Kesalahan-kesalahan
bahasa yang lazim dilakukan oleh murid dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
Bentuk
Kesalahan
|
Salah
|
Betul
|
1.
Kesalahan ejaan
|
Mengalakkan
|
Menggalakkan
|
Menyakinkan
|
Meyakinkan
|
|
Mengkagumkan
|
Mengagumkan
|
|
Mengenegahkan
|
Mengetengahkan
|
|
Mengenepikan
|
Mengetepikan
|
|
Makhamah
|
Mahkamah
|
|
Kebaikkan
|
Kebaikan
|
|
Kebanyakkan
|
Kebanyakan
|
|
Kenaikkan
|
Kenaikan
|
|
Was-was
|
waswas
|
|
Di
tubuhkan
|
Ditubuhkan
|
|
Disana
|
Di sana
|
|
Aturcara
|
Atur
cara
|
|
Khenduri
|
Kenduri
|
|
Ko-kurikulum
|
Kokurikulum
|
|
Kadang
kala
|
Kadangkala
|
|
Barang
kali
|
Barangkali
|
|
Beristirehat
|
Beristirahat
|
|
Rumahtangga
|
Rumah
tangga
|
|
Resepi
|
Resipi
|
|
Tanggung
jawab
|
Tanggungjawab
|
|
2.
Kesalahan penggunaan kata ialah dan adalah
|
a. Cara
belajar yang bijak ialah dengan membina jadual.
b.
Impian saya adalah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam
kurikulum dan kokurikulum.
|
a. Cara
belajar yang bijak adalah dengan membina jadual.
b.
Impian saya ialah ingin menjadi pelajar yang cemerlang dalam
kurikulum dan kokurikulum.
|
3.
Kesalahan penggunaan kata ianya
|
Tempat
ini menjadi pilihan saya kerana ianya memiliki keistimewaan
yang tersendiri.
|
a.
Tempat ini menjadi pilihan saya kerana tanah tinggi ini memiliki
keistimewaan yang tersendiri.
b.
Tempat ini menjadi pilihan saya kerana kawasan ini memiliki
keistimewaan yang tersendiri.
c. Tempat
ini menjadi pilihan saya kerana tempat ini memiliki keistimewaan
yang tersendiri.
|
4.
Kesalahan penggunaan kata hubung
|
Salah
satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah
kerana negara kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik.
|
Salah
satu faktor yang menjadikan negara kita tumpuan pelancong asing ialah negara
kita memiliki tempat-tempat pelancongan yang menarik.
|
5.
Kesalahan penggunaan penanda wacana
|
Hal ini
kerana
|
Hal ini
demikian kerana
|
Justeru
itu
|
Oleh
itu
|
|
Oleh
kerana itu
|
Oleh
sebab itu/oleh itu
|
|
Sehubungan
itu
|
Sehubungan
dengan itu
|
|
Selain
daripada itu
|
Selain
itu
|
|
Selain
dari itu
|
Selain
itu
|
|
6.
Kesalahan frasa nama
|
Mini
bas
|
Bas
mini
|
Goreng
pisang
|
Pisang
goreng
|
|
Tempat
meletak kereta
|
Tempat
letak kereta
|
|
Seni
mempertahankan diri
|
Seni
pertahanan diri
|
|
Pusat
membeli-belah
|
Pusat
beli-belah
|
|
Tapak
membuang sampah
|
Tapak
pembuangan sampah
|
|
7.
Kesalahan frasa kerja
|
Saya
perlu melibatkan dalam aktiviti-aktiviti yang
mencabar.
|
Saya
perlu melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar.
|
Ibu
bapa dapat mengikat kembali ikatan kekeluargaan agar
anak-anak tidak berasa tersisih.
|
Ibu
bapa dapat mengikat ikatan kekeluargaan kembali agar anak-anak tidak
berasa tersisih.
|
|
Gejala
buli menambahkan lagi masalah sedia ada yang sedang dihadapi
negara.
|
Gejala
bumi menambahkan masalah sedia ada lagi yang sedang dihadapi
negara.
|
|
Badan
Pencegah Rasuah menerima banyak aduan tentang amalan rasuah yang
melibatkan kakitangan awam.
|
a.
Badan Pencegah Rasuah banyak menerima aduan tentang amalan rasuah
yang melibatkan kakitangan awam.
b.
Badan Pencegah Rasuah menerima aduan yang banyak tentang
amalan rasuah yang melibatkan kakitangan awam.
|
|
Pihak
persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua
kerana sudi merasmikan majlis ini.
|
Pihak
persatuan merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada
Pengetua kerana sudi merasmikan majlis ini.
|
|
8.
Kesalahan frasa adjektif
|
Tempat
itu merupakan tempat yang terindah sekali di negara kita.
|
a.
Tempat itu merupakan tempat yang terindah di negara kita.
b.
