Leftenan Adnan Wira Bangsa
(Abdul Latip Talib)
Sinopsis
Dalam pertempuran dengan askar Jepun,
Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana
seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai
British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai
Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42
orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel
Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar
Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
Bab 1 - Darah Pahlawan
Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan
dengan kisah Adnan (yang masih kecil) bersama keluarganya. Pak Saidi berasa
amat gembira kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama
Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan
yang bongsu dinamakan Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai
Ramal, Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan – moyangnya pernah
membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak
suka menghebah-hebahkan cerita itu kerana sentimen
‘siapa yang menentang Inggeris adalah penderhaka’ masih kuat ketika itu.
Penjajah ( British) tidak suka kepada sesiapa yang menentang mereka. Mereka
mahu menyedut keluar sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.
Bab 2 - Kampung Sungai Ramal
Adnan bermimpi mengenai kehebatan Hang Tuah dan
kawan-kawannya. Dia sangat menggemari kisah kepahlawanan Hang Tuah. Sebelum tidur
emaknya akan bercerita mengenai kisah-kisah pahlawan dahulu kala. Setiap pagi,
Pak Saidi akan membawa anak sulungnya ke tempat kerjanya. Tujuannya ialah untuk
mengajar anaknya itu mengenai betapa susahnya untuk mencari rezeki. Pak Saidi
memiliki satu hektar kebun getah dan sebidang tanah sawah tinggalan orang
tuanya yang menjadi sumber pendapatan kepada Pak Saidi untuk menyara
keluarganya. Penduduk kampung Sungai Ramal bergantung hidup kepada aktiviti
pertanian sepenuhnya. Mereka akan mengusahakan sawah padi dan menoreh getah
untuk mendapatkan sumber pendapatan. Namun, terdapat segelintir penduduk
kampung yang lebih suka menghabiskan masa dengan bersembang di warung kopi
milik Pak Samad yang terletak di persimpangan kampung. Pak Saidi dan Adnan
singgah sebentar di warung tersebut untuk melepaskan lelah. Warung itu tidak
pernah sunyi dengan riuh-rendah suara penduduk kampung yang menjamu selera
sambil berbual dan ada juga yang bermain dam.
Bab 3 - Harapan Seorang Ayah
Pak Saidi disambut oleh anak-anaknya apabila pulang
dari menoreh getah. Hatinya gembira apabila melihat gelagat anak-anaknya itu.
Sambil duduk berehat di atas pangkin kayu, Pak Saidi melihat gelagat
anak-anaknya yang sedang berlatih silat. Adnan mengajak adik-adiknya untuk
berlawan dengannya. Walaupun perlawanan itu melibatkan dua lawan satu, namun
Adnan tidak mudah dikalahkan oleh kedua-dua adiknya kerana sikapnya yang tidak
mahu mengalah. Setiap kali mereka bersilat, Adnan yang selalu menang. Pak Saidi
dapat melihat semangat pahlawan yang ada dalam diri anak sulungnya itu. Walaupun
tidak berpelajaran, tetapi Pak Saidi mempunyai wawasan serta keazaman yang
tinggi terhadap masa depan anak-anaknya.
Bab 4 - Dusun Durian Di Tanah Perkuburan
Pak Saidi bersama anak sulungnya, Adnan pergi ke
dusun durian untuk membersihkan kawasan dusun tersebut. Setelah selesai
membersihkan dusun, mereka melepaskan penat dengan berehat di sebuah pondok
yang terdapat dalam dusun tersebut. Sambil berehat di pondok, Adnan mengambil
peluang untuk bertanya ayahnya mengapa dusun itu terletak berdekatan dengan kawasan
kubur. Ayahnya telah menceritakan tentang asal usul kawasan dusun tersebut.
Adnan juga telah bertanya mengenai asal usul keluarganya yang berasal daripada
keturunan Minangkabau. Pak Saidi juga telah bercerita kepada Adnan mengenai
penentangan orang Melayu terhadap pihak penjajah.
Bab 5 - Harapan Seorang Ibu
Pak Saidi baru pulang dari ladang getah dan ditegur
oleh isterinya, Mak Milah. Mak Milah mempelawa Pak Saidi untuk makan tengah hari.
Pak Saidi mengajak anak-anaknya untuk makan tengah hari bersama. ketika makan,
Pak Saidi tidak lupa untuk memberi nasihat kepada anak-anaknya. Adnan meminta
kebenaran daripada ayahnya untuk bersekolah pada tahun hadapan. Mak Milah telah
bertikam lidah dengan Pak Saidi untuk menghantar Adnan sama ada di sekolah Melayu,
sekolah Inggeris ataupun di sekolah pondok. Akhirnya, Mak Milah akur dengan
keputusan yang diambil oleh Pak Saidi.
