Tema
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai
rintangan dalam hidupnya
Contoh:
Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak perempuan tunggalnya
itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down sinDoktorom’.
Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar
kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut
walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak
tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu
itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan
anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya itu
melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa
marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri.
Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung.
Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa
Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
·
Tabah
menghadapi kematian anak peremuannya
o Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya.
Anak perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih
iaitu ‘down sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan,
suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu
melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain
diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa
seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa
kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh
Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat
kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu
sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap
menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
·
Tabah
menghadapi kegagalan rumah tangganya
o Kegagalan rumah tangga antara Raiha dan suaminya
Doktor Sadiz disebabkan keenganan Raiha mendengar nasihat suaminya agar
menggugurkan kandungannya yang didapati cacat atau ‘down sinDoktorom’. Raiha juga
melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan menyebabkan
kemarahan suamnya berganda. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api
kereta mewah yang sedang marah merupakan kemuncak kemarahan suaminya, apatah
lagi setelah bekas suaminya menang kes dalam mahkamah dalam menentukan
kesalahan siapakah punca kematian anaknya itu. Akibat saksi utama tidak muncul
dalam perbicaran, bekas suaminya yang menggantung perkahwinannya sehingga akhir
hayat menang dalam kes tersebut dalam perbicaran di mahkamah keluarga, dengan
bangga dan sinis senyum dan melafazkan dia tidak akan melepaskan Raiha
melainkan meninggalkannya tergantung-gantung sepanjang hayatnya. Kegagalan
dalam rumah tangga itu dihadapi dengan tabah walaupun sanak saudaranya pada
peringkat awal menyokongnya tetapi semakin berkurangan selepas peristiwa itu.
·
Tabah
menghadapi bangkangan ayahnya untuk menjadi pakar bedah
o Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap
cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak
meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa
tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu
dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah
hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan
menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
·
Tabah
menerima tugas membedah
o Raiha tabah menerima tugas membedah Unong Siron
walaupun tahu sepatutnya pembedahan tersebut dilakukan oleh Doktor Uwang tetapi
atas kepercayaan yang diberikan menjadikan dia setuju untuk membedah pesakit
itu buat kali keenam. Dia melakukan dengan sebaik mungkin supaya Unong Siron
akan dapat mengakhiri penderitaan kesakitannya selepas itu.
o Raiha juga tabah dalam membuat keputusan untuk
membedah Doktor Uwang yang mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan
dan temurung lutut doktor itu supaya dapat menyelamatkan doktor itu yang
mengalami kemalangan selepas merempoh tembok Pusat Rawatan Kasih.
·
Tabah
menghadapi penceroboh
o Apabila Pantai Kasih diceroboh oleh seorang pemuda
berumur dua puluhan yang merupakan bekas pelajar peubatan yang tidak menamatkan
pelajarannya, Raiha tabah dan mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut.
Doktor palsu tersebut memang mencarinya dan melakukan panggilan palsu sebelum
ini. Dalam saat getir menenangkan penceroboh tersebut dan setelah ditenangkan
oleh ibu Unong Siron yang secara kebetulah mengenali pemuda itu, Raiha
memberikan pendapat bahawa pemuda tersebut diminta membantunya merawat Unong
Siron yang tenat di hospital lain. Pemuda tersebut bersetuju diiringi ke
hospital tempat anak ibu Unong dirawat dan akhirnya diberkas.
·
Tabah
menerima berita punca kematian anaknya.
o Setelah beberapa peristiwa hitam yang dihadapi oleh
Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila mengetahui punca
sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara
sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan
menganggap mereka adalah mangsa keadaan.
Persoalan
i.
Persoalan tentang kepentingan diri melebihi
kepentingan masyarakat.
Contoh: Sikap lebih mementingkan keuntungan
syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan
kesusahan pesakitnya Unong siron asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan.
Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah
berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan
statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia
memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.
ii.
Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun
sudah berumah tangga.
Contoh: Sikap
Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga
menggambarkan bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam
dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang.
Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan
dia seorang yang pemilih.
iii.
Persoalan tentang tanggungjawab yang harus dipikul
Contoh: Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan
ke atas Unong Siron walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah yang selayaknya
melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi
tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat
kemalangan merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk
melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
iv.
Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan
Contoh: Felecia mengaku kesalahannya, walaupun pada
peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya
bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu dihadapan
Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yang
meragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya
kerana takut.
v.
Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan
Contoh: Walaupun Raiha sudah mengetahui punca
kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yang
membakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha
reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai
ketentuan tuhan dan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa
termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita tersebut.
vi.
Persoalan tentang tabah menghadapi rintangan
Contoh: Raiha begitu tabah menerima rintangan dalam
hidup. Ketabahan Raiha bermula dengan gangguan peristiwa hitam keruntuhan rumah
tangganya. Walaupun dia dijadikan bahan tontonan sewaktu kes perbicaraan
tersebut mendapat liputan media dan dia gagal dalam kes tersebut, namun dia
meneruskan kehidupan dengan tabah. Dia juga tabah sewaktu ditempelak oleh
Sister Felicia yang kurang berpuas hati dengan tindakannya menyebelahi emak
Unong Siron. Walaupun Felicia tidak mengendahkan Raiha selepas kejadian itu dia
tabah menghadapi Felicia kerana meraka bekerja sebumbung. Raiha juga tabah dan
berhasrat untuk melupakan peristiwa dia mempersoalkan kewibawaan Doktor Uwang.
Dia ingin memulakan hidup baru yang lebih selesa.
vii.
Persoalan tentang keruntuhan rumah tangga
Contoh: Akibat
keruntuhan institusi rumah tangga seseorang itu akan menghadapi trauma yang
berpanjangan. Raiha sentiasa dibayangi kisah silam termasuk keruntuhan rumah
tangganya. Sikap Doktor Sadiz yang dianggap keterlaluan memintanya menggugurkan
kandungan mereka, dan juga menggantung Raiha tidak bertali selepas menang dalam
kes perbicaraan menjadikan peristiwa hitam tersebut tidak luput dalam masa
singkat.
viii.
Persoalan tentang kasih sayang.
Contoh: Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu
walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi. Baginya anaknya itu
mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas Rohayu
dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas
suaminya Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat
pejagaan jauh dari situ bagi mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan
bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa kasih atas nasib yang menimpa
Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu merupakan pembedahan
yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit menderita.
PLOT
1.
Permulaan
o Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha
terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia masih menganggap semua
kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz
menjadi suami yang baik.
o Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit
yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya
sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan
sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal.
Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha
berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan
lagi.
1.
Perkembangan
o Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam
hidupnya iaitu kematian tragis anak perempuannya. Peristiwa itu sering
menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang
anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api sukar
dipadam dalam ingatan. Apa-apa sahaaa yang direnung atau dilihat tidak
semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu.
o Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan
dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya.
Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan secara luar nikah dan
dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak
apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya
itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya.
Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa
ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya
sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai
dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka
itu rakan persekolahan sejak di bangku sekolah rendah lagi.
o Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas
kematian anak pak ciknya yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha.
Pada malam kejadian dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya itu
disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari
anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin
dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu
Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak
pak ciknya yang renting dalam jaga dan tidurnya.
o Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta
oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak
yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keenganan Raiha menggugurkan dan
memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu
menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang
lama adalah normal.
o Doktor Uwang dan doktor-doktor lain terpaksa
menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu
berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu Berjaya diperdaya
oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali
pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan.
o Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan
akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut
kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal
kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya
di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara trajis di
hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu.
o Akhirnya Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan
kerana mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tumpurung
lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan
segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus
untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan
tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya.
o Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya
adalah disebabkan disambar api ketika bekas suaminya membakar kereta mewah
akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha
akhirnya pasrah dan menganggap mereka adakan mangsa keadaan.
o
2.
Konflik
1.
Konflik
dengan diri sendiri
2.
Konflik Raiha
dengan peristiwa hitam yang dialaminya
§ Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam
kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya.
Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu.
Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu
dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.
·
Konflik Doktor
Uwang dengan dirinya.
o Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang
sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi
dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-isteri tidak sahnya
tanpa dihalang oleh sesiapa.
·
Konflik
Sister Felicia dengan maruah dirinya
o Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui
bahawa dirinya adalah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa
rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah
mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.
·
Konflik
Doktor Uwang dengan Ayu
o Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati
akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak
ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan sentiasa terbayang-bayang
sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut
datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia
turut terbayang akan anak pak ciknya itu.
1.
Konflik
dengan orang lain
2.
Konflik
antara Raiha dengan Doktor Sadiz
o Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang
menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh
Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian
anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang
dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak mucul dan menceritakan kisah
yang sebenar.
·
Konflik
antara Sister Felicia dan Raiha
o Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila
Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha
berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat
rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha
itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran
tersebut.
·
Konflik
antara Raiha dengan ayahnya
o Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya
tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun dia berkeras juga
hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai.
·
Konflik
antara Doktor Uwang dengan Emak Unong
o Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu
mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah
Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya
sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia
berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan
urusannya.
·
Konflik
antara Sister Felicia dengan Emak Unong
o Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong
Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong
menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat
keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya
anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia
menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya
mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan
peribadi.
·
Konflik antara
Sister Felicia dengan Doktor Uwang
o Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana
melakukan kesalahan memarahi pesakiit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan
tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati
sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.
1.
Klimaks /
Puncak
·
Klimaks novel
ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih
akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas.
o Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan
mengatakan bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi diceroboh oleh
seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan
tersebut.
o Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih,
Doktor Uwang dibayangi lagi dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya
yang mati akibat disambar api setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh
pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang
meminta bantuan dan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu.
Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu
dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu
seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih.
o Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang
terpaksa dibedah di hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital
tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja dan
bukan setaraf dengan dirinya.
o Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk
penggantian sendi kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada
pegelangan tangan dan tempurung lututnya.
1.
Peleraian
o Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor
Uwang yang cedera akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan
segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota
pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang hancur.
o Akhirnya Sister Felicia Landosi memohon maaf
daripada Raiha atas penglibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak
petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu.
o Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya
Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka.
o Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana
dengan tiba-tiba muncul anak perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api
yang sedang membakar kereta mewah tersebut.
o Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak
tampil di mahkamah sebagai saksi kerana takut.
o Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan
bahawa mereka adalah mangsa keadaan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Raiha
·
Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih
(PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6 bulan
·
Doktor pakar bedah
·
Anak kepada doktor pakar bedah
·
Pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10
tahun. Beliau merupakah Pakar Perunding Pembedahan.
·
Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
·
Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan
pendirian
·
Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa
curiga dengan kemampuan diri sendiri.
·
Sentiasa terkenang peristiwa malang yang
mengikabatkan kematian anak kesayangannya.
·
Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak,
sebaik mungkin, seboleh mungkin.
·
Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang
biasa
·
Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai
kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan
Doktor Uwang
·
Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
·
Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang
surgery
·
Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
·
Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
·
Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota
Kinabalu
·
Berwajah kacak dan segak
·
Berusia pertengahan empat puluhan
·
Bertubuh sederhana
·
Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
·
Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam
dongengan silam.
·
Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Unong Siron
·
Bekas Pesakit Doktor Uwang
·
Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau
lebih ke bawah namun mampu untuk bertugkus lumus menabung wang untuk
mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
·
Kurus cengkung dan pucat
·
Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
·
Mempunyai masa depan yang cerah
·
Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan
biasiswa kerajaan pusat
·
Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar
Negara
Doktor Sadiz
·
Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor
Uwang
·
Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
·
Pakar Perunding Pembedahan
·
Pakar Bedah Otak
·
Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
·
Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak
petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
·
Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya
akibat rasa marah kerana isterinya Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta
mewahnya, tanpa disedari anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut
lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.
·
Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan
kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
·
Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
·
Seorang yang optimistic
·
Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk
keputusan Raiha mengahwini Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh
yang lebih tua daripadanya.
·
Sudah meninggal dunia
·
Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang
anak lelaki dengan isteri baharu.
·
Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah
urusan di sebuah jabatan kerajaan.
·
Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana
baginya bidang itu tidak sesuai, tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya
dalam jangka masa panjang.
·
Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.
Sister Felicia Landosi
·
Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
·
Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital
Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor Sadiz
·
Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang
liar sewaktu mudanya.
·
Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan
Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha
disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh
Doktor Sadiz.
·
Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di
sekolah rendah yang sama dan berkhidmat di hospital yang sama.
·
Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat
bersikap keterlauan teradap ibu Unong Siron yang menuduhnya sebagai punca
anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali menjalani
pembedahan.
LATAR
Latar Tempat
1.
Latar Pusat
Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan
tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan
o Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki
dan kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor.
2.
Apartment
Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian
anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas
seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta
merasai kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
3.
Rumah
Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha
membawa anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha
dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar,
kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.
4.
Rumah Doktor
Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru,
sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz
pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di
hadapan TV.
5.
Mahkamah
Keluarga
o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga
Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
6.
Wad Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di
Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat
rawatan itu.
7.
Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di
sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah
Inanam ini
8.
Hospital
Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
Latar Masa
1.
Malam Hari
o Kemalangan Doktor Uwang
§ Doktor Uwang menerima panggilan paslu yang
menyatakan bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
§ Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut
kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas
dan melanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
§ Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha
melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang menggunakan kelengkapan hospital
milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap
pesakit gologan menengah dan sederhana.
·
Pencerobohan
Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan
Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di
Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal
apabila emak Unong Siron membantu secara psikologi yang menyatakan bahawa
anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor. Walau bagaimanapun Unong
sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan
helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
·
Kemalangan
yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor
Sadiz rentung selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
milik Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang
oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun
setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari.
Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia
menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah
dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada
waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu
sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu.
·
Kunjungan
Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
apabila mendapat panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah
panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang
baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat
kemalangan sehingga menyebabkan Raiha membuat keputusan untuk melakukan
pembedahan ke atasnya.
2.
Waktu Senja
o Pembedahan keenam
§ Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong
Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh
Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan
peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan tersebut dengan penuh
tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut adalah pembedahan
terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
Latar Masyarakat
1.
Latar
masyarakat yang mementingkan keuntungan
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat
ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan Pantai Kasih daripada ayahnya Datu
Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di
pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan
meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
2.
Latar
masyarakat yang takut berterus terang
o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang
dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak
perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram
minyak petrol ke kereta mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa
terhadap Raiha.
3.
Latar
masyarakat yang ego
o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan
mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian
tersebut sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang
membakar kereta mewah miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga
menyebabkan anak perempuan mereka yang kebetulan ada disitu disambar api
tersebut.
4.
Latar
masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih
berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu.
Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita,
namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi
pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
5.
Latar
masyarakat yang berusaha di luar kemampuan
o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos
rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak
lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah
sahaja.
6.
Latar
masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga
mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang
cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar
anaknya itu di asrama.
7.
Latar
masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam
kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya Datu Untong menyerahkan Pusat
Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
o Beberapa perubahan sudah dilakukan oleh Doktor
Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada tiga
orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan
jururawat dan staf yang terlatih.
TEKNIK PENULISAN
1.
Pemerian
o Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia
§ Latar belakang Sister Felicia dideskripsi
menggunakan kaedah pemerian. Penulis menceritakan bahawa Felicia lahir akibat
keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu muda. Felicia dibesarkan dengan
penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan sifat memberontak dalam diri.
Kematian ibunya membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum belajar
bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan.
·
Pemerian
tentang kegelishan hidup Raiha selepas kematian anak perempuannya.
o Setiap kali penulis menceritakan kematian anak
perempuan Raiha, penulis menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat
anaknya tiba-tiba disambar oleh kemarakkan api yang sedang memamah kereta
Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya
rentung. Kematian akibat rentung 100 peratus disebabkan oleh disambar api yang
dihidupkan apabila Doktor Sadiz berasa marah terhadap Raiha dengan menyimbah
minyak petrol kea rah kereta mewah tersebut.
·
Pemerian tentang
kemalangan Doktor Uwang
o Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa
Doktor Uwang menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan bagaimana
sebelum kemalangan, Doktor Uwang wajah anak perempuan pak ciknya itu datang
menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa ngilu
dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat mengawal
kederaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar tembok
Pusat Rawatan Pantai Kasih.
·
Pemerian
tentang kematian Rohayu
o Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat
kecuaian Doktor Sadiz. Penulis menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan
Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap sikap Raiha yang
membawa lari anak perempuan dan kereta mewah Porsche kesayangannya itu,
membuatkan Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang
membelikan minyak petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga
ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak
petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan
apa yang sedang marak itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung.
·
Pemerian
tentang penyakit Unong Siron
o Penulis juga menceritakan keadaan Unong Siron.
Gadis lincah itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Pampasan daripada
syarikat insurans diterima. Sister Felicia tidak sampai hati melihat gadis yang
dahulunya ceria dan lincah itu berjalan terhenjut-henjut dan menawarkan pembedahan
oleh doktor pakar di tempat dia bekerja. Pemerian tentang pembedahan yang telah
lima kali dilalui oleh Unong Siron memberikan pengalaman ngeri kepada pembaca
yang membaca novel ini.
1.
Dialog
o Dialog Raiha dan Doktor Sadiz
§ Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini.
Perbualan di antara Raiha dan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak
dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat
sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk
hidup.
·
Dialog Raiha
dan ayahnya
o Dialog antara Raiha dan ayahnya tentang kerjaya
pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar
bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai disandang oleh orang lelaki
yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut
mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga adalah seorang pakar
bedah tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya.
·
Dialog Raiha
dan Sister Felicia
o Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika
Raiha memanggilnya ke pejabat bagi memberikan penjelasan tentang sika kasar
Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia menjeaskan bahawa ‘sapi tua’ paggilan
terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan
terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima
peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak
harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit.
·
Dialog Ibu
Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk
berkomunikasi dengan penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia
kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan
kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong
dalam dialognya meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat kerana dia
berpendapat hanya pemuda itu sahaja yang dapat membantu merawat anaknya yang
tenat itu.
·
Dialog Raiha
dengan Ibu Unong Siron
o Selepas Raiha mendapati panggilan yang diterima
adalah panggilan palsu, dia mengambil kesempatan untuk menziarahi Unong Sarion
yang baharu sahaja dibedah senja itu. Sewaktu Raiha merenung muka Unong, ibu
Unong Siron bertanya tentang keadaan anaknya itu. Raiha menjelaskan bahawa
tidak ada apa-apa yang berlaku sebaliknya berharap agar anak gadis itu akan
segera sembuh dan tidak perlu dibedah lagi.
·
Dialog Doktor
Uwang dengan Sister Felicia
o Doktor Uwang berdialog dengan Sister Felicia
sewaktu menunggu Doktor Sadiz. Selepas pulang dari rumah Datu Untong, Felicia
dihantar oleh Doktor Uwang, dan ketika menunggu Doktor Sadiz, Doktor Uwang
menyatakan bahawa sesuai dengan komitmen yang diberikan oleh Felicia, jawatan
dan tangga gajinya akan dinaikkan.
1.
Imbas kembali
o Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha
§ Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu.
Kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum
mendapat jawapan pasti punca kematian anak istimewanya itu. Sewaktu di rumah
mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak perempuannya itu sering menghantui
fikirannya.
§ Doktor Uwang juga sering terimbas kembali saat
kematian anak perempuan Doktor Sadiz di hadapan matanya. Dia juga
terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta ikhsan daripadanya. Dia juga
terimbas kembali sewaktu melakukan otopsi ke atas anak perempuan itu.
·
Imbas kembali
zaman sekolah rendah
o Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah
rendah bersama-sama Felicia. Mereka memang bersekolah bersama-sama dan melihat
Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia adalah anak
ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas yang
diamalkan.
·
Imbas kembali
peristiwa kemalangan yang meragut nyawa Doktor Sadiz
o Raiha teringat kembali saat kematian bekas
suaminya. Selepas menang dalam perbicaraan Doktor Sadiz vs Raiha kerana saksi
utama tidak muncul. Sewaktu bertembung dengan Raiha di hadapan mahkamah, Doktor
Sadiz menjelaskan bahawa Raiha akan digantung tanpa tali sampai bila-bila
sebagai balasan menjejaskan status elitnya di khalayak ramai akibat perbicaraan
itu. Sejurus beredar dari mahkamah keluarga, Doktor Sadiz terlanggar lori
tangki minyak yang berhenti di persimpangan lampu berisyarat menyebabkan
keretanya meletup dan terbakar.
·
Imbas kembali
zaman belajar di pusat pengajian tinggi
o Raiha sering teringat sewaktu dia belajar di pusat
pengajian tinggi. Salah seorang tenaga pengajar ialah Doktor Uwang, seorang
pensyarah yang berwajah tampan menyebabkan dia secara sukarela membantu
melakukan demostrasi apabila pembelajaran sedang dijalankan.
1.
Saspens
o Saspens punca kematian anak perempuan Raiha
§
Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat
gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega
dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan
situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak
muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dan Raiha kerana takut.
Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha.
o Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh
Pusat Rawatan Pantai Kasih
§
Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditanah oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens
tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal
akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha Berjaya
memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan
pemuda itu di hospital yang lain.
GAYA BAHASA
1.
Peribahasa
o Similie
§ Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan
silam,
1.
Penggunaan
Diksi
o Kata-kata istilah sains perubatan
§ Kata istilah sains perubatan banyak digunakan oleh
penulis. Penulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas
tentang bidang perubatan. Antaranya
§ X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super
VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi,
angiografi, hemodialisis
·
Perkataan
masyarakat setempat
o Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak
mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya
§ Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol
NILAI
1.
Nilai
Kerajinan
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister
Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya
itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak
Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut
di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta
oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
2.
Nilai
Ketekunan
o Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak
Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti
ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan
seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah
menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
3.
Nilai
Keberanian
o Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas
kematian anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu
tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan
menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh
keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister
Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam
kes tersebut.
4.
Nilai
Bertanggungjawab
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan
ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini
demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis remaja itu
menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang.
Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama
dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.
5.
Nilai
Keprihatinan
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong
Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah
lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang
bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan
keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah
penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
6.
Nilai
Ketabahan
o Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap
cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak
meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana beranggapan bahawa
tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu
dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah
hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan
menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
PENGAJARAN
1.
Kita
hendaklah mempunyai matlamat hidup.
o Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup.
Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah setelah belajar bersungguh-sungguh
dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak
direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya
Berjaya dikecapi.
2.
Kita
hendaklah menghormati hak orang lain
o Setiap orang mempunyai hak. Hak orang lain perlu
dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi
Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan
jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan.
Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
3.
Kita
hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia
seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa tindakan yang diambil.
Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak
perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha
atas peristiwa hitam itu.
4.
Kita hendaklah
prihatin terhadap orang lain.
o Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan
terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian.
Bukan semua orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah
dijanjikan untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan
tidak lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya
kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.
5.
Kita
hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa
hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah
seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat
hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai
juga.
6.
Kita
hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
o Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup.
Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar
bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai
kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan
anak cacat yang dikandungnya sering menjadi bahan melampias kemarahan Doktor
Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar
kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan
dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.
2 comments:
Thankss :) sngt mmbntuu
gooood
Post a Comment