Friday, 12 May 2017

Pantun Sempena Persaraan

*Pantun Sempena Persaraan*

Tua kelapa berguna
Tua manusia bermakna

Tuai padi di hujung bendang,
          Padi masak diintai tiak;
Belai budi disanjung datang,
          Sisi baik dikongsi  bijak.

Perigi  tuan semak siratan,
          Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan, 
          Luhur budi tidak dilupa.

Amat ketara pucuk siantan,
          Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
          Mekar jasa di taman bakti. 

Tuai padi tinggal jerami,
          Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
          Moga tenang nikmati hidup.

Pahat papan serupa dulu,
          Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
          Ukhuwah terjalin usah terurai.

Pandai terbilang putera perkasa,
          Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,

          Jenguklah kami bugarkan memori.


No comments:

Post a Comment