Bab 6 - Guru Besar Steward
Pak Saidi
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.
Walaupun ramai penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah
Inggeris kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran sebaliknya. Dia ingin
anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran. Setiap pagi, sebelum pergi ke
sawah, Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan
Sungai Ramal. Tengahhari dia menjemput anaknya dari sekolah.
Bab 7 - Mereka Tidak Mengerti
Penduduk Kampung Sungai Ramal menjadi gempar. Orang
ramai heboh bercerita mengenai Pak Saidi yang menghantar anaknya belajar di
sekolah Inggeris. Ramai penduduk tidak bersetuju. Pak Saidi orang pertama yang
berbuat demikian. Mereka khuatir anak Saidi akan dipengaruhi oleh Orang Putih. Lebai
Pian menyuruh Tok Ketua mengambil tindakan atas perebutan Saidi. Namun, Tok
Ketua membantah. Lalu, Tok Ketua menyatakan bahawa anak Lebai Pian mencuri buah
rambutan dan durian orang kampung. Nordin iaitu anak Lebai Pian membuat
rancangan untuk mengenakan Pak Saidi.
Bab 8 - Seteguh Karang
Pak Saidi
berehat di pondok yang terletak di tepi sawah untuk berehat, tiba-tiba Karim
datang menghampirinya lalu menyerahkan wang hasil jualan getah. Kemudian, Karim
memberitahu Pak Saidi bahawa Abu menghasut Tok Ketua supaya mengambil tindakan
ke atas Pak Saidi kerana menghantar anaknya ke sekolah Orang Putih. Karim
inginkan penjelasan daripada Pak Saidi sebab mengapa menghantar anaknya ke
sekolah Orang Putih. Petang itu rumah Pak Saidi didatangi oleh Tok Ketua
Kampung, Lebai Pian, Karim dan Isa untuk mendengar penjelasan Pak Saidi.
sedikit perbalahan telah berlaku antara Pak Saidi dengan Lebai Pian. Akhirnya
Lebai Pian kehilangan kata apabila telah dibidas oleh Pak Saidi.
Bab 9 - Anak-anak Kampung
Adnan dan Mamat duduk di atas pangkin kayu untuk
melepaskan penat setelah bermain perang olok-olok. Adnan telah mengajar Ahmad
serba sedikit perkataan bahasa Inggeris. Pada malam itu, rumah Pak Saidi telah
dicerobohi mencuri. Adnan dan Pak Saidi telah cuba untuk mengejar pencuri itu,
Pak Saidi kagum dengan keberanian yang dimiliki Adnan. Tayar basikal Pak Saidi
telah dibocorkan oleh pencuri itu. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar
yang rajin dan pintar. Dia amat disenangi teman dan guru-gurunya.
Bab 10 - Masuk Jawi Basikal Baru
Adnan
merupakan pelajar yang rajin dan
disayangi gurunya seorang lelaki Inggeris bernama Anderson. Tambahan
pula apabila Adnan mengatakan dia bercita-cita menjadi seorang askar. Adnan
berasa risau akan dirinya yang akan dikhatankan tidak lama lagi. Selepas
berkhatan, Pak Saidi telah berjanji untuk membelikan Adnan sebuah basikal baharu.
Bab 11 - Yakin Boleh
Adnan ingin mencuba menyertai pertandingan syarahan
dalam bahasa Inggeris, rakan-rakannya telah mengejek Adnan. Cikgu Nazri telah
tertarik dengan kesungguhan Adnan. Selepas itu, ramai rakannya yang lain turut
ingin menyahut cabaran daripada Cikgu Nazri. Mak Milah menguji sikap anaknya
yang berkobar-kobar dan berkeyakinan tinggi. Pak Saidi memberi kata-kata
semangat supaya menguatkan lagi semangat Adnan untuk menang. Adnan telah
menjuarai pertandingan tersebut.
Bab 12 - Jaguh Kampung
Adnan dan
Budin telah berlawan dalam pertandingan tinju. Budin dan Adnan telah bertikam
lidah sebelum pertandingan berlangsung kerana Budin tidak berpuas hati atas
kemenangan yang berpihak kepada pasukan bola Sungai Ramal dalam perlawanan bola
sepak . Pada hari itu, telah diadakan perlawanan tinju antara kampung Sungai Ramal dan Kampung
Sungai Merab, Adnan dan Budin telah terlibat dalam pertandingan itu. Para
penyokong telah menyokong dengan keghairahan. Kemudian penonton terkejut
apabila melihat Budin dan Adnan berpelukan
dan bersalaman
Bab 13 - Darah Muda
Selepas menamatkan
pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih mengajar di
sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak
minat bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun
ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil Adnan gemar
mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu. Dari situ timbulnya semangat
untuk menjadi askar Melayu bagi
mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula bertiup
semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama di kalangan guru-guru.
Bab 14
Tersebar berita
mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris akan mengambil anak-anak muda
bagi dilatih menjadi askar. Maka semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi
tentera. Pada suatu hari, Kampung Sungai
Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan yang
berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Beberapa pemuda
kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka Adnan terus
menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi
tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita anaknya. Akhirnya ibu Adnan
mengalah.
Bab 15
Adnan bersama beberapa orang rakannya,
nekad keluar dari kampung untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port
Dickson. Mereka pergi Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang
ke Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima menjadi
tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera yang datang ke
rumahnya.
Bab 16
Setelah melaporkan diri di kem, Adnan
dan Mamat terpaksa menjalani latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri
untuk menjadi seorang tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam
semasa menjalani latihan sehingga terpilih rekrut terbaik dan seterusnya beliau
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah saat yang paling mengembirakan
hati Adnan. Setelah selesai upacara perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan
mengenai perintah pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura
manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah dibenarkan bercuti
selama seminggu. Berita itu amat menggembirakan mereka kerana masing-masing
terlalu rindukan pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.
Bab 17
Kerana kesungguhannya maka dalam waktu
yang singkat, Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun
1937. Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara pertabalan
King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat sekali
lagi menjadi seorang Leftenan. Sekembalinya Leftenan Adnan Saidi dari London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya
bernama Sophia Pakih Muda
Bab 18
Mahligai
perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri dengan kehadiran tiga
orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan.
Tetapi bayi perempuan itu meninggal dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt.
Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama.
Mereka tinggal di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan
yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup
bahagia.
Bab 19
Apabila berlaku
Perang Dunia 11, dan Jepun Jepun bersedia untuk menjajah Tanah Melayu
maka Leftenan Adnan menghantar
keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang gentir bagi
Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang
ketiga. Ini merupakan kali terakhir mereka bersama. Dengan hati yang amat berat
Sophia membawa anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang.
Bab 20
Leftenan Adnan diarahkan untuk bertugas di Bukit
Candu kerana bukit itu penting untuk dipertahankan. Sekiranya pertahan di bukit
Candu dapat ditembusi maka musuh boleh menguasai Singapura dengan mudah. Sampai
ke bukit Candu. Leftenan Adnan mengarahkan anggota tenteranya menggali lebih
banyak parit untuk dijadikan kubu serta berjumpa dengan penghulu Sidek bagi
membincangkan masalah mengenai penduduk kampung yang enggan berpindah.
Bab 21
Pada hari Sabtu, 6
Disember 1941, pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat mengadakan persidangan di Manila, Filipina. Antara yang hadir Laksamana Thomas C. Hart, pegawai
pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet), dan
Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh.
Mereka membincangkan mengenai persiapan tentera Jepun untuk menakluk Asia
termasuk Tanah Melayu dan Filipina. Masing-masing yakin serangan tentera Jepun
itu dapat dipatahkan tambahan pula dengan adanya askar Melayu yang diberi tugas
bersama tentera Inggeris mempertahankan Tanah Melayu.
Bab 22
Sebuah pesawat
peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpangkalan
di lapangan terbang Tanah Melayu terjumpa konvoi
Jepun yang berlepas dari Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut,
Pegawai Penerbangan Ramshaw, melaporkan pada mulanya hanya tiga buah kapal
belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut
lain. Angkatan itu diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima buah penjajap dan tujuh buah kapal pembinasa (Ramshaw tersilap
melaporkan kapal penjajap berat sebagai kapal tempur). Pada pendapatnya,
kapal-kapal tersebut tengah menuju ke arah Thailand yang berkecuali, atau ke Tanah Melayu.
Ini merupakan isyarat yang amat jelas
kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua-dua laksamana itu
bertindak dengan segera. Empat buah kapal pembinasa Amerika Syarikat di Balikpapan menerima arahan
agar belayar ke laut lepas, sementara Laksamana Muda Arthur E.F. Palliser dan
Panglima Besar Phillips menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan
pelayarannya ke Darwin, Australia, dan
kembali ke Singapura secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoi
Jepun tiba. Pesawat British diperintahkan agar melakukan lebih banyak
penerbangan peninjauan lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu
kerana cuaca buruk menghalang pesawat British daripada berlepas. Pada pukul 7
petang, angkatan penjajahan Jepun bertukar arah dan belayar ke utara menujui Teluk Siam.
Bab 23
Penduduk di Tanah
Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera Jepun akan menyerang. Namun ada
juga yang berasa gembira kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan
memerdekakan Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita
mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak
mahu berlakunya perang. Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya
iaitu Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera Laut
dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar Melayu. Pak Saidi
bangga kerana ketiga-tiga anaknya berada dalam angkatan tentera. Namun ibunya
tetap risau sekiranya berlaku peperangan. Leftenan Adnan sering mengutus surat
kepada adik-adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang bersungguh-sungguh demi tanah
air.
Bab 24
Sejurus selepas
tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh
pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan meriam British mula
membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas
bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar
menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha pertahanan
dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi mereka menghadapi
tentangan yang sengit.
Kubu mesingan (MG)
di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat
dipantai dan membunuh banyak askar Jepunm termasuk komander batalionnya, Mejar
Nakamura, yang mengetuai orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel
Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu:
"Kubu-kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan
ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai,
separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat mengangkat kepala
mereka". Tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap
dua buah kubu kecil dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan
pendaratan, barulah mereka menguasai tempat mendarat.
Dalam pertempuran
secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang
bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang
penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan meriam British
yang mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu
kecil telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan mebolosi
kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India tidak
dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula berundur.
Bab 25 - Gagalnya Operasi Matador
Pada pagi 8 Disember 1941,
bertempat dalam Bilik Gerakan Tentera British, Kota Bharu suatu mesyuarat
tergempar diadakan. Pemerintah Kor. Jeneral Heath segera menghubungi Ibu
Pejabat bagi memaklumkan bahawa tinjauan dari udara di Teluk Siam mendapati
adanya gerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan Pattani. Tetapi Ops
Matador tidak dapat d dilaksanakan kerana Jeneral A. E. Percival yang
bertanggungjawab dengan Ops Matador sedang menghadiri mesyuarat Majlis
Perundangan Negeri Selat. Mereka mendapati Tentera Jepun sudah mendarat di Kota
Bharu. Keadaan di Barat, nasi sudah menjadi bubur. Jeneral A. E. Percival
menghubungi Panglima Sir Brooke-Popham memaklumkan perkara tersebut barulah Ops
Matador dapat dijalankan. Di Kota Bharu kemaraan tersekat di Sungai Kelantan.
Pihak Tentera Jepun telah terkorban akibat letupan yang kuat.
Bab 26 - Serangan Bertali Arus
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah
diserang oleh Tentera Jepun dalam masa yang singkat. Kebanyakan pertahanan
telah pun musnah. Empat buah kapal pembinasa yang menjadi kapal pengiring tidak
dapat berbuat apa-apa kerana mereka juga diserang oleh kapal terbang Jepun.
Jeneral A.E Percival mengarahkan tentera India British menyerang tentera Jepun.
Dalam keadaan kelam kabut, berundur dari Nongka, Panglima Brid. Jen. Garret
dilaporkan hilang semasa menyeberangi sungai dan mereka terputus hubungan. Pada
masa yang sama, Jeneral Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun
menyerang pertahanan British di Pulau Pinang. Pak Saidi mengatakan bahawa Ahmad
sudah tiada. Pegawai tentera laut yang membawa berita tentang Ahmad, sudah
terkorban di medan perang. Penduduk kampung ramai membaca Yasin untuk Ahmad.
Bab 27 - Perancangan Dua Jeneral
Penduduk Johor Bharu gempar dengan kehadiran ramai
Tentera Jepun. Mereka tiba di Johor Bharu setelah hampir sebulan mendarat di
Kota Bharu. Pertempuran demi pertempuran telah berlaku dan jatuhnya satu demi
satu negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dalam masa yang singkat Pihak
British terpaksa berputih mata dan terpaksa mengundurkan tenteranya ke
Singapura. Lalu membuat pertahanan di situ. Panglima Tertinggi British di Timur
Jauh Sir Robbert Brooke-Propham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh LT. Jen.
Sir Henry Pownall. Petang 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Tanah Melayu
jatuh ke tangan tentera Jepun. Tentera Jepun telah menawarkan Samad agar
bekerjasama dengan mereka untuk membebaskan Singapura , Samad bersetuju dengan
tawaran tersebut. Jeneral A. E. Percival agak tertekan dengan keadaan yang
sedang melanda. Panglima Tentera Australia Henry Gordon Bennett membuat
pemeriksaan kedudukan pertahanan pasukan tenteranya di bahagian Barat Laut.
Kapten Rix dan Adnan mengatur persiapan bagi menentang tentera Jepun di Bukit
Candu dan Pasir Panjang.
Bab 28 - Pertempuran Demi Pertempuran
Serangan mengejut segera dibalas angkatan tentera
diraja British. Serangan balas tersebut membuatkan tentera Jepun menggandakan
bedilan yang bertubi-tubi. Pasukan tentera India dan tentera British yang
bertahan tidak berupaya memberikan tentangan berkesan dan terpaksa berundur. Kejayaan
tentera Jepun amat menggembirakan hati Jeneral Yamashita. Jeneral Yamashita
telah menghantar surat kepada Jeneral A. E. Percival supaya menyerah kalah.
Leftenan Adnan akan mempertahankan Pasir Panjang dan Bukit Candu dengan apa
cara sekalipun.
Bab 29 - Terus Berjuang
Penghulu Deraman bersama anak-anak buahnya yang
terdiri daripada pengawal kampung datang bertemu dengan Leftenan Adnan. Tujuan
mereka untuk menyatakan persediaan mereka bertempur membantu pasukan Askar
Melayu menentang Tentera Jepun. Pasukan Rejimen Askar Melayu memilih mengadakan
pertahanan di satu rabung dipanggil dengan nama Rabung Pasir Panjang. Jeneral
Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak Askar Melayu.
Berita penawanan Askar Melayu dari Kompeni "B" meresahkan Leftenan
Adnan. Leftenan Adnan terus bersemangat untuk berjuang hingga ke titisan yang
terakhir.
Bab 30 - Serangan Balas
Suasana pagi itu hening Askar Melayu yang tidak
bertugas sedang tidur-tidur ayam. Tiba-tiba suasana yang tenang itu dikejutkan
dengan satu jeritan. Tentera Jepun sudah menyerang Tanah Melayu. Leftenan Renya
memimpin pasukan penggempur memerintahkan orang-orangnya terus melepaskan
tembakan mortar ke arah pertahanan pihak lawan. Kebanyakan tembakan tepat
mengenai sasaran. Jeneral Yamashita bertambah berang, dia mahu pasukannya
mencari jalan bagaimana mahu menembusi kubu pertahanan tentera Melayu. Tentera
Jepun memakai pakaian tentera Sikh untuk mengelirukan musuh. Dua puluh orang
tentera Jepun yang memakai turban telah dibunuh dari jarak yang dekat.
Bab 31
Kehebatan Askar Melayu yang berjaya menghidu tipu
helah yang dibuat oleh tentera Jepun telah menyebabkan Leftenan Renya Mutugchi
berang. Disebabkan itu, tentera Jepun telah bertekad untuk menyerang Askar
Melayu di Bukit Candu secara besar-besaran. Serangan kali ini menggunakan kapal
terbang untuk serangan udara dan disusuli dengan serangan pasukan artileri.
Bab 32
Pertempuran sengit
berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan, termasuk bom tangan dan senjata
automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun.
Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka
kekal bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.
Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya untuk bertahan
bersunguh-sungguh.
Tentera Jepun yang marah kerana
keberaniannya menentang musuh sehingga
ramai yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan
guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera
parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana meradang akibat kehilangan ramai rakan,
tentera Jepun kemudiannya telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di
bawah pokok ceri itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah
menikam tubuh Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan
boyonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.
Bab 33
Dua hari selepas
pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British menerah kalah, Haji Burhan
dan beberapa orang penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu
telah memanjat bukit tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya.
Di sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang putus
lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman dan tetakan senjata
tajam.
Mereka juga terjumpa seorang yang masih
hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan kehebatan askar
Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah terakhir. Kemudian penduduk
kampung mengumpulkan mayat-mayat askar Melayu lalu mengebumikannya.
Bab 34
Pada suatu hari
berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung Sungai Ramal, Kajang. Mereka
mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapi penduduk kampung telah berpakat tidak
akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka menyembunyikan keluarga Leftenan
Adnan. Keberanian Leftenan Adnan menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi
menentang tentera Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi
menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu
Bab 35
Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan
dan kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina menutup kedai
kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk kampung yang menjadi mangsa hidup
dengan serba kekurangan. Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang ,dan apa saja yang
boleh menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya iaitu
Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak perempuannya, Fatimah akibat
demam panas.
Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah
menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British. Rakyat telah
kembali memulakan kehidupan baru dengan mengerjakan ladang dan sawah sebagai
kegiatan harian. Sophia bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara
anak-anaknya. Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia
telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama memulakan
tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz Ridwan dan akhirnya
mereka berdua telah berkahwin menjadi pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun
berkahwin, mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap penyakit
leukemia.
No comments:
Post a Comment