Tempat itu merupakan tempat yang indah sekali di negara kita.
|
9.
Kesalahan frasa jamak
|
Antara
maklumat-maklumat...
|
Antara
maklumat...
|
Himpunan
kata-kata...
|
Himpunan
kata...
|
|
Longgokan
kayu-kayu...
|
Longgokan
kayu...
|
|
Deretan
rumah-rumah...
|
Deretan
rumah...
|
|
Kebanyakan
barang-barang...
|
Kebanyakan
barang...
|
|
Pelbagai
kuih-muih...
|
Pelbagai
kuih...
|
|
10.
Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan
|
Sebuah
keluarga
|
Satu
keluarga
|
Sebuah
mimpi
|
Suatu
mimpi
|
|
11.
Kesalahan kata kerja berapitan diper-...i
|
Diperolehi
Diperbaiki
Diperkuasai
Diperdalami
Diperakui
Dipersetujui
diperhalusi
|
Diperoleh
Dibaiki
Dikuasai
Didalami
Diakui
atau diperakukan
Disetujui
dihalusi
|
12.
Kesalahan kata kerja berapitan beR-...-an
(jumlah
subjek yang banyak)
|
Lampu-lampu merah
bergantungan di dinding.
Bintang-bintang
bertaburan di langit.
Daun-daun kering
berguguran di halaman rumah.
|
Lampu merah
bergantungan di dinding.
Bintang bertaburan
di langit.
Daun kering
berguguran di halaman rumah.
|
13.
Kesalahan penggunaan kata kerja berapitan memper-...-i
|
Memperolehi
Memperbaiki
Memperkuasai
Memperdalami
Memperakui
Mempersetujui
memperhalusi
|
Memperoleh
Membaiki
Menguasai
Mendalami
Mengakui
Menyetujui
menghalusi
|
14.
Kesalahan bahasa kerana meninggalkan imbuhan
|
Ibu
bapa lebih pentingkan kerjaya...
|
Ibu
bapa lebih mementingkan kerjaya...
|
Pelajar
yang kerap timbulkan masalah di sekolah...
|
Pelajar
yang kerap menimbulkan masalah di sekolah...
|
|
15.
Kesalahan penggunaan kata sendi nama
|
Bersempena
dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong dalam
negeri sendiri.
|
Bersempena
dengan kempen ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk melancong di
dalam negeri sendiri.
|
Sebab itulah
Genting Highlands juga digelar "Taman Tema Sekeluarga".
|
Oleh
sebab itulah Genting Highlands juga digelar "Taman Tema
Sekeluarga".
|
|
16.
Kesalahan penggunaan ungkapan yang mana dan di mana sebagai kata hubung
|
Saya
telah membaca berita di mana kejayaan anda disiarkan.
|
Saya
telah membaca berita yang menyiarkan kejayaan anda.
|
Kejayaan
anda itu yang mana saya akan jadikan pendorong untuk menulis
cerpen-cerpen yang lain.
|
Kejayaan
anda itu akan saya jadikan pendorong untuk menulis
cerpen-cerpen yang lain.
|
|
17.
Kesalahan kerana menggunakan ungkapan ini
kerana pada permulaan ayat
|
Ini
kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.
|
Hal ini dikatakan demikian kerana masalah itu belum dapat diselesaikan lagi.
|
18.
Kesalahan penggunaan ayat pasif
|
Rencana-rencana
itu saya akan bukukan.
Kisah
itu anda telah riwayatkan dengan jelas.
Rumah
itu sedang mereka dirikan bersama-sama.
|
Rencana-rencana
itu akan saya bukukan.
Kisah
itu telah anda riwayatkan dengan jelas.
Rumah
itu sedang didirikan oleh mereka bersama-sama.
|
Kesimpulannya, selain isi
mantap yang terdiri daripada ayat judul, ayat huraian, ayat contoh dan ayat
penegas, sesebuah wacana penulisan yang bermutu dan cemerlang perlu mengandungi
ciri-ciri pengolahan bahasa yang menarik dan berkesan dengan
memasukkan unsur-unsur keindahan, kepelbagaian struktur ayat,
slogan, peribahasa, dan sebagainya. Wacana penulisan juga perlu
memperlihatkan penggunaan bahasa yang baik dan lancar, kosa
kata yang luas serta tanda baca yang betul,
yakni bebas daripada aspek kesalahan bahasa dalam
perenggan yang seimbang dan bersepadu.
Chai Loon Guan, GC BM
dan Munsyi Dewan (Bahasa), SMK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul
Ridzuan.
3 comments:
Salam, saya kira ada kesilapan pada no 3. Ia boleh digunakan untuk benda yang dibicarakan, hanya tidak boleh untuk haiwan. Sumber DBP
Terima kasih atas perkongsian ini.Maklumat ini akan dikongsikan dgn para pelajat .
...dengan para pelajar,bukan pelajat.Terima kasih
Post a Comment