4 (b) Satu peristiwa tentang kepincangan masyarakat
yang terdapat dalam novel Jendela
Menghadap Jalan dan Songket
Berbenang Emas
Novel Jendela
Menghadap Jalan
1
|
Peristiwa anak-anak Che
Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri
barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk
membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana
atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini.
|
2m
|
Pernyataan: Kepincangan
masyarakat yang runtuh/rosak akhlak apabila kalangan remaja/ anak muda terlibat dengan najis dadah
|
1m
|
|
2
|
Peristiwa Che Jah hidup
menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya, Seman yang
bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk.
|
2m
|
Pernyataan: Kepincangan masyarakat
yang melakukan keganasan dalam rumah tangga.
|
1m
|
|
3
|
Peristiwa Seman sebagai
seorang ayah yang mengabaikan tanggungjawab
sebagai ketua keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq
menjadi nakal serta terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga
sering memarahi dan memukul anak-anaknya
|
2m
|
Pernyataan: Kepincangan
masyarakat tentang seorang bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawab.
|
1m
|
|
4
|
Peristiwa penduduk
Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan kubah iaitu
sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau yang telah usang atau pada
bumbung masjid yang belum dibina.
|
2m
|
Pernyataan : Kepincangan
masyarakat yang tidak bersepakat dalam melaksanakan isu-isu penting di
kampung.
|
1m
|
|
5
|
Peristiwa suami Che Jah,
Seman telah mencuri kubah baharu di kampung itu dan telah ditangkap serta
dibawa ke balai polis oleh penduduk kampung
|
2m
|
Pernyataan : Kepincangan masyarakat yang melakukan jenayah
|
1m
|
|
6
|
Peristiwa sekumpulan
pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak sepanduk dan melaungkan
“Haji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!” di halaman rumah datuk Lili kerana
menganggap datuk Lili melindungi penjenayah Hafiq dan Raziq.
|
2m
|
Pernyataan: Kepincangan
masyarakat yang membuat tuduhan tanpa usul periksa
|
1m
|
|
7
|
Peristiwa datuk Lili
pernah membantu Seman dengan memintanya melakukan kerja di kebun tetapi hasil
kebun tersebut tidak diserahkan kepada datuk Lili sebaliknya telah dijual
oleh Seman.
|
2m
|
Pernyataan : Kepincangan
masyarakat yang tidak amanah
|
1m
|
Novel Songket
Berbenang Emas
1
|
Peristiwa Aton sering
menyindir Dahlia sebagai gadis yang tidak baik, malah Aton telah menyindir
dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka
bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat Parit
Haji Rais.
Peristiwa Seman memfitnah
adik iparnya, Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca
Saleha menjadi Embong.
|
2m
|
Pernyataan: Kepincangan
masyarakat yang sering menyindir dan menabur fitnah
|
1m
|
|
2
|
Peristiwa Nek Kiah datang
ke rumah Embong dan menggunakan kapur untuk menggores pintu dengan tanda
pangkah yang bertujuan untuk mengelakkan hantu masuk ke dalam
rumah./peristiwa Nek Kiah mengarahkan anak muda segera mengangkat Said di
tebing sungai dan dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan
Said kembali bernyawa, namun usaha itu gagal.
|
2m
|
Pernyataan: Kepincangan
masyarakat yang mempercayai kepercayaan karut
|
1m
|
|
3 |
Peristiwa Dahlia bergegas ke tebing sungai apabila mendengar jeritan bahawa Said, anak Aton tenggelam di dasar sungai dan Dahlia berusaha terjun untuk mencari dan menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai walaupun arus sungai deras. Malangnya Aton telah memaki hamun Dahlia di hadapan orang kampung dan menuduh Dahlia membunuh anak lelaki tunggalnya, Said. |
2m |
Pernyataan: Kepincangan
masyarakat yang tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain terhadap
keluarganya
|
1m
|
|
4 |
Peristiwa Seman sanggup memujuk dan mencadangkan emaknya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar termasuk tanah tapak rumah Embong sekarang. Nek Kiah bersetuju untuk menjual tanah pusaka itu lantaran harganya mahal, iaitu lima belas ribu seekar tanpa mempedulikan nasib Embong dan anak-anaknya. Nek Kiah juga sanggup menghalau Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada kerana tanah itu akan dijual. |
2m |
Pernyataan: Kepincangan
masyarakat yang tidak mementingkan hubungan kekeluargaan
|
1m
|
|
5 |
Peristiwa Nek Kiah memandang hina dan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Embong yang dikatakan membawa nasib malang terhadap anaknya, Saleha sejak mereka berkahwin hingga mempunyai enam orang anak. |
2m |
Pernyataan : Kepincangan
masyarakat yang memandang rendah terhadap keluarga yang
lain
|
1m
|
|
6 |
Peristiwa Abu Bakar, anak lelaki tunggal Embong yang tiga hari tidak pulang ke rumah dan sering melepak dengan kawan-kawannya di luar serta tidak mahu mendengar nasihat ayahnya, Embong dan kakaknya, Dahlia. |
2m |
Pernyataan : Kepincangan
masyarakat remaja yang sering terpengaruh dengan rakan
sebaya
|
1m
|
12 comments:
nice
terima kasih minta halal ilmu yg diberi
Mohon halalkan ilmu yg diberi
Nota yg padat dan ringkas terima kasih ❤️
Alhamdulillah. Manfaatkanlah
nota yang lengkap ❤
Saya copy ye cg...seri perak student
Kopi
Very useful,jun paper 2020
Tq.
Terima kasih
terima kasih untuk ilmu ini
Assalamualaikum. Terima kasih. sangat membantu ilmu ini.
Post a Comment