13/01/2015

SINOPSIS : PANTAI KASIH (analisis & kajian)

Tema
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya

Contoh: Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.



·         Tabah menghadapi kematian anak peremuannya
o    Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.

·         Tabah menghadapi kegagalan rumah tangganya
o    Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya Doktor Sadiz disebabkan keenganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul dalam perbicaran, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaran di mahkamah keluarga, dengan bangga dan sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.

·         Tabah menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah
o    Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

·         Tabah menerima tugas membedah
o    Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.
o    Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan temurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.

·         Tabah menghadapi penceroboh
o    Apabila Pantai Kasih diceroboh oleh seorang pemuda berumur dua puluhan yang merupakan bekas pelajar peubatan yang tidak menamatkan pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut. Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulah mengenali pemuda itu, Raiha memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas.

·         Tabah menerima berita punca kematian anaknya.
o    Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap mereka adalah mangsa keadaan.


Persoalan
i.        Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.  
Contoh: Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong siron asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.

ii.        Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.
Contoh: Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.

iii.        Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul
Contoh: Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong Siron walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.

iv.        Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan
Contoh: Felecia mengaku kesalahannya, walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.

v.        Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan
Contoh: Walaupun Raiha sudah mengetahui punca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.

vi.        Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan
Contoh: Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia tabah menghadapi Felicia kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang. Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.

vii.        Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga
Contoh: Akibat keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan memintanya menggugurkan kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa singkat.

viii.        Persoalan tentang kasih sayang.
Contoh: Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat pejagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.


PLOT
1.    Permulaan
o    Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik.
o    Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi.

1.    Perkembangan
o    Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya iaitu kematian tragis anak perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadam dalam ingatan. Apa-apa sahaaa yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
o    Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah lagi.
o    Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang renting dalam jaga dan tidurnya.
o    Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keenganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal.
o    Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.
o    Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara trajis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu.
o    Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tumpurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
o    Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan.
o     
2.    Konflik
1.            Konflik dengan diri sendiri
2.            Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya
§  Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.

·         Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.
o    Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.

·         Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya
o    Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.

·         Konflik Doktor Uwang dengan Ayu
o    Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan  sentiasa terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu.

1.    Konflik dengan orang lain
2.    Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
o    Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak mucul dan menceritakan kisah yang sebenar.


·         Konflik antara Sister Felicia dan Raiha
o    Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.

·         Konflik antara Raiha dengan ayahnya
o    Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.

·         Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong
o    Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya.

·         Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong
o    Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi.

·         Konflik antara Sister Felicia  dengan Doktor Uwang
o    Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakiit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.


1.    Klimaks / Puncak

·         Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.
o    Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi diceroboh oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut.
o    Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o    Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya.
o    Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pegelangan tangan dan tempurung lututnya.

1.    Peleraian
o    Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang hancur.
o    Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
o    Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.
o    Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut.
o    Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi kerana takut.
o    Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka adalah mangsa keadaan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Raiha
·         Seorang doktor  di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan
·         Doktor pakar bedah
·         Anak kepada doktor pakar bedah
·         Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakah Pakar Perunding Pembedahan.
·         Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
·         Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
·         Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
·         Sentiasa terkenang peristiwa malang  yang mengikabatkan kematian anak kesayangannya.
·         Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
·         Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
·         Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.

Watak Sampingan

Doktor Uwang
·         Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
·         Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang  surgery
·         Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
·         Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
·         Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
·         Berwajah kacak dan segak
·         Berusia pertengahan empat puluhan
·         Bertubuh sederhana
·         Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
·         Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
·         Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh

Unong Siron
·         Bekas Pesakit Doktor Uwang
·         Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
·         Kurus cengkung dan pucat
·         Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
·         Mempunyai masa depan yang cerah
·         Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
·         Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara


Doktor Sadiz
·         Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
·         Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
·         Pakar Perunding Pembedahan
·         Pakar Bedah Otak
·         Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
·         Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
·         Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.
·         Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.


Ayah Raiha
·         Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
·         Seorang yang optimistic
·         Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
·         Sudah meninggal dunia
·         Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
·         Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
·         Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
·         Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.

Sister Felicia Landosi
·         Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
·         Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor Sadiz
·         Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
·         Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
·         Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan berkhidmat di hospital yang sama.
·         Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan.





LATAR

Latar Tempat
1.         Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o    Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o    Tempat Rahia bertugas sebagai pakar  bedah.
o    Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan
o    Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o    Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
o    Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor.


2.         Apartment Raiha
o    Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o    Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o    Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.

3.         Rumah Tumpangan
o    Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o    Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.

4.         Rumah Doktor Uwang
o    Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o    Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o    Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.

5.         Mahkamah Keluarga
o    Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.

6.         Wad Super VVIP
o    Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o    Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o    Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o    Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.

7.         Daerah Inanam
o    Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o    Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini




8.         Hospital Kinabalu
o    Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o    Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o    Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat



Latar Masa

1.         Malam Hari
o    Kemalangan Doktor Uwang
§  Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
§  Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
§  Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit gologan menengah dan sederhana.

·         Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
o    Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o    Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.

·         Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o    Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o    Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu.

·         Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o    Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o    Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.

2.         Waktu Senja
o    Pembedahan keenam
§  Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.

Latar Masyarakat
1.         Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o    Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.

2.      Latar masyarakat yang takut berterus terang
o    Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.

3.         Latar masyarakat yang ego
o    Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu disambar api tersebut.

4.         Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
o    Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu  menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

5.         Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan
o    Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.

6.         Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
o    Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
o    Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.

7.         Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
o    Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
o    Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.


TEKNIK PENULISAN

1.    Pemerian
o    Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia
§  Latar belakang Sister Felicia dideskripsi menggunakan kaedah pemerian. Penulis menceritakan bahawa Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu muda. Felicia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan sifat memberontak dalam diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan.

·         Pemerian tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak perempuannya.
o    Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba disambar oleh kemarakkan api yang sedang memamah kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya rentung. Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh disambar api yang dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan menyimbah minyak petrol kea rah kereta mewah tersebut.
                                   
·         Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang
o    Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang wajah anak perempuan pak ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa ngilu dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat mengawal kederaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.

·         Pemerian tentang kematian Rohayu
o    Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz. Penulis menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap sikap Raiha yang membawa lari anak perempuan dan kereta mewah Porsche kesayangannya itu, membuatkan Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang membelikan minyak petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan apa yang sedang marak itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.
                                        
·         Pemerian tentang penyakit Unong Siron
o    Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron. Gadis lincah itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pampasan daripada syarikat insurans diterima. Sister Felicia tidak sampai hati melihat gadis yang dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-henjut dan menawarkan pembedahan oleh doktor pakar di tempat dia bekerja. Pemerian tentang pembedahan yang telah lima kali dilalui oleh Unong Siron memberikan pengalaman ngeri kepada pembaca yang membaca novel ini.

1.    Dialog
o    Dialog Raiha dan Doktor Sadiz
§  Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan di antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup.

·         Dialog Raiha dan ayahnya
o    Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar bedah tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya.

·         Dialog Raiha dan Sister Felicia
o    Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi memberikan penjelasan tentang sika kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia menjeaskan bahawa ‘sapi tua’ paggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.

·         Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
o    Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong dalam dialognya meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat kerana dia berpendapat hanya pemuda itu sahaja yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat itu.

·         Dialog Raiha dengan Ibu Unong Siron
o    Selepas Raiha mendapati panggilan yang diterima adalah panggilan palsu, dia mengambil kesempatan untuk menziarahi Unong Sarion yang baharu sahaja dibedah senja itu. Sewaktu Raiha merenung muka Unong, ibu Unong Siron bertanya tentang keadaan anaknya itu. Raiha menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku sebaliknya berharap agar anak gadis itu akan segera sembuh dan tidak perlu dibedah lagi.

·         Dialog Doktor Uwang dengan Sister Felicia
o    Doktor Uwang berdialog dengan Sister Felicia sewaktu menunggu Doktor Sadiz. Selepas pulang dari rumah Datu Untong, Felicia dihantar oleh Doktor Uwang, dan ketika menunggu Doktor Sadiz, Doktor Uwang menyatakan bahawa sesuai dengan komitmen yang diberikan oleh Felicia, jawatan dan tangga gajinya akan dinaikkan.


1.    Imbas kembali
o    Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha
§  Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak perempuannya itu sering menghantui fikirannya.
§  Doktor Uwang juga sering terimbas kembali saat kematian anak perempuan Doktor Sadiz di hadapan matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta ikhsan daripadanya. Dia juga terimbas kembali sewaktu melakukan otopsi ke atas anak perempuan itu.

·         Imbas kembali zaman sekolah rendah
o    Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia adalah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat  gaya hidup bebas yang diamalkan.

·         Imbas kembali peristiwa kemalangan yang meragut nyawa Doktor Sadiz
o    Raiha teringat kembali saat kematian bekas suaminya. Selepas menang dalam perbicaraan Doktor Sadiz vs Raiha kerana saksi utama tidak muncul. Sewaktu bertembung dengan Raiha di hadapan mahkamah, Doktor Sadiz menjelaskan bahawa Raiha akan digantung tanpa tali sampai bila-bila sebagai balasan menjejaskan status elitnya di khalayak ramai akibat perbicaraan itu. Sejurus beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz terlanggar lori tangki minyak yang berhenti di persimpangan lampu berisyarat menyebabkan keretanya meletup dan terbakar.

·         Imbas kembali zaman belajar di pusat pengajian tinggi
o    Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di pusat pengajian tinggi. Salah seorang tenaga pengajar ialah Doktor Uwang, seorang pensyarah yang berwajah tampan menyebabkan dia secara sukarela membantu melakukan demostrasi apabila pembelajaran sedang dijalankan.

1.    Saspens
o     Saspens punca kematian anak perempuan Raiha
§   Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.

o     Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
§   Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain.

GAYA BAHASA

1.    Peribahasa
o    Similie
§  Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,

1.    Penggunaan Diksi
o    Kata-kata istilah sains perubatan
§  Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh penulis. Penulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan.  Antaranya
§  X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis

·         Perkataan masyarakat setempat
o    Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya
§  Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol


NILAI
1.         Nilai Kerajinan
o    Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
o    Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.

2.         Nilai Ketekunan
o    Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.

3.         Nilai Keberanian
o    Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.

4.         Nilai Bertanggungjawab
o    Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.

5.         Nilai Keprihatinan
o    Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang  bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.

6.         Nilai Ketabahan
o    Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.





PENGAJARAN
1.         Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
o    Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.

2.         Kita hendaklah menghormati hak orang lain
o    Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.

3.         Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
o    Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil. Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.

4.         Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
o    Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.

5.         Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
o    Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.

6.         Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
o    Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnya sering menjadi bahan melampias kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.