02/02/2015

SINOPSIS : Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)

Destinasi Impian (Mohd Ismail Sarbini)

Sinopsis Keseluruhan

       Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.



Sinopsis
Bab 1

Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan  tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa meneruskan perjalanan tersebut.

Bab 2

Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau berasa letih kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan lagi keletihan Firdaus.  Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.

Bab 3

Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.



Bab 4

Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang  yang lasak, berdikari dan berani.

Bab 5

Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji  pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Bab 6

Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan  mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.

Bab 7

Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.
Bab 8

Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.

Bab 9

Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia  mengaku bahawa dia telah berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus menerima sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan insaf.

Bab 10

Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.

Bab 11

Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan  Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi.


Bab 12
Firdaus tersedar daripada pengsan dan  mendapati  Azlinadan Johari berada di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang untuk menziarahinya. Akhirnya,Firdaus menerima nasihat yang diberikan oleh Johari.

Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i.    Jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.

ii.   Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.
Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

iii. Keberanian mengharungi rintangan
Contoh:  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv.  Keinsafan setelah sedar dari kesilapan
Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
v.   Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan

Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam perjalanan.



Contoh persoalan:
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Antaranya, ialah jiwa remaja yang mudah memberontak. Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran. Akibatnya Firdaus selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.
Selain itu, keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini.  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

Watak dan Perwatakan
Firdaus  (watak utama)
o     Tingkah laku agak keperempuanan.- seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya.
o     Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar - Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan rancangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
o     Selalu dimanjakan - Dia dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
o     Pendendam - Firdaus mendendami adiknya, Azlina. Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.
Azlina  (watak sampingan)
o     Olahragawati Sekolah Menengah Kapar- Azlina yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan.
o     Suka mengejek  Firdaus- Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki.
o     Seorang yang kuat semangat- Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah.
o     Suka akan cabaran- Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.

Contoh watak utama

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak utama dalam novel ini ialah Firdaus.
Firdaus merupakan seorang yang bertingkah laku agak keperempuanan. Dia seorang yang agak lembut perwatakannya kerana hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarganya. Dia juga seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar. Firdaus beria-ia mahu pulang ke rumah dan tidak mahu meneruskan racangan mereka untuk berbasikal ke Morib.
Selain itu dia seorang yang selalu dimanjakan. Firdaus dimanjai dan segala kemahuannya dituruti oleh ibu bapanya memandangkan sebelum ini ibu bapa mereka mempunyai empat orang anak perempuan sebelum memiliki Firdaus.
Akhirnya, dia seorang yang suka berdendam, Firdaus mendendami adiknya, Azlina.Dia langsung tidak membantu Azlina yang tercedera.

Contoh watak sampingan / kegemaran

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini watak sampingan/watak kegemaran saya dalam novel ini ialah Azlina. Dia merupakan seorang atlet sukan. Azlina merupakan  olahragawati Sekolah Menengah Kapar kelihatan aktif dan tidak letih meneruskan kayuhan. Dia seorang yang suka mengejek Firdaus, Azlina selalu menyindir Firdaus bagi merangsang Firdaus untuk berubah menjadi lelaki yang gagah. Azlina mengejek Firdaus kerana dia mahukan seorang abang yang sememangnya seorang lelaki. Bukan itu sahaja, dia juga seorang yang kuat semangat. Azlina yang kelihatan cergas dan gembira walaupun mereka telah mengayuh selama empat jam setengah. Akhirnya dia seorang yang suka akan cabaran. Azlina dan Firdaus menyahut cabaran datuk mereka untuk berbasikal ke Morib.





Nilai
·              Cinta akan bahasa kebangsaan – Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
·              Keberanian – Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.
·              Keprihatinan – Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari basikalnya.
·              Bertanggungjawab – Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
·              Semangat setia kawan – Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

Contoh Nilai :
Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa nilai yang dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya ialah nilai  cinta akan bahasa kebangsaan. Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
Seterusnya, nilai kedua ialah nilai bertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.
Nilai lain dalam movel ini  ialah nilai semangat setia kawan. Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.


