01/07/2018

Novel : Kepincangan Masyarakat dalam Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang Emas

4 (b)  Satu peristiwa tentang kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan dan Songket Berbenang Emas

Novel Jendela Menghadap Jalan

1
Peristiwa anak-anak Che Jah iaitu Rafiq dan Haziq terlibat dengan penagihan dadah dan sering mencuri barang-barang di rumah mereka termasuk barang kemas ibu mereka Che Jah untuk membeli dadah sehingga pernah dimasukkan ke penjara dan pusat tahanan juvana atas kesalahan juvana yang pernah dilakukan sebelum ini.
2m
Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang runtuh/rosak akhlak apabila kalangan remaja/ anak muda terlibat dengan najis dadah 
  
1m
2
Peristiwa Che Jah hidup menderita akibat sering menjadi mangsa sepak terajang suaminya, Seman yang bersifat panas baran, kaki judi dan pemabuk.
2m
Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang melakukan keganasan dalam rumah tangga.

1m
3
Peristiwa Seman sebagai seorang ayah yang mengabaikan tanggungjawab  sebagai ketua keluarga dan menyebabkan anak-anaknya, Haziq dan Rafiq menjadi nakal serta terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu. Seman juga sering memarahi dan memukul anak-anaknya
2m
Pernyataan: Kepincangan masyarakat tentang seorang bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawab.

1m
4
Peristiwa penduduk Kampung Sentosa tidak sepakat dan bertelagah dalam isu pemasangan kubah iaitu sama ada meletakkan kubah pada bumbung surau yang telah usang atau pada bumbung masjid yang belum dibina. 
2m
Pernyataan : Kepincangan masyarakat yang tidak bersepakat dalam melaksanakan isu-isu penting di kampung.

1m
5
Peristiwa suami Che Jah, Seman telah mencuri kubah baharu di kampung itu dan telah ditangkap serta dibawa ke balai polis oleh penduduk kampung
2m
Pernyataan : Kepincangan masyarakat yang melakukan jenayah
1m

6
Peristiwa sekumpulan pemuda datang dengan marah-marah sambil mengarak sepanduk dan melaungkan “Haji Abdul Rahman pengkhianat bangsa!” di halaman rumah datuk Lili kerana menganggap datuk Lili melindungi penjenayah Hafiq dan Raziq.
2m
Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang membuat tuduhan tanpa usul periksa

1m

7
Peristiwa datuk Lili pernah membantu Seman dengan memintanya melakukan kerja di kebun tetapi hasil kebun tersebut tidak diserahkan kepada datuk Lili sebaliknya telah dijual oleh Seman.
2m
Pernyataan : Kepincangan masyarakat yang tidak amanah
1m

Novel Songket Berbenang Emas

1
Peristiwa Aton sering menyindir Dahlia sebagai gadis yang tidak baik, malah Aton telah menyindir dan memfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat Parit Haji Rais.
Peristiwa Seman memfitnah adik iparnya, Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca Saleha menjadi Embong.
2m
Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang sering menyindir dan menabur fitnah

1m
2
Peristiwa Nek Kiah datang ke rumah Embong dan menggunakan kapur untuk menggores pintu dengan tanda pangkah yang bertujuan untuk mengelakkan hantu masuk ke dalam rumah./peristiwa Nek Kiah mengarahkan anak muda segera mengangkat Said di tebing sungai dan dibawa keliling rumah sebanyak tujuh kali untuk memastikan Said kembali bernyawa, namun usaha itu gagal.
2m
Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang mempercayai kepercayaan karut
1m

3

Peristiwa Dahlia bergegas ke tebing sungai apabila mendengar jeritan bahawa Said, anak Aton  tenggelam di dasar sungai dan Dahlia berusaha terjun untuk mencari dan menyelamatkan  Said yang tenggelam di dasar sungai walaupun arus sungai deras.  Malangnya Aton telah memaki hamun Dahlia di hadapan orang kampung dan menuduh Dahlia membunuh anak lelaki tunggalnya, Said.

2m
Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang tidak tahu menghargai jasa dan pengorbanan orang lain terhadap keluarganya
1m

4

Peristiwa Seman sanggup memujuk dan mencadangkan emaknya, Nek Kiah agar menjual tanah pusaka seluas lima ekar termasuk tanah tapak rumah Embong sekarang. Nek Kiah bersetuju untuk menjual tanah pusaka itu lantaran harganya mahal, iaitu lima belas ribu seekar tanpa mempedulikan nasib Embong dan anak-anaknya. Nek Kiah juga sanggup menghalau Dahlia agar segera berpindah dari tapak sedia ada kerana tanah itu akan dijual.

2m
Pernyataan: Kepincangan masyarakat yang tidak mementingkan hubungan kekeluargaan
1m

5

Peristiwa Nek Kiah memandang hina dan meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Embong yang dikatakan membawa nasib malang terhadap anaknya, Saleha sejak mereka berkahwin hingga mempunyai enam orang anak.

2m
Pernyataan : Kepincangan masyarakat yang memandang rendah terhadap keluarga yang lain
1m


6

Peristiwa Abu Bakar, anak lelaki tunggal  Embong yang  tiga hari tidak pulang ke rumah dan sering melepak dengan kawan-kawannya di luar serta tidak mahu mendengar nasihat ayahnya, Embong dan kakaknya, Dahlia.  

2m
Pernyataan : Kepincangan masyarakat remaja yang sering terpengaruh dengan    rakan sebaya
1m

12 comments:

Unknown said...

nice

Unknown said...

terima kasih minta halal ilmu yg diberi


Unknown said...

Mohon halalkan ilmu yg diberi

Unknown said...

Nota yg padat dan ringkas terima kasih ❤️

ayaHUda said...

Alhamdulillah. Manfaatkanlah

lily said...

nota yang lengkap ❤

Unknown said...

Saya copy ye cg...seri perak student

Unknown said...

Kopi

jay suriya said...

Very useful,jun paper 2020
Tq.

Unknown said...

Terima kasih

Unknown said...

terima kasih untuk ilmu ini

Unknown said...

Assalamualaikum. Terima kasih. sangat membantu ilmu ini.