Tema
Tema
novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah
air.
Leftenan
Adnan bin Saidi telah menunjukkan keberanian dan kecekalan sejak kecil serta
mendapat dorongan daripada bapanya untuk menjadi askar. Keperwiraan beliau
terbukti apabila beliau berjuang menentang musuh hingga penghujung nyawa.
Persoalan
i.
Persoalan
pengorbanan seorang isteri.
Contoh :
Isteri Leftenan Adnan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan
suaminya dan menjaga anak-anak.
ii.
Kebijaksanaan
dalam menghadapi situasi genting.
Contoh : Leftenan
Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai
askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.
iii.
Sikap
berpandangan jauh.
Contoh :
Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan di
sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.
iv.
Semangat
cinta akan negara.
Contoh : Leftenan
Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki
bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
PLOT
Secara keseluruhannya plot
drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:
Permulaan
Pengarang menceritakan
kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak
Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris
di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk
melayakkannya menjadi askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan
mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
Perkembangan
Perkembangan cerita bermula
apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia
Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke
Pasir panjang dan Bukit Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang
ketika itu sudah pun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.
Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan
depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang pasukan
Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga
memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula pasukan
tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni
C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu
semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.
Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu peluru
hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin
ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan
Adnan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan
lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan
Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam
bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun
telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki. Sophia
membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum
berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia
berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
TEKNIK PENCERITAAN
Pemerian
- Contoh : Pengarang
menggambarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu
pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti
Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari
kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu
Dialog
- “Macamana belajar di
sekolah orang putih? Seronok?”, tanya Mamat ingin tahu.
Imbas Kembali
- Contoh : Koperal
Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam
Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan
ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah
kesihatannya pulih.
Imbas Muka
- Contoh :Semasa
berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk
menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin
menjaga negeri ini dan akan menembak musuh yang datang.
- Adnan membayangkan
bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu
digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan. Dan setiap kali
digigit kerengga, pasti terasa sakitnya. Apatah lagi kalau digigit
pada bahagian yang paling sulit.
Monolog Dalaman
- Contoh : Inilah Tok
Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal
- Dilahirkan di kampung
Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris
pekan Sungai Ramal.
- Anak sulung daripada
tiga orang adik beradik. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya
bernama Mak Milah.
- Pernah menjadi guru
pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan
Haig Lines Port Dickson.
Dalaman
- Berani
Contoh : Leftenan
Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah
terakhir walaupun tanpa senjata.
- Bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan
bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang
memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
- Patriotik
Contoh : Leftenan
Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki
bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
- Rajin
Contoh : Leftenan
Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap
pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
- Penyayang
Contoh : Leftenan
Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya
di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat
kemaraan Jepun.
Watak Sampingan
Pak Saidi
- Mempunyai isteri yang
bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad
dan Amarullah.
- Tinggal di Kampung
Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
- Berpandangan jauh
Contoh : Seorang yang
mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.
- Bertanggungjawab
Contoh : Setiap
pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi
ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengah hari.
- Rajin
Contoh : Setiap pagi
dia menorah getah dan mengerjakan sawah.
Sophia
- Nama sebenarnya ialah
Sophia Pakih Muda.
- Isteri kepada Leftenan
Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
- Seorang guru di
sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
- Penyayang
Contoh : Seorang yang
sangat sayang akan suaminya. Sophia menangis ketika hendak berpisah
dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
- Tabah
Contoh : Tabah dengan
kematian suaminya di Bukit Candu.
- Bertanggungjawab
Contoh : Menyara
anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh
getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.
Mamat
- Sahabat baik Leftenan
Adnan.
- Menyertai pasukan
askar Melayu.
- Setia kawan
Contoh : Tetap
berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun Adnan dipulaukan oleh rakan-rakan
yang lain kerana bersekolah Inggeris.
LATAR
Latar Tempat
- Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Leftenan
Adnan dan tempat Leftenan Adnan dibesarkan.
- Kem Latihan Haig Lines
Port Dickson
Contoh : Tempat Leftenan
Adnan menerima latihan ketenteraan.
- Pasir panjang
Contoh : Kompeni C di
bawah pimpinan Leftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun
sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.
- Bukit Candu
Contoh : Leftenan
Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya
digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
- Alexandria
Contoh : Benteng
terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
Latar Masa
- Tahun 1937
Contoh: Leftenan
Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi
ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
- Tahun 1941
Contoh : Jepun
menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
- Waktu pagi.
Contoh : Setiap pagi
sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal.
- Waktu malam.
Contoh : Kompeni C
menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
- Waktu petang.
Contoh : Tentera
Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang
berturban.
Latar
Masyarakat
|
Huraian
|
Masyarakat kampung.
|
Pak Saidi dan penduduk
kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup
dengan bersawah.
|
Masyarakat yang
mementingkan ilmu.
|
Pak Saidi menghantar
anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.
|
Masyarakat yang berani.
|
Kompeni C askar Melayu
berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir
walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
|
Masyarakat yang
bijaksana.
|
Leftenan Adnan bijak
mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai
turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
|
Nilai
|
Huraian
|
Nilai kebijaksanaan
|
Leftenan Adnan bijak
mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai
turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
|
Nilai keberanian
|
Kompeni C askar Melayu
berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir
walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
|
Nilai Kerjasama
|
Penduduk kampung
bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari
isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
|
Nilai patriotik
|
Leftenan Adnan yang
bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang
ketenteraan demi cinta akan tanah air.
|
Pengajaran
|
Huraian
|
Kita hendaklah sayang
akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
|
Leftenan Adnan yang
bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang
ketenteraan demi cinta akan tanah air.
|
Kita perlu berani dalam menentang
musuh.
|
Kompeni C askar Melayu
berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir
walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
|
Kita wajar bekerjasama
dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
|
Penduduk kampung
bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari
isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
|
Kita mesti bijak
menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
|
Leftenan Adnan bijak
mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai
turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
|
1 comment:
cikgu boleh tak bagi contoh 3 peristiwa untuk persoalan tentang pengorbanan ,kebijaksnaan dan kasih sayang
Post a Comment