Pengajaran
o     Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.
o     Kita janganlah menghina sesama sendiri.
o     Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
o     Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
o     Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
o     Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh pengajaran:

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa pengajaran dipaparkan dalam novel ini.
Antaranya ialah kita hendaklah berani menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.
Selain itu, kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.
Pengajaran lain dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain. Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.



61 comments:

Unknown said...

sinopsis bab 12 x de ke?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

bab 12 x de ke??

Unknown said...

watak dan perwatakan??

Anonymous said...

helpful

linakhairol said...

contoh peristiwa??/

linakhairol said...

contoh peristiwa??/

yevon14 said...

watak dan peruatakan?

yevon14 said...

contoh positif ?

Unknown said...

sinopsis untuk bab 12 x de ke ?
saye perlukan sinopsis tu dalam mase terdekat ni...

OSI MODEL LAYER & TCPIP MODEL said...

Bab 12?

therealronaldocr7 said...

budak kabut

Unknown said...

The grammar isn't correct (I translated the page to English) and the studies in Malaysia are very different to the Canadian system but it makes little sense as it helps me a little in my studies

Www said...

tks

Www said...

tks

Unknown said...

watak perwatakan tak de ke??

bac said...

adakah sinopsis ini same dengan buku destinasi impian dari bab 1

Unknown said...

buku destinasi impian ini sangat bagus untuk kepada murid2 form 1.....:)

Aliyah said...

this is very helpful

Unknown said...

this is very helpful. tks

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

watak dan latar tempat?

Unknown said...

mana bab 12?

Unknown said...

Bab 12? :(

Unknown said...

Jap...bukan bab 12 yang x de... Kau terlupa bab 8 yang sebenar

mages said...

Helpfull

Unknown said...

Latar masa,latar tempat

avenforg said...

Very useful👍

Unknown said...

gaya bahasa takda ke?

Unknown said...

Rumusan tak de ke

samsath said...

contoh peristiwa
latar masyarakat

Aylee said...

Terima kasih sangat sangat atas pertolongan ini...<3

Unknown said...

jimat 30 ringgit

Unknown said...

This is so helpful..Thank you..

Unknown said...

This is very helpful to do my scrapbook .Thank you very much

MT2 PUTRA MUHAMMAD TAUFIQ AL-HAKIM BIN MOHD ZAKI said...

Ye ke

MT2 PUTRA MUHAMMAD TAUFIQ AL-HAKIM BIN MOHD ZAKI said...

Bagus

MT2 PUTRA MUHAMMAD TAUFIQ AL-HAKIM BIN MOHD ZAKI said...

Adalah cer tengok

MT2 PUTRA MUHAMMAD TAUFIQ AL-HAKIM BIN MOHD ZAKI said...

Tengoklah

Unknown said...

Tq...this is very helpful for me

Unknown said...

This is very helpful 👌👌👌😄😄😄😄😄

Unknown said...

👏👏👏👏👏👏👏👏👏👏

l.o.v.e fly all day said...

thanks

Unknown said...

this is useful

Unknown said...

Novel ini sangat bagus.saya berasa bangga sangat dengan novel ini.this is very helpful😄😄😇😇😇

rani said...

terima kasih, sangat membantu..

Unknown said...

Terbaik..... Teruskan usaha anda ......
Ia sangat membantu saya....

Unknown said...

Tq

Unknown said...

Novel ini sangat membantu.
Saya berharap anda mengeluarkan soalan sebagai latihan.

Unknown said...

Novel ni memang best Dan banyak pengajaran saya harap encik boleh membuat soalan untuk novel inu

NURFARA_HANAH said...

mohon izin share

Unknown said...

good

Unknown said...

cerita ini sangat bagus

Unknown said...

Adalah cuba buka mata besar- besar tengok mesti jumpa...

Unknown said...

bagus

Darrmarajan said...

This is very useful. Tq for this blogger

Unknown said...

Good

Unknown said...

Ok good

Unknown said...

thank you

Unknown said...

terima kasih ya

Unknown said...

good