29/09/2018

LATIH TUBI PT3 2018 - KEDAH

Latih tubi PT3 2018
BAHAGIAN A
[25 markah]
1.    Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 
i)    Zurina boleh memasak nasi ayam dengan baiknya selepas mengikuti program masakan itu.
ii)    Perajurit tersohor itu menceritakan tentang pengalamannya menentang segerombolan komunis di dalam hutan.
iii)   Manny Pacquiau, iaitu petinju dari Filipina telah memenangi pertandingan tinju di peringkat dunia baru-baru ini.
iv)   Juruacara mengumumkan keberangkatan tiba Sultan Alam ke majlis jamuan bersempena dengan hari keputeraan baginda.
[8 markah][8 markah]

2.    Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruangan jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menya/in ayat itu semula.
i)          Peniaga perabut harus memaksimumkan penggunaan setiap ruang di dalam kedai untuk memperagakan jualannya.
ii)         Pelanggan tidak dapat melupakan keenakan makanan yang disajikan di restoren itu.
iii)        Syarikat multinasional itu berurusniaga dengan pelabur-pelabur dari luar negara.
 [3 markah]


3.    Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif. Tulis jawapan anda pada ruangan jawapan yang disediakan.
i)          Kami akan menyertai pertandingan maraton anjuran kelab rekreasi itu.
ii)         Cikgu Syira selalu membantu murid yang lemah dalam mata pelajaran Matematik.
iii)        Mereka mengisi borang pendaftaran sebelum masuk ke dalam dewan.
iv)        Ibu menjahitkan adik sepasang baju kurung untuk dipakai pada hari raya.
v)         Abang membeli seutas rantai emas untuk ibu.
[10 markah]

4.     Lihat gambar ini dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua peribahasa yang sesuai.



BAHAGIAN B
[30 markah]

5      Baca cerpen bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri


"Nak uruskan anak-anak pun pening kepala, bang."
"Pandai kamu bercakap. Atau kamu sindir aku?"
Lalu di mata batinnya muncul wajah dua orang anak lelakinya, Saleh dan Musa. Dua orang anak lelakinya ini membawa masalah dalam keluarganya. Dua orang anak lelakinya itu tamakkan duit. Dua orang anak lelakinya itu memalukannya.
Saleh asyik keluar masuk lokap polis kerana terlibat dengan penagihan dadah. Saleh juga pernah keluar masuk pusat serenti tetapi dia terus juga menagih. Musa terlibat dengan keseronokan anak-anak muda dengan motosikal. Musa beberapa kali ditahan kerana terlibat dalam lumba haram. Beberapa kali juga Musa masuk dan keluar lokap polis. Beberapa kali pula dia sendiri ke balai polis mengeluarkan anaknya itu.
Hisyam diam. Dia tahu abangnya itu terasa kerana dua orang anak lelaki abangnya tidak menjadi.
Tiga orang anaknya sendiri, walaupun dia hanya pemandu teksi semuanya menjadi. Zaki yang sulung berada di luar negara sekarang. Zaki mahu jadi pakar jantung. Linda sudah jadi pensyarah Fizik di universiti. Nora yang bongsu sekarang berada dalam tahun akhir di universiti. Dia mengambil bidang penyiaran.
Hisyam melihat kondo tempat tinggalnya yang dua puluh tiga tingkat. Tanah tapaknya tidak seluas mana. Dia membeli kondonya itu dengan harga tiga ratus ribu lebih. Melihat pengurusan kondo tempat tinggalnya, dia terasa ingin memajukan tanah pusaka orang tuanya.
"Sudah, tak usah kamu angan-angan nak jadi usahawan, Jualkan saja tanah tu. Habis cerita. Kepala tidak pening."
(Dipetik daripada cerpen Sekeping Tanah,
Anto/ogi Baik Budi, Indah Bahasa Tingkatan 2, Kementerian Pendidikan Malaysia)




i)          Berdasarkan cerpen atas, apakah kejayaan yang dicapai oleh anak-anak Encik Hisyam?
                                                [3 markah]
ii)         Nyatakan dua perkara yang dapat dijadikan teladan daripada petikan cerpen di atas?                                             
[3 markah]
iii)        Pada pendapat anda, apakah cara yang sesuai dilakukan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar berjaya dalam kehidupan?       
[3 markah]


6     Baca syair bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Nasihat
Penghujung Thamarat al-Muhimmah
Dengarkan tuan ayahanda berperi,
kepada anakanda muda bestari,
nasihat kebajikan ayahanda beri,
amalkan jangan malas dan ngeri.

Ayuhai anakanda muda remaja,
jika anakanda menjadi raja,
hati yang betul hendak disahaja,
serta rajin pada bekerja.

Kerja kebajikan janganlah malas,
zahir dan batin janganlah culas,
jernihkan hati hendaklah ikhlas,
seperti air di dalam gelas.

Menuntut ilmu janganlah segan,
ilmu yang benar jangan yang bukan,
iaitu ilmu yang kebajikan,
di kitab ini sudah disebutkan.

Hendaklah anakanda menggaji selalu,
dari yang lain lebihkan dulu,
had syarak jangan dilalu,
tidaklah anakanda beroleh malu.

Segala perbuatan dengan berilmu,
maka kebajikan boleh bertemu,
jika sebarang-barang diramu,
akhirnya anakanda jatuh bersemu.

(Dipetik antologi Baik Budi, Indah Bahasa Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd)


i)              Nyatakan dua pesanan yang disampaikan oleh ayahanda dalam rangkap ketiga syair  Penghujung Thamarat al-Muhimmah.
[3 markah]

ii)            Terdapat banyak nilai dalam petikan Syair Nasihat Penghujung Thamarat al-Muhimmah.
Nyatakan dua nilai yang terdapat dalam petikan syair tersebut.
[3 Markah]
iii)          Pada pendapat anda, apakah kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang ?
[4 markah]














No comments: