12/05/2017

Pantun Sempena Persaraan

*Pantun Sempena Persaraan*

Tua kelapa berguna
Tua manusia bermakna

Tuai padi di hujung bendang,
          Padi masak diintai tiak;
Belai budi disanjung datang,
          Sisi baik dikongsi  bijak.

Perigi  tuan semak siratan,
          Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan, 
          Luhur budi tidak dilupa.

Amat ketara pucuk siantan,
          Rasa segar tepian titi;
Selamat bersara ufuk ingatan,
          Mekar jasa di taman bakti. 

Tuai padi tinggal jerami,
          Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
          Moga tenang nikmati hidup.

Pahat papan serupa dulu,
          Bawah kain daun cermai;
Rehatlah tuan di dunia baru,
          Ukhuwah terjalin usah terurai.

Pandai terbilang putera perkasa,
          Tengok puteri akar dicari;
Andai ada ruang dan masa,

          Jenguklah kami bugarkan memori.


28 comments:

Unknown said...

patun yg dikongsi amat bermakna , mohom halalkan manfaat bersama
a

Ruhaida said...

terima kasih

wati said...

mohon copy

LINA said...

Mohon berkongsi. Pantun yang baik

Unknown said...

mohon share pantun di atas.. moga dihalalkan

NOR said...

MOHON PERKONGSIAN PANTUN YANG MENARIK INI..TERIMA KASIH

Unknown said...

Mohon halalkan pantun ini .terima kasih

Hilsha Ibn hassan said...

Mohon kongsikan pantun ini, sangat bermakna. Terim akasih

Unknown said...

Assalamualaikum.... Mohon kongsikan pantun... sgt bermakna. Terima kasih

zaleha said...

Mohon kongsi terima kasih.

Unknown said...

mohon kongsi pantun ini ya

naz said...

mohon kongsi pantun ini.terima kasih

Unknown said...

Mohon kongsi pantun di atas. Terima kadih

rinaz said...

MOHON KONGSI..TERIMA KASIH

Unknown said...

Mohon copy

Unknown said...

Assalamualaikum tuan yang bestari. Mohon kongsi pantun ini.

wani said...

Assalamualaikum tuan.Mohon kongsi, terima kasih

Unknown said...

Mohon untuk copy dan kongsi ya Tuan. terima kasih

natniadihsoy said...

mohon copy ya tuan..terima kasih.

Unknown said...

mohon untuk kongsi pantun untuk persaraan rakan sejawat ye

Unknown said...

dengan sedikit pindaan untuk kesesuaian

Unknown said...

mohon untuk salin dan dikongsikan ya. terima kasih

Unknown said...

Mohon perkongsian pantunnya ya..

Unknown said...

Mohon kongsi ye

nur iman said...

mohon kongsi.. terima kasih atas sumbangan ini.. semoga dapat manfaat kepada kita semua

ahmud s said...

mohon kongsi

Anonymous said...

Mohon kongsi ya cikgu. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya akan letakkan kredit.

Anonymous said...

terima kasih atas perkongsian pantuan ini. mohon halalkan untuk kami gunakan.