TEMA PELANCONGAN
1.
Semasa cuti persekolahan yang lalu, anda berpeluang
mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh pihak sekolah ke suatu
tempat menarik.
Jelaskan faedah-faedah yang anda peroleh daripada
lawatan sambil belajar tersebut.
Cadangan Idea
i.
Dapat mengeratkan hubungan dengan rakan
ii.
Dapat menambahkan pengalaman
iii.
Dapat mengurangkan stres
iv.
Dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang baharu
v.
Dapat mengukuhkan ilmu yang dipelajari di dalam kelas
* Nyatakan tempat yang dikunjungi
2. Huraikan faedah melawat tempat bersejarah
Cadangan Idea
i.
Meluaskan pengetahuan dan pengalaman tentang sejarah
tempatan
ii.
Menghargai jasa dan pengorbanan seseorang tokoh
pejuang tanah air.
iii.
Menimbulkan semangat cinta akan negara.
iv.
Kesedaran tentang kezalimanan penjajah menindas
penduduk tempatan.
* Sila berikan contoh-contoh tempat bersejarah
3. Huraikan faktor yang menjadikan Malaysia
sebagai destinasi pelancongan yang menarik
Cadangan Idea
i.
keadaan pantai yang bersih dan indah – pantai yang
memutih dan bersih – udara yang nyaman – pelbagai aktiviti laut boleh
dijalankan
ii.
banyak tempat menarik dan bersejarah – bangunan
tinggalan sejarah di Melaka dan Langkawi –
pencakar langit yang disegani – KLCC – Menara Petronas di Bandar Raya
Kuala Lumpur.
iii.
pelbagai kemudahan awam disediakan – kemudahan
pengangkutan – rangkaian jalan raya yang baik – para pelancong mudah bergerak
dan selesa – LRT, komuter, monorel.
iv.
terkenal dengan kepelbagaian budaya masyarakat yang
berbilang bangsa dan agama – pelbagai perayaan disambut – menggamit para
pelancong luar datang ke Malaysia kerana kekayaan budaya di negara ini.
4. Industri pelancongan merupakan antara
penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda
ingin menulis rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak
untuk memajukan industri pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Cadangan Idea
i.
kerajaan mengadakan promosi
ii.
kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang
lengkap
iii.
kerajaan – mempopularkan seni warisan
iv.
masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
v.
masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
vi.
masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi
Bahasa
vii. swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang
menarik.
5. Industri pelancongan membawa banyak faedah
kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada
negara.
Cadangan Idea
i.
Meningkatkan pendapatan dan ekonomi negara
ii.
Membuka peluang pekerjaan / mengatasi masalah
pengangguran
iii.
Membuka peluang perniagaan kepada penduduk tempatan
iv.
Pengaliran masuk mata wang asing
v.
Pemangkin pembangunan negara
vi.
Menggalakkan pembinaan infrastruktur
vii.
Memperkenalkan kebudayaan Malaysia ke luar negara
6. Industri
pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin
menulis rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri
pelancongan.
Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Cadangan Idea
i.
kerajaan mengadakan promosi
ii.
kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang
lengkap
iii.
masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
iv.
masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
v.
agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.
7. Malaysia merupakan sebuah negara yang
berpotensi untuk maju dalam sektor pelancongan.
Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk disiarkan
dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah “usaha-usaha untuk
memajukan sektor pelancongan negara”
Tulis rencana itu selengkapnya.
Cadangan Idea
i.
kerajaan mengadakan promosi
ii.
kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang
lengkap
iii.
kerajaan – mempopularkan seni warisan
iv.
masyarakat menyambut pelancong dengan bersopan
v.
masyarakat menjaga kebersihan alam sekitar.
vi.
Masyarakat – menunjukkan sikap ramah dan berbudi bahasa
vii.
Swasta - agensi pelancongan mengadakan pakej yang menarik.
8. Sektor pelancongan antara sektor yang banyak
membantu meningkatkan ekonomi negara. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis
sebuah rencana yang bertajuk “Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Negara”
Tuliskan rencana itu selengkapnya.
Cadangan Idea
i.
Dapat memperkenalkan dan mengembangkan industri kraf
tangan negara
ii.
Dapat mempromosikan makanan tempatan/tradisional
pelbagai kaum
iii.
Mampu memperkenalkan budaya dan cara hidup masyarakat
majmuk di Malaysia
iv.
Mampu memajukan industri kecil dan sederhana
v.
Berupaya mengurangkan kadar pengangguran/membuka
peluang pekerjaan
vi.
Dapat meningkatkan ekonomi negara melalui tukaran wang
asing
vii.
Boleh memperkenalkan negara ke seluruh dunia
No comments:
Post a Comment