilupa jangan….



No comments: