1
GURINDAM – BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)
FIKIR DAN KATA
|
|
Kurang
fikir kurang siasat,
Tentu
dirimu kelak tersesat.
|
Penulis mengingatkan bahawa manusia
yang kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi
masalah yang dihadapinya.
|
Fikir
dahulu sebelum berkata,
Supaya
terelak segala sengketa.
|
Penulis berkata bahawa manusia
mestilah berfikir sebelum berkata-berkata supaya dapat mengelakkan sebarang
perselisihan faham waima persengketaan sesama manusia.
|
Perkataan
tajam jika dilepas,
Ibarat
beringin, racun dan upas.
|
Kata-kata yang kesat dan kurang sopan
jika diujar akan menyakitkan hati an melukakan perasaan orang lain.
|
Kalau
mulut tajam dan kasar,
Boleh
ditimpa bahaya besar.
|
Penulis berkata bahawa manusia
seseorang yang kasar dalam pertuturan boleh menyebabkan dirinya ditimpa
pelbagai masalah.
|
SILANG DAN SENGKETA
|
|
Siapa
menggemari silang sengketa,
Kelaknya
pasti berdukacita.
|
Penulis berkata bahawa manusia yang
suka bergaduh dan berselisih faham akan hidup dalam kesedihan.
|
Silang
selisih jangan dicari,
Jika
tersua janganlah lari.
|
Penulis menasihati kita agar tidak
sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan faham
harus diselesaikan, bukannya dielakkan.
|
ILMU
|
|
Jikalau
ilmu tiada sempurna,
Tiada
berapa ia berguna.
|
Penulis berkata bahawa ilmu mesti
dikuasai dengan sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak
dapat memanfaatkan kita.
|
Ilmu
kepandaian boleh dikejar,
Asal
mahu rajin belajar.
|
Penulis berkata bahawa ilmu
pengetahuan dalam diri seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan
kerajinan asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.
|
DUNIA PERGAULAN
|
|
Dunia
ini taman pergaulan,
Hendaklah
pilih sahabat dan taulan
|
Penulis berkata bahawa kehidupan di
dunia ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya.
|
Manusia
dikenal sifat budinya,
Dengan
dilihat siapa kawannya.
|
Penulis berkata bahawa seseorang
manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya dan melalui pergaulannya.
|
Burung
yang sama corak dan bulu,
Selalu
sekumpul ke hilir ke hulu
|
Penulis berkata bahawa sekumpulan
kawan yang baik biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti kehidupan
dan sentiasa bersama di mana-mana sahaja.
|
SIFAT-SIFAT YANG BAIK
|
|
Jikalau
kamu bersifat budiman,
Dipandang
sebagai bunga di taman
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang
berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
|
Jikalau
kamu bersifat dermawan,
Segala
orang dapat kautawan.
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang
murah hati dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada masyarakat.
|
Jikalau
kamu bersifat pemurah,
Segala
manusia datang menyerah.
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang
bersifat pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat untuk meminta
bantuan.
|
PERBUATAN YANG BAIK
|
|
Barang
siapa berbuat jasa,
Mulia
namanya segenap masa.
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang
banyak berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang pada bila-bila
masa.
|
Menolong
sesama wajib dan perlu,
tetapi
tolonglah dirimu dahulu.
|
Penulis berkata bahawa kita haruslah
membantu diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain.
|
SIFT-SIFAT YANG JAHAT
|
|
Telunjuk
lurus kelengkeng berkait,
Hati
sesama menjadi pahit.
|
Penulis berkata bahawa kita mestilah
berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
|
Barang
siapa berbuat khianat,
Tuhan
kelak memberi laknat.
|
Penulis berkata bahawa seseorang yang
mengkhianati orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada kemudian hari.
|
B
TEMA DAN PERSOALAN
Tema gurindam ini
ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani dalam kehidupan.
Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat yang berbeza.
Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan menjauhi sifat
yang negatif.
Persoalan
(a)
Kepentingan berfikiran matang dan
rasional.
(b)
Pergaduhan yang tidak memanfaatkan
sesiapa.
(c)
Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
(d)
Kesedihan daripada pertelingkahan.
(e)
Kepentingan menimba ilmu.
(f)
Kegigihan mencari ilmu demi masa depan.
(g)
Kepentingan rakan sebaya dalam
kehidupan.
(h)
Sifat budi bahasa penting dalam
kehidupan.
(i)
Sifat pemurah yang disukai masyarakat.
(j)
Kemuliaan seseorang daripada jasa yang
ditaburkan.
(k)
Kepentingan bekerjasama dalam kalangan
ahli masyarakat.
(l)
Kejahatan manusia yang tersembunyi.
(m)
Pengkhianatan dalam kalangan manusia.
C
GAYA BAHASA
(a)
Repitisi
Buktinya,
Kurang fikir, kurang
siasat
Selalu
berkumpul ke hulu ke
hilir
(b)
Imej alam atau imejan
Buktinya,
dipandang
sebagai bunga di taman.
(c)
Pengulangan kata
Buktinya,
Silang
selisih jangan dicari
Jika
tersua janganlah lari
Jikalau ilmu tiada sempurna
Jikalau kamu bersifat budiman,
Jikalau kamu bersifat dermawan
Jikalau kamu bersifat pemurah
(d)
Sinkope
Buktinya,
Tentu
dirimu kelak tersesat
(e) Simile
Buktinya,
Ibarat
beringin, racun dan upas
dipandang sebagai bunga di taman.
Tetapi
tolonglah dirimu dahulu
(f)
Peribahasa
Buktinya,
Telunjuk
lurus kelengkeng berkait,
D
NILAI MURNI
(a)
Rasional
(b)
Keikhlasan
(c)
Setia kawan
(d)
Kegigihan
(e)
Kesungguhan
(f)
Kerajinan
(g)
Baik hati
(h)
Murah hati
(i)
Hemah tinggi
(j)
Berwaspada
(k)
Keadilan
E
PENGAJARAN
(a)
Kita mestilah berfikiran rasional
sebelum bercakap dengan orang lain demi
menjaga maruah diri.
(b)
Kita mestilah ikhlas dalam persahabatan
dengan tidak bersengketa dengan sesiapa.
(c)
Kita mestilah setia dalam pergaulan
dengan kawan-kawan supaya kehadiran kita disukai.
(d)
Kita mestilah gigih menimba ilmu demi
menjamin masa depan yang lebih cerah.
(e)
Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam
usaha mencari ilmu supaya setiap masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.
(f)
Kita mestilah rajin berusaha untuk
menambah ilmu pengetahuan dalam diri supaya dapat menjadi manusia yang bijak
pandai.
(g)
Kita mestilah berbuat baik sesama manusia
agar dipandang tinggi dalam masyarakat.
(h)
Kita mestilah bersifat murah hati dengan
membantu sesiapa sahaja untuk meringankan beban mereka.
(i)
Kita mestilah bersifat hemah tinggi
supaya disanjung tinggi dan dihormati oleh ahli masyarakat.
(j)
Kita mestilah berhati-hati dalam segala
tingkah laku demi menjaga ketinggian budi dan akhlak.
(k)
Kita mestilah berbuat baik sesama
manusia agar segala perbuatan baik kita akan dibalas baik kerana Tuhan
mengadili kita berdasarkan perbuatan kita.
No comments:
Post a Comment