17/01/2015

LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA (analisis & kajian)

Tema
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.

Leftenan Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta mendapat dorongan daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.


Persoalan

i.        Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Contoh :  Isteri Leftenan Adnan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anak-anak.

ii.        Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.
Contoh :  Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.

iii.        Sikap berpandangan jauh.
Contoh :  Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.

iv.        Semangat cinta akan negara.
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:

Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah.  Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.  Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.

Perkembangan
Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukit Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudah pun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.

Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.  Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adnan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.

Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.  Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.  Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.


TEKNIK PENCERITAAN

Pemerian
  • Contoh :  Pengarang menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu

Dialog
  • “Macamana belajar di sekolah orang putih?  Seronok?”, tanya Mamat ingin tahu. 

Imbas Kembali
  • Contoh :  Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam  Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.

Imbas Muka
  • Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan menembak musuh yang datang.
  • Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga.  Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.  Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya.  Apatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.

Monolog Dalaman
  • Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.  


WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama
Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal
  • Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal.
  • Anak sulung daripada tiga orang adik beradik.  Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
  • Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.

Dalaman
  • Berani
Contoh :  Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
  • Bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
  •  Patriotik
Contoh :  Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
  • Rajin
Contoh :  Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
  • Penyayang
Contoh :  Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.
           

Watak Sampingan
Pak Saidi
  • Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
  • Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
  • Berpandangan jauh
Contoh :  Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.
  • Bertanggungjawab
Contoh :  Setiap pagi  mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengah hari.
  • Rajin
Contoh :  Setiap pagi dia menorah getah dan mengerjakan sawah.

Sophia
  • Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda.
  • Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
  • Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
  • Penyayang
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya.  Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
  • Tabah
Contoh :  Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.
  • Bertanggungjawab
Contoh :  Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.

Mamat
  • Sahabat baik Leftenan Adnan.
  • Menyertai pasukan askar Melayu.
  • Setia kawan
Contoh :  Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun  Adnan dipulaukan oleh rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris.


LATAR

Latar Tempat
  • Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Leftenan Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.

  • Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh :  Tempat Leftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.

  •  Pasir panjang
Contoh :  Kompeni C di bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.

  • Bukit Candu
Contoh :  Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri.  Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.


  • Alexandria
Contoh :  Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
           
Latar Masa
  • Tahun 1937
Contoh:  Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
  • Tahun 1941
Contoh :  Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
  • Waktu pagi.
Contoh :  Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
  • Waktu malam.
Contoh :  Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
  • Waktu petang.
Contoh :  Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.


                       








Latar Masyarakat
Huraian
Masyarakat kampung.

Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.
Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.
Masyarakat yang berani.
Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Masyarakat yang bijaksana.
Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.


Nilai
Huraian
Nilai kebijaksanaan

Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Nilai keberanian

Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Nilai Kerjasama

Penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Nilai patriotik

Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.




Pengajaran
Huraian
Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
Kita perlu berani dalam menentang musuh.

Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.



1 comment:

Unknown said...

cikgu boleh tak bagi contoh 3 peristiwa untuk persoalan tentang pengorbanan ,kebijaksnaan dan kasih sayang