Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)
Sinopsis
Keseluruhan
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh
Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke
Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka
sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana
destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan
dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan.
Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya
mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana
berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa
bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus
insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.
Sinopsis
Bab 1
Johari, Firdaus
dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru
kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan
tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang
perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi
dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa
kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.
Bab 2
Firdaus terus merungut
dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh
basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi keletihan
Firdaus. Firdaus menyatakan kekesalan
kerana menyertai Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan
gila.
Bab 3
Azlina adik
kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang perempuan, dia
mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina
tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari.
Johari sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar
semangat untuk meneruskan perjalanan.
Bab 4
Johari mempunyai
hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal.
Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat
menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina
menjadi seorang yang lasak, berdikari
dan berani.
Bab 5
Firdaus berdendam
terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk mengubah sikap
Firdaus. Johari berjanji pada dirinya
untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya,
Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya
sendiri, Azlina.
Bab 6
Firdaus mula berasa
bangga kerana perjalanan mengayuh
basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus
tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa
bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana
ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan
Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus
mengayuh basikal.
Bab 7
Firdaus sampai di
Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina
sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan
rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya
berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8
Azlina
berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai.
Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50
kilometer. Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut
cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari
dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa
perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar
kenyataan yang diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib.
Azlina menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.
Bab 9
Firdaus bermimpi
semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian
daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan
kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan
cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah
dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia
telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta
tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada Mazlinda,
Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.
Bab 10
Johari membawa
berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan
tindakan abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan
memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas
pengalaman yang dilalui.
Bab 11
Firdaus membuat
keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang
dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi
manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba
menyelamatkan Mazlinda yang pura-pura
lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai
berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak
bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.
Bab
12
Firdaus
tersedar daripada pengsan dan
mendapati Azlinadan Johari berada
di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang untuk menziarahinya. Akhirnya,Firdaus
menerima nasihat yang diberikan oleh Johari.Tema
Novel ini membawa
tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup.
Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan
mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam
novel ini, antaranya:
i.
Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan
menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila
mengalami kesusahan.
ii.
Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan.
Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika
jatuh dari basikal.
iii. Keberanian mengharungi
rintangan
Contoh: Azlina seorang perempuan
berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh
basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang
yang tinggi dan penyabar.
iv. Keinsafan setelah sedar
dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan.
Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas
peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v.
Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan
Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke
destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama
semasa dalam perjalanan.
Watak dan Perwatakan
Firdaus (watak utama)
Contoh persoalan:
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini
terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Antaranya, ialah jiwa
remaja yang mudah memberontak. Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah
dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya Firdaus selalu sahaja merungut dan
memberontak apabila mengalami kesusahan.
Selain itu, keberanian mengharungi rintangan juga salah satu
persoalan dalam novel ini. Azlina
seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar,
dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan.
Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau
seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa
lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
Firdaus (watak utama)
o
Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut
perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya.
o
Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan
aktiviti luar - Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan
rancangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
o
Selalu dimanjakan - Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti
oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang
anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
o
Pendendam - Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak
membantu Azlina yang tercedera.
Azlina (watak sampingan)
o
Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan olahragawati
Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan.
o
Suka mengejek Firdaus-
Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi
lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang
yang sememangnya seorang lelaki.
o
Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan
gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.
o
Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka
untuk berbasikal ke Morib.
Contoh watak utama
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini
watak utama dalam novel ini ialah Firdaus.
Firdaus merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan.
Dia seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki
dalam keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan
melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu
meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan. Firdaus dimanjai
dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu
bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam, Firdaus mendendami
adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.
Contoh watak sampingan / kegemaran
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini
watak sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia
merupakan seorang atlet sukan. Azlina merupakan
olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih
meneruskan kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek Firdaus, Azlina selalu
menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang
gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang
sememangnya seorang lelaki. Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang kuat
semangat. Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah
mengayuh selama empat jam setengah. Akhirnya dia seorang yang suka akan
cabaran. Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke
Morib.
Nilai
·
Cinta akan bahasa kebangsaan
– Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya
dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
·
Keberanian – Mazlinda berani
menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.
·
Keprihatinan – Johari
prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh
dari basikalnya.
·
Bertanggungjawab – Johari
dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran
Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
·
Semangat setia kawan –
Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut
Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
Contoh
Nilai :
Berdasarkan novel, Destinasi
Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai yang dipaparkan
dalam novel ini.
Antaranya ialah nilai cinta akan bahasa kebangsaan. Azlina cinta
akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil
gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
Seterusnya, nilai
kedua ialah nilai bertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab
untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang
sejati.
Nilai lain dalam
movel ini ialah nilai semangat setia
kawan. Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi
menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
Pengajaran
o
Kita janganlah mempunyai
perasaan hasad dengki dalam diri.
o
Kita janganlah menghina
sesama sendiri.
o
Kita hendaklah berani
menyahut cabaran.
o
Kita haruslah insaf atas
kesalahan yang telah kita lakukan.
o
Kita janganlah berdendam terutamanya
kepada adik-beradik.
o
Kita janganlah bercakap
bohong.
Contoh pengajaran:
Berdasarkan novel,
Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran
dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya ialah kita
hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun,
pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50
kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan
penyabar.
Selain itu, kita
haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus akhirnya
menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas
baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia
mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
Pengajaran lain dalam
novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain.
Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau
cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.
61 comments:
sinopsis bab 12 x de ke?
bab 12 x de ke??
watak dan perwatakan??
helpful
contoh peristiwa??/
contoh peristiwa??/
watak dan peruatakan?
contoh positif ?
sinopsis untuk bab 12 x de ke ?
saye perlukan sinopsis tu dalam mase terdekat ni...
Bab 12?
budak kabut
The grammar isn't correct (I translated the page to English) and the studies in Malaysia are very different to the Canadian system but it makes little sense as it helps me a little in my studies
tks
tks
watak perwatakan tak de ke??
adakah sinopsis ini same dengan buku destinasi impian dari bab 1
buku destinasi impian ini sangat bagus untuk kepada murid2 form 1.....:)
this is very helpful
this is very helpful. tks
watak dan latar tempat?
mana bab 12?
Bab 12? :(
Jap...bukan bab 12 yang x de... Kau terlupa bab 8 yang sebenar
Helpfull
Latar masa,latar tempat
Very useful👍
gaya bahasa takda ke?
Rumusan tak de ke
contoh peristiwa
latar masyarakat
Terima kasih sangat sangat atas pertolongan ini...<3
jimat 30 ringgit
This is so helpful..Thank you..
This is very helpful to do my scrapbook .Thank you very much
Ye ke
Bagus
Adalah cer tengok
Tengoklah
Tq...this is very helpful for me
This is very helpful 👌👌👌😄😄😄😄😄
👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏
thanks
this is useful
Novel ini sangat bagus.saya berasa bangga sangat dengan novel ini.this is very helpful😄😄😇😇😇
terima kasih, sangat membantu..
Terbaik..... Teruskan usaha anda ......
Ia sangat membantu saya....
Tq
Novel ini sangat membantu.
Saya berharap anda mengeluarkan soalan sebagai latihan.
Novel ni memang best Dan banyak pengajaran saya harap encik boleh membuat soalan untuk novel inu
mohon izin share
good
cerita ini sangat bagus
Adalah cuba buka mata besar- besar tengok mesti jumpa...
bagus
This is very useful. Tq for this blogger
Good
Ok good
thank you
terima kasih ya
good
Post a Comment