29/09/2018

JAWABAN LATIH TUBI PT3 2018 - KEDAH


Jawaban
1.     i.     boleh    dapat
       ii.     menceritakan – bercerita
      iii.    di – pada
       iv.    jamuan – santapan

2.     Kesalahan ejaan
       i.     perabut – perabot
       ii.     restoren – restoran
       iii.    berurusniaga – berurus niaga

3.     i.     Pertandingan marathon anjuran kelab itu akan kami sertai.
ii.     Murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik akan selalu dibantu oleh Cikgu Syira.
iii.     a.     Borang pendaftaran diisi oleh mereka sebelum masuk ke dalam dewan.
      b.    Borang pendaftaran diisi mereka sebelum masuk ke dalam
dewan.
      iv.    a.     Adik dijahitkan oleh ibu sepasang baju kurung untuk dipakai
pada hari raya.
            b.    Adik dijahitkan ibu sepasang baju kurung untuk dipakai
pada hari raya.
      v.     a.     Seutas rantai emas dibeli oleh abang untuk ibu.
            b.    Seutas rantai emas dibeli abang untuk ibu.
[10 markah]


4.    Cadangan jawaban
1.         Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
2.         Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
3.         Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
4.         Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
5.         Usaha tangga kejayaan
6.         Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tak kan sampai ke seberang.
7.         Genggam bara api biar sampai jadi arang
8.         Belakang parang diasah lagikan tajam
9.         Ikhtiar menjalani, untung menyudahi
10.      Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke hulu
11.      Lancar kaji kerana diualang, lancar jalan kerana ditempuh


Soalan 5
i.    Berdasarkan cerpen di atas, apakah kejayaan yang dicapai oleh anak-anak Hisyam?
-           Zaki anak sulung sedang menuntut/belajar di luar negara untuk menjadi pakar jantung
-           Linda anak kedua sudah menjadi seorang pensyarah Fizik di universiti
-           Nora anak bongsu sedang berusaha dalam tahun akhir di universiti dan mengambil bidang penyiaran.

ii.   Nyatakan dua perkara yang dapat dijadikan teladan daripada petikan cerpen di atas?
-           kita hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan hidup dan keluarga
-           kita tidak sewajarnya mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh merosakkan diri
-           kita mestilah rasional dalam membuar keputusan
-           kita hendaklah menghormati antara satu sama lain
[pilih mana-mana dua isi]
iii.   Pada pendapat anda, apakah cara yang sesuai dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar berjaya dalam kehidupan?
-           membentuk budi pekerti / akhlak yang mulia berlandaskan syariat Islam
-           melayani anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibu bapa
-           kenali dan nasihati anak-anak agar memilih kawan yang berdisiplin dan berakhlak mulia
-           mengajar anak-anak mendalami ilmu agama agar menjadi benteng pertahanan diri
-           mendidik anak-anak agar sentiasa berbincang dan mendapatkan pandangan ibu bapa dalam apa-apa jua perkara
[terima mana-mana isi lain yang sesuai]

Soalan 6
i.    Dua pesanan yang disampaikan oleh ayahanda ialah
     -    rajin melakukan kerja kebaikan
     -    jangan malas melakukan kerja kebaikan
     -    melakukan kerja dengan hati yang ikhlas

ii.   Nilai yang terdapat dalam syair tersebut ialah
     R1   -    nilai ketaatan
     R2   -    nilai kerajinan
     R3   -    nilai keikhlasan
     R4   -    nilai kebijaksanaan / nilai kesungguhan
     R5   -    nilai keimanan / nilai ketakwaan
     R6   -    nilai rasional

iii. Pada pendapat saya, antara kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang ialah
-       dapat membezakan perbuatan yang baik dan buruk
-       menjamin masa depan
-       dihormati oleh masyarakat
-       menjadi contoh / suri teladan kepada orang lain
-       mendapat kerjaya yang baik
[isi cukup dua; atau mana-mana dua isi yang relevan]

No comments: