|
Konteks dalam bahagian Kesimpulan
|
Contoh Penggunaan
|
1
|
Sesuatu masalah dapat
diatasi dengan kerjasama semua pihak
|
Sebagaimana yang kita
tahu bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Oleh itu kerjasama dan
permuafakatan daripada semua pihak amatlah penting.
|
2
|
Perpaduan amatlah
penting bagi sesebuah negara
|
Usaha untuk memelihara
perpaduan rakyat tidak boleh dipandang enteng kerana bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh.
|
3
|
Sesuatu masalah hanya
dapat diselesaikan jika ada azam yang kuat
|
Kata orang tua-tua, di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan, masalah pendatang asing dapat diatasi
jika tindakan yang tegas diambil ke atas mereka.
|
4
|
Sesuatu masalah perlu
diselesaikan dengan mengambil tindakan dan bukannya mencari alasan
|
Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih, remaja dapat mengecapi kejayaan dalam kehidupan
asalkan mereka mahu berusaha.
|
5
|
Orang muda amat penting
kepada negara
|
Oleh sebab pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara, gejala mat rempit perlu dibendung oleh semua
pihak.
|
6
|
Apabila sudah melakukan
kesilapan, kita hendaklah memulakan kerja itu sekali lagi
|
Sesat di hujung jalan,
balik ke pangkal jalan, Sufiah telah menginsafi kesilapan yang dilakukannya
selama ini.
|
7
|
Kita hendaklah
menyesuaikan diri
|
Masuk kandang kambing
mengembek, masuk kandang kerbau menguak, pantang larang dan peraturan di
sesebuah tempat perlulah dipatuhi dengan sebaik-baiknya.
|
8
|
Beringat selepas mengalami
kesusahan
|
Sudah terhantuk, baru
tengadah, menyesal selepas berhutang dengan banyak memang sudah terlambat.
|
9
|
Orang yang bersalah
perlu menanggung akibatnya
|
Menjadi lumrah alam
bahawa siapa makan nangka, dialah yang kena getahnya. Pihak yang mengabaikan
tanggungjawab wajar dikenakan tindakan tegas.
|
10
|
Tidak kira perbuatan
yang terlanjur itu kecil atau besar, akibatnya adalah serupa.
|
Kita perlu memainkan
peranan kita dalam usaha menjaga alam sekitar bak kata peribahasa gadai ke
pajak, sehari sebulan jua.
|
11
|
Permintaan dibuat
mengikut kesesuaian atau kebolehan seseorang
|
Kalau alim minta
doanya,
Kalau kaya minta
ringgitnya,
Kalau cerdik minta
akalnya,
Kalau rimbun minta
berteduh.
Sesebuah negara akan
maju jika pemimpin negara dipilih mengikut kebolehan masing-masing.
|
12
|
Seseorang akan
bertambah baik menerusi latih tubi yang dilakukan
|
Amalan membawa
kesempurnaan, budi bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar di rumah dan di
sekolah akan membentuk keperibadian pelajar yang mulia.
|
|
Menunjukkan hampir
selesai atau mahu tamat sesuatu majlis.
|
Bak kata orang …
Kalau memanjat, sudah
sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah
sampai ke lembah.
Kalau terjun, sudah
sampai ke tanah,
Kalau berenang, sudah
sampai ke pantai.
Kalau belayar sudah
sampai ke pulau,
Kalau berjalan sudah
sampai ke batas.
Kalau mudik, sudah
sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah
sampai ke kuala.
Sekian sahaja dan saya akhiri syarahan ini dengan ucapan terima kasih.
|
|
|
Kami minta ampun,
Kami minta maaf ...
Kalau wajah ada yang
tersalah pandang,
Kalau nama ada yang
tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang
tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di
salah tempat.
Akhir kata,
“TERANGKAI KALUNGAN
BUDI TERSIMPAI KENANGAN SUCI”
Sekian terima kasih.
|
19/04/2013
PERIBAHASA - KONTEKS DAN PENGGUNAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment