11/04/2013

KARANGAN CONTOH PMR

Untuk memudahkan anak-anak melengkapkan karangan yang disediakan di blog ini, anak-anak perlu klik pada tajuk 'post'. Hanya satu latihan yang akan dipaparkan setiap kali anak-anak klik 'post' tersebut. KARANGAN PMR (RAMALAN 1)

KARANGAN PMR (RAMALAN 1)

Melengkapkan Karangan
oleh
Cikgu Nor Azman

Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai dan tepat. Tekan SEMAK untuk menyemak jawapan. Untuk mendapatkan bayangan jawapan, tekan KLU. Sebagai peringatan anda akan kehilangan markah setiap kali menekan KLU jika anda memerlukan bantuan. Selamat mencuba!
KARANGAN CONTOH 1
SOALAN: “Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit”.
Tulis sebuah cerita yang menarik berdasarkan peribahasa tersebut.

Peribahasa Melayu memang indah dan istimewa. Peribahasa biasanya memainkan peranan sebagai pendorong dan penyedar kepada kita tentang hakikat yang berlaku di dunia ini. Peribahasa “seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit” membawa maksud kesalahan yang dilakukan oleh seorang menyebabkan seluruh kumpulan yang tidak terbabit dihukum atau dipersalahkan. ini dapat memberikan peringatan kepada anggota masyarakat tentang kepentingan berfikir dengan dalam-dalam sebelum membuat sesuatu yang akan menyusahkan orang lain. Oleh hal yang demikian, peribahasa ini mestilah dijadikan dalam kehidupan kita.

Zhengyu merupakan seorang remaja yang nakal. Hal ini dikatakan demikian kerana dia tidak nasihat orang lain. Dia suka mengusik kawan-kawan di dalam kelas dan mengejek orang lain. Oleh sebab itu, dia tidak disukai oleh kawan-kawan sekelasnya. Walau bagaimanapun, Zhengyu merupakan seorang pelajar yang mahir dalam subjek Matematik. Hal ini menyebabkan kawan-kawan sekelasnya menjadikan Zhengyu sebagai mereka.

Pada suatu hari, Zhengyu membawa mercun ke sekolah. Dia meletakkan mercun itu ke dalam beg sekolahnya supaya tidak dapat dikesan oleh sesiapa. Oleh sebab Tahun Baharu Cina semakin menjelang, Zhengyu ingin bermain mercun di dalam kelas. Dia tidak sedar bahawa perbuatannya amat dan akan membawa kemudaratan dan masalah kepada rakan sekelasnya. Dia mula mengeluarkan mercun dan menyalanya.

“Pang! Pang! Pang!” Bunyi mercun yang meletup seluruh warga sekolah terpinga-pinga. Hal ini dikatakan demikian kerana ujian bulanan sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan guru disiplin dan pengetua berasa amat marah. Selepas waktu rehat, tuan pengetua mengarahkan para pengawas membuat pemeriksaan secara mengejut ke setiap kelas untuk mencari mercun yang dibawa oleh pelajar yang nakal itu. Para pengawas pun bersiap sedia untuk menjalankan mereka.

Sampai di kelas mereka, pengawas bertugas berjaya menemukan serpihan mercun yang dibuang ke dalam tong sampah. Selain itu, mereka juga berjaya menemukan beberapa papan mercun di dalam beg Zhengyu. Hal ini menyebabkan guru kelas 3 Doritis berasa amat malu atas perbuatan anak muridnya. Tuan pengetua pula memasuki kelas. Beliau menyalahkan ketua tingkatan kerana tidak kejadian terbabit kepada pihak sekolah. Akibatnya, tuan pengetua semua murid yang belajar di dalam kelas 3 Doritis.

Perbuatan Zhengyu yang membawa mercun ke sekolah telah menyebabkan rakan sekelasnya menjadi mangsa hukuman pengetua sekolah. Hal ini disebabkan oleh rakan sekelasnya dituduh dengan tindakan Zhengyu yang melanggar peraturan sekolah. Oleh sebab itu, semua murid 3 Doritis diwajibkan menulis ayat “Saya tidak akan melanggar peraturan sekolah lagi” sebanyak 1000 ayat. Selain itu, mereka juga diarahkan menyapu lantai dan mengelap lantai tangga di seluruh kawasan sekolah yang bertangga.

Kesimpulannya, tindakan Zhengyu yang membuat kesalahan telah menyebabkan rakan-rakan sekelasnya menerima padah. Keadaan ini sama dengan maksud peribahasa “seekor lembu membawa lumpur, semuanya terpalit”. Oleh hal yang demikian, kita haruslah peraturan sekolah dan berfikir secara masak-masak sebelum membuat sesuatu tindakan bagai mengelakkan rakan-rakan kita juga dihukum. Peribahasa ini amat sesuai untuk dijadikan peringatan kepada para pelajar supaya mereka tidak melanggar peraturan sekolah sesuka hati. Peribahasa ini amat sesuai untuk dijadikan peringatan kepada para pelajar supaya mereka tidak peraturan sekolah sesuka hati.

No